5 lagu raya kegemaran topo…
bahang hari raya semakin terasa.. hohoho sekarang ni bukak radio je pasti ada lagu raya punya.. ok jika semalam aku kongsikan 5 kuih raya kegemaran topo.. hari ini 5 lagi list tentang raya.. hohoh 5 lagu raya kegemaeran topo sepanjang zaman.. 😀 tapi mostly semua lagu-lagu zaman antik la.. jom karaoke sama-sama lagu ni sambil mengemas rumah..
1) Satu Hari di Hari Raya – M.Nasir
ini antara lagu raya moden yang aku suka.. hohoh mungkin satu-satunya kot.. yang lain semua hampeh.. hahaha tapi memang best ape lagu M.Nasir ni… siapa kata tak best meh sini aku bagi dia dengar lagu raya ni sampai muntah..
2) Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
satu perkara je aku boleh cakap pasal lagu tok pah ni.. hohoh memang meriah.. memang terasa suasana hari raya la kalau tengah kemas-kemas rumah tu pasang lagu ni confirm meletupnya rumah tu.. hoho
3) Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar
Susah weh nak cari lagu ni.. tapi memang berbaloi.. pada mulanya aku tak sangka pon ini adalah lagu raya.. hoho giler sedap seuara mamat ni.. memang feeling raya habis la.. siapa tau mana perginya si Khairil Johari Johar sekarang ni? dia ada buat lagu lain ke?
4) Aidilfitri – Sanisah Huri
hohoh siapa tak kenal Sanisah Huri angkat tangan.. (*aku angkat tangan rendah-rendah..*) lagu dia ni memang banyak masa-masa nak raya ni.. tapi aku memang paling suka la lagu ni.. hohoho bila pasang lagu ni je teringat pagi raya 1 Syawal.. hoho walaupun masa tu dah 27 Syawal. hohoho
5) Selamat Hari Raya – Datuk Ahmad Jais
dan akhir sekali.. selamat hari raya oleh Datuk Ahmad Jais.. aku hanya boleh cakap selamat hari raya, selamat hari raya, selamat hari raya.. *sila baca dengan nada lagu ini.. :D*
hoho cukup lah sampai di sini sahaja post lagu raya.. esok nak buat post raya apa plak ye? hohoho nak download lagu ni semua? hehehe boleh-boleh tapi bukan di sini.. hohoh carik sendiri di google ye… 😀
September 17th, 2009 at 9:15 pm
5 lagu tersebut adalah kegemaran aku juga. senang cerita lagu-lagu raya lama juga best untuk didengar. macam ada nilai sentimental yang tinggi pun ya.
[Reply]
September 17th, 2009 at 9:49 pm
ni lagu raya malar hijau ni.. memang menjadi kegemaran sepanjang zaman.. sudah simbolik sangat denga hari raya~
[Reply]
September 18th, 2009 at 5:37 am
Khairil Johari Johar tu sekarang ni proffessor,dia mmbe bpk aku 🙂
[Reply]
topo Reply:
September 18th, 2009 at 6:17 am
mintak tolong bapak ko kem salam kat dia.. kalau dapat otpgraf pon cun gak.. hhoohoh
[Reply]
Blowie Reply:
September 19th, 2009 at 6:35 am
kalo jmpe insyaallah aku mintak,hehe
lgpun agak susah dh jumpa dia skarang,sbb aku kat area wangsa maju.
dia tak silap aku duk shah alam.
sbb dia proffessor kat uitm shah alam 😀
[Reply]
topo Reply:
September 19th, 2009 at 6:37 am
hohoh aku pon baru tau dia profesor kat UITM s.alam kakak aku ckap semalam.. hohooh xpe r aku suruh akak aku je la mintak otograf.. hohooh
[Reply]
September 18th, 2009 at 6:00 am
my fav. lagu anuar & ellina…dengar intro music lagu tu aje dah semangat nak raye…huhuhu…
haa :upin02: …lagu siti sesuci lebaran best juga
[Reply]
topo Reply:
September 18th, 2009 at 6:21 am
ya-ha!!! hoho aku pon suka gak lagu tu.. tapi aku tak ingat nama ape.. hohooh
[Reply]
September 18th, 2009 at 6:08 am
fav aku lagi banyak
🙂
dengar lagu-lagu raya di http://loqnerd.com/mp3
promote*
[Reply]
spatt Reply:
September 19th, 2009 at 4:53 am
hoho, opentape…
nanti aku bikin versi Kamen Rider.. 😀
[Reply]
topo Reply:
September 19th, 2009 at 4:58 am
pergh ko memang nak kruk keyword kamen rider kaw2 ek.. hoho tak nak ajak aku join venture ke.. ;))
[Reply]
spatt Reply:
September 23rd, 2009 at 12:05 am
kalo jadi, komfom ar aku ajak ko..bersama kita kasi unite fans Kamen Rider..hoho 😀
[Reply]
September 18th, 2009 at 3:33 pm
Lagu P ramlee takde ker???
lagu sepanjang zaman time raya tu………..
[Reply]
September 19th, 2009 at 2:00 am
suka lagu enjit2 semot~
haha~
hahaha~
[Reply]
September 19th, 2009 at 4:53 am
lagu Sanisah Huri tu mmg faveret aku! 😀
selain lagu tu, lagu P.Ramlee pun best gak..syahdu woh… :upin02:
SELAMAT HARI RAYA ENCIK TOPO!
[Reply]
topo Reply:
September 19th, 2009 at 5:06 am
selamat hari raya jugak :fizi01:
[Reply]