post carca-marba SPM dan cuti semester
round up November 19th, 2009
terlalu banyak sangat post yang aku nak tulis.. sampai tak tau nak mula dari mana.. so seperti biasa.. post carca marba ala-ala snippets menyelamatkan keadaan hehehe
- SPM dah bermula.. dan adik aku juga merupakan salah seorang calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.. Gud luck la ye.. dan tak lupa juga kepada pembekal tips SPM yang terkemuka sekarang ini.. adik blowie.. (hahahaahha) semoga berjaya ye..
- cuti semester pon dah bermula.. hehehe operasi mencari duit harus dimulakan segera.. aku teringin nak beli hp mahal next sem.. hahah tapi tak tau nak beli ape.. kalau yang boleh buat baca file pdf ape ek? dan harga berpatutan.. hoho senang nak study di mana-mana..
(nak buat toyol pon senang) - cuti semester ni aku ada project baru.. hehehe nak tau apa dia? nantikan tak lama lagi.. sekarang masih diperingkat permulaan..
- cuti semester ni target aku nak menonton anime sebnayak mungkin.. hoho hari ni baru habis tengok Detroid Metal City.. (hahah anime yang macam menyesatkan) terima kasih kepada beliau.. kelakar giler.. ape lagi anime yang best ek?
- selain dari anime, pagi tadi aku telah berjaya khatam 1 movie yang bertajuk 500 days of summer.. giler sweet cerita ni.. 5 bintang aku kasik.. serius tak tipu.. kalau korang jumpa kat torrent mana-mana la.. sila download..
500 days of summer sangat superb
- semenjak 2 menjak ni banyak pulak cerita jiwang yang aku layan.. hohoho hari tu tengok ugly truth.. lepas tu the proposal.. dan kemudian ghost of girlfriend past.. hoho dan semuanya di download secara percuma dan haram.. lalalala cerita 2012?? jangan harap aku nak tengok.. hahaha tak menarik minat aku langsung
- dan akhir sekali.. sekarang ni aku dah tukar profesion di facebook. jika dahulu aku seorang mafia yang disegani.. kini aku dah beralih arah menjadi peladang yang kacak.. hahaha tapi aku berhasrat utk main sampai level 20 je.. lepas tu aku stop.. carik kerja lain plak.. bukak cafe mungkin.. hohoho mengikut ramalan, dalam minggu depan ke dah boleh bersara
cukup lah sampai di sini sahaja post sempena SPM dan cuti semester ni.. hohoho rumah aku sangat meriah sekarang dengan bunyi kambing dan ayam peliharaan aku dan kakak ku di farmville.. hohoho






November 19th, 2009 at 8:00 am
byk betul perancangan yang nak dibuat dalam cuti semester ni… yg konfem senang nak wat, layan anime.. hehe~
[Reply]
November 19th, 2009 at 12:10 pm
500 days of summer superb eh..nk kena download ni..
:upin02:
[Reply]
November 19th, 2009 at 1:24 pm
haha…xlbh bla si topo…
Tahukah anda..?
Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara pada tahun ini…
p/s : adik ko duk peringkat ke brp…huwawa…
aku rasa projek ko mesti ttg anime ni..sbb projek anime xde mana sangat stakat ni…hehehe….
[Reply]
November 19th, 2009 at 4:09 pm
peladang yg kacak?kahkahkah.abis level 20 dah x kacaklah.
[Reply]
November 19th, 2009 at 8:19 pm
mafia? peladang? aii..meh. cari kerja. bunuh naga plak. Haha..:ehsan02:
[Reply]
November 19th, 2009 at 8:26 pm
hahaha,pembekal tips spm? shhhh,nnt aku leh kena OSA dgn govt
[Reply]
topo
Reply:
November 19th, 2009 at 9:22 pm
OSA tu menatang ape weh?
[Reply]
blowie
Reply:
November 20th, 2009 at 1:48 am
Akta Rahsia Rasmi (OSA). Segala maklumat govt yang dianggap sulit boleh didakwa dibawah OSA
[Reply]
November 20th, 2009 at 10:48 am
500 days of summer
haha memang xbleh bla citer nie..
[Reply]
November 22nd, 2009 at 11:20 am
Kihkih.. Malu betul ke letak nama aku kat situ? Huhu..
Oh. 500 Days Of Summer memang superb. Aku ulang tayang terus tengok cerita tu.
Memang menarik.
)
[Reply]
November 27th, 2009 at 11:42 am
da khatam 500 days of summer utk yg keberapa kali…heheh
2012 pon da tgk…hati2..bley mengundang “____” dalam hati (sila isi tempat kosong).
da tak ingat term ape XP
[Reply]