mengatasi shoutbox daripada diSPAM bersama topo
Dewasa kini kita digemparkan dengan berita proses menyepam kotak jerit (shoutbox) yang semakin berleluasa.. walaupun perkara ini hanya menimpa kebanyakkan pengguna shoutmix sahaja, perkara ini telah menjadi fenomena yang dasyat kerana ramai para penulis blog lebih gemarkan shoutmix berbanding pesaingnya.. hahahahah intro tak boleh blah.. terasa macam budak kecik yang dalam buletin tv3 yang cakap idea dtg dari otak tu je.. hohoho aku memang tak berbakat menjadi wartawan.. ok kembali kepada tajuk mari belajar bagaimana mengatasi kotak jerit daripada diSPAM hohoho…
perlukah aku definisikan SPAM sebagai mukadimah? hohoho sila la google sendiri ye.. aku dalam proses membudayakan google dalam jiwa setiap pelayar internet.. kepada mereka yang tak pernah tengok bagaimana rupa shoutbox yang dispam, sila lah perhatikan rajah dibawah ini..

shoutbox yang di spam
nampakkan iklan-iklan mengarut yang dipaprkan di situ.. hohoho untuk pengetahuan shoutbox ini telah lama aku tinggalkan dan tak diletakkan langsung di mana-mana blog.. macam mana spam tersebut boleh melanda? yang itu memang aku tak tahu.. hohohoh yang aku tahu adalah sedikit cara utk mengatasinya.. hohoho
perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah login ke dalam akaun shoutmix anda terlebih dahulu seperti rajah dibawah supaya anda mendapat kelebihan admin..

login admin
selepas itu cuba la kenal pasti mana satu jeritan yang anda rasakan sebagai spam.. dan tekan ban.. tak faham tgok gambar di bawah ini..

mari ban SPAM
dan anda akan diberi pilihan cara apa yang anda ingin ban pemberi SPAM tadi.. samada anda mahu ban url sahaja atau turut ban IP address penyepam.. terdapat beberapa pilihan untuk ban IP Address, jika anda memilih Extreme maka semua manusia yang menggunakan IP address pangkal no yang di ban itu tak boleh menjerit di shoutbox..

option ban
contohnya jika IP address 60.63.45.102 diban secara extreme bermakna semua org yang menggunakan pangkal 60.xx.xx.xxx akan di Ban.. hohoho ini adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar kerana kebanyakan penguna internet di Malaysia mempunya IP address 60.xx.xx.xxx jadi pandai-pandai la membuat perhitungan semasa memban ye.. mungkin cukup sekadar ban URL sahaja.. hoho diulangi…. MUNGKIN.. hohohoho
satu lagi pengguna shoutmix free hanya boleh ban 20 IP Addresses & URL je.. hoho kalau nak lebih sila la beli yang premium.. tak pon buang je kotak jerit dari blog anda.. hohoh dan setelah proses memban itu berlaku kita lihat apa kesannya kepada insan yang bernama spam itu tadi..

tak bisa spam lagi.. =D
akhir kata semoga hidup ini lebih aman dan bermakna tanpa SPAM… hohoho
May 28th, 2009 at 3:19 am
haha…satu lagi ilmu baru…aku dpt ttg shoutmix ini 🙂
hehe…mintak-mintak la first comment…
[Reply]
May 28th, 2009 at 3:22 am
HoHoHo, santa klaus ni..
shoutmix tu jgn korg ban yg extreme suda.. nnti kang sape guna stimix IP 60. takleh nak shout.. huhu
[Reply]
May 28th, 2009 at 5:35 am
aku sokong suhz…cari cara lain beb tuk setelkan shoutbox ni..hehe…
[Reply]
May 28th, 2009 at 8:45 am
hoho….aku slalu ban je…x sedar pun mana nak set ban url or ban ip….haha….tp biasa default setting dia medium kan…hoho
patut pn dulu pernah aku nak tulis kat satu shoutbox mana ntah, tetiba IP ditulis kena ban…hoho
[Reply]
May 28th, 2009 at 10:23 am
haha.. ni ilmu baru ni.. selama ni dok masuk admin tak terpikir plak nak ban2 diorang ni.. siap depa.. aku akan ban depa semua.. muahahahaaaa~!!!
[Reply]
May 28th, 2009 at 11:54 am
waaah,…
topo mesti x de keje ni duk selongkar shoutmix pnya rahsia…
huhu… maklumat yang bagus… nnt blh ban ehem2…
[Reply]
May 28th, 2009 at 1:23 pm
thanks topo walaupun aku tidak pakai shoutbox..huhuhu
[Reply]
May 28th, 2009 at 7:55 pm
nasib baik aku tak kena lagi,ngeh ngeh ngeh :ipin02:
[Reply]
May 28th, 2009 at 7:57 pm
yeah
ban2!!
[Reply]
May 28th, 2009 at 8:48 pm
aku siap dah sound shoutmix pehal la byk sangat spam
diaorang akui dan akan lebih berhati2. haha :fizi01:
[Reply]
May 29th, 2009 at 12:15 am
fuh penat aku delete semua spam. T__T
[Reply]
May 29th, 2009 at 12:55 am
kalo setakat 10 spam tu, ak delete je..malas nak ban2 hohoho..sebahagian besar broadband malaysia pakai dynamic IP..xnak le sesape x bersalah jadi mangsa..tp kan, ala…xley shout je pun..komen boleh lagi…hohoho..spam2…
[Reply]
May 29th, 2009 at 1:53 am
huhu, aku memang dah lama beradu ngan spammer nie.. sebab tue aku tak letak terus shoutmix.. haha!!
[Reply]
May 29th, 2009 at 6:53 pm
Aku guna yang premium. Kat blog aku yang ni : http://ads4bucks.wanitaemall.com
hehe..sonok. kaki spam memang tak lepas. 😛
[Reply]
May 29th, 2009 at 7:31 pm
aku ban IP dan lepas tu aku pi spam kat shoutbox blog smpai die block IP aku gak.muahaha….
baru pueh hati.sesuka hati nak spam.sekali dua takpe,kalo dah byk kali org same yg spam mmg buat sakit hati je… b-)
[Reply]
May 29th, 2009 at 10:27 pm
aku gune cbox..cume letak amarn jer kat kotak cbox aku tu.. :ipin02:
[Reply]
May 31st, 2009 at 2:24 pm
kat cbox pun boleh ban2 ni. cara terbaik pakai je shotu box yang ada nombor sebelum atr msg :upin02:
[Reply]
July 8th, 2009 at 5:38 pm
hai boleh kenalan:-h
[Reply]