siapa nak kad raya daripada topo angkat tangan…
Aug 31tawaran ini telah ditutup.. harap maaf
ok ini serius.. kepada sesiapa yang nak kad raya daripada topo sila angkat tangan dan tinggalkan alamat di halaman contact atau email terus ke {korang sure tau}@gmail.com.. walaupun aku sering kata aku miskin kaw-kaw.. tapi memang aku dah simpan bajet untuk kad raya ni semenjak Ramadhan yang lepas lagi.. hohoho jadi kepada sesiapa yang berminat sila tinggalkan nama dan email nama dan alamat kepada aku.. hanya email sahaja @ contact yang akan dilayan mudah untuk aku simpan record.. hohooh kalau ada beribu-ribu orang yang nak mungkin aku akan tapis.. hohoh dan keutamaan akan diberikan kepada yang berikut:
antara facebook, blog dan twitter…
Aug 28~cerita bermula~
atara facebook, blog dan twitter..
facebook tempat cari pasal…
blog tempat cari duit…
twitter tempat cari pasal + duit + trafik + kawan + idea + ilmu + awek…
beb tolong gua….
Aug 27~~cerita bermula~~
di suatu malam yang dingin dan sejuk hingga menusuk ke tulang..
aku: beb tolong gua…
dia: ape?
aku: aku tak boleh nak install software ********
dia: aku boleh je…
……………………………………………………………..
perbualan aku di malam yang dingin tu tamat macam tu je…sekian
~cerita tamat~
doa berbuka puasa
Aug 23Korang tau doa berbuka puasa? al kisah maka tersebutlah kisah.. semalam aku pergi berbuka kat rumah nenek aku di Ayer Molek.. beberapa meter je dari rumah chokilala.. hoho bila masuk waktu berbuka je semua dah ready nak mencekik.. tapi tunggu punya tunggu takde sorang pon nak baca doa.. sumer muka pandang kat aku je.. aku pon dengan yakinnya baca la doa.. ye la tak baik melambatkan berbuka.. sekali masa tengah baca tu boleh plak tergagap-gagap… hohoho lantas dengan machonya aku buat-buat la kerut-kerutkan kepala sikit pastu ulang doa tu dengan jayanya… hahaha nasib baik hari pertama Ramadhan.. boleh la cover sikit.. tapi hari ni dah tak boleh nak cover-cover lagi.. lantas aku pon mengoogle la doa berbuka puasa:
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia 1430/2009
Aug 22untuk waktu berbuka puasa 1432/2011 sila klik disini
di kesempatan ini topo dan kekasih gelapku daripada topotato.com ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kata atau bicara mahupun tulisan yang menyinggung mana-mana pihak… semoga Ramadhan yang penuh berkat ini menjadi perantara untuk kita lebih banyak beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.. bersama-sama ini disertakan sekali jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia untuk tahun ini 1430/2009 dalam bentuk pdf:
cerita kedai kopi, jawapan teka gambar dan kekasih gelapku…
Aug 20combo post…aku dapat banyak ucapan tahniah masa aku post tentang kekasih baru aku dulu.. hohoh dan terima kasih jugak la kepada mereka yang tak percaya aku ada kekasih dan meneruskan lagi keyword topotato gay.. korang memang celaka baik… masa aku baru publish post tu, memang gempar la ym aku berkelip-kelip semua tak percaya.. ohoho sampai hati korang ek.. (mungkin mereka kecewa) dan oleh sebab sekarang ni aku dah free sedikit, maka aku persembahkan gambar kekasih gelap ku..