Jom Teropong Gerhana Matahari Petang Ini

Reviews January 15th, 2010

Kepada yang tidak tahu, gerhana matahari akan berlaku pada hari ini bermula jam 3.01 petang hingga lewat jam 5. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Tapi diingatkan, kita tidak boleh melihat gerhana Matahari secara terus dengan mata kasar. Perlu gunakan filem atau alat khas.. hehehe sila google untuk mendapatkan kepastian. Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk menunaikan solat gerhana Matahari. Berikut adalah lafaz niat Solat sunat dan cara-caranya:

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Gerhana Matahari

Berikut adalah cara ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana:

1.       Takbiratul Ihram.

2.       Membaca doa iftitah.

3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4.       Membaca surah al-Fatihah.

5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.

8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9.       Iktidal.

10.     Sujud dan membaca tasbih.

11.     Duduk antara 2 sujud.

12.     Sujud kembali.

13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.

2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6.       Iktidal.

7.       Sujud dan membaca tasbih.

8.       Duduk antara 2 sujud.

9.       Sujud kembali.

10.     Membaca tasyahud akhir.

11.     Memberi salam.

Sumber daripada: PPIPS UTM, Lingkudau.net dan google

6 Responses to “Jom Teropong Gerhana Matahari Petang Ini”

  1. fara says:

    oooh gerhana matahari. kemungkinan dekat Miri tak nampak cahaya pun. hujan tak henti2 sejak 2 hari lepas~

    [Reply]



  2. wexeeda says:

    salam, ayh wex ckp, org dulu2, tuang air dalam pinggan, pastu tengok bayang2 gerhana matahari dalam air.
    tempat wex mendung ~_~

    [Reply]



  3. Fahmishah says:

    tempat aku awan tebal.

    [Reply]



  4. menteil says:

    ala…. aku kat tempat keje la plak.. dalam bangunan…

    [Reply]



  5. ishak says:

    tak adahal topo ada satelit sendiri kan ? pinjam satelit topo

    [Reply]



  6. mohdisa says:

    tak nampak la plak. ades, penat je aku berjemur tgh panas. 😛

    [Reply]



Leave a Reply