post pasal aku…

Life June 22nd, 2009

setelah lebih seminggu mata aku non stop mengadap skrin laptop ini hujung minggu lepas aku telah berjaya merehatkan mata dan laptop aku dengan mengikuti program sepanjang hujung minggu.. hohoho bila aku baru sahaja pulang semalam aku memang nak tulis blog tapi tak ada idea yang muncul… akhirnya aku mengambil kesempatan untuk bertanya kepada rakan-rakan di twitter tentang tajuk yang menarik untuk ditulis.. hohoho dan inilah cadangan daripada mereka:

post tentang aku..

post pasal aku..

maka untuk menjaga hati rakan-rakan twitter aku akan menulis post pasal aku.. hohoh ye la aku tak nak nanti boleh jadi kes gaduh plak kat twitter nanti.. hahahah kat twitter pon boleh bergaduh-gaduh ek… erm.. macam mana ek aku nak mula post pasal aku ni.. hohoho aku memang tak pendai menulis tentang diri sendiri ni.. sebab tu aku tak pernah ceritakan kisah hidup aku.. hohoho biarlah alam maya dan alam realiti menjadi dua dunia yang berbeza…

kalau korang pernah membaca blog aku sebelum ini.. pasti korang tahu yang topo merupakan seorang pelajar media interaktif di UTeM.. merupakan blogger tegar yang menghabiskan masa menghadap laptop hingga cik acer kesayangan beliau sudah tidak bernyawa lagi.. kebuntuan bermula dengan skrin cik acer tu terbakar dan tak mampu diperbaiki kerana tiada sumber kewangan walaupun nuffnang sudah mencecah RM 50++ setiap bulan tapi semua duit itu tapi semua tu hanya cukup membayar bil celcom aku sahaja yang kini masih berhutang RM32.62 hahahaha nasib baik lah celcom banyak beli iklan nuffnang kat blog ini..

post pasal aku lagi… aku gembira menulis blog  hahahah blog ini bergenre blog carca marba mentega kacang yang gila kentang dan ditulis mengikut style topo…dan di blog ini tersingkap 1001 rahsia yang tak ramai orang tahu.. hohoho setiap post ada niat tersendiri dengan sengaja mahupun tak sengaja.. walaupun post santai seperti kisah zee avi pon mempunyai maksud tersendiri.. hanya beberapa orang sahaja yang mampu memahaminya…

topo masih lagi single dan semakin hilang mood untuk mencari hahahaha ntah kenapa aku dah semakin senang hidup single ni. mungkin kerana pengaruh tak elok dari rakan sebaya.. hahaha selain itu pengaruh dari rancangan tv seperti power rangers dan kamen rider memang memberi impak kepada topo.. hahahha kalau mampu memang aku berniat nak beli model kamen rider besar-besar punye.. hohoho tapi apakan daya.. hahahah

hohoho aku rasa cukuplah setakat ini sahaja post pasal aku… hehehehe lepas ni nak buat post pasal ape la plak ek.. :>

17 Responses to “post pasal aku…”

  1. GambarHehe says:

    Aku amat terharu kerana ko sudi menerima saranan drpd aku.. Hati ko sungguh mulia.. Oh.. ~:>
    ———-
    topo: hohoho biasa je tu..

    [Reply]



  2. Azah says:

    buat post pasal kau pulak..
    ———-
    topo: jgan menyesal plak nnt kalo aku buat post psal ko.. hohoho

    [Reply]



  3. blowie says:

    jangan single lame2,kang ade fitnah kata ko gay plak. hahahahaha 😛

    [Reply]



  4. hanc says:

    antara dua dunia kita berbeza berbeza berbeza ~~~…..@};-

    [Reply]



  5. HuRuL_AiNi says:

    hahahhaha….
    x blh blah betul la entri ni….hahahaha
    tp kan….knapa ko punya twitterfox mcm lawa je….aku punya warna biru…cemner nak tukar tu?hihi
    weh…ko lupa tulis walaupun ko punya nuff cukup2 bayar celcom, tp ko berjaya gak dptkan DSLR yang aku dengkikan….& ko lupa gak tulis hobi skodeng bunga bakawali ko tu…..hihi…
    blm lg kes ko dalang buat perhimpunan haram bantah Evolution….(naseb baik ko x kena ISA, klu x aku hack & takeover blog ni nanti…hihihi)
    kih3….suka betul aku nak mencabar entri ko ni…hihi

    apapun, ko post je la apa2 ko suka….aku baca je…hihi

    [Reply]



  6. oDiN says:

    ape kata citer pasal aku plak
    😛

    [Reply]



  7. secret admirer says:

    bang topo~

    cerita la lebih lanjut tentang perihal diri abang topo..saya peminat awak ( rujuk nama)

    saya single~hahahahahaha

    [Reply]



  8. Pepejal says:

    :ipin01:
    tak salah kalau tulis post pasal diri sendiri.. huhu

    [Reply]



  9. broSKL says:

    ko buat la tutorial ke..best gak..ajarkan cmne nk letak katon upin n ipin ni ke..kan kan..:D hhohoho :upin02:

    [Reply]



  10. fazarudin says:

    aku pun kadang2 xde idea nak tulis .. ntahlah…asyik blur je

    [Reply]



  11. Azah says:

    :ehsan01:
    x nyesal..
    asal buat yg baik2 suda..
    haha…

    [Reply]



  12. zool says:

    Buat post pasal diri sendiri ek.. tapi mantop gak bulan2 dpt cecah earning nuffnang tu.. aku pun tak mampu lagi

    [Reply]



  13. acadterror says:

    sori off topic jap.eh die mskkan nilai earnings tu setiap bulan ke stiap mggu ek

    [Reply]



  14. KNizam says:

    apa kata ko buat post pasal pot special kat utem. aku tengok from luar empat segi kotak je. mungkin dalam cun kot. hehe aku x pernah masuk dalam area utem tuh. hehe 🙂

    [Reply]



  15. zool says:

    betul gak cadangan knizam..
    aku sekali je masuk. tu pun UTEM kat kilang CUBIC …
    durian tungal aku masuk jln pintas ke kesang pajak je. tu pun secara haram.. huhuhuhu..
    tanya sikit. Datuk RUdin skg pensyarah kat UTEM balik kan?

    [Reply]



  16. mazuki selangor2u says:

    sememangnya blog carca marba aku suke….macam nuffnang pon suke je…:upin02:

    [Reply]



  17. sufian says:

    ko ni best student kat utem ke? :mail01:

    [Reply]



Leave a Reply