membudayakan penggunaan google bersama topo…

tutorial June 3rd, 2009

Internet menjadi kegilaan semua orang masa kini tapi malangnya banyak masa yang berharga terbuang di internet hanya dengan melayari laman web lucah, friendster,myspace dan lain-lain yang tak berguna.. hohoho facebook dimaafkan.. hahaha aku main game kenal bendera+ibu negara kot kat facebook.. dan sangat malang bagi mereka ni kerana banyak informasi yang mudah didapati di internet ni dan lebih mudah lagi jika adanya batuan google..

oleh itu aku rasa nak jalankan satu kempen khas membudayakan penggunaan google.. untuk siri pertama ni aku nak kongsikan tips untuk memperkasakan carian google sebab aku dah semakin bosan dengan budak sekolah yang menghabiskan masa buat benda yang bukan-bukan kat internet tapi akhirnya satu maklumat pon tak dapat.. dan sesuka hati je suruh aku carikan maklumat untuk dia.. hahah sori la beb.. aku memang pantang orang yang nak kena suap je semua benda ni.. oleh itu marilah membudayakan penggunaan google bersama topo..

image credit to mike dougherty

image credit to mike dougherty

1) mencari exact keywords

lama aku cuba terjemahkan perkataan exact tu tapi macam tak ada yang sesuai je..bila korang nak cari keyword 2 atau lebih patah perkataan nanti google akan mencari kedua-dua keyword berkenaan secara berasingan.. contohnya jika anda mencari keyword gila kentang nanti keputusan untuk keyword gila dan keyword kentang akan muncul.. tetapi untuk mengelakkan masalah ini berlaku silalah gunakan simbol pembuka kataย  (double quotes) ” ”

  • contohnya : “gila kentang

2) exclude keyword dalam carian

seperti yang kalian tahu terdapat banyak perkataan yang mempunyai maksud yang sama contohnya kelisa. ia boleh dianggap sebagai kereta perodua kelisa ataupun ikan kelisa.. dan pastinya korang akan tension jika kita mencari tentang perodua kelisa tetapi ikan kelisa pulak yang keluar banyak di google.. untuk mengelakkan masalah ini, sila gunakan simbol “” contohnya jika anda ingin mencari tentang perodua kelisa dan tak nak ikan kelisa dalam keputusan carian

  • sila taip kelisa -ikan

3) spesifikkan laman web yang dicari..

ok contohnya jika anda ingin mencari keyword waheeda tetapi anda hanya ingin mendapatkan keputusan di topotato.com sahaja dan bukan di laman web lain (yang ni confirm tak jumpa sebab aku sikit pon tak kisah pasal kisah waheeda mahupun akhil hayy.. nak kahwin? khawin la.. nak bercerai? no komen.. hohoh )

  • sila la taip: waheeda site:www.topotato.com

4) mencari keyword yang sama erti atau sinonim

katalah anda ingin mencari satu keyword dan juga mahu menyertakan sekali keyword yang sama erti ataupun sinonim dengan keyword tadi sila la gunakan simbol “~” contohnya tapir dan cipan.. hohoho korang tahu tak kedua-duanya adalh benda yang sama..

  • sila taip : tapir ~cipan

5) mencari jenis file yang spesifik

katalah anda ditugaskan untuk mencari satu artikel yang mesti berformatkan text notepad (txt) hohoh kalau format lain fail exam.. jadi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan denga spesifik filetype yang anda mahu semasa membuat kajian (filetype lain pon boleh.. aku nak buat contoh pdf @ ppt @ doc.. tapi malangnya jadu smiley la plak.. hoho )

  • contohnya: “rahsia dapat awek cun” filetype:txt

*please take note that double quotes are use to search an exact keyword based on point 1

ok aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja siri membudayakan penggunaan google bersama topo ep memperkasakan hasil carian..lebih banyak tips memperkasakan google di post ini hohoh jika korang berminat untuk mengikuti siri berikutnya sila lah jenguk selalu topotato.com atau subscribe sahaja kepada suapan RSS blog ini..

25 Responses to “membudayakan penggunaan google bersama topo…”

  1. Azah says:

    awekcun.com mane nak cari?
    haha…
    ———-
    topo: hoo teringin ke nak cari?

    [Reply]



  2. Anarm says:

    info yg berguna.. yg aku tau pkai tanda pengikat kata tu je..
    tanda – dengan tanda ~ aku tidak ketahuan plak..:ipin01:
    ———-
    topo: aku dah lama tau tapi jarang apply.. hohoho

    [Reply]



  3. spatt says:

    aku hentam keromo je ngan google nih..hahaha
    kecuali kalau nak tgk site aku dah index,aku pakai “site:” tuh.. :upin02:
    ———-
    topo: hohoh aku baru terfikir nak buat macam ni.. bagus2…

    [Reply]



  4. |1f34|-|1r3 says:

    hehe..ko kena usha tutorial mencari webcam guna google aku beb..ada kat life4hire tuh…dulu kalau aku bosan2, aku usha webcam tuh..tgk matahari terbit kat pantai jepun..cun wooo !!
    ———-
    topo: zaman muda2 dulu selalu buat beb.. hohoh mengharapkan sesuatu yg menarik utk ditemui…:D

    [Reply]



  5. Anarm says:

    @|1f34|-|1r3: webcam yg tgk pantai tu clear x?
    ko tgk matahari ke tgk minah jepun?
    wakakakkaka

    [Reply]



  6. sickchild72 says:

    hihi aku ske google ni.
    macam2 leh cari aw.

    aku pun nympah kalau ade orang tak reti2 nak google.
    siap mintak aku google lagi.

    ape2 pun i lebyu la sebab ajor ilmu2 yang susah nak dapat ni.
    thanks.
    ———-
    topo: xsusah pon dapat.. kat google ade.. hohooho

    [Reply]



  7. HuRuL_AiNi says:

    salam…
    good2…no 4 & 5 baru tau ni…hehe
    apapun, kalau payah sangat guna la Advance Search…boleh pilih negara mana atau bahasa apa jugak kan….
    & jangan limit ngan google je…kalau betul nak cari ilmu @ info, ada lg yahoo search, msn search, yahoo! Answer (aku suka main Y!A dulu….haha)

    :ehsan01: oooo tidak
    :ehsan02: wei ko jangan nak bunuh diri
    :mail01: ye betul3…cuba la bawa belajar ke
    ***aku slalu fikir ayat2 ni bila tengok icon2 ni…haha
    ———-
    topo: aku baru je nak buat pasal advance search kat siri 2.. hohohoho

    [Reply]



  8. KampungBoy says:

    sekarang ini semuanya di hujung jari…
    nak atau tak aja…
    yang mls tu…sbat aja batang penyapu
    kasi rajin sket
    haha….

    [Reply]



  9. ubey says:

    google je care terbaik nk setel masalah ape2. haha. tp ada kadang2 xtau nk google ape. kena pikir2 ayat lu pahtu bantai google

    [Reply]



  10. Mohamad says:

    Haha, cipan pun kena.
    Trivia skit ; tahukah anda cipan juga bermaksud kapak perang, atau cakap omputihnya battleaxe. Kuang kuang kuang…

    [Reply]



  11. Active Blogger says:

    Aku tak pernah guna tips no 5, jarang guna tips no 4 dan selalu guna tips 1, 2 dan 3. best kalau tahu guna benda2 cam nie… kerja jadi lebih senang ๐Ÿ˜‰

    [Reply]



  12. langlegar says:

    bagus2 info nie..
    pasni senang r aku nak suh ko yang cari info untuk assignment and PSM aku..
    eh silap,senang aku nak cari info haha…

    [Reply]



  13. Mohd Nasri says:

    aku dpt keywords yg brbntuk teka teki
    “buah ape kita kena makan dulu baru bleh ambik”
    ha jwb2..haha
    :)):))

    [Reply]



  14. MuNsYi-SaMa says:

    salam.

    thanks 4 the info.
    byk gak ak dpt dr blog ko.

    slalu asyik gne google utk cr lagu je, ilmu pon leh cr gak rupenye kt google ni..

    ak gne ni – intitle:index.of + mp3 + “singer’s name” -html -htm -php -asp -txt -pls

    slain tu ak br blaja sni bersama topo. keep it up bro.

    [Reply]



  15. zool says:

    Nak cari siapa awek topotato plak apa komen dia???

    [Reply]



  16. Saffa says:

    Banyak gak yang saffa tak tau rupanya! huhu.. google memang favourite saffa! tension jer tengok kawan2 asyik dengan yahoo! even nak bukak website pun dia pergi ‘yahoo’ kan website tu.. bukan nak taip url terus.. Aduhai!

    [Reply]



  17. KNizam says:

    nal dload mp3 kat google la paling senang
    siap masuk dir lagi. hehe :mail01:

    [Reply]



  18. blowie says:

    ade gak yang aku taktau lagi rupanya,thx topo~!

    [Reply]



  19. Luth Textile says:

    bro, hang tulis semua key word ttg blog hang.. hahhaha

    [Reply]



  20. samanosuke_04 says:

    fuh~~ informative gile bro, thanx alot.. huhu, seingat aku ngan google pun bleh search mp3 free, takyah susah2 guna p2p…

    [Reply]



  21. aidilx says:

    banyak sumber & ilmu aku dapat daripada encik google ini.salah satu enjin carian kegemaran aku sepanjang zaman.:fizi01:

    [Reply]



  22. -WaN- says:

    bukak google advanced search dan try explore sendiri.biasenye aku wat cam tu je..hoho

    [Reply]



  23. abgzol says:

    ..dah lama gak aku guna internet tapi tak pernah tau pun tips search tu! terima kasih bro kongsikan kat sini..lepas ni lagi mudah & lancar ler kerja aku mengesearch keyword dgn pakcik google..

    [Reply]



  24. Fatin Pauzi says:

    Topo, kalau dedahkan sekali memperkayakan penggunaan Google Search dengan teknik black hat, syok jgk tu. ๐Ÿ˜€

    [Reply]



  25. zulfitry.com says:

    google lebih senang..
    carian pun mantap..yang penting masa pun jimat…:kakros:

    [Reply]



Leave a Reply