sponsor,buat duit,kabinet baru,topo dan…

round up April 11th, 2009

syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya aku mampu nak update blog yang hampir bersawang ni.. ok post ini akan jadi satu post carca marba mentega kacang.. hoho beberapa tajuk akan aku gabungkan menjadi satu post.. hohoho nak tau kenapa aku buat begini? sila rujuk post kebuntuan aku yang sebelum ini.. setelah hampir seminggu aku meninggalkan alam maya yang penuh pancaroba ni banyak rupanya benda dah berlaku.. hohoho terkejut aku tengok feed reader aku mencecah 200 post baru.. adeh sakit mata aku nak baca.. aku baca tajuk je la ye.. ni update serba ringkas selama pemergian aku dari alam maya ini kepada sesiapa yang berminat sila la sambung baca ye..

topotato.com kini ditaja oleh serverfreak..

secara rasminya pada 04/04/09 yang lalu topotato.com telah ditaja oleh serverfreak.. memang sukar bagi aku untuk membuat keputusan pada awalnya.. ye la tak seronok sebenarnya kalau hidup ni asyik disponsor je.. tapi apa kan daya.. memang aku tengah kering kaw2 dan makin banyak kebuntuan yang muncul ketika itu.. pada awalnya aku bercadang nak pindahkan server aku ke hosting yang lebih murah.. tapi apakan daya streamyx melakukan kecelakaan taha tertinggi pada masa tu.. hoho adalah mustahil untuk aku backup semua data yang ada dalam server aku.. maka terpaksa la aku terus kekal dengan serverfreak.. hohoho jadi kepada sesiapa yang mencari hosting atau domain untuk blog ke web korang pe kata korang try serverfreak ni.. hohoh beli la melalui aff link aku… hahha

nak belajar buat duit di internet? apa kata korang try ebook ni…

sekarang ni semakin ramai yang nak belajar buat duit di internet ni.. tapi semuanya hanya sekadar cakap di mulut je.. takde sebarang usaha pon.. lepas tu bising-bising kata IM kat Malaysia ni semua sombong-sombong tak nak bagi tunjuk ajar.. seriously aku memang benci orang-orang macam ni sama seperti aku mula membenci budak-budak form 3 yang masuk blog ni pastu demand lebih-lebih minta aku tolong carikan maklumat untuk folio sejarah diorang.. pada awalnya aku layan je tapi makin lama makin menyampah plak aku..

semua benda asyik nak kena suap je.. sampai bila nak maju beb.. bukannya aku tak pernah buat folio sejarah tu. siap dapat A lagi PMR.. senang je nak cari maklumat.. yang penting usaha.. haha meleset teruk dah ni.. ok berbalik pada tajuk asal.. kepada sesiapa yang berminat nak menjana wang di internet apa kata korang usya ebook dari jerung perkasa ni.. pakej newbie IM..

denga nila RM20 sahaja banyak perkara baru yang dapat dipelajari sebagai langkah pertama nak menjadi seorag peniaga internet yang berjaya..  anda bukan sahaja mendapat satu ebook malahan lebih dari 10 buku yang setiap satunya memberi ilmu yang pelbagai.. ada yang menceritakan berkenaan dengan adsense,twitter, cara tarik trafik.. dan macam-macam lagi termasuklah cara membuat blog .com sendiri.. untuk keterangan lanjut sila lawati sendiri page pakej newbie IM ni.. dan nilai la sendiri.. memang berbaloi beb..

Kabinet baru Malaysia

hohoh walaupun aku meninggalkan alam maya yang penuh informasi ni.. tapi aku sempat jugak menjengah-jengah apa berita terbaru yang berlaku kat Malaysia ni melalui feed reader aku.. hohoho nak tengok TV tu memang mustahil la beb.. nak beli surat khabar tak mampu.. hahaha dikesempatan ini topo dari topotato.com nak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke 6 Malaysia Datuk Ser Najib Tun Razak serta kabinet baru yang dibentuk beberapa hari lalu.. semoga mereka mampu memacu negara kearah kecemerlangan.. hohoho ayat nak best..

aku rasa cukup la sampai di sini post carca marba aku.. hohoh isnin ni aku dah start exam.. haha direct 2 killer paper.. sekian..

9 Responses to “sponsor,buat duit,kabinet baru,topo dan…”

  1. duit semput says:

    balance duit aku dalam bank tinggal RM70.26 sampai 2/5…
    xmampu la weh..
    broadband dah rm68.
    makan 1 hari rm 5…
    haih~

    roti la jawab nyer…

    [Reply]



  2. chokilala says:

    haha. aku baca title mati2 aku ingat kabinet yang macam almari ko maksudkan tu. good luck weyh final. aku jumaat depan. huhu

    [Reply]



  3. KNizam says:

    hehe power la ko sampai dapat sponsor kan. hehe 🙂

    [Reply]



  4. encikizzat says:

    apsal bebudak form3 suruh bro carikkan maklumat utk folio diorang? tak bole jadi ni =P
    ape kate bro buat banner..then tulis:
    Anda mencari maklumat utk Folio anda? klik sini
    bro letakla link google dkt situ..suruh diorang google sendiri
    hehe =)

    [Reply]



  5. bukn c!ndEreLla says:

    encikizzat, tu kira suap jgk tu…
    tp aku pn tersuap adik aku..cmner ni??hehek~
    topo, siyez ke pakej yg ko promote tu?huhu~
    k, wish u luck!! aq xde exam, tp aku de finl prsntion..trase lemas ni…

    psst…topo, wt bisnes krpek potato jom…kuikui~

    [Reply]



  6. twenty-six says:

    senang sekarang , nak buat folio cari je kat internet kan?

    kita dulu panjat bangunan majlis perbandaran untuk dapatkan maklumat, jalan kaki jauh-jauh untuk cari tempat bersejarah hehe ter ‘kenangan’ lak pulak aku ni

    [Reply]



  7. pcuserz says:

    akhirnya selamat la blog topotato disponsor serverfreak.

    [Reply]



  8. ubey says:

    hehe. ko kasi la info2 kt diorg. advice ke. sian. nk wt folio. ko ptt guide diorg personally.. haha

    [Reply]



  9. razifmustapha says:

    ah mengarut je cari duit kt internet sampai kaya. Selagi tak berniaga produk and service, jangan harap nak kaya nak generate duit guna internet. Nak tau macam mana ramai yang generate duit riban2 guna adsense. Ha ni aku bongkarkan rahsianya. sila layari web ini http://googleadsensegenerator.com tengok berapa kaya korang bleh jadik. hahaha

    [Reply]



Leave a Reply