cubaan mencabar keyword Melayu Boleh..

Blogging May 11th, 2009

Sekarang ni makin ramai yang cuba mencabar keyword Melayu Boleh.. hohoho ye la demi mempertabatkan Melayu dan jugak memenangi hadiah yang agak lumayan.. aku memang kagum la dengan mereka yang menganjurkan pertandingan SEO keyword Melayu Boleh ni.. satu inisiatif yang sangat baik diambil untuk memastikan nama Melayu tak tercemar dengan perkara-perkara yang kotor.. hohohoho ye la selama aku mengenali dunia internet aku sangat kenal dengan keyword Melayu boleh ni.. hohoho ye la zaman kejahilan dulu selalu jugak la google keyword ni.. dan yang pasti pelbagai laman web yang meggiurkan muncul.. hohoho itu cerita zaman jahiliah dulu beb.. makin meningkat dewasa terasa macam malu la plak keyword Melayu Boleh ni memaparkan web yang sedemikian.. Tapi ditegaskan disini.. post ini bukan bertujuan untuk menyertai pertualang keyword Melayu Boleh..

Seperti yang dinyatakan post ini bukan bertujuan untuk berpetualang dalam pertempuran keyword Melayu Boleh anjuran siapa ntah.. hohohoho hanya sekadar mencabar diri sendiri dan melihat kemampuan topotato.com untuk menembusi SERP..  ilmu aku dalam SEO ni terlalu cetek untuk berpetualang bak kata pepatah Melayu

Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diredah.

hahahah aku dah cukup berbangga kalau sekiranya post ini mendapat tempat dalam muka surat kedua atau ketiga dalam carian google dan ia akan membuktikan tak sia-sia aku mendalami ilmu SEO dengan hanya bergurukan en google ke selama ini..

Memang aku agak rajin mencabar keyword yang  meletup untuk menguji apa yang aku pelajari dan terutamanya jika ada orang yang membangga diri dengan mengatakan ilmu SEO mereka cukup mantap dan mampu mendominasi SERP.. hahahaha orang sebegini memang menarik untuk dicabar.. terus terang aku cakap terdapat banyak post di topotato.com ini yang bertujuan untuk mencabar mereka yang bongkak dengan kehebatan ilmu SEO mereka.. kalau anda rajin sila la buka archive aku dan cubalah teka mana satu post-post yang ada unsur mencabar tu.. hahahaha dan terbukti ada diantara mereka yang ilmunya masih terlalu cetek dan hanya pandai membanggakan ilmu yang tak seberapa itu.. dan sekarang ni dah terkubur dah blog yang konon hebat ilmu SEO tu bersama dengan keyword yang dia banggakan..

Berbalik pada keyword Melayu Boleh, aku agak kagum kerana kini dah ada yang mampu mencabar keyword berkenaan menjadi top dalam carian google.. ye la jika dulu laman web lucah seperti Otak Blue mendominasi keyword berkenaan tetapi kini terdapat satu blog yang telah memecahkan dominasi OB iaitu sha.tc.. seorang blogger Melayu dari Singapura yang menulis dalam Bahasa Inggeris..hoho kan lebih manis kiranya blog yang mendominasi keyword Melayu Boleh ni menggunakan Bahasa Melayu… Jadi kepada blogger Melayu yang menaip post dalam Bahasa Melayu dan sedang bertungkus lumus mencabar keyword Melayu Boleh semoga berjaya aku ucapkan.. kejayaan kalian turut menjadi kebanggaan aku..

Melayu boleh mendominasi Google

Melayu boleh mendominasi Google

Tapi satu perkara yang paling aku tak suka dalam pertualang Melayu Boleh ni sampai ada yang sanggup menggunakan teknik SPAM..  Saban hari banyak komen Melayu Boleh yang masuk ke dalam topotato.com yang aku anggap spam.. memang la tak bertulis perkara-perkara pelik atau letak link dengan banyak.. tetapi komen yang sama diucapkan dalam 4-5 post aku dan takde kaitan dengan post yang aku tulis.. aku rasa dengan itu sudah cukup untuk aku mendefinisikan komen tu sebagai spam dan membiarkan Askimet menguruskannya.. spamming boleh naikkan SEO ke? hohoh itu satu ilmu yang aku masih belum pelajari… kan aku dah cakap ilmu SEO aku masih terlalu cetek..

Aku rasa cukup la sampai di sini je post aku.. satu je harapan aku agar mereka yang berpetualang dalam keyword Melayu Boleh ni agar apa yang mereka usahakan itu bukan hanya demi pertandingan je.. diharap mereka boleh meneruskan blog yang mereka tu sampai bila-bila dan terus mendominasi keyword Melayu Boleh

17 Responses to “cubaan mencabar keyword Melayu Boleh..”

  1. KampungBoy says:

    Biasala…topo
    nak jadi orang kaya Melayu Boleh baru
    diorang akan buat macam tu punya
    kasi tembak dgn senapang gajah
    ———-
    topo: tolong tembakkan la.. ohoho

    [Reply]



  2. Ryehana says:

    aku agak kepeningan membace entry kali ni… erm…
    ———-
    topo: bahasa satera tinggi ni beb.. hohoho

    [Reply]



  3. xmindfreakx says:

    huik..ada pertandingan melayu boleh?btol la..melayu boleh sudah sinonim dengan kepala aku tentang perkara itu
    ———-
    topo: hahahah sinonim gak la…

    [Reply]



  4. chokilala says:

    hoho. kalau post ko berjaya masuk 1st page, salute la beb. aku pun ikut gak perkembangan keyword melayu boleh tu, walaupun xmasuk. hajat di hati nak masuk, tapi ilmu di dada sangat xcukup lagi. hehe

    p/s : kenapa x fave post ni?
    ———-
    topo: heheh ada masa tertentu aku fave post..

    [Reply]



  5. -WaN- says:

    keyword yg berkaitan dgn s** mmg panazz. surius.entri aku yg guna tajuk himpunan cerita2 s** paling byk org google.huhu..

    aku ade pikir pasal keyword melayu boleh gak,tp kena berguru dulu pasal seo..hehe..ilmu tak cukup lg.. :mail01:
    ———-
    topo: berguru sambil praktikal lagi best.. hohohoho

    [Reply]



  6. fendy says:

    dah lama tak google melayu boleh. hahaa. pas ni google melayu boleh kuar blog topotato la ye
    ———-
    topo: gua xckup hebat lagi beb.. hohoho

    [Reply]



  7. aman says:

    wah..banyak btul ulangan perkataan melayu boleh dalam blog hang…hoho
    ———-
    topo: hahahah baru aku perasan.. tadi menulis ikut nafsu je.. hohoho tu sabahagian experimen nak test ape yang aku google.. hahahahah

    [Reply]



  8. TMUkmkd says:

    melayu boleh !!!!!!

    ops.. ter-spam pulak 😀

    kalau ko leh kuar ke 1st page aku leh kata.. gilaaaa kentang (potato) la ko!

    [Reply]



  9. tompok says:

    ko memang giler kentang dengan melayu boleh pulak dah…

    nih cabaran seo topotato melayu boleh …

    nak try buat cabaran jugak ler untuk diri sendiri…

    [Reply]



  10. abdusfauzi says:

    hurm.. this looks fun. maybe, i shall try to use “melayu boleh” with an english post? maybe i can overcome topo. lalala~
    ———-
    topo: hohohoh jom.. sape kalah blanje mcD.. eh xnak la.. sape kalah blanje burger Ramly.. hohoho baru la Melayu..:D

    [Reply]



  11. fakhri says:

    Selamat berjaya bro..aku join gak contest tu…sama2 kita hapuskan keyword yang dijadikan keyword s** tu..

    [Reply]



  12. Kill-Vearn says:

    satu2nya melayu boleh yg aku taw adalah satu ketika dahulu… iaitu satu laman web XXX yg diperkenalkan oleh kawan aku.. hoho…

    [Reply]



  13. titan says:

    biasalah tu. Hehe. Nak wat cara biasa. Memang tak leh pecah masuk 10 link pertama dalam muka surat pertama kat search engine google atau yahoo. Susah woo mahu lepas. Berapa banyak blogspot yg keyword diorang pekat nak mampus..inikan nak masuk 50 top ten site..

    Tapi kalau nak, memang leh wat. Keje gila sket la. Tak larat aku nk keje gila cam dulu. haha..

    [Reply]



  14. Dr House says:

    Susah gak nak lawan dengak keyword yang dah tepu tu.

    [Reply]



  15. blowie says:

    bagus2,taknak buat entry pasal SEO? ehehehe

    [Reply]



  16. Sweet Thinker says:

    sgt lucah. akoo datang dari yahoo. kalau nk taw :p

    [Reply]



  17. Imddin says:

    Mcmana nak dpt 1st top page google search Engine?

    [Reply]



Leave a Reply