Tag Bahasa Melayu Yang Panjang…

tag July 18th, 2009

dah lama rasanya aku tak menjawab tag.. hohoho awalnya aku memang teringin nak menjawab ni lepas dipelawa oleh cik saffawati hoho katanya khas untuk mereka yang dapat SPM BM A1 hohoho… tapi akhirnya aku dapat jugak tag dari En megat.. jadi terimalah tag Bahasa Melayu yang panjang lebar ini..

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?

Mencari selimut yang telah hilang. Baru beberapa hari aku tinggalkan rumah, selimut aku sudah merajuk menghilangkan diri.

1. 2 jam yang lalu?

Buat pertama kalinya makan asam pedas di kedai kerana dia datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Selama ni aku tak pernah bayar untuk makan asam pedas.

2. Anda suka

Melayari internet dan hobi terbaru sekarang adalah mengasah bakat melukis menggunakan perisian Adobe Illustrator. minat terhadap fotografi terpaksa diabaikan seketika.

3. Minggu lepas

Baru sahaja memulakan semester baru di UTeM, penat menjelajah satu UTeM untuk mencari harta kelas tersembunyi.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

  • Hola – Miranda (ost Lalola)
  • Enamorada – Miranda (juga ost Lalola, ehsan daripada cik saffawati)
  • ada satu lagu yang sering aku dengar semasa cik acer masih disisi tapi aku tak ingat tajuknya.

5. 3 binatang yang anda tak suka

aku bukan serang yang suka pada binatang jadi tiada binatang yang aku suka dan tiada juga yang aku tak suka

6. 5 fakta tentang anda.

  • Baru sahaja pulih daripada penyakit kewangan yang sangat kronik tapi akan menghidap penyakit yang sama tidak lama lagi. Perlukan dos ubat yang lebih kuat atau mungkin penawar baru.
  • Sedang menghidap selsema dan batuk yang agak menjengkelkan tapi aku sangat bersyukur kerana bukan selsema babi.
  • Sedang berfikir samada patutkah aku menunggu Pesta Komputer (PC Fair) yang akan berlangsung di Melaka pada 7 hingga 9 Ogos ini atau terus membeli Komputer Peribadi berspesifikasi tinggi di kedai berhampiran.
  • Sedang mencari penyelesaian untuk masalah internet yang aku hadapi. Aku memerlukan internet di Kolej Kediaman di UTeM tapi aku hanya tinggal di sana beberapa hari seminggu. Streamyx bukanlah pilihan yang bijak kerana aku tinggal 3 orang sahaja dalam satu rumah. Celcom Broadband juga bukan pilihan yang bernas kerana aku tidak memerlukannya sewaktu hujung minggu kerana kelajuan internet terlampau di rumah sendiri. Berbaloikah aku melanggan Celcom Broadband versi prabayar?

7. Tahun depan mungkin.

tahun depan segalanya mungkin. Pada tahun lepas aku tak pernah menjangka pun cabaran dan dugaan yang agak dasyat pada tahun ini.

8. Saya tak reti,

Melukis menggunakan pensel,  untuk mengatasinya aku belajar melukis menggunakan tetikus.

9. Saya pandai,

Menolong orang. Tetapi tak boleh diamalkan selalu kerana terdapat orang yang tak pandai untuk ditolong dan ada juga yang tak tahu menghargai pertolongan.

10. Kawan saya,

Agak sedikit.

11. Saya ada,

Sebuah DSLR, sebuah laptop yang nyawa-nyawa ikan

12. Saya seorang,

Penulis blog.

13. Adik saya,

Ada 3 orang perempuan dan seorang lelaki.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

secaara jujurnya saya sangat cepat bosan dengan sesuatu dan sekarang ini saya dah berasa agak bosan dengan tag ni.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?

belum pernah.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda,

Saya seorang yang baik… hahahahahahahahahahahaha

17. Saya rindu,

laptop acer yang tengah tersadai.

18. Saya tak sabar,

mahu membeli komputer peribadi berspesifikasi tinggi.

19. 5 laman yang anda selalu layari :

  • Gmail.
  • Yahoo Mail
  • Facebook
  • topotato.com
  • eftmk

20. Siapa yang anda mahu tag?

tak mahu tag sesiapa, tapi tahukah anda menjawab tag sangat baik untuk SEO… hahahaha

12 Responses to “Tag Bahasa Melayu Yang Panjang…”

  1. amoi says:

    tak pernah bercinta? apakah??? =))=))=))

    [Reply]



  2. Saffa says:

    Spotted mistake! : ni. samada, dasyat, tak…. Mana ada dalam BM. Hahaha..
    ———-
    topo: baru aku tau eja dasyat sebenarnya dahsyat… hahahahah tapi perkataan samada memang aku guna sejak sekolah dulu.. cikgu aku kata betul je.. hohooh

    [Reply]



  3. HuRuL_AiNi says:

    1: siapakah ‘dia’? Ayat anda agak tergantung dan pastinya akan ditolak markah jika ianya soalan KOMSAS.
    2: minat –> Minat. Perkataan pertama perlu menggunakan huruf besar bagi huruf pertama.
    5: serang atau seorang?
    6: samada –> sama ada
    7: tahun –>Tahun
    11: DSLR, sebuah laptop –> DSLR dan sebuah laptop

    ***aku rasa ‘tak’ boleh diterima sebagai bahasa Malaysia
    p/s: tak pernah guna Celcom Broadband Prabayar…tidak dapat memberi pandangan untuk itu.

    [Reply]



  4. Fatin Pauzi says:

    Terer ar topo tak reti melukis dengan pensel! 😀

    [Reply]



  5. samanosuke_04 says:

    keh3, kene komplen habis tag ko topo, diorang nie bajet rakyat melayu terakhir laa..

    [Reply]



  6. Kill-Vearn says:

    aku pon kesan mistake yg sama seperti hurulaini taip tuh… hoho.. bukan tag BM dah ni.. tapi tag bahasa rojak+BM.. hahaha.. takpe mistake makes perfect..

    psstt: tak pernah bercinta? erk…

    [Reply]



  7. Ryehana says:

    aku pun konfius sapekah ‘dia’ yang datang melaka tu.. citer tergantung wehhh!

    tolak markah!

    [Reply]



  8. loq says:

    aku pon kene dengan en megat…
    boleh mantapkan SEO eh?
    kene cuba ni..

    [Reply]



  9. zool says:

    Mantap sgt ke SEO?
    kalau yg mengetag tu PR dia power..
    huhuhuhuhu.. tapi kdg2 malas nak jawab tag..

    [Reply]



  10. Kreuger says:

    yeay… hahaha.. topo kene jugak
    akhirnya.

    [Reply]



  11. titan says:

    siapa dia?:mail01:

    [Reply]



  12. megat says:

    terima kasih jawab tag ni. sekurang-kurangnya terdapat beberapa kontroversi yang timbul ha3.

    agak-agaklah klu tag bagus utk SEO, bolehlah lepas buat tag bebyk eh? maka makinlah kontroversi timbul he3.

    [Reply]



Leave a Reply