sempena cuti smemester ni aku memang banyak menghabiskan masa menyelusuri alam maya yang penuh warna warni ini.. hahahah macam karangan budak SPM.. ok straight to the point.. semakin banyak blog yang tumbuh bagai cendawan.. seronok aku baca blog dioarang terutamanya kalau dia seorang awek cun tapi ada beberapa statement dan post yang menarik minat aku…
dah 2 hari aku letak nuffnang kat blog.. tapi earning still rm0 sen…
kalau nak earning nuffnang mantap… kena join group nuffnang yang ramai… kalau tak memang jangan harap la boleh capai earning cashout macam blogger2 otai..
mula-mula aku ingatkan team nuffnang tu apa jadah ntah.. ingat dah ada bloggers tubuhkan kelab peminat nuffnang ke.. ohooh aku baru nak kagum seketika.. tapi aku jumpa plak blog tertulis begini…
team nuffnang ini hanya untuk mereka yang mempunyai baru dan mempunyai trafik kecil sahaja.. yang otai-otai jangan nak sibuk kutuk-kutuk la bla2… (hahaha aku dah tak ingat dia tulis apa.. aku ringkaskan aje)
aku mula rasa agak kecewa.. laa.. punya la niat murni aku nak join kelab peminat nuffnang ni.. kot boleh kongsi ilmu ke.. tak pasal-pasal belum pape dah kena halau (sila baca dengan beranggapan topo = otai sebab pernah ada 8 kempen jalan
)
oleh sebab dah agak kecewa tak boleh join kelab peminat nuffnang aku pon godek2 la blog tu nak tengok gak apa aktiviti diorang.. ekslusif sangatkah sampai mengalahkan status glitterati hohoho dan aku bertemu dengan statement ini pulak..
sila klik iklan nuffnang rakan-rakan dibawah ini secara berterusan (hahaha ok ayat ni aku goreng aku tak dapat cari perkataan yang sesuai) kalau iklan tu tak muncul sila tekan f5 banyak kali sampai dia muncul..
laaa.. ku sangkakan kelab peminat… rupanya kelab main klik-klik iklan nuffnang rupanya.. hmmm aku tak nak komen apa-apa pasal kelab atau team nuffnang ni.. aku nak dengar komen daripada korang je.. hohoho aku tak layak nak jatuhkan hukum ke ape ke.. satu je aku boleh cakap.. hohoho aku dapat 25sen pertama setelah 2bulan join nuffnang.. chokilala yang femes tu pon dapat cek pertama lepas lebih kurang setahun dok mengomel2 kata nuffnang tak sayang dia
)
aku bercadang nak buat episod 2 mengenali nuffnang.. tapi baru aku sedar.. hohoh rakan-rakan blogger aku semua dah jadi otai nuffnang hehehe.. dan aku masih lagi menunggu ada org cakap mcm ni kat aku 8->
topo aku dah dapat cek pertama nuffnang.. jom aku belanja murtabak singapore ke.. teh tarik 3 layer ke.. ayam masak kicap ke.. LCD 30 inch ke.. hahahaha
http://sukiprattle.blogspot.com/2009/11/terjah-kenapa-nuffnang-aku-dapat.html
Post yang berkaitan:
>
bagus artikel awak. tergelak jugak saya baca. macam2 cara orang nak jadik kaya.
Aku baru 2 bulan berblogging. Setelah 1 bulan berblogging, baru aku join nuffnang sebab terpengaruh dengan blogger lain.
Akulah antara bekas salah seorg ahli kelab you-click-me-i-click-you ni. Dah insaf.
Baru seminggu join kelab klik-mengklik ni, aku pun nak tahu berapa earning yang aku dapat.
Alangkah terkejutnya aku, aku dapat earn sebanyak rm10.25.
Bayangkan, itu baru seminggu dah dapat rm10.25, kalau lah minggu kedua, ‘kerja lebih sikit’, msti dah boleh cash out dah.
Dalam keseronokan tersebut, tergerak hati kecik aku,
“Eh, macam ada yang tak kena, ”
Benda haram halal ni lah yang aku fikir.
Aku putuskan, aku biarkan aje iklan-iklan aku tertempek disitu, sape nak click, click aje la, tak nak click sudah.
hahahaha…..nufnang2…
erk! boleh eh main klik2 cmtu. hmm betul jugak kan. tak pernah terfikir pun benda2 simple cmni boleh meragukan. even org tgk alah u-click-me-i-click-u jee bukan ada pape pon. thanks btw. nasib baik tak terdetik nak psg nuff lg