sesi menjawab soalan bersama topo…

Blogging June 5th, 2009

hohoh aku dah lama dah nak buat sesi menjawab segala persoalan bersama topo ni.. terutamanya bila aku terbaca hari bertemu pelanggan kak jie.. ye la saban hari pelbagai kemusykilan yang dilontarkan kepada aku.. hohoho yang mana kemusykilan besar-besar tu aku buat satu post khas je.. hohoho tapi yang soalan remeh temeh ni macam tak berbaloi la plak aku nak buat post.. tapi aku akan tetap menjawab juga di post seperti ini.. hohoh gabungkan seberapa banyak persoalan buat dalam satu post sila la baca ye jawapan segala persoalan yang timbul mungkin ada info berguna kepada anda..

1) kenapa topo tak gunakan threaded comment plugin di blog ini?

ok sebelum itu.. kepada yang tak tahu.. threaded comment plugin itu adalah plugin untuk membalas komen di blog.. kenapa aku tak gunakan? hehehe banyak agenda tersembunyi sebenarnya tapi satu yang aku boleh cakap ianya adalah berkaitan dengan post memahami pelawat untuk mendapatkan trafik.. sebab aku rasa bila aku letak plugin tu akan wujud komen yang takde kaitan dengan post aku.. hoho dan satu sebab lagi adalah theme ni tak kacak bila guna plugin ini.. hohoho

2) soalan teka-teki dari mohdnasri: “buah ape kita kena makan dulu baru bleh ambik”

jawapan dia buah dam haji… sekian.. hohohoho aku rasa tak perlu lah aku ulas lagi pasal soalan ni ye..

3) ok soalan ni datangnya dari post skandal terbaru topo..  ada banyak persoalan tapi aku nak jawab dalam satu point je.. hohoho nak tau soalan dia sila baca sendiri post berkenaan..

sebelum apa-apa jawapan ingin aku tegaskan..  aku cair ye bukan jatuh cinta atau sebagainya..  ada yang tanya kenapa dulu Heliza sekarang Zee Avi plak..  hohoh dulu aku cair dengan Heliza sebab mata dia.. dan sekarang aku cair dengan Zee Avi sebab lagu dia.. hoho aku tak pernah dengar pon heliza menyanyi.. dia ade lagu ke? dan satu lagi menurut kuiz di facebook aku jenis org yang setia pada yang satu ye.. hohoho perubahan kecairan aku dari Heliza ke Zee Avi takde kaitan langsung.. hohoho

4) kenapa topo suka letak nama topo di setiap post?

sebelum tu apa kata kalau korang baca page about me dahulu.. hohoh tentang topo & topotato.com… aku ada tegaskan bahawa topotato.com adalah blog carca marba mentega kacang yang ditulis mengikut styke topo… aku tak nak terikat dengan niche blog informasi mahupun blog personal… dan atas sebab iulah aku sampaikan setiap informasi dengan menyelitkan kehidupan seharian aku secara langsung atau tidak langsung.. hohoho sejarah kategori blog carca marba mentega kacang yang giler kentang boleh dibaca di post ini..

5) soalan terakhir, kononnya topo ada photoblog tapi kenapa sikit je gambar dalam tu?

hohoh ya aku memang ada sebuah photoblog dan tak ramai yang tahu mengenainya.. sebabnya blog itu aku gunakan bila mulut tak bisa berbicara dan aku terpaksa biarkan lensa yang berkata-kata.. hohoho maknanya kalau mulut ini masih boleh berbicara dan menaip post yang kononnya menarik maka photoblog aku tidak akan diupdate.. hohoho

menarik jugak sesi menjawab soalan ni ek.. hoho rasa macam jawab soalan bocor SPM atau PMR je.. hahahha aku rasa sebagai permulaan cukup lah sekadar 5 sahaja persoalan untuk experimentasi keberkesanan post sebegini.. kalau mendapat sambutan yang menggalakkan aku akan buatnya secara lebih kerap lagi..

8 Responses to “sesi menjawab soalan bersama topo…”

  1. Azah says:

    Heliza ada apa lagu dia..
    nyanyi ngan mawi tu,…
    doa dalam lagu…
    errr… ke apa tajuk die ek?
    hoho…soalan2 spm, susah ni nk jwb…

    [Reply]



  2. HuRuL_AiNi says:

    soalan no 2 mmg x boleh nak blah…haha
    comel pulak entri ni….hehe

    [Reply]



  3. zelo55 says:

    mak ai ngko!
    ak rse ko leh bukak kaunter pertanyaan laa…ho3

    [Reply]



  4. Active Blogger says:

    hehe…dah dapt style menulis sendiri agus la 🙂 aku tgh mencari lenggoknya lagi 🙂

    [Reply]



  5. Mohd Nasri says:

    ish..keyword teka teki aku pn ada skli..
    :ipin01::ipin01:

    [Reply]



  6. -WaN- says:

    bagus kalo kerja kat kaunter pertanyaan la ko nih…hehehe

    [Reply]



  7. titan says:

    ala. 5 aje soalan yg ko jawab? emmmmmm…:fizi01:

    [Reply]



  8. Kak Jie says:

    Topo… Kak Jie nak tanya ni

    apasal banner nuffnang tu tutup banner blog?

    nuffnang bayar mahai ke…kehkehkeh…

    [Reply]



Leave a Reply