mengenali kamen rider bersama topo…

Reviews May 9th, 2009

hohoho setelah topik mengenali hello kitty menjadi perbualan hangat dikalangan gadis-gadis dan para jejaka di blog ni kini topo muncul lagi dengan satu lagi watak kegemaran yang menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.. hohoho tak lain dan tak bukan Kamen Rider.. semenjak dua menjak ni memang cerita Kamen Rider menjadi sarapan pagi yang berkhasiat setiap hari.. dah seminggu kot aku tidur dengan cemerlangnya tidur pukul 12 bangun pukul 5.00 terus layan Kamen Rider.. jadi tanpa berlengah lagi mari mengenali Kamen Rider bersama topo.. hohoh Henshin!!

Kamen Rider juga dikenali sebagai Masked Rider bila dia sampai ke tanah Inggeris.. hohoho fenomena Kamen rider ini bermula seawal tahun 1971 di jepun dengan siri awal yang bernama Kamen Rider. dan selepas itu Kamen Rider terus mengembangkan sayap dengan pelbagai siri Kamen Rider yang meruntum jiwa.. hohoho untuk pengetahuan kalian, Kamen Rider wujud dalam 2 era iaitu era Shōwa dan era Heisei kalau ingin mengetahui tentang lebih lanjut berkenaan era Shōwa & Heisei sila google sendiri.. hohoho sesungguhnya terlalu bayak fakta berkenaan era tersebut..

Kamen Rider di Era Shōwa

yang pastinya era Showa ni zaman aku belum lahir lagi.. hohoho bermula dari tahun 1926-1989.. hohoh tapi seperti yang aku nyatakan tadi Kamen Rider wujud pada sekitar tahun 1971 bermakna.. Kamen Rider era Shōwa adalah Kamen Rider yang wujud dari tahun 1971-1989. .hoho dan kamen-kamen rider tersebut adalah seperti berikut:

  • Kamen Rider 1971 – 1973
  • Kamen Rider V3 1973 – 1974
  • Kamen Rider X    1974
  • Kamen Rider Amazon 1974 – 1975
  • Kamen Rider Stronger   1975
  • Kamen Rider (Skyrider) 1979 – 1980
  • Kamen Rider Super-1 1980 – 1981
  • Kamen Rider BLACK   1987-1988
  • Kamen Rider BLACK RX  1988-1989

aku rasa tak perlulah aku cerita dengan sangat detail berkenaan dengan Kamen Rider era Showa ni kerana memang aku sendiri tak kenal.. hhoho kalau sesiapa yang tak kenal sila tengok gambar yang tak seberapa ni.. ohoho kalau korang boleh kenal pasti semua Kamen Rider kat situ korang memang otai.. hohooh

image diambil secara haram dari crunchyroll

image diambil secara haram dari crunchyroll

Kamen Rider di Era Heisei

era Heisei pula ialah era Jepun pada masa kini.. hoho ianya bermula pada 8 Jan 1989.. hohoh betul-sehari lepas kelahiran aku.. hahaha kan aku dah cakap tadi aku belum hidup masa era Showa… dan Kamen Rider yang wujud pada era ini pulak bermula pada tahun 2000 hingga kini.. hohoho Kamen Rider tersebut adalah seperti berikut:

  • Kamen Rider Kuuga 2000-2001
    Kamen Rider Kuuga

    Kamen Rider Kuuga


    Kamen Rider pertama dalam edisi zaman Heisei satu yang menarik minat aku berkenann dengan Kuuga ni adalah kemampuan dia power up.. hohoh ada 11 bentuk transformasi semua sekali dan setiap satu transformasi tu mempunyai warna yang berlainan dan senjata yang berlainan.. contohnya transformasi warna biru mengunakan senjata ala rod besi dan transformasi warna hijau menggunakan senjata ala pistol untuk serangan jarak jauh…tapi malangnya aku tak tau apa nama tranformasi berkenaan.. hohoho

  • Kamen Rider Agito 2001-2002 ini merupakan Kamen Rider pertama yag memaparkan lebih dari seorang Kamen Rider sebagai teraju utama.. hohoho harap maaf kerana aku tak menjumpai gambar Agito yang kacak untuk dipamerkan di sini
  • Kamen Rider Ryuki 2002-2003 hohoh inilah Kamen Rider yang aku layan secara serius.. Kamen Rider ni membawa satu perubahan drastik pada dunia Kamen Rider kerana selama ini Kamen Rider merupakan pahlawan bertopeng yang kelihatan seperti serangga.. contohnya belalang.. tapi bagi Kame Rider Ryuki ni pulak pelbagai jenis binatang diaplikasikan menjadi Kamen Rider contohnya Ryuki = naga dan satu lagi kegemaran aku Kamen Rider Knight = kelawar

    pelbagai jenis Kamen Rider

    pelbagai jenis Kamen Rider

  • Kamen Rider 555 @ Kamen Rider Faiz 2003-2004 pada pendapat aku merupakan Kamen Rider yang paling tinggi sekali teknologi.. hohoho nak bertukar pakai handphone tu.. tekan 555 pastu letak telefon jadikan buckle tali pinggang.. gile stylo.. hohoho dan inilah rupa Kamen Rider 555 versi comel.. hahaha

    Kamen Rider 555 @ Kamen Rider Faiz

    Kamen Rider 555 @ Kamen Rider Faiz

  • Kamen Rider Blade 2004-2005 hohoh yang ni pon agak stylo jugak.. beridentitikan kad daun terup dimana hero utama dia Blade pakai kad dan ada jugak Kamen Rider lain yang menggunakan kad ♥ dan tak lupa club dan jugak diamond hoho yang ini pun aku tak nak letak gambar jugak.. boleh tak? hohoho
  • Kamen Rider Hibiki 2005-2006 hohoh yang ini lagi stylo menggunakan alat muzik sebagai senjata… dalam cerita Kamen Rider ni panjahat hanya boleh dikalahkan menggunakan bunyi yang suci lagi bertenaga hahah
  • Kamen Rider Kabuto 2006-2007 Kamen Rider ni mengembalikan semula kegemilangan serangga sebagai teraju utama yang membentuk paras rupa Kamen Rider… Kabuto diinspirasikan daripada serangga kumbang. hohohoh memang kacak si Kabuto ini..
  • Kamen Rider Den-O 2007-2008 pelik gila nama Kamen Rider ni.. ok secara jujurnya di saat aku menulis etry ini baru lah aku tau akan kewujudan Kamen Rider ni.. ohoho kacak ke tak? korang nilai sendiri ye.. apa yang aku boleh katakan berkenaan dengan Den-O ni adalah Kamen Rider ni buat time trvelling.. hohoho macam power rangers la plak..

    Kamen Rider Den-O

    Kamen Rider Den-O

  • Kamen Rider Kiva 2008-2009 ok Kiva ni agak menarik jugak sebab dia ada dua storyline.. menceritakan kisah Kiva pada tahun 2008 yang menentang vampire yang diberi nama Fangire dan juga bapa Kiva pada zaman 1986 yang juga ada kaitan Fangire hohoh omacam best la plak Kamen Rider ni.. pasni carik kat youtube la..
Kamen Rider Kiva

Kamen Rider Kiva

  • Kamen Rider Decade 2009 hohoh ni la Kamen Rider yang berjaya menaikkan semangat aku untuk menonton Kamen Rider secara drastik.. hohoho semuanya berpunca daripada en spatt yang bersungguh-sungguh menyatakan Kamen Rider Decade itu best.. hohoho aku sangat menyokong 100% hohoh denga hanya menonton Kamen Rider Decade kalain akan teruja dengan dunia Kamen Rider dan seterusnya terjerumus untuk menyaksikan episode Kamen Rider yang lain..  hohoo ini kerana Decade akan mengembara ke 9 dunia Kamen Rider lain dan membatu mereka selamatkan dunia mereka.. hoho lepas tu Decade siap boleh guna kuasa KAmen Rider tu lagi.. hohooh giler stylo beb.. 5 bintang aku kasik..
Kamen Rider Decade

Kamen Rider Decade

hohoho aku rasa cukup la setakat ini sahaja entry panjang lebar aku berkenaan dengan Kamen Rider.. hohoho sesungguhnya aku memang cepat mudah terpengaruh dengan rancanga TV..  wallpaper desktop pon kini gambar Decade.. hoho tadi tengok iklan Super Ring pon terliur lantas menyuruh adik aku membelinya di kedai yang berdekatan.. hohooh

34 Responses to “mengenali kamen rider bersama topo…”

  1. Chempaka says:

    Suka tgk citer ni dulu2… Ada lg eck skang… Rajin gila buat research pasal kamen rider… Tabik spring la…

    [Reply]



  2. Kill-Vearn says:

    hohoho adakah kamo nak memonopoli keyword kamen rider.. huhu… zaman aku maybe lain kot… waktu tu aku suka melayan dua citer kamen rider yg bersambungan episodnya satu sama lain iaitu:

    # Kamen Rider BLACK (1987-1988)
    # Kamen Rider BLACK RX (1988-1989)

    tapi tayangannya kat malaysia sekitar zaman aku darjah² or tadika.. lupa dah… jenis lain aku tak pernah tgk & aku rasakan mcm tak best aje… sangat sonok woo tgk kamen rider black ni, sebab dia (kotaro = kamen rider black) ada abg (shadowmoon) yg jahat dan hebat gak kuasa sama mcm dia.. bagus tol abg vs adek.. hahaa… ape kata korg try usha link bawah ni.. ada 3 part bersambung final episod.. hope topo benarkan link ni…

    KAMEN RIDER BLACK FINAL EPISODE THE FINAL DAY OF GORGOM:
    Part 1: http://www.youtube.com/watch?v=HvAUe57LQ9c
    Part 2: http://www.youtube.com/watch?v=PkyL9G1mHUU
    Part 3: http://www.youtube.com/watch?v=t6oy5nPPzs4

    p/s: walau bahasa jepun, tgk aje pasti paham..
    ———-
    topo: kalo kamen rider tu tayangan kat Malaysia versi Bi @ Bm masa aku darjah 2-3 kot.. hohoho

    [Reply]

    mat gaban Reply:

    aku stuju…dlm bnyk2 kamen rider yg aku tau..kamen rider black & rx yang paling best…kalu kamen rider baru ni kureng sket..cuma kamen rider decade jer yang boleh la layan…best gak..

    [Reply]



  3. Amirez says:

    hoho..peminat kamen rider rupanya.
    kamen rider ZX tahun brapa pulak topo?

    kecik2 dulu mmg tak missed kamen rider rx.
    tahun lps layan 555. tahun ni?? decade mungkin seperti kata ko hoho
    ———-
    topo: cuba la confirm adducted nnt.. hoohoho

    [Reply]



  4. ubey says:

    Kamen Rider Ryuki 2002-2003 hohoh inilah Kamen Rider yang aku layan secara serius

    *hoho. bukan ko sorang. aku pun same beb. haha. tapi lmbat masuk mesia kan. x silap aku mse f4 atau f5 kot. ramai2 tgk kt bilik rehat asrama.
    ———-
    topo: yup tepat sekali.. masa f4 @ f5.. hohoho

    [Reply]



  5. spatt says:

    baru ingat nak bikin entry pasal kamen rider..hahaha

    aku start minat diorang lambat beb, masa tu kabuto baru kuar..pastu terus addict..haha
    tapi sejak aku frust ngan Den-O,aku xlayan dah..

    la ni decade dah kuar, semangat plak aku nak menghayati sume rider era Heisei..hoho

    eh ko download mana?download kat tvnihon pon sodapp..
    ———-
    topo: aku xdownload la.. hohoh streaming kt youtube aje.. hohoho

    [Reply]



  6. Rjuna says:

    Dulu masa kecik layan jugak, SURIA PERKASA HITAM = KAMEN RIDER BLACK fuh mmg pengaruh kuat sampai sanggup ponteng sekolah petang n sekolah agama

    tambah pulak lepas tu ada siaran GABAN

    sempat gak layan KAMEN RIDER BLACK RX tapi versi omputih

    pastu dah tak layan dah..mungkin faktor kematangan mempengaruhi hehe
    ———-
    topo: hohoh aku layan jugak kamen rider black RX.. hohooh tapi seriously aku xpnah tgok gaban dengan suria baja hitam ni…

    [Reply]



  7. Melayu Boleh says:

    Kamen rider mmg best gler..ko [on lebih kurang aku gak yer rjuna.. hahaha.. igt balik cam lawak gak.. sggup ponteng skolah nk tgk kamen rider ataupun nama melayu dier suria baja hitam ker perkasa itam?.. hahahha.. selain kamen rider ni gaban adalah faberet super hero aku dulu.. best tuh..
    ———-
    topo: hohoh ntah kenapa aku tak pernah tgok suria baja hitam ni.. hahahha

    [Reply]



  8. Fatin Pauzi says:

    Tak tahu kenapa tapi aku benci gile tengok karton spesies power cmni. arr.. tak tahu kenape..:upin01:
    ———-
    topo: hohoho kalau perempuan benci kartun macam ni boleh dimaafkan..

    [Reply]



  9. inertz says:

    Cerita ni masa aku sekolah dulu ada ala2 seram sikit. Tapi memang bes la, siap boleh hafal lagi cara2 dia nak jadi Suria Perkasa Hitam.

    [Reply]



  10. syafik says:

    Kamen Raider Kabuto ; ” Cast Off!!”
    :fizi01:

    Haha. Terbaik!. 😀
    Artikel yang best!

    [Reply]



  11. angriani says:

    uhukss…comey jer robot tu ye :ipin01:

    [Reply]



  12. ohmelayu | melayuboleh says:

    topo. gi layan keitai sousakan 7 plak. Phone braver punye cite. dari jepun gak. Lagi best dari kamen rider. Haha..:upin02:

    [Reply]



  13. humbleandmodest says:

    action kamen xnak tunjuk ke??
    aku ada gambar nye yg live..
    haha!

    [Reply]



  14. Active Blogger says:

    hehe aku dah tak minat sgt nak layan cerita macam nie…hehe sekarang ni layan english drama pulak…tapi dah beberapa minggu tak mendownload sebarang english drama…

    hehe dah tgk Kamen Rider The Next…kawan aku kata best…aku pun ambik la movienya dari beliau…pada pendangan aku boleh tahan la…tengok pun pening2 kepala 🙂

    [Reply]



  15. ibnmasir says:

    kamen rider.. :upin02:

    ak hanye mint 1 je. ak x sure versi M’sia pe. sama de suria baja hitam or suria perkasa hitam.
    bak kate kill-vearn, die de abg jht.

    paling masyuk moto die, belalang tempur.. gler macho,:ehsan01: haha..

    serangan maut, ‘Serangan Padu Maut’… pasti game over, hoho

    [Reply]



  16. mike says:

    decade TERBAIK~

    [Reply]



  17. ika says:

    buat la post pasal tata asal usul transformer lak heheheh
    walaupun aku xminat tapi teruja nak tau ni =D
    :upin02:

    [Reply]



  18. Tempe says:

    kamen rider black ialah siri kamen rider pertama tyg kat malaysia, tayang pada tahun 1991-1992

    dikenali dgn nama suria perkasa hitam di negara kita dan ksatria baja hitam di indon

    siri ini sgt2lah diingati oleh generasi2 bebudak tahun 80an, awal 90an dan memberi impak yg besar pada zaman tersebut di msia

    kamen rider black rx adalah sambungan siri ini tapi tak penah tyg kat tv msia, yg ditayangkan adalah versi USnya, saban masked rider

    dulu siri kamen rider black ni pun tak abis tyg kat tv msia sebab polisi gomen yg tak mau citer2 tahyul ada kat tv. beberapa tahun kemudian, syarat tu dilonggarkan dan berduyun2 citer superhero jepun cam siri2 otromen, cybercop, super sentai dan kamen rider baru tayang kat tv sampailah abis siri.

    [Reply]



  19. Tempe says:

    kamen rider black ialah siri kamen rider pertama tyg kat malaysia, tayang pada tahun 1991-1992

    dikenali dgn nama suria perkasa hitam di negara kita dan ksatria baja hitam di indon

    disiarkan sebelum citer superhero jepun bertajuk space cop gaban

    siri ini dan juga siri gaban sgt2lah diingati oleh generasi2 bebudak akhir tahun 80an awal 90an dan memberi impak yg besar pada bebudak zaman tersebut di msia

    kamen rider black rx adalah sambungan siri ini tapi tak penah tyg kat tv msia, yg ditayangkan adalah versi USnya, saban masked rider

    dulu siri kamen rider black ni dan juga gaban pun tak abis tyg kat tv msia sebab polisi gomen yg tak mau citer2 tahyul ada kat tv. beberapa tahun kemudian, syarat tu dilonggarkan dan berduyun2 citer superhero jepun cam siri2 otromen, cybercop, super sentai dan kamen rider baru tayang kat tv sampailah abis siri.

    tak heranlah kalau ko tak penah tgk citer ni sebab ko baby lagi time tu.

    tanya sapa2 sedara mara atau adik beradik kau mo ptghan 20an awal 30an mesti ingat punya citer ni.

    [Reply]



  20. Tempe says:

    kamen rider black ialah siri kamen rider pertama tyg kat malaysia, tayang pada tahun 1991-1992

    dikenali dgn nama suria perkasa hitam di negara kita dan ksatria baja hitam di indon

    disiarkan sebelum citer superhero jepun bertajuk space cop gaban

    siri ini dan juga siri gaban sgt2lah diingati oleh generasi2 bebudak akhir tahun 80an awal 90an dan memberi impak yg besar pada bebudak zaman tersebut di msia

    kamen rider black rx adalah sambungan siri ini tapi tak penah tyg kat tv msia, yg ditayangkan adalah versi USnya, saban masked rider

    dulu siri kamen rider black ni dan juga gaban pun tak abis tyg kat tv msia sebab polisi gomen yg tak mau citer2 tahyul ada kat tv. beberapa tahun kemudian, syarat tu dilonggarkan dan berduyun2 citer superhero jepun cam siri2 otromen, cybercop, super sentai dan kamen rider baru tayang kat tv sampailah abis siri.

    tak heranlah kalau ko tak penah tgk citer ni sebab ko baby lagi time tu.

    tanya sapa2 sedara mara atau adik beradik kau umo ptghan 20an awal 30an mesti ingat punya citer ni.

    [Reply]



  21. azlina says:

    NAK LAGU KAMEN RIDER BOLEH?? ADA TAK ?? MP3 LAGU KAMEN RIDER FAIZ. KABUTO DAN HIBIKI..

    SAYA BIG FAN OF KAMEN RIDER …

    [Reply]

    kamen rider decade form Reply:

    layan gak kan lagu2 kamen rider?
    tapi lagu hibiki cam x bape best sgt..

    saya ada lagu decade & den-o.nak?hehe

    [Reply]

    suhaimi Reply:

    saya ada lagu den-o dan kiva nak ke….

    [Reply]



  22. topo says:

    hohoho lagu dia gua tak layan sangat la.. 😀

    [Reply]



  23. King Shah says:

    pada korang yang minat lagu2 kamen rider,leh search kat 4shared.com..time kamen rider black,aku darjah 4..time 2,siaran dia kul 4.30pm…sampai skrg aku layan g cter ni wlupun aku dah kawin..:ipin02:

    [Reply]



  24. LaNtZ says:

    memang best layan decade, tapi ending dia tak bila nak keluar. dulu masa kecik-kecik suka gak layan gaban & mask rider black

    [Reply]

    suhaimi Reply:

    sambungan decade ada dlam movie dier la kalo tak silap

    [Reply]



  25. suhaimi says:

    :ipin01:riders rule kamen rider era showa ada tertinggal la..kamen rider 2,riderman akakamen rider 4….ni ada yang baru kkkkamen rider double w lagi gempak…….

    [Reply]



  26. anuar says:

    aku paling minat skli kamen rider la… dvd kamen rider saja 1 kotak besaq… mcm2 dvd kamen rider aku ada…dekat enset semua lagu kamen rider aku ada…dkt blek penuh gan gambar n mainan kamen rider…semua kamen rider aku layan…tapi ada ssetengah yg xbest…mcm kamen rider blade kurang best…aku x sabar nk tunggu dvd kamen rider baru…k/r 2011…k/r regulus.

    [Reply]



  27. NUARIDER says:

    ICHIGO,NEGO,V3,RIDERMAN,X,AMAZON,STRONGER,SKYRIDER,SUPER 1,ZX,BLACK,RX,SHADOW MOON,SHIN,ZO,J,KUUGA,AGITO,RYUKI,555,BLADE,HIBIKI,KABUTO,DEN-O,KIVA,DECADE,W
    ini nama kamen rider yg aku minat semua dvd mereka aku ada…aku ada juga mereka-reka kamen rider sendiri…k/r sazer dan sazo…semua lagu kamen rider aku ada…kat blk penuh gan poster,mainan,dvd n buku kamen rider…klu sapa nk pinjam kena bayar…

    [Reply]



  28. jiwa kacau says:

    antara cta2 jepun kamen rider yg pling aq skak…

    [Reply]



  29. edy says:

    Cyclone,joker…haha..inilah citer yang paling aku layan iaitu kamen rider W..mmng best la….

    [Reply]



Trackbacks

  1. Hello Kamen Rider Decade! | SepatDotNet

Leave a Reply