evolusi pengembangan bunga bakawali topo…

Masterpiece June 14th, 2009

kalau kalian merupakan pembaca tegar di topotato.com pasti korang pernah melihat gambar bunga bakawali yang ditanam oleh mak aku di post ini.. tapi itu gambar tahun lepas beb.. hohoh tahun ni bertarikh 12/06/09 sekali lagi aku bersengkang mata dan berembun dan bernyamuk dibawah pokok semata-mata nak tunggu bunga bakawali tu kembang… heheh dan di post ini terimalah evolusi perkembangan bunga bakawali dari awal hingga ke akhir dibawakan khas oleh camera cap canon eos 450D dan juga telefon bimbit cap nokia 3200 utk pencahayaan.. hohoho aku takde duit lagi nak beli speedlite dengan makro lens.. guna la apa yang ada..

10/06/09 | 10.13pm

bunga bakawali belum kembang

bunga bakawali belum kembang

ini peringkat pertama beberapa hari sebelumnya masa tu ibu bapa aku baru sedar tentang kewujudan kelopak bunga bakawali yang akan kembang tak lama lagi.. dan semenjak itulah aku usya bunga ni tipa-tiap malam..

12/06/09 | 10.59pm

bunga bakawali sedang sarat..

bunga bakawali sedang sarat..

seperti malam-malam yang sebelumnya pada jam 10-11 malam aku akan perhatikan bunga bakawali ni.. dan pada hari ini aku tengok bunga ni macam dah sarat je dan bakal berbunga beberapa minit atau jam dari sekarang.. setelah mendapatkan kepastian dari bapa aku pon segera memaksa adik aku untuk menemankan aku dan bertindak sebagai penata cahaya.. hohoho dengan berbekalkan canon dslr EOS 450D sebagai kamera dan telefon nokia 3200 yang ada lampu suluh tu kami berdua memulakan usaha penerhatian bunga bakawali..

12/06/09 | 11.03pm

bunga bakawali nak kembang...

bunga bakawali nak kembang...

pemerhatian diteruskan lagi dan gambar diambil dari setiap sudut.. pada jam 11.03 masih tak nampak macam ada perubahan pada bunga tu.. tai rasanya macam ada kembang sikit berbanding yang lepas.. usaha diteruskan dengan gigih.. sepatutnya ada 3 kumtum bunga tetapi untuk kali ini kumtuman pertama yang paling atas sahaja yang menjadi bahan uji kaji

12/06/09 | 11.10pm

iklan seketika kerana untuk mengelak bosan

iklan seketika kerana untuk mengelak bosan

setelah hampir 10 minit menunggu perasaan bosan mula terasa hohoh.. jadi untuk mengelakkan kebosanan dan meneruskan lagi usaha merakamkan evolusi bunga bakawali aktiviti tambahan dirancang.. hahaha dan inilah hasilnya.. permainan cahaya dari telefon bimbit nokia 3200 dan kamera canon eos 450D hohoho

12/06/09 | 11.12pm

bunga bakawali mula kembang..

bunga bakawali mula kembang..

sedang aku asyik dengan permainan cahaya nasib baik aku teringat tujuan utama aku bernyamuk malam tu.. dan bila aku terpandang bunga bakawali je aku nampak yang bunga tu dah mula nak kembang.. hohoh penantian aku tak sia-sia la malam itu…

12/06/09 | 11.21pm

bunga bakawali dah mula nampak dalamnya

bunga bakawali dah mula nampak dalamnya

hohoh kali ni aku sangat teruja sekali sebab bunga bakawali dah mula menampakkan sesungutnya itu.. hohoho puas aku fikir apa nama sesusngut tu sebenarnya stigma ke? sesiapa yang arif tentang debunga silalah bantu ye.. hoho masa ni aku dan adik aku dah semakin teruja walaupun nyamuk banyak menggigit adik aku.. hahaha nyamuk tak suka darah aku atau mungkin sebab aku dah imune dengan gigitan nyamuk sampai dah tak rasa dah..

12/06/09 | 11.27pm

dah nak kembang habis dah ni..

dah nak kembang habis dah ni..

pemerhatian diteruskan lagi tetapi kali ini dari sudut yang berbeza sebab aku dah mula ingin memfokuskan kepada bahagian depan supaya boleh nampak lagi sesungut dan jejarum bunga bakawali ni.. hohoho sesiapa tolonglah bagikan nama saintifik sesungut dan jejarum ni… hahah otak aku dah blur..

12/06/09 | 11.32pm

bunga bakawali mula menampakkan kelopak

bunga bakawali mula menampakkan kelopak

hohoh kalau korang melihat bunga bakawali versi pertama aku dahulu korang akan nampak betapa banyaknya kelopak yang ada di bunga bakawali ni.. hohoh tepat jam 11.32pm bunga ni dah semakin kembang dan setiap kelopak dah mula nampak dengan ketara..

12/06/09 | 11.57pm

bunga bakawali kembang

bunga bakawali kembang

jika korang perhatikan betul-betul sela masa gambar ini dengan gambar sebelumnya memang terdapat gap yang gak lama sebab aku tak dapat melihat perubahan yang agak ketara selama beberapa puluh minit tu.. jadi tepat jam 11.57pm aku mengambil gambar yang terakhir untuk malam itu dengan beranggapan bunga tu dah kembang habis.. dan aku nak sambut birthday bapak aku tepat jam 12.00am hohoh

13/06/09 | 7.44am

bunga bakawali di pagi hari..

bunga bakawali di pagi hari..

oleh sebab tak berpuas hati lagi malam tu pagi-pagi lagi aku dah memerhatikan semula bunga ni sebab menurut bapak aku bunga ni tak akan layu selagi natahari tak memancar.. hohoho dengan gambar yang terakhir ini maka selesailah sudah usaha topo merakamkan evolusi pengembangan bunga bakawali di malam hari.. diharap anda semua terhibur hohohoho

49 Responses to “evolusi pengembangan bunga bakawali topo…”

  1. blowie says:

    betul betul smart! tak sia sia ko tunggu,pengalaman yg bestt siott!
    bukan sume org dpt tgk ;p
    ———-
    topo: yup pengalaman yg best…

    [Reply]



  2. loq says:

    waaa jadik pengendap bunga
    lepas ni bunga ape plak?
    anyway,gambar2 bunga tu memang cool
    ———-
    topo: ada banyak lagi bunga belaan kat rumah ni.. hohhoho

    [Reply]



  3. HuRuL_AiNi says:

    hoho….cool….mmg berbaloi tunggu ;))
    ———-
    topo: berbaloi gak la.. 😀

    [Reply]



  4. sarah says:

    wah cantiknye.. ni bukan bunga teratai ker??
    ———-
    topo: bukan.. hohoh bunga teratai di atas air.. kot hahah

    [Reply]



  5. Munirah Abd says:

    cantik!!!

    [Reply]



  6. acadterror says:

    terigt aku zaman2 skola dulu blaja biologi .keje tgk2 bunga kat skeliling skola hahahaha

    [Reply]



  7. sickchild72 says:

    weh gila rajin doh ko.
    aku tak sangka ko serajin ni.
    aku nak paksa mak aku tanam gak ah.
    weh tapi cam seram je weh?

    [Reply]



  8. VuJiE says:

    dah serupa bakawali hunter dah ko topo. hik3.
    tapi best gak ek ko ada pengalaman mcm ni.
    aku pun nak tanam gak ah. haha.

    [Reply]



  9. Amirez says:

    dulu kat kg aku pun ada sorg tenam bunga bakawali.
    rugi pulak tak pegi tgk masa bunga tu nak kembang.
    tp thanks kat topo tunjuk gambar2 ni.
    sekurang2nya taulah aku bentuk bunga ni mcm mana eheh

    [Reply]



  10. sarah says:

    jadi bunga bakawali nie di atas tanah lah ek.. bau wangi tak?? hmm cam pelik sebb tak pernah dengar..ku pikirkan nama lain nye ialah bunga teratai.. uhuk…
    ———-
    topo: aku cuba jugak nak bau hari tu… tapi memang takde bau.. hohoho dia kembang semalaman je esok tu dia dah layu…

    [Reply]

    manja Reply:

    pelik pulak kata tak bebau.. kawan kita ada tanam bunga ni dalam pasu dan gantung.. dah 2/3 kali bebunga. nya kembang.. baunya wangi sangat…setiap kali kembang dia akan layu… dan akan berbunga semula… tp mengambil masa yg agak lama… yg sayangnya setiap kali kembang aku tak berkesempatan tengok ada ja…halnya..maap no aku orang utara

    [Reply]



  11. samdaddycool says:

    pergggghhh… macam National Geographic!

    [Reply]



  12. KNizam says:

    la kembang sampai pagi eh
    ingatkan lepas kul 12 terus habis. hehe :ipin01:

    [Reply]



  13. yaziith su anaz says:

    macam nak tunggu hantu kuar lak.

    hoho.
    :)))

    [Reply]



  14. sarah says:

    tpi kalu dia mekar malam je macam ner orang nak nengok.. hmmm…

    [Reply]



  15. boboiz says:

    wah..dah bleh buat discovery chanel camnie..huhu

    [Reply]



  16. ubey says:

    gile cantek beb gambo. huhu. ko wt ala2 neo geo la. letak videocam kt ctu berjam2. phtu fasten dalam masa beberapa minit. ko wt dokumentari ke. haha

    [Reply]



  17. hanc says:

    :upin02: waaaa,…

    [Reply]



  18. samanosuke_04 says:

    wow, sanggup ko tunggu… bleh jadik photograper national geo nie.. huhu, bunga bakawali, first time aku dengar.. haha!

    [Reply]



  19. azizan4444 says:

    mantap r semua gambar tu..mmg cool..:upin01::upin01:

    [Reply]



  20. Ryehana says:

    bila aku tgk entry ni, teringt kat gamba lama (hitam putih) kat umah. gambar opah aku bergambar bersama pokok bunga ape tah.. yang kononnya style bakawali gak la, ssh nk tgk dia kembang.. tp mmg aku xingt bunga ape… bunga bakawali jgk ke? tp gmbr tu amik kat studio.. ade ke studio bukak memalam buta esp kat kampung.. huhu

    [Reply]



  21. chokilala says:

    hehe. cool weyh. mat bunga la ko ni. keke. kira bunga ni mcm bunga dlm cite dennis the menace la kan? ingat x cite bdk nakal tu. hohoho

    [Reply]



  22. aidilx says:

    susah nak cari bunga bakawali ni..ada guna gak bunga ni..

    [Reply]



  23. sarah says:

    betullah dia da jadi mat bunga.. uhuk..

    [Reply]



  24. ira says:

    wah..bertuah anda dpt menyaksikan bunga bakawali berkembang…bunga ni sgt pemalu..berkembang hanya dilewat mlm dan yg uniknya hanya berkembang utk satu mlm saja, esoknya layu & luruh..biasanya disaat kelopaknya berkembang bunga ini akan mengeluarkan bau yg sgt2 wangi & semerbak…dan jika anda bertuah, bunga ini juga akan mengeluarkan bunyi ‘pop’ sewaktu kelopaknya hendak terbuka…menurut mitos & kepercayaan org cina, disaat bunyi ‘pop’ itu keluarlah pari2 kecil dr dlm kelopak bunga, dan org yg menyaksikannya akan mendapat ‘luck’ yg baik…

    [Reply]



  25. CKN SYAHIDA says:

    BUNGA BAKAWALI NI BYK JENIS LAH ERK…?
    SBB KAT UMAH AKU LAIN LH PLK RUPE DIA..
    KELOMPAK DIA BESR2 SKIT…

    [Reply]



  26. broskl says:

    waaah sangat2 cantek lar bunga ni kenbang ek..rajin ko tgu..erm gambar iklan tu pun menarik gak..best la ko topo hehe
    ———-
    topo: ko la orang pertama yang perasan pasal gambar iklan tu… hohohoho

    [Reply]



  27. chuda says:

    cun la pix yg ko amik..
    aku br jer beli bunga bakawali..
    last sat 25/7/09
    tp owner dia xnk jual tp pujuk
    punya pujuk..dpt beli..huhu

    tp ble bwk blk n tumpangkan kt
    umah nenek hubby dia kata bunga
    tu berhantu..btol ker?

    tp aku deny kn..
    aku ckp pokok harum sundal mlm
    mayb ada cik ponti suka..
    n bkn pokok bakawali.

    tp cm courious gak la,if possible
    tolong bg info bout dis la ek
    thx

    [Reply]



  28. megat says:

    wah syabas! penuh kesabaran, sanggup tunggu untuk proses tersebut.

    [Reply]



  29. sickchild72 says:

    weh. aku pun bunga weh :ipin02:

    [Reply]

    topo Reply:

    aku tak faham weh komen ko.. hohoho

    [Reply]



  30. lala says:

    Topo,saya juga ada pengalaman dpt lihat bunga bakawali berbunga & kembang.tp asal jenis yg awk tunjuk tak sm ngan sy punya.

    [Reply]



  31. hazash says:

    topo…saya juga ada pngalaman tgk bunga nih kembang..
    tapi bunga bakawali kt umah saya ada 2 jenis..
    1 mcm topo nyer.. 1 lagi dia nyer kelopak besar..
    yang kelopak besar nih mmg wangi sangat..
    lagi lama dia kembang lagi harum bau dia..

    [Reply]



  32. destiny says:

    sy br ada experience tgk bunga bakawali ni kembang tadi..di umah sy menjadi 6 kuntum..betul ke dorg ckp bunga ni ssh nk menjadi n siapa yg dapat tgk kira akan memperolehi tuah..

    [Reply]



  33. farsya liana says:

    eeeyyy..besny..law lh a pluang..:upin02:

    [Reply]



  34. ariff says:

    salam..
    boleh sape citerkan tentang kelebihan bunga ni..hehehe
    macam menarik jer.. mungkin kita boleh kongsi bersama.. thanks

    [Reply]



  35. tuweet says:

    time ko tggu bunge tu kembang ade rase nmpk hantu x?

    [Reply]



  36. rose says:

    salam..saya ingin berkongsi tentang bunga bakawali jgk..saya pon ada tanam gak pkok ni. tapi bunga nye jnis lain cket.skrg ada 5 kuntum yg baru kuar dan akan kembang 2 mngu lagi.sebelum nie dh kembang banyak kali dh,,dan sya dah dpt snap gmbar nyer..bau nyer sngt2 wangi dn kelopak nyer basar…

    [Reply]



  37. Ita ali says:

    i like it…terima kasih berkongsi pengalaman u dgn semua.
    penat tunggu tapi berbaloi kan…

    [Reply]



  38. sazlie says:

    intrested gak aku tgk cite suri bakawali..tak de vempire dtg umah ke tiap mlm? sbb tu aku cari..

    [Reply]



  39. fazira says:

    saya ada pokok bunga bakawali ni tapi kenape bunganya tak same macam awak punya…peliknya!!!

    [Reply]

    topo Reply:

    ada beberapa jenis bunga bakawali ni sebenarnya..

    [Reply]



  40. nurul says:

    awk, sy nk tnm pokok bunga nih..bleh berikn sy sedikit benihnyer?tq

    [Reply]



  41. che ngah says:

    Saya punya pokok bakawali bukan main susah lagi nak berbunga. Nak bubuh baja apa aa? satu lagi masalahnya ialah siput b***i. Dua tahun tanam baru tiga kuntum. Tu pun seksa menunggu nak tengok dia kembang.

    [Reply]



  42. Nabila says:

    Bunga bakawali mmg ada beberapa jenis. Ada yg mengeluarkan bau wangi, ada yg x. Sy pn ada tanam bunga ne. Pokok yg sy tanam brbunga slps 3bulan sy tanam. Smpai skrg msh hdup subur n kerap jg berbunga. Sy pn ada simpan gmbr2 bunga ne sbb ianya unik, cantik n misterious 🙂

    [Reply]

    abeeb Reply:

    Salam Nabila,
    Saya sedang mencari Pokok Bakawali dan bunganya sekali. Bagaimana saya boleh mendapatkannya atau membeli pokok ini.

    [Reply]



  43. huda says:

    sy baru jea tgk bunga bakawali sy kembang..sgt cantik..

    [Reply]



  44. Miss Tan says:

    Ada siapa-siapa tahu pokok ini boleh dapat di mana?

    Pokok bakawali boleh dibeli di Nursery tak? saya tingaal di area Klang Valey.

    [Reply]



  45. joena andreas says:

    wow verry amazing ur pic..like2..
    sukew la bunga bakawali ni..
    ta sia2 awak menanti hasil bunga bakawali ni berkembang.. ianya sungguh cantik..
    bertuah.. selalunya dia akan kembang tepat pukul 12 tgh malam kew..??

    [Reply]



Leave a Reply