sesi menjawab soalan bersama topo…

June 5th, 2009 8 Comments   Posted in Blogging

hohoh aku dah lama dah nak buat sesi menjawab segala persoalan bersama topo ni.. terutamanya bila aku terbaca hari bertemu pelanggan kak jie.. ye la saban hari pelbagai kemusykilan yang dilontarkan kepada aku.. hohoho yang mana kemusykilan besar-besar tu aku buat satu post khas je.. hohoho tapi yang soalan remeh temeh ni macam tak berbaloi la plak aku nak buat post.. tapi aku akan tetap menjawab juga di post seperti ini.. hohoh gabungkan seberapa banyak persoalan buat dalam satu post sila la baca ye jawapan segala persoalan yang timbul mungkin ada info berguna kepada anda.. Read the rest of this entry »

membudayakan penggunaan google bersama topo…

June 3rd, 2009 25 Comments   Posted in tutorial

Internet menjadi kegilaan semua orang masa kini tapi malangnya banyak masa yang berharga terbuang di internet hanya dengan melayari laman web lucah, friendster,myspace dan lain-lain yang tak berguna.. hohoho facebook dimaafkan.. hahaha aku main game kenal bendera+ibu negara kot kat facebook.. dan sangat malang bagi mereka ni kerana banyak informasi yang mudah didapati di internet ni dan lebih mudah lagi jika adanya batuan google..

oleh itu aku rasa nak jalankan satu kempen khas membudayakan penggunaan google.. untuk siri pertama ni aku nak kongsikan tips untuk memperkasakan carian google sebab aku dah semakin bosan dengan budak sekolah yang menghabiskan masa buat benda yang bukan-bukan kat internet tapi akhirnya satu maklumat pon tak dapat.. dan sesuka hati je suruh aku carikan maklumat untuk dia.. hahah sori la beb.. aku memang pantang orang yang nak kena suap je semua benda ni.. oleh itu marilah membudayakan penggunaan google bersama topo..

image credit to mike dougherty

image credit to mike dougherty

Read the rest of this entry »

bye Heliza.. hello Zee Avi .. ;D

June 2nd, 2009 17 Comments   Posted in Life

ok ini adalah berita tergempar panas dari oven hijau topotato.com..:)) jika suatu ketika dahulu gempar pasal topo cair giler dengan heliza ( memang gempar pon.. dan2 je ramai giler ym aku soh cepat cari awek macam Heliza..) hohoh kali ini aku telah berubah arah pulak.. aku tidak lagi cair kepada Heliza.. tapi dah mula cair kepada Zee Avi 😡 hohoh gadis-gadis sila take note ye.. hahahaha dan kisahnya sama juga seperti kisah kecairan aku terhadap heliza dulu.. hohoh semuanya bermula dengan youtube..

dan aku ingin berterima kasih kepada saudara mohd zaid kerana mempertemukan aku dengan Zee Avi ni.. hohoh walaupun sebelum ni aku dah selalu dengar lagu kantoi tapi video ni pertama kali aku nampak muka dia nyanyi 5 lagu Honey Bee, Bitter Heart, Kantoi, dan Monte…

p/s: aku tak bernafsu sedikit pon nak tengok cerita Syurga Cinta.. hohoho sebab tipikal sangat ala-ala Kiamat Sudah Dekat kot tak nak komen sebab memang aku tak tengok lagi.. dan jangan risau aku juga tidak akan download mahupun torrent filem Syurga Cinta ni.. hohoh tunggu je keluar kat tv masa raya nanti:D

dapatkan trafik dengan memahami pelawat anda…

June 1st, 2009 20 Comments   Posted in Blogging

setiap hari semakin ramai bloggers yang wujud di muka bumi ni macam cendawan tumbuh lepas hujan.. hohoho aku rasa nanti kalau aku ada duit lebih aku nak buat satu t shirt tulis besar-besar saya ni penulis blog topotato.com awek-awek sila la tegur saya.. hahahah ok permulaan yang tiada kena mengena dengan tajuk post.. hohoho biasalah.. aku kan blogger yang tidak matang.. hahahahah

ok kembali ke tajuk asal.. seperti yang aku pernah tulis suatu ketika dulu.. terdapat ramai blogger yang terlalu taksub dengan blog mereka sendiri sampai mereka jadi lupa diri dan buat post yang syok sendiri je..tetapi mengharapkan trafik menggunung.. hoho atas sebab itulah post ini ditulis.. hehehe tips mendapatkan trafik dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog anda…

Read the rest of this entry »