topo buntu dan terpaksa berundur seketika dari alam maya..

Life April 4th, 2009

akubuntu..

baju ku..

sekarang ni semua orang sibuk tulis post pasal perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri ke 6 bertarikh 3 April 2009.. dan tak sudah tentunya pengunduran Tun Abdullah Ahmad badawi.. hohoho tapi di topotato.com lain sikit.. hehehe post ini adalah bertujuan untuk menceritakan segala kebuntuan yang semakin berleluasa ini.. hohoh ni kiranya post mengadu nasib la.. heheh bukan senang topo nak buat post sebegini.. jadi sila la baca dengan penuh khusyuk dan tawaduk ye… akan aku ceritakan satu persatu kebuntuan ku ini…

no 1: menjelang peperiksaan akhir..

kepada yang berminat nak tahu… aku akan mulakan sesi penjawaban peperiksaan akhir aku pada 13 April 2009 bersamaan Isnin minggu satu lagi.. hohoho yang menjadi kebuantua bukan kerana exam berkenaan.. biasa la exam..semua orang amek exam ape.. tapi yang betul-betul membuntukan aku adalah ketidak adanya study week pada minggu sebelum peperiksaan itu.. dan nak ditambah lagi segala kebuntuan.. 2 killer paper berturutan pada 13 dan 14.. hohoho dah la jumaat 10 April tu masih lagi kuliah.. pastu bantai 2 paper berturutan.. hohoho tak cukup membuntukan? ikuti point no 2..

no 2: projek akhir semester..

ditekankan sekali lagi.. projek akhir semester ye.. bukan projek sarjana muda.. hohoho jika anda rasa point no 1 tak cukup membuntukan.. cuba tambahkan dengan point ini.. minggu yang kebiasaannya menjadi minggu goyang kaki da bersantai (aka miggu study week) telah dibebani dengan minggu yang banyak projek perlu disubmit dan dipersembahkan..hohoho ade 5 project yang perlu diperbentangkan dan dihantar minggu depan.. hohoh complete dari Isnin hingga Jumaat.. nasib baik la sabtu ahad takde kuliah.. kalau tak dibantainya sekali Sabtu Ahad tu ada presentetion project… antara project yang perlu dipersembahkan adalah..

  • drama pendek 10min untuk subjek audio video.. (hohoh jadi pelakon aku beb…)
  • setup local server dan buat web yang berunsur SSL untuk subjek Internet Teknologi.. (hohoh nasib baik dah nak siap berkat kepakaran yang ditempa sepanjang bergelar blogger)
  • animasi 3d chain reaction MAYA¬† untuk subjek animasi komputer kot.. (sepatah haram aku tak buat lagi.. due date dia Isnin ni..)
  • pemantapan sistem untuk subjek Software Engineering (hohoh yang ni aku tak tahu apa dah jadi.. part aku dah setel..)
  • laporan project layang-layang untuk subjek kritikal thinking.. (hohoho nak tengok aku main layang-layang pi usya kat facebook search topotato)
layang-layang takde buih sabun pon jadi la.. ohohoho

layang-layang takde buih sabun pon jadi la.. ohohoho

kalau kalian rasa ini tak cukup membuntukan lagi.. teruskan membaca point no3 dan tengok macam mana ia mengeruhkan keadaan..

no3: screen laptop aku terbakar…

hohoh ye saya ulang sekali lagi.. skrin milik cik acer telah terbakar beberapa puluh jam yang lepas.. hohoho (sila jangan bayangkan terbakar tu sama dengan berapi-api ye) hahaha adeh.. seriously aku tak tau dah nak buat apa.. dan kebuntuan ni memang menambah lagi kebuntuan point no2 menjadi kebuntuan tahap dewa.. hohoho tak nak ulas panjang lagi la pasal point ni.. aku masih lagi dalam tempoh dukacita.. hooho sila sambung ke point no4 dan lihat bagaimana kebuntuan aku menjadi-jadi lagi..

no4: aku takde duit..

hohoh ni merupakan kebuntuan biasa yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi masa kini apabila hujung semester menjelma.. hohohoh pada mulanya kebuntuan ini tak menjadi masalah sangat sebab aku ada simpanan untuk menampung makan minum menjelang hari-hari terakhir semester ini.. hohoh tapi kebuntuan ini menjadi-jadi apabila kebuntuan no3 berlaku.. hohoho dan sebagai penutup segala kebuntuan dan mengeruhkan lagi keempat-empat kebuntuan yang ada.. sila la baca point no5…

no5: rumah sewa untuk semester depan..

hohoho semester depan peluang untuk tinggal di hostel kat UTeM ni memang agak tipis.. masing-masing sibuk mencari rumah sewa untuk menjadi tempat perteduhan hujan dan panas tatkala bergelar mahasiswa.. haha poyo ayat.. aku ada 3 pilihan yang boleh dipertimbangkan.. tapi ketiga-tiga ni mempunyai kebuntuan yang membuntukan.. hahaha antara pilihan yang ada:

  • membuat permohonan sepanjang 2-3 muka surat untuk tinggal di asrama.. hohoho memang boleh dapat kot.. tapi kekangannya.. aku sorang je la dok hostel duduk dengan adik-adik junior.. budak-budak kelas aku yang lain semua pindah keluar dah.. hohoh sure mati kering aku nak buat asignment dengan project nanti..
  • mengikut rakan-rakan pindah keluar.. hohoh kekangannya da berkaitan dengan point no4.. hohoh setelah rakan-rakan membuat kiraan kotor.. bulan-bulan sewa kene bayar RM95 +air+api+streamyx = RM130 la bagai.. tapi yang kekangannya lagi.. sure kene bayar deposit punya dalam masa terdekat ni.. hohoh masa tu la kebuntuan ke4 beraksi kembali..
  • tinggal di rumah bonda.. yang terletak 30++ minit dari UTeM.. hohoho yang ni best sikit.. hohoho makan minum semua tak perlu risau.. yang kurangya duit minyak ulang-alik tiap2 hari je la.. hohoh

aku rasa cukuplah setakat ini je luahan perasaan aku.. hohoh walaupun entry bertujuan untuk join contest ini dan didedikasikan kepada JRY sempena menyambut hari jadinya.. tetapi semua kebuntuan yang dinyatakan adalah benar belaka.. dan aku akan mengundurkan diri dari alam maya buat seketika waktu.. hohoh kalau rindu simpan la dulu… hohoh adakah topotato.com akan mengikut pengunduran aku? hohoh korang nantikan la sendiri pada 5 April nanti..

Sekian… seribu kemaafan dipinta kepada semua peminat dan pembaca.. hohoh doakan aku berjaya mengatasi segala kebuntuan yang wujud ni.. AMIN…

15 Responses to “topo buntu dan terpaksa berundur seketika dari alam maya..”

  1. menteil says:

    jom la duk umah aku.. huhu…
    bayar duit api air je..
    :ipin01:

    [Reply]



  2. hady says:

    panjang lebar penerangan tu.. dok asrama utem kat mana pangsapuri bistari ke kalu kat situ belakang rumah aku jerr

    [Reply]



  3. |1f34|-|1r3 says:

    hehe…aku dengar ko banyak tanya soalan kat irfan khairi…hehe…berapa banyak soalan ko tanya..mtk duit ngan dia sudah
    ———-
    topo: lecturer ak ckp sape dtg dpt 5 marks… tanya soklan dpt g 5 marks… hohoho aku mintak tips adsense die xbg…

    [Reply]



  4. Adila says:

    aku bace pun bulih jadi buntu! ehehehe~

    [Reply]



  5. HuRuL_AiNi says:

    salam…
    hehe, student life…enjoy it & struggle with it…
    cayo2…faham sangat masalah student life ni…hehe, alhamdulillah aku dah lepas student life, & skarang rindu pulak nak alami student life balik….hehe
    apapun….cayo2 dlm menghadapi kebuntuan…aku pun tengah kebuntuan ni….ehehehe

    [Reply]



  6. nikillas says:

    banyak giler buntu tuu..!! jap nak kire.. 21 biji buntu…!! fuyoo~!
    ———-
    topo: hahaha ak sendri xkire…

    [Reply]



  7. Active Blogger says:

    Berehat sebentar bersama kit kat…jadi student yek rindunya aku…dah setahun jadi penganggur profesional. Income tak ada duit asyik keluar saja.:((

    [Reply]



  8. wan says:

    aku juga buntu bila pikir kebuntuan encik topo yg buntu untuk selesaikan masalah nya yg berbuntu-buntu.. :ehsan02:
    ———-
    topo: hahaha

    [Reply]



  9. JRY says:

    hoho…akhirnya ko join gak.tengs bro..

    aku paham sgt kebuntuan ko topo. memang susah jd pelajar ne.haha. tp aku final 20 april. ada masa rilek2 lagi…hehe..

    aku perlu nilai entri ko betul2 ne. sbb banyak2 kes ko ne.. yg no 3 tu je yg aku blum alami lg..yg lain smua sama.. adoiya… harap2 juri pun paham gak sutuasi ko.haha

    ok. bro, set nnt aku masukkan link.

    [Reply]



  10. JRY says:

    hoho… aku dah komen entri ni rasanya. sal pa x muncul ar?hehe…papun.. tengs bro.

    [Reply]



  11. hydir says:

    hoho .. aku dulu pon student gak
    masalah no 4 tu mmg paling menyeksa jiwa
    tp nasib baik ada skill baiki komputer dan jual komputer baru n 2nd hand maka kebuntuan duit di atasi …

    adeh .. ko kan camera yg canggih tu ..gunakanlah buat duit ..
    ambil gambar kahwin ker..jd paparazzi ker…
    :ehsan02:

    [Reply]



  12. blowie says:

    haha,kalau menang contest ni terus hilang kebuntuan yea :ipin02:

    [Reply]



  13. datin sri says:

    :kakros:
    sabo k po…hihi..
    ape2 pon..sume tu leh ko lalui…
    eceh!! ayat aku xleh blah…

    [Reply]



  14. loq says:

    wah semakin ramai yang masuk contest boonto
    tapi aku tak join lagi pon
    warrrghhh

    [Reply]



  15. pcuserz says:

    entri yang penuh dgn ke”boonto”an.

    [Reply]



Leave a Reply