mari memasang watermark pada gambar…

tutorial November 9th, 2009

ok selepas GC menjadi satu fenomena ramai dinasihatkan supaya meletak watermark pada gambar masing-masing.. mana la tau kalau gambar kalian termasuk dalam GC nnt boleh la dapat trafik free.. πŸ˜› tapi apa tu watermark? nak kena renjis dengan air dulu ke gambar sebelum diupload kat facebook dan sebagainya? hahah teruskan membaca..

contoh watermark

watermark secara batch

ini adalah contoh watermark yang paling simple sekali.. hahaha dia macam kita letak signature la pada gambar kita (hehe mengikut kefahaman topo kalau salah tolong betulkan..) kalau setakat 1-2 gambar memang senang la nak letak watermark.. tapi cuba kalau korang ada banyak gambar.. hehe menangis jugak la nak tulis satu persatu.. di sini aku akan kongsikan macam mana nak buat watermark secara bundle @ batch menggunakan Adobe Photoshop cs4..

pilih gambar yang nak di letak watermark

pilih gambar yang nak di letak watermark

pertama sekali sila pilih gambar untuk diletakkan watermark.. 1 je dah cukup kemudian sila buka menggunakan photoshop ye.. πŸ˜€ hahaha

pastikan window action di tick

pastikan window action di tick

perkara pertama yg perlu kita lakukan adalah memastikan window action di tick.. kerana kita memang akan bermain dengan action je ni.. hohoho

buat new action

buat new action

seterusnya klik pada bahagian action dan create new action.. action ni macam dia akan rekod semua perbuatan kita dalam photoshop ini..

tulis je ape2..

tulis je ape2..

seterusnya tulis nama action yang anda ingin lakukan itu.. bagi je nama apa-apa dan tekan record.. mulai dari saat ini setiap perbuatan anda di photoshop akan direkodkan.. πŸ˜€

pilih text tool

sila pilih text tool

ok sebab untuk watermark kali ini akau hanya nak letak text sahaja.. sila la pilih text tool.. kalau korang nak letak gambar ke bunga-bunga ke sukahati korang la heheh

tulis ikut sesuka hati

tulis ikut sesuka hati

tulis ikut sesuka hati.. tapi jangan gerakkan ke bahagian bawah.. sebab nanti kalau gambar berlainan saiz akan jadi cacat bila main gerak-gerak macam biasa guna move tool.. tak faham? tengok step seterusnya..

select 2-2 layer

pilih alignment

pilih alignment

select 2-2 layer

sila select kedua-dua layer kemudian pilih move tool (shortcut V) dan pilih alignment yang anda suka.. hahaha aku gunakan alignment bawah dan ke kanan.. dengan cara ini walau berbeza macam mana pon saiz gambar itu watermark tetap akan berada pada tempat yg kita nak..

setelah dah selesai susun la bagai semua.. pergi semula ke bahagian action tadi dan tekan butang stop.. proses merekod akan ditamatkan.. apa gunanya kita rekod tadi? untuk memudahkan kita melakukan perkara yang sama pada berpuluh-puluh gambar yang lain.. tanpa perlu mengulanginya semula.. macam mana nak gunakan action watermark tadi? teruskan membaca.. πŸ˜€

click file automate  batch

click file>> automate >> batch

seterusnya klik file >> automate >> dan batch.. hehe screenshot di atas aku dan potong sedikit untuk menjimatkan ruang.. πŸ˜€

pilih action watermark

pilih action watermark

last sekali.. pilih action watermark yang kita dah buat tadi.. dan pilih source gambar yang kita nak letak watermark tadi.. maka akan terhasil la watermark yang serupa pada gambar-gambar yang lain..

watermark secara batch

watermark secara batch

ok cukup la sampai di sini sahaja tutorial yang sangat jarang dilakukan di topotato.com.. hohoh satu lagi.. jangan lupa save gambar yang telah diletakkan watermark tadi kalau tak buat penat je.. hehehe

cara ni mungkin agak rumit.. terdapat banyak software lain yang akan memudahkan kalian letak watermark secara bundle tapi aku tak nak senaraikan.. hehe sila la google ye.. dan akhir sekali… pantang larang meletakkan watermark:

  • letakkan watermark pada gambar milik anda sahaja..
  • jangan google gambar yang cantik kemudian letakkan watermark sendiri.. lepas tu bising-bising ada orang lain guna gambar tu.. (perangai ini agak sampah)
  • jangan google gambar yang cantik kemudian padamkan watermark org lain dan letakkan watermark sendiri.. lepas tu bising-bisng ada orang lain guna gambar tu.. (perangai ni lagi sampah)

akhir kata.. hargai la hasil titik peluh orang lain.. hahaha

28 Responses to “mari memasang watermark pada gambar…”

  1. syinrayafa says:

    aikkk…pelik je watermark ko…? bkn ke yg mcm….

    p/s : haha…feymes betul GC tu….mesti tersengeh2 sorang owner dia…rata-rata sana-sini org bercakap sal GC…haha..pakcik dan makcik kat kampung pun nk join skali GC ni..hehe..

    [Reply]

    topo Reply:

    bukan ke macam mana?

    [Reply]



  2. beliamuda says:

    hoho.. baru aku tahu function nak wat bundle action tuh.. selama ni duk cari tak jpe2.. senang sikit nak wat kerja berulang bagi gambar yang banyak..

    [Reply]



  3. paeh says:

    fenomena GC makin menjadi-jadi skang… gmbr pun agak sensual… haha :kakros02:

    [Reply]

    aman Reply:

    pasnie kita start jejaka comel lak. dan dah tentu-tentu aku yg kat gambar header dia. huhu.

    [Reply]

    topo Reply:

    gilir2 la weh.. haha aku comel gak.. lalalala

    [Reply]

    paeh Reply:

    pas topo letak gmbr aku lak… gmbr khai last sekali… hoho:ehsan02:

    [Reply]



  4. IcedNyior says:

    kalo ada 300 gambar. mampus nak watermark πŸ˜›

    nanti nak tulis tutorial buat secara automatic

    [Reply]

    topo Reply:

    hahaha mampus gak la.. tp cam rajin sangat la plak nak upload 300 gambar sekali.. hohoho mampu ke internet kita? hehehe

    [Reply]

    IcedNyior Reply:

    Facebook ada limit 200 gambar se-album. Aritu pegi pangkor 2 album, pg phuket 3 album. haha XD

    Gambar kat facebook tu takyah quality sgt. bukan nak pakai utk print pon

    [Reply]

    topo Reply:

    ok.. ko memang ganas.. hohoh aku upload 60 gambar pon da rimas… tipa 5 minit 100 email facebook masuk.. hohoh

    [Reply]



  5. Liyanaa. says:

    :upin02: baru tahu itu maksudnya watermark pfft memalukan ahah btw thnx bang topo kerana memberi info beguna sepeti ini HAHA

    [Reply]



  6. Kujie says:

    Kak Jie register member dgn Gettyimage, so gambar mmg ambek kt saya.

    watermark..kadang2 rajin kadang2 malasssssssss….

    [Reply]



  7. Eriyza says:

    Alamak, rumit sgt nk wat.
    Sudahnya guna watermark on9 jer.

    [Reply]



  8. unwanted says:

    klu ko guna photoscape lagi senang…
    sebab aku pun guna photoscape.
    x perlu layerΒ²..
    masukkan gambar, letak watermark..:)

    [Reply]



  9. Rjuna says:

    guna photoscape kan lebih mudah, pantas dan tuntas

    [Reply]



  10. yonna says:

    panjangnyaaaaaa hahaha. but anw,thank u for the tuto :ehsan01:

    [Reply]



  11. x-po says:

    aku dpt kesan ada sorg blogger tu buang watermark org..blogger tu blogger femes..hoho

    [Reply]



  12. blowie says:

    hari tu nampak gambar ko dekat LG.com.
    LelakiGhei hahahaha

    [Reply]



  13. mohdisa says:

    haha, rupanya inilah watermark yerk. tak tahulah plak aku sebelum ni. kena study lg ni. ades :mail01:

    [Reply]



  14. Amirez says:

    ahah..thx topo.
    x terfikir lak nak guna alignment tu.
    barulah sume gambar sama je kedudukan watermark tu ye x?
    thx thx again πŸ™‚

    [Reply]

    topo Reply:

    selama ni aku pon tak perasan alignment tu.. hoho habis jahanam watermark aku punya kedudukan.. πŸ˜€

    [Reply]



  15. fazarudin says:

    nanti xde lah suara2 cakap .. ” eh , mcm ke pernah lihat gambar ini…tapi di mana yah ” … kannn ?

    [Reply]



  16. mazuki blog says:

    soalan memalukan…GC tu apa??

    [Reply]

    yonna Reply:

    ga*****m**.com. silalah layarinya

    [Reply]

    topo Reply:

    hohoho sori aku terpaksa edit link.. πŸ˜€
    aku tak nak ada link #GC dari blog ku ini.. hohohoho

    [Reply]



  17. mohdisa says:

    hoho…klu kite wat pattern save as brush boleh gakkan?

    [Reply]



  18. pras says:

    Thnks infonya

    [Reply]



Leave a Reply