jom berhenti merokok dalam seminggu…

Reviews May 25th, 2009

seperti yang sedia maklum merokok memang merbahayakan kesihatan.. hohoho tapi bukan mudah beb nak berhenti tabiat merokok ni.. walaupun sekarang ni harga rokok meningkat dan ditambah pula dengan gambar-gambar ngeri yang terpampang di kotak rokok juga bukan faktor utama yang cukup kuat untuk berhenti tabiat ini.. tapi bak kata pepatah Melayu di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. dan di sini aku nak kongsikan satu jalan untuk berhenti tabiat merokok.. hohoho ye apa yang anda bakalan baca selepas ini adalah review untuk sebuah ebook… tapi tak perlu khuatir ebook berhenti merokok ini percuma dan aku pon tidak mendapat sebarang keuntungan terhadap produk ini.. hanya sekadar berkongsi sila la baca sampai tamat ye…

berhenti merokok dalam satu minggu

berhenti merokok dalam satu minggu

sebelum aku memulakan review tentang ebook ini lebih manis kiranya aku memperkenalkan terlebih dahulu pengarang yang telah bertungkus lumus menyiapkan buku ini.. penulis diberi nama Azah dan berusia 21 tahun pada saat page about me dia ditulis… hahahaha itu je yang aku tau.. jika kalian ingin lebih mengenali penulis ini sila lah melwat sendiri blog Azah di http://azahamin.com

pertama sekali aku ingin nyatakan bahawa aku bukanlah seorang perokok dan aku juga amat yakin bahawa pengarang buku ini juga bukan seorang perokok.. tetapi aku sangat berminat dengan buku ini kerana pendekatan yang digunakan agak baik kerana pertama sekali dia mendedahkan tentang bahaya merokok dan risiko yang bakal dialami oleh seorang perokok.. dan penulis juga turut memperkenalkan dengan lebih mendalam lagi tentang rokok dan aku sangat yakin banyak kajian yang dilakukan oleh penulis untuk menghasilkan buku ini…

selain itu penulis juga mengutarakan tips bagaimana untuk berhenti merokok dalam masa seminggu dan pada pendapat aku ia lebih kepada kesedaran diri sendiri.. apa yang menarik minat aku adalah penulis turut menyertakan sekali carta untuk merekodkan prestasi anda untuk berhenti merokok dalam masa seminggu supaya anda boleh menilai sendiri samada program ini berjaya atau tidak..

beberapa perkara lagi yang menarik minat aku terhadap buku ini adalah berkenaan dengan senjata yang diperkenalkan oleh penulis untuk membantu menentang ketagihan merokok.. hohoho senjata apa yang digunakan? Senjata Alam Manusia kah? hohohoho sila dapatkan sendiri ebook ini secara percuma di sini.. dan satu lagi sebelum aku terlupa.. dibuku ini juga turut mengajar bagaimana mengatasi sintom Withdrwal .. hehehe nak tau apa itu sintom Withdrawal? tunggu apa lagi sila lah ke blog azahamin.com untuk mengetahui bagaimana kalian boleh mendapat ebook Berhenti Merokok Dalam Seminggu ini secara percuma!!!!

ok sedikit tambahan untuk melengkapkan review ebook ini.. beberapa peningkatan yang mungkin boleh dimanfaatkan di masa akan datang.. hohoho adalah lebih molek kiranya penulis menyediakan satu muka surat untuk isi kandungan atau indeks agar mudah untuk pembaca malas seperti saya yang hanya mahu mengetahui tentang beberapa perkara lagi. hohoh selain itu lagi mudah untuk pembaca mencari apa yang mereka perlukan..

akhir kata sila menuju ke blog azahamin.com secara berpusu-pusu untuk mengetahui bagaimana kalain boleh mendapatkan ebook Berhenti Merokok Dalam Seminggu ini secara percuma.. hohoh samada berkesan atau tidak kalian cuba sendiri baru tau..

p/s: berminat untuk mendapatkan review produk seperti ini? sila lah hubungi topo untuk keterangan lanjut harga boleh dibincangkan dan untuk mendengar penjelasan panjang lebar tentang trafik di topotato.com hahahah..

16 Responses to “jom berhenti merokok dalam seminggu…”

  1. Azah says:

    waaah,,,
    bangganya..
    explanation yg agak detail..
    hohoho…
    aku malas nk buat index sbenarnya…
    sbb nk kikis sifat malas pembaca…
    hahaha…
    ~jgn terasa ye…
    thank you for the review…
    ———-
    topo: bukan malas beb… hahah boleh jimatkan masa + boleh tahu apa yang ada dalam buku tu secara kasarnya…

    [Reply]



  2. Active Blogger says:

    hehe…panjangnya satu perenggan…penuh je rasanya mata ku ini 🙂

    aku setiap kali balik kg…mesti dok suruh pak cik aku berhenti merokok…tp tak jalan gak…ada jek jawapannya…dah la aku lemas dgn asap rokok tu… 🙁
    ———-
    topo: hahhaa dah khusyuk sangat menulis.. tak perasan plak ayat panjang2

    [Reply]



  3. PapaBear says:

    ko nak cuba berenti ke topo?

    [Reply]



  4. chokilala says:

    eh papabear.. mesti xbaca penuh ni. topo mana hisap rokok. kan dia ada tulis kat atas tu [-x

    [Reply]



  5. |1f34|-|1r3 says:

    masih dalam usaha berhenti…kalau dapat berhenti..aku nak wat ebook sendiri la plak…haha

    [Reply]



  6. oDiN says:

    aku pon x merokok ..
    tapi cam berminat plak nak beli

    [Reply]



  7. KIll-Vearn says:

    hohoho… mcm best aje.. leh aku usha & praktikkan.. thanx…

    [Reply]



  8. eSempoi.com says:

    bagus2, lelaki lagi cool kalau tak merokok =)

    [Reply]



  9. EiNS says:

    Aku pun nak cuba usha…
    walaupun aku tak merokok tp member2 aku rmai merokok…

    @topo: Orang x bca abes post coz tajuk tu orang agak psl ko nak brenti merokok…patutnya letak la tajuk ebook cara berhenti merokok…

    [Reply]



  10. saya bukan Ir. says:

    hahahahahahaha
    ko rasa aku dah stop ke…?
    hahahahahah

    duit xde tp paru2 stil berasap….
    hahaha!!

    [Reply]



  11. zool says:

    Kat opis ni ramai perokok.
    tapi perokok tegar susah tu.

    [Reply]



  12. lurplyardini says:

    camner nk dapatkan ebook

    [Reply]



  13. Berhenti Merokok says:

    Info yang menarik.

    [Reply]



  14. nurul 1 ibnu sina.s.m.k.g.s says:

    kepada laki di luar sana jangan lar merokok

    [Reply]



  15. atikah bekas awex anan says:

    kepada laki di luar yang merokok insf la sblm anda di insafkan

    [Reply]



  16. Afnida says:

    coba pake herbal… paman saya beli herbal detox di obatantirokok.wordpress.com katanya manjur.. just sharing

    [Reply]



Leave a Reply