mari memasang watermark pada gambar…
select 2-2 layer
mari memasang watermark pada gambar…
Nov 09ok selepas GC menjadi satu fenomena ramai dinasihatkan supaya meletak watermark pada gambar masing-masing.. mana la tau kalau gambar kalian termasuk dalam GC nnt boleh la dapat trafik free..
tapi apa tu watermark? nak kena renjis dengan air dulu ke gambar sebelum diupload kat facebook dan sebagainya? hahah teruskan membaca..

watermark secara batch
ini adalah contoh watermark yang paling simple sekali.. hahaha dia macam kita letak signature la pada gambar kita (hehe mengikut kefahaman topo kalau salah tolong betulkan..) kalau setakat 1-2 gambar memang senang la nak letak watermark.. tapi cuba kalau korang ada banyak gambar.. hehe menangis jugak la nak tulis satu persatu.. di sini aku akan kongsikan macam mana nak buat watermark secara bundle @ batch menggunakan Adobe Photoshop cs4..

pilih gambar yang nak di letak watermark
pertama sekali sila pilih gambar untuk diletakkan watermark.. 1 je dah cukup kemudian sila buka menggunakan photoshop ye..
hahaha

pastikan window action di tick
perkara pertama yg perlu kita lakukan adalah memastikan window action di tick.. kerana kita memang akan bermain dengan action je ni.. hohoho

buat new action
seterusnya klik pada bahagian action dan create new action.. action ni macam dia akan rekod semua perbuatan kita dalam photoshop ini..

tulis je ape2..
seterusnya tulis nama action yang anda ingin lakukan itu.. bagi je nama apa-apa dan tekan record.. mulai dari saat ini setiap perbuatan anda di photoshop akan direkodkan..

sila pilih text tool
ok sebab untuk watermark kali ini akau hanya nak letak text sahaja.. sila la pilih text tool.. kalau korang nak letak gambar ke bunga-bunga ke sukahati korang la heheh

tulis ikut sesuka hati
tulis ikut sesuka hati.. tapi jangan gerakkan ke bahagian bawah.. sebab nanti kalau gambar berlainan saiz akan jadi cacat bila main gerak-gerak macam biasa guna move tool.. tak faham? tengok step seterusnya..

pilih alignment
sila select kedua-dua layer kemudian pilih move tool (shortcut V) dan pilih alignment yang anda suka.. hahaha aku gunakan alignment bawah dan ke kanan.. dengan cara ini walau berbeza macam mana pon saiz gambar itu watermark tetap akan berada pada tempat yg kita nak..
setelah dah selesai susun la bagai semua.. pergi semula ke bahagian action tadi dan tekan butang stop.. proses merekod akan ditamatkan.. apa gunanya kita rekod tadi? untuk memudahkan kita melakukan perkara yang sama pada berpuluh-puluh gambar yang lain.. tanpa perlu mengulanginya semula.. macam mana nak gunakan action watermark tadi? teruskan membaca..

click file>> automate >> batch
seterusnya klik file >> automate >> dan batch.. hehe screenshot di atas aku dan potong sedikit untuk menjimatkan ruang..

pilih action watermark
last sekali.. pilih action watermark yang kita dah buat tadi.. dan pilih source gambar yang kita nak letak watermark tadi.. maka akan terhasil la watermark yang serupa pada gambar-gambar yang lain..

watermark secara batch
ok cukup la sampai di sini sahaja tutorial yang sangat jarang dilakukan di topotato.com.. hohoh satu lagi.. jangan lupa save gambar yang telah diletakkan watermark tadi kalau tak buat penat je.. hehehe
cara ni mungkin agak rumit.. terdapat banyak software lain yang akan memudahkan kalian letak watermark secara bundle tapi aku tak nak senaraikan.. hehe sila la google ye.. dan akhir sekali… pantang larang meletakkan watermark:
- letakkan watermark pada gambar milik anda sahaja..
- jangan google gambar yang cantik kemudian letakkan watermark sendiri.. lepas tu bising-bising ada orang lain guna gambar tu.. (perangai ini agak sampah)
- jangan google gambar yang cantik kemudian padamkan watermark org lain dan letakkan watermark sendiri.. lepas tu bising-bisng ada orang lain guna gambar tu.. (perangai ni lagi sampah)
akhir kata.. hargai la hasil titik peluh orang lain.. hahaha





aikkk…pelik je watermark ko…? bkn ke yg mcm….
p/s : haha…feymes betul GC tu….mesti tersengeh2 sorang owner dia…rata-rata sana-sini org bercakap sal GC…haha..pakcik dan makcik kat kampung pun nk join skali GC ni..hehe..
bukan ke macam mana?
hoho.. baru aku tahu function nak wat bundle action tuh.. selama ni duk cari tak jpe2.. senang sikit nak wat kerja berulang bagi gambar yang banyak..
fenomena GC makin menjadi-jadi skang… gmbr pun agak sensual… haha :kakros02:
pasnie kita start jejaka comel lak. dan dah tentu-tentu aku yg kat gambar header dia. huhu.
gilir2 la weh.. haha aku comel gak.. lalalala
pas topo letak gmbr aku lak… gmbr khai last sekali… hoho:ehsan02:
kalo ada 300 gambar. mampus nak watermark
nanti nak tulis tutorial buat secara automatic
hahaha mampus gak la.. tp cam rajin sangat la plak nak upload 300 gambar sekali.. hohoho mampu ke internet kita? hehehe
Facebook ada limit 200 gambar se-album. Aritu pegi pangkor 2 album, pg phuket 3 album. haha XD
Gambar kat facebook tu takyah quality sgt. bukan nak pakai utk print pon
ok.. ko memang ganas.. hohoh aku upload 60 gambar pon da rimas… tipa 5 minit 100 email facebook masuk.. hohoh
:upin02: baru tahu itu maksudnya watermark pfft memalukan ahah btw thnx bang topo kerana memberi info beguna sepeti ini HAHA
Kak Jie register member dgn Gettyimage, so gambar mmg ambek kt saya.
watermark..kadang2 rajin kadang2 malasssssssss….
Alamak, rumit sgt nk wat.
Sudahnya guna watermark on9 jer.
klu ko guna photoscape lagi senang…
sebab aku pun guna photoscape.
x perlu layer²..
masukkan gambar, letak watermark..:)
guna photoscape kan lebih mudah, pantas dan tuntas
panjangnyaaaaaa hahaha. but anw,thank u for the tuto :ehsan01:
aku dpt kesan ada sorg blogger tu buang watermark org..blogger tu blogger femes..hoho
hari tu nampak gambar ko dekat LG.com.
LelakiGhei hahahaha
haha, rupanya inilah watermark yerk. tak tahulah plak aku sebelum ni. kena study lg ni. ades :mail01:
ahah..thx topo.
x terfikir lak nak guna alignment tu.
barulah sume gambar sama je kedudukan watermark tu ye x?
thx thx again
selama ni aku pon tak perasan alignment tu.. hoho habis jahanam watermark aku punya kedudukan..
nanti xde lah suara2 cakap .. ” eh , mcm ke pernah lihat gambar ini…tapi di mana yah ” … kannn ?
soalan memalukan…GC tu apa??
ga*****m**.com. silalah layarinya
hohoho sori aku terpaksa edit link..
aku tak nak ada link #GC dari blog ku ini.. hohohoho
hoho…klu kite wat pattern save as brush boleh gakkan?