doa berbuka puasa dan sesudah berbuka..

Life August 23rd, 2009

al kisah maka tersebutlah kisah.. semalam aku pergi berbuka kat rumah nenek aku di Ayer Molek.. beberapa meter je dari rumah chokilala.. hoho bila masuk waktu berbuka je semua dah ready nak mencekik.. tapi tunggu punya tunggu takde sorang pon nak baca doa.. sumer muka pandang kat aku je.. aku pon dengan yakinnya baca la doa..  ye la tak baik melambatkan berbuka.. sekali masa tengah baca tu boleh plak tergagap-gagap… hohoho lantas dengan machonya aku buat-buat la kerut-kerutkan kepala sikit pastu ulang doa tu dengan jayanya… hahaha nasib baik hari pertama Ramadhan.. boleh la cover sikit.. tapi hari ni dah tak boleh nak cover-cover lagi.. lantas aku pon mengoogle la doa berbuka puasa:

doa berbuka puasa

doa berbuka puasa

kalau baca doa beramai-ramai macam kes aku di rumah nenek aku semalam:

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin

kredit ditujukan khas buat kak jie.. sebab aku jumpa doa ni di blog dia.. hohoh watermark dia pon aku tak buang.. :D dan baru aku tahu rupanya ada doa selepas berbuka.. hohoh boleh dijadikan amalan ni selepas ini..

doa selepas berbuka puasa

doa selepas berbuka puasa

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

sekian, semoga boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian.. hohohoho ada tak doa untuk sahor ye? ermm nak kena google pasni..

14 Responses to “doa berbuka puasa dan sesudah berbuka..”

  1. MrRollNo Gravatar says:

    aku pon x tau ade doa selepas berbuka… o.O

    [Reply]



  2. blowieNo Gravatar says:

    hahaha,selalu lepas berbuka aku ckp alhamdulilah je.
    pastu sambung tgk tv jap :P

    [Reply]



  3. MusNo Gravatar says:

    bagus bro.. mmg ada doa selepas berbuka.. cuma jarang org baca..

    [Reply]



  4. Luth TextileNo Gravatar says:

    kalo ko g bukak kt umah chokilala,
    tak ke malu depan2 mak dia? huhu

    [Reply]



  5. zoolNo Gravatar says:

    Aku pun tak perasan ada doa selepas berbuka puasa

    [Reply]



  6. Kill-VearnNo Gravatar says:

    smlm kat tg malim aku baca yg ni la:

    Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin..

    tp tu la tak ramai yang taw bab2 gini..

    [Reply]



  7. loqNo Gravatar says:

    aku maseh ingat lagi cikgu tadika aku ajar doa berbuka puasa dan selepas berbuka

    [Reply]



  8. rahsia duitNo Gravatar says:

    Biasa la kalau dah setahun tinggalkan ibadah puasa di bulan ramadhan ni. Kadang2 terlupa lak kita puasa dah terlanjur makan hehe.

    [Reply]



  9. syinNo Gravatar says:

    hahaha….baguihhh…baguihhh…utk peringatan bersama..

    [Reply]



  10. LeeNo Gravatar says:

    bagus entri ni.. :ipin01:

    [Reply]



  11. KujieNo Gravatar says:

    Topo, ustaz Kak Jie cakap…. doa berbuka di baca selepas kita berbuka puasa….contohnya….masuk saja waktu berbuka, kita baca doa makan atau bismillah…kita makan kurma… itu dikira dah berbuka…lepas tu baru baca doa..

    info ni baru jumpa….kalau nak tahu lebih lanjut kenalah tanya ustaz masing2 ye….rujuk pada yang berkelayakan

    [Reply]



  12. sickchild72No Gravatar says:

    hihi aku baru tau yang wujudnya doa pas berbuka.
    kihkihkih.

    printed. =D

    [Reply]



  13. kaizokuNo Gravatar says:

    ok..good..teruskan usaha…

    [Reply]



  14. chokilalaNo Gravatar says:

    amboi. beberapa meter ye. pembohong. hahaha

    [Reply]



Leave a Reply