5 kuih raya kegemaran topo…

Life September 16th, 2009

bahang raya semakin terasa.. UTeM dah start cutri raya weh.. sila jeles.. hohoho walaupun aku masih belum beli baju raya.. tapi tetap rasa bahng jugak la.. hoho mungkin aku patut beli baju raya online seperti tahun lepas..ย  kali ini aku ingin kongsikan 5 kuih raya kegemaran aku sempena hari raya ini.. hohoh tak sabarnya nak raya…

1) Kuih bangkit..

kuih bangkit

kuih bangkit

hohoh ni memang faveret la.. rasanya aku boleh makan macam makan nasik.. sepinggan bagi aku bantai sorang pon takde hal.. nanti bila makan melekat kat gigi.. hahaha tapi memang terbaik la kuih bangkit ni.. memang boleh membangkitkan semangat nak raya.. hoho nak resipi kuih bangkit? sila klik sini..

2) Kuih bahulu..

kuih bahulu..

kuih bahulu..

hoho ini satu lagi faveret ni.. aku rasa tak perlu la nak di terangkan macam mana kuih bahulu tu.. mustahil la korang semua tak tahu.. hohoh tapi yang paling best pasal kuih bahulu ni.. hohoho m,asa nak masak.. pergh.. boleh tercabut tangan dok bantai telur… pastu nak jaga api la bagai.. tapi hasil dia memang mantap.. ๐Ÿ˜€ nak resipi kuih bahulu? hoho di sini ye..

3)Kuih Semperit

kuih semperit

kuih semperit

hohoho jujurnya aku baru tahun lepas tahu kuih ini namanya semperit.. dan terus jatuh cinta.. hohoh tau pon sebab mak aku rajin nak mencuba resepi baru.. tapi sirius aku tak tau. semperit ni sepatutnya rangup ke texture dia macam kuih tart nenas gulung? aku prefer yang rangup.. tapi mak aku kata yang rangup tu tak jadi sebab tu dia bagi aku balun satu balang.. hohoho resipi kuih semperit di sini ye..

4) Kuih Suji

kuih suji

kuih suji

hohoho kuih ini asalnya menjadi kegemaran kakak aku.. setiap kali raya pasti dia bising-bising cerita pasal kuih ni pastu balik kampung bantai kuih ni kaw-kaw… hohoh lama kelamaan aku pulak yang jadi suka.. tapi kuih ni macam rumit je nak buat? hohoh resepi di sini ye kalau nak mencuba..

5) Kuih Sarang Semut

kuih sarang semut

ย 

ok aku tak tau la kalau kuih ni korang panggil dengan nama lain.. hoho tapi sejak dari zaman kanak-kanak rebina lagi aku memang gemarkan kuih ni.. hoho teruja dengan warna hitam kuning dia.. haha rasa pon boleh tahan jugak.. nak cuba buat kuih sarang semut? resipi di sini ye..

aku rasa itu je lah kot.. hohoho atau mungkin raya ni aku akan ketemu lebih banyak kuih raya yang best lagi..ย ย  memang aku akui aku lebih gemarkan kuih tradisional.. hoho almond london? mama carrey? kek talam 2ย  muka? biskut cornflakes? semua aku tak layan.. hoho tapi kalau ada depan mata semua aku telan je.. ๐Ÿ˜€

p/s: kredit gambar pada pemilik ye.. hoho aku jumpa kat google.. tak tau siapa pemilik.. ๐Ÿ˜€

p/s: target aku raya ni nak naik 7kg.. cepat siapa nak jemput aku pi rumah terbuka.. hohoho

p/s: korang plak suka makan kuih ape? hohoho

16 Responses to “5 kuih raya kegemaran topo…”

  1. yash says:

    hohohohoh! ape yang boleh di makan.. makan je.. tak tau ape yang suke.. dan tak suke.. harharhar :upin02:

    [Reply]

    Mus Reply:

    :upin02: betul betul betul

    [Reply]



  2. KertaZ says:

    5 kueh? Err.. Aper ah nama kuih tu? Aku x ingt ah nama2 kuih ni.. Yg mana ada aku bedal jer.. =)

    [Reply]



  3. KNizam says:

    kueh siput la. pedaas je. best!

    [Reply]

    KNizam Reply:

    – – – – –

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin. hehe ๐Ÿ™‚

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

    [Reply]



  4. x-po says:

    kueh tat dgn batang buruk..tp skrg ni aku tgh duk mgidam kat kek lapis srwk la plak..ntah nape..hoho

    [Reply]



  5. HuRuL_AiNi says:

    kalau kat semenanjung raya memang hidang kuih cemni ekk….
    patut pun orang selalu cari kek lapis sarawak….kalau kat sini, jarang orang hidang kuih2 yg ko list-kan ni…..biasa kek lapis & biskut2 mcm almond london cemtu yg org selalu hidang time raya….lauk2 ekstra tu pulak terpulang ngan tuan punya rumah….hehehhe

    [Reply]



  6. samanosuke_04 says:

    huish.. mana almond london? mana kuih bulan nie?? pelik betul taste ko.. tapi senanye aku nampak jer kuih aper, aku rembat.. haha, tapi faveret aku senanye makan roti jala.. waaa

    [Reply]



  7. beliamuda says:

    ada taste tradisional ni.. aku rasa cam dah susah je nak cari orang hidang kuih raya macam ni..

    ~ada gak target nak tambah berat badan ek..

    [Reply]



  8. abdfatah says:

    oh bau lu topotato… nak kueh raya seketul…

    [Reply]



  9. megat says:

    kuih-kuih aku macam kurang suka skit. tapi kuih batang buruk aku memang cari. aku biasa cari kerepek pedas je he3.

    [Reply]



  10. Kujie says:

    Andai jari tak dapat bersentuh,
    tangan tak dapat bersalam,
    hendaknya batin kita tetap bertaut,
    Minal aidin wal faizin,
    Mohon maaf lahir dan batin

    Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada Topo, awek Topo, Mak ayah Topo, adik beradik Topo, housemate Topo, Classmate Topo…dan Pengunjung blog Topo โ€“ Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersiratโ€ฆ

    [Reply]



  11. nazra says:

    kuih samperit!

    slmt hari raya ๐Ÿ™‚

    [Reply]



  12. ika says:

    wei..sama la. suma tu kuih feveret aku. tiru yek? huhu
    kuih suji tu asal la susah sangat aku nak jumpa.
    n lagi satu kuih feveret, kuih arab…terbaik…eh, ke sama je ngan kuih suji? sebab aku ni tau makan jek. tapi tak penah amik tau nama.
    kalu nak beli, aku describe je rupa kuih tu hehehe

    [Reply]



  13. ezamal says:

    saya suka masak tapi bukan saya isteri saya

    [Reply]



Trackbacks

  1. inertz.com

Leave a Reply