kenapa post aku ada dalam blog ko?

kenapa post aku ada dalam blog ko?

Dec 21

aku tidak dapat memikirkan tajuk yang kacak untuk post ini jadi aku buat tajuk yang direct sahaja… memandangkan majoriti yang akan membaca post ini adalah blogger, lebih mudah rasanya kalau nak bercerita hohoho.. pasti korang pernah mengalami dilema betapa susahnya nak cari idea untuk menulis blog.. selepas mendapat idea diikuti dengan betapa sukarnya nak menyususn ayat dan memilih kata kunci yang sesuai agar post itu kelihatan kacak dan menarik minat untuk dibaca.. hohoho bila dah berjaya dah berjaya menghasilkan post yang kacak, kita akan berasa sangat berpuas hati.. hohoho tapi itu tidak lama…

tapi keriangan dan kepuasan menulis itu tidak lama bila anda mendapati post yang anda tulis dengan spenuh jiwa raga itu berada diblog lain.. hohoh sebijik serumpun sama dan serupa.. hoho hanya tukar nama sahaja.. hohoh kalau post-post ilmiah tu logik la jugak.. hoho ni ada blogger tu sampai kisah kawen dia pon ada orang tiru sebijik-sebijik.. hohoho alasannya terlalu mengagumi beliau hingga mahu dijadikan idola.. hahaha

copycat image

image credit to cartoonstock

hoho kalau betul-betul kagum dan minat, apa salahnya kalau buat citation, atau quotes ayat-ayat yang ditulis dan bukannya di salin bulat-bulat dan hanya menukarkan nama kepada nama sendiri.. hoho itu plagiarism namanya.. kalau kantoi kat UTeM tu boleh ditahan ijazah tu beb.. hohoho

hohoh untuk kes autoblogging pulak yang macam menimpa amanz.my, aku tak cukup arif untuk mengulas secara lebih lanjut lagi.. tapi yang menduka citakan aku adalah nama domain yang dia gunakan untuk buat autoblogging itu… macam mencemarkan bangsa sendiri je.. hohoho bila kes Liang Chua & Ong Siang Ying dekat facebook ramai plak yang bercakap kononnya menimbulkan isu perkauman la bagai..

aku rasa cukup la sampai di sini sahaja post untuk hari yang berbahagia ini.. hohoho aku sedang test satu plugin yang akan menukarkan setiap patah perkataan yang di copy dari blog ini secara automatik dapat linkback ke topotato.com kalau nak try keberkesanan dia, try la copy post ini dan publish di blog sendiri.. hahaha

p/s: blogger copycat ini boleh tergolong dalam golongan blogger penipu gak ni.. hohoho

Liang Chua & Ong Siang Ying

32 comments

  1. mcm kembar siamlah pos tu bro!

  2. haha. cam dibuat khas tuk aku lak post nie. BTW, plugin ape bro? Anti Feed-Scraper Message ker? huhu~

  3. owh..kes ong siang ying dah lame eh???baru taw…dpt pon dr email…huhu

  4. haha malu la wei kalau tulis blog copy org punya.. lawak2..:upin02:

  5. Artikel mana yang di copy paste tu kawan? :ehsan01:

  6. nak copy post ni boleh???

  7. aku tak pernah chek pun ada orang plagiat ke tak..
    sebab aku tak popular macam aman & topo XD

  8. aku punya blog mmg post2 pndek2 aje… haha….

  9. pebarang main copy2.. otak ade tak reti nk pikir tulih sendiri.. chait!

    btw.. gua suka blog lu.. kaler hijau.. gua suka hijau..
    :upin02:

  10. itu kopiko namenye..huhu:ipin01:

  11. kire bertuah la ade yang menkagumi ko :P

  12. kalau main autoblog. Memang cam gitulah kerenahnya..sebab tu aku kurang menggemari autoblog..:upin01:

  13. npew tak guna disable rigt topo….bru tak ada manusia nak plagiat….:d/

  14. sape blogger tu? kau link kan ke tak.. mata akut ak dpt detect la dekat post kau.. haha.. ke aku dah rabun

  15. Saman-saman. Jangan tak saman.

  16. Ermmm…. macam tak berakal pon ada. Malas menaip, maybe?

  17. Pening bila jadi macam tu kan. Didoakan mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan.

  18. nak tau copy paste ke tidak ini blog topo… pi jenguk tanya pakcik google.

    aku nak kopiko jugak ler blog engko nih. bleh?:upin02:

  19. Pernah kena sekali dicopynye entri pasal skola…

    yang tambah sakit hatinya,selain tukar nama,posisi gambar2 dgn video(walaupun beza drpd yg asal) letak sebijik sama mcm yg asal

    sabo jela:-w

  20. insan kerdil

    huhu…sobor jew la:ipin02:

  21. Camane kalau post ko ada kuar kat forum lak? Sebab mmg biase bebudak forumer ni main copy paste artikel org len supya diorg dapat discuss sesama..

    Kalau silap ari bulan, thread yg diorg buka tu boleh lagi tinggi ranking SERP drpd origin post. Aku dah prnah rase..haha.

    Nasib baek ade kredit kpd aku.

  22. footer belog akoo adalah dirujuk. haha. belog akoo bebas untuk diplagiat. sbb nye akoo bukan cam beloger topo. akoo punye idea nk tulis 2-3min. pastu publish. jd sape nk tiru. sila kembangkan isi. kalo nk amek sebijik2… haishhh… boleh je. tp idea 2-3 min je la. haha!

    ape pun gua ske org tiru belog gua. rasa syok mcm gua nie cendiakawan. kan kak ros :kakros02:

Leave a Reply

Sertai contest lembu cisdel dan menang wang tunai