cubaan melukis di twitter…

June 17th, 2009 26 Comments   Posted in Masterpiece

semenjak-dua menjak ni aku sangat sibuk.. hohoho siang dok mengadap printer.. malam dok mengadap photoshop.. tapi duit tetap 0 sen jugak.. hohoho jadi pada masa terluang tu aku memang tak sempat la nak update blog ni.. jadi aku mencari satu hobi baru iaitu belajar melukis menggunakan adobe illustrator.. hohoho dan aku kongsikan gambar-gambar binatang yang aku lukis di twitter utk mendapat maklum balas.. hohoho jika dahulu aktiviti harian di twitter adalah berkongsi keyword pelik hari sekarang korang tengok la topo melukis tiap-tiap hari kat twitter… hohoh nak tengok lukisan topo? hahaha Read the rest of this entry »

evolusi pengembangan bunga bakawali topo…

June 14th, 2009 49 Comments   Posted in Masterpiece

kalau kalian merupakan pembaca tegar di topotato.com pasti korang pernah melihat gambar bunga bakawali yang ditanam oleh mak aku di post ini.. tapi itu gambar tahun lepas beb.. hohoh tahun ni bertarikh 12/06/09 sekali lagi aku bersengkang mata dan berembun dan bernyamuk dibawah pokok semata-mata nak tunggu bunga bakawali tu kembang… heheh dan di post ini terimalah evolusi perkembangan bunga bakawali dari awal hingga ke akhir dibawakan khas oleh camera cap canon eos 450D dan juga telefon bimbit cap nokia 3200 utk pencahayaan.. hohoho aku takde duit lagi nak beli speedlite dengan makro lens.. guna la apa yang ada..

10/06/09 | 10.13pm

bunga bakawali belum kembang

bunga bakawali belum kembang

ini peringkat pertama beberapa hari sebelumnya masa tu ibu bapa aku baru sedar tentang kewujudan kelopak bunga bakawali yang akan kembang tak lama lagi.. dan semenjak itulah aku usya bunga ni tipa-tiap malam.. Read the rest of this entry »

cadangan hadiah hari jadi lelaki dari blogger perempuan yang cun..

June 13th, 2009 86 Comments   Posted in Reviews

hohoho bila bercerita tentang hari jadi pasti masing-masing semua pening kepala nak belikan apa hadiah yang sesuai untuk orang tersayang hahaha ok di sini aku nak kongsikan cadangan hadiah hari jadi untuk lelaki yang aku kutip dari rakan-rakan blogger yang berstatuskan awek cun.. hohoho dan terbukti memang meletup-letup cadangan yang diberikan.. setelah dikira lebih kurang ada 30 cadangan..  tapi aku kongsikan yang betul-betul menarik sahaja ye.. Read the rest of this entry »

upin dan ipin angkasa…

June 11th, 2009 18 Comments   Posted in video

hohoh pada awalnya aku tak nak buat post ni sebab 2011 baru nak keluar.. hohoho tapi memandangkan aku dah melantik diri sendiri sebagai duta tak rasmi upin dan ipin dan knizam pon dah tanya maka dengan ini mempersembahkan..filem kedua upin dan ipin Upin & Ipin Angkasa… akan muncul dipawagam berdekatan pada 2011… terbitan les’copaque production.. dan inilah trailer filem berkenaan

tapikan aku akan lebih puas hati kalau 2011 nanti upin dan ipin tu dah besar sikit… hohoho biarlah nampak membesar bersama peminat.. hohoho 2011 tu lama lagi tu… dan satu lagi, kalau tak silap aku sepanjang cuti sekolah ni ada episod baru upin dan ipin… sebab aku ada terpandang hari tu.. tapi kenapa takde kat web ek.. hohoho betul ke tak ade episod baru? tv pukul 5.30 korang try tengok nanti.. hohoho aku dah lama tak bukak tv..

post yang tiada makna…

June 9th, 2009 18 Comments   Posted in Life

———————————————————————-
————————————————–
——————————————————–
————————————————–
——————————————-
—————————————————-
———————————————-
————————————————————–
——————————–

tak payah la bersusah payah nak cari maksud tersirat atau cuba terjemahkan apa aku tulis… buat pertama kalinya aku tulis sesuatu tanpa sebarang tujuan atau maksud tersirat…

topo dapat cek kedua nuffnang…

June 5th, 2009 30 Comments   Posted in Life

cek kedua nuffnang...

cek kedua nuffnang...

ok aku tak tahu apa yang aku nak tulis dalam post ni.. hoho cukup la sekadar menunjukkan aku dapat cek nuffnang dan nuffnang memang bayar kepada bloggers.. perlukah aku buat mengenali nuffnang episod 2? hoho kalau ye hantarkan ke twitter ye.. aku teringin nak tengok macam mana rupa cek advertlets.. bulan depan dapat lagi =D sekian terima kasih