setelah 4 kali mencuba akhirnya aku diterima Miss I tapi semua itu sudah tak bermakna lagi…
setelah 4 kali mencuba akhirnya aku diterima Miss I tapi semua itu sudah tak bermakna lagi…
Feb 24~cerita bermula~
masih ingat lagi kisah aku dan Miss I?
setelah 4 kali mencuba akhirnya aku telah diterima,
tapi malangnya aku dah tawar hati terhadap Miss I…
mungkin sebab dia terlalu cerewet,
banyak perkara yang diharapkan pada aku,
nak itu, nak ini, kena begitu, perlu begini…
tapi bila saat aku memerlukan dia,
ternyata dia agak mengecewakan,
punyalah panjang aku tanya sepatah dia jawab
itu pon setelah beberapa hari aku menunggu dengan penuh harapan
dan nampaknya Miss I memang tidak sesuai untuk aku,
walaupun dalam tempoh percubaan kami nampak begitu serasi sekali bersama…
tapi itu hanya dari luaran sahaja.
jika ada jodoh mungkin pintu hati aku akan terbukak kembali…
dan mungkin aku akan mencuba untuk kali yang kelima
tapi semua itu kemungkinan yang agak mustahil sekali
~cerita tamat~
hohoho panjang pulak rentetan untuk kali ini tapi itulah luahan rasa hati yang terpendam. kepada yang selalu membaca blog ini mungkin akan mengerti dan kepada yang baru nak cuba membaca mungkin akan pening kepala sambil berkata betapa jiwangnya topo hari ini.. akhir kata satu je pesanan aku untuk kali ini:
kita selalu mengabaikan permata yang ada di depan mata, dan bila kita telah kehilangan permata berkenaan barulah kita sedar betapa bernilainya ia
renung-renungkan dan selamat beramal.. hohoho
Post yang berkaitan:
- topo sangat hargai semua pelawat yang datang tapi…
- contengan lepas habis kursus.. tapi pasni ade kursus lagi..
- Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I…
- kemenangan Malaysia.. Hijrah paling bermakna :D
- sisa2 cUtiku sunggUh bermAkna…..



aku 2-2 permata aku jaga beb. xsanggup nak jeopardize gelihati aku. haha. biar join miss i, earning bertambah daripada earning yang sedia ada. bukan tambah sini, tapi kurang sana
erm. mungkin personal blog rojak dia xnak sangat la. lagipun trafik personal blog x menentu. huhu. xpe la, bila semua dah pakat-pakat pindah miss i, offer untuk miss n terbuka lebih luas, x gitu? harap-harap la. hehe
fuhh. dasat ah choki… kalau ada semua dia jaga… good2
oo baruaku tau miss i tu ape/ haha
haha .. pasal iklan pun nak jiwang ke … adehhh
hahahaha…nama dah pun topotato…mesti la mat jiwang………hahahaa………
masih ku ingat semalam 23.2.10 kali pertama aku lihat si miss i berlegar disini….entah kenapa, pada waktu pagi yg hening dikala aku keseorang di ruang tamu, mata ku tercari2 tempat si dia (miss i) pernah jejak…tapi apakan daya, dia telah pergi kerana abg topo sengaja tinggalkan si dia dek tak dapat tunaikan syarat utk bersama…………..
nukilan,
syin a.k.a tuan punya blog syinrayafa.
nie la lelaki. lepas bersekedudukan dgn i, balik kat isteri tua jugak. tape. harta u nnti bg 50%. kes3x.
hohoho..Miss I x sesuai ke??X de jodoh kot..hahaha
so kamu single la ek? ehehe
huhuhu…………. mengiur mcm mana pun..isteri pertama juga yg dicari..:p
hohoho cinta pertama yang paling manis…
tak paham awal2, bila dah bace komen baru aku paham jiwang si topo nie.. ngohoho
bodo sial hahaha.
ko cite pasal iklan ke pasal awek.
ko jangan duh curang. aku sepak kang
curang jadah apenya.. awek pon xde.. bini pon xde.. nak curang pada sape plak…
Miss I masyuk, Miss N banyak event
Miss I sgt hot & murah hati
Miss I tak cukup seksi kot..Miss N juge akhirnya yg dicari..cinta pertama mmg sukar dilupakan..hehe
kalau dpt miss i tu..makin ijau la blog ni…hoho
oh miss i..adakah kita ada jodoh pasni?
cukup jiwang x ni?hehe
jiwang jugak ni..hehe
hehee..tau Miss I yang mana
La..try aje. Dengan trafik yg ko ada nih..senang-senang nak dapat rm5 setiap hari dengan innity..
dan akhirnya ko still dengan miss n.