dapatkan trafik dengan memahami pelawat anda…

Blogging June 1st, 2009

setiap hari semakin ramai bloggers yang wujud di muka bumi ni macam cendawan tumbuh lepas hujan.. hohoho aku rasa nanti kalau aku ada duit lebih aku nak buat satu t shirt tulis besar-besar saya ni penulis blog topotato.com awek-awek sila la tegur saya.. hahahah ok permulaan yang tiada kena mengena dengan tajuk post.. hohoho biasalah.. aku kan blogger yang tidak matang.. hahahahah

ok kembali ke tajuk asal.. seperti yang aku pernah tulis suatu ketika dulu.. terdapat ramai blogger yang terlalu taksub dengan blog mereka sendiri sampai mereka jadi lupa diri dan buat post yang syok sendiri je..tetapi mengharapkan trafik menggunung.. hoho atas sebab itulah post ini ditulis.. hehehe tips mendapatkan trafik dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog anda…

ok bila kita berjaya memahami keperluan dan kehendak pelawat yang datang ke blog kita maka dengan mudahnya kita dapat menarik trafik ke blog.. hohoho bunyi macam mudah bukan.. tapi macam mana nak memahami trend pelawat yang masuk ke blog kita? hohoh mudah sahaja.. di sini aku akan kongsikan beberapa tips yang aku gunakan sejak dari dulu lagi.. hoho beberapa ye.. bukan semua.. hahah kalau nak lebih cari sendiri di google.. haha aku dalam proses nak membudayakan google dikalangan masyarakat Malaysia.. pelayar internet tegar khususnya.. 😀 dan satu lagi.. mungkin tips ini kelihatan sangat biasa.. hehehe kalau kalian ada tips lagi gempak sila la kongsikan ye..

1) kenal pasti post mana yang menjadi tumpuan pelawat

di sini aku ada 2 cara untuk mengenal pasti post apa yang menjadi tumpuan.. pertama adalah berdasarkan jumlah komen yang diberi.. hoho tapi yang berkaitan dengan post ye… bukan komen bertanya khabar atau komen-komen spam yang semakin berleluasa sekarang ni..

dan cara kedua adalah dengan mengenal pasti jumlah hits atau view post itu sendiri.. hohoh kalau bagi pengguna wordpress terdapat banyak plugin stat counter yang kalian boleh gunakan dan aku rasa pasti ramai yang tahu berkenaan dengan plugin ini.. hoho kalau tak tau sila tanya secara personal di twitter.. 😀 untuk pengguna blogspot pula.. mungkin kalian boleh menggunakan plugin page view ini ataupun menggunakan google analytics..  yang lain aku tak berani nak rekomen sebab aku tak pernah guna..

2) bereksperimentasi dengan pelbagai jenis post…

yang ini adalah sangat penting.. hohoho setelah anda berjaya mengenal pasti post mana yang menjadi kegilaan peminat.. jangan la terlalu menyempitkan pemikiran anda dengan hanya menulis post sedimikian rupa sahaja.. nescaya ia akan menimbulkan perasaan bosan yang teramat sangat di kalangan pembaca atau pelawat anda.. sebaliknya bereksperimentasilah dengan pelbagai jenis post dan pada masa yang sama tidak mengabaikan post yang menjadi kegilaan peminat anda… dengan cara ini mungkin anda akan menjumpai sejenis genre penulisan yang lebih meletup daripada biasa… hohohoho

3) kenal pasti dari mana datangnya sumber trafik anda..

perkara ini penting juga.. hohoho setelah anda berjaya mengenal pasti dari mana datangnya sumber trafik anda.. giatkanlah lagi agar boleh dapat trafik dari sumber itu lagi… hohoh contohnya kalau trafik anda banyak datang dari topotato.com sering la melawat dan memberi komen di sini.. atau pun sila la berebut untuk mendapatkan tempat iklan banner percuma di sini setiap minggu.. hohoh bagaimana nak kenal pasti sumber trafik? hhohoh cara paling mudah adalah dengan tengok statistik di nuffnang.. ataupun tampal la plugin feedjit di blog anda…

4) nak memahami pelawat anda? tanya la mereka sendiri.. hohohoo

hohoh ini cara yang paling basic sekali sebenarnya.. hahaha betul la.. kalau nak kenal pelawat korang macam mana tanyalah sendiri pada tuan empunya diri.. hohoho lagi tepat jawapannya nanti.. tapi persoalannya macam mana nak tanya pada pelawat anda? hehehe yang ini akan aku simpankan dahulu.. aku akan jawab sebaik sahaja post ini masuk di muka depan negaraku.net.. heheh sekarang ni ada 3 post topotato di muka depan kalau kalian perasan.. terima kasih kepada anda semua.. 😀

p/s: kalau kalian perasan aku ada gunakan istilah pelawat dan pembaca dalam post ni.. hohoh nak tau perbezaan pelawat dan pembaca silalah baca post ini…

20 Responses to “dapatkan trafik dengan memahami pelawat anda…”

  1. ubey says:

    wahh~ hehe. kutip2 ilmu sket ek bang topo
    ———-
    topo: sila la en ubey… hohoho

    [Reply]



  2. HuRuL_AiNi says:

    salam
    hohoho (kita sesama x matang…wakaka)
    anyway, payah aku nak komen bab ni…hehe. apapun aku share je la trend blog aku: hit byk dr google of course ‘lirik lagu AF’ & ‘download’……byk komen bernas bila aku tulis entri yg berfikir mcm bila korang bercinta….byk dpt respon dr blogger jika entri berkaitan blogger @ entri sempoi merapu…last2 balik pada point no 2, tulis je lain lain lain lain lain….hahaha
    p/s:trima kasih topo kerana memberi trafik ke blog aku jugak….hohoho
    ———–
    topo: hahaha ko memang pandai experimen dengan post….

    [Reply]



  3. KhairiL's says:

    haha
    curi skit tips kt blog topo
    aku seorg newbie

    [Reply]



  4. lizz says:

    good info! nnti aku nak try apply. tgk jadi tak.hehehe

    [Reply]



  5. nikillas says:

    pembaca suka sangat benda free… pantang ada benda free.. laju je diorang.. hohoo..
    ———-
    topo: ya-ha tepat sekali… siapa yg tak suka weh kalo benda free…

    [Reply]



  6. Munirah Abd says:

    ngegege..
    tulis blog sgt suka2x
    xberapa xkesah sgt pun pasal hit sbb dari zaman blogdrive(4thn lepas) mmg tulis blog utk kenangan abadi..
    kalau ada org dtg berkunjung mmg la alhamdulillah..
    kalau xde pun xpe..just utk diri sendiri bukak blog di kala sunyi gitu..boleh gelak guling2x baca tulisan sendiri..hahahha

    [Reply]



  7. Azah says:

    semestinya topo la yg lebih memahami pengunjung2 nya..
    aku baru dalam usaha nk cuba memahami…
    thanx topo…

    [Reply]



  8. Saffa says:

    Topo.. Saffa tak pernah tau Saffa nyer traffic cmner.. page view etc.. =___=” cam malas arr nak pasang plugin. plugin apa eyk?

    [Reply]



  9. hazman aka species1980 says:

    ia ibarat mengkaji kehendak pasaran la dalam bidang perniagaan…
    ———-
    topo: hohoh lebih kurang macam tu la gamaknye…

    [Reply]



  10. kisahsensasi says:

    Biasanya kalau ade gambar atau story yang KONTROVERSI sure mudah tarik trafik….:ehsan02:
    ———-
    topo: aku xreti buat2 kontroversi ni.. hohohoh

    [Reply]



  11. marzuki says:

    aku suka pelawat atau pembaca yang penkomen je, ekekeke.
    ———-
    topo: la hidup lagi ko rupanya.. hohohoho

    [Reply]



  12. Fatin Pauzi says:

    “aku kan blogger yang tidak matang.” Hoho. aku kenal ni. blogger yang tidak matang juga dianggap seolah2 tak ingat mati dan menggila! huish, panas tu.
    ———-
    topo: hohoh panas gak la.. sebab tu la aku share kat sini.. ikutkan nak buat serangan balas je.. hahah tapi cam malas la plak..

    [Reply]



  13. Kreuger says:

    topo memang terer bab ni..
    gua memang salute..

    topo nanti citer plak pasal
    main keywords kat twitter… hehehe
    lame hang tak main keywords…
    ———-
    topo: hohohoho aku dah lama dah start main balik keyword tu kat twitter.. ko je yg xmuncul2..

    [Reply]



  14. blowie says:

    hurmm,banyak lagi la nak kena belajar cara2 nak tarik pelawat.
    Boleh terangkan tak pe beza dofollow ngan nofollow? hehe
    Saya bdk baru belajar,kalau salah tlg jolokkan 😛

    [Reply]



  15. Jie says:

    topo sentiasa dgn tip2nya…
    kak jir org pertama fave kt negaraku…nk adiah
    ———-
    topo: hohoho xde duit la nak bagi hadiah.. saya seorang pelajar yang miskin di akhir semester.. sekian..

    [Reply]



  16. Luth Textile says:

    thankx for info.. betoi2

    [Reply]



  17. abgzol says:

    tips2 yang sangat berguna utk blogger baru macam aku ni. terima kasih bro..lepas ni aku kena kaji semula kehendak pelawat yg singgah diblog aku 🙂 nanti tak ler perasan sendiri..

    [Reply]



  18. adol says:

    bagus tip nie… leh pakai…

    [Reply]



  19. azwan says:

    Topo, komen kat sini pun boleh tarik pelawat ke blog aku … kan?

    :ehsan02:

    [Reply]



  20. Daus says:

    Macam azwan kata, komen kat blog ko leh tarik trafik la…

    [Reply]



Leave a Reply