mengenali nuffnang bersama topo…

Reviews April 30th, 2009

semenjak dua menjak ni topik berkenaan nuffnang sangat popular dikalangan rakan-rakan twitter aku.. hohoh masing-masing sibuk bercerita pasal earning la pasal campaign la dan sebagainya.. dan atas sebab yang berkenaan aku membuat post berkenaan nuffnang ni di blog aku.. aku meminta semua akan-rakan di twitter mengajukan apa yang mereka ingin tahu berkenaan dengan nuffnang dan aku akan jawab di blog ini.. hoho betapa bagusnya menjadi follower aku di twitter ni.. hahah tak percaya sila la follow aku di twitter..hahahah ok diingatkan apa yang aku jawab ni berdasarkan pengalaman aku bersama nuffnang dan juga berdasarkan sedikit kajian.. jika ada sebarang kesilapan dengan rasa rendah dirinya aku meminta kalian untuk memperbetulkannya…

ok sebagai mukadimah elok rasanya aku memperkenalkan nuffnang ini.. hohoh0 kepada yang belum tahu lagi.. nuffnang adalah syarikat pengiklanan blog pertama Asia Pasifik.. hohoh nak cerita apa lagi ye.. tak payah la berkias-kias lagi.. sraight to the point je la.. hohoho ok berikut adalah soalan yang aku berjaya kumpulkan di twitter pada petang tadi:

1) dari saudara rjuna : adakah byk klik kat ads baru earning Nuffnang meningkat? atau perlu banyakkan traffik?

topo: perkara pertama yang ko perlu tahu adalah di nuffnang terdapat 2 jenis ads.. ads CPC dan CPM.. CPC tu ads yang memberi kita kia berdasarkan klik.. dan CPM tu pulak berdasarkan average unique visit ke blog kita.. CPC tu akan muncul bila-bila masa yang dia berkenan.. manakala untuk mendapatkan CPM tu kena tunggu ada advertiser nak letakkan iklan pada blog ko..  jadi untuk mendapatkan earning yang banyak trafik memang kena mantap la baru la ada advertiser nak letak campaign kat blog kita.. kalo tak just bergantung pada CPC ads je la.. lagi banyak orang klik lg banyak la earning kita..

2)dari saudari rara: cmne nk cashout kn,cmne nk tmbh kn earning dgn byk,cmne nk buat campaign tu habis2an,cmne nk ngorat kau.eh silap.wkaka 😛

topo: hohoh banyak soalan dia bantai sekali nafas.. pertama sekali.. macam mana nak cash out.. sebaik sahaja earning ko cukup RM50 akan wujud satu butang untuk cash out di bahagian earning.. tapi dinasihatkan sebelum tu baik ko cek beul-betul nama dan alamat ko.. kalau tidak sia-sia je la ko cash out.. stau lagi nasihat berkenaan dengan cash out ni.. nuffnang akan proses setiap permintaan cash out pada akhir bulan.. jadi kalau ko nak cash out lebih baik ko tunggu sampai hujug bulan.. baru ko cash out.. kalau tak penat je la menunggu..

topo: yang kedua.. macam mana nak tambahkan earning dengan banyaknya? hohoho satu nasihat.. dapatkan trafik sebanyak mungkin sampai ada advertiser yang nak letak campaign di blog ko.. hohoh masa tu lagi mencurah-curah earning ko masuk.. contohnya campaign celcom aku di sidebar tu.. setiap hari aku menjana RM1-2 walaupun taiada sebarang klik…

topo: yang ketiga.. macam mana nak buat campaign tu sehabis-habisan.. hohoh senang je beb.. satu perkara yang kau perlu ingat.. kempen tu biasanya adalah ads CPM.. bermakna ia berdasarkan unique visit ke blog ko.. jadi untuk buat campaign tu sebaik mungkin.. naikkan la trafik kau sehabis-habisan masa ada campaign..

topo: hohoh soalan yang terakhir ni.. :”> aku dah jawab di twitter.. heheh siapa yang berminat nak tau sila la follow twitter aku..

3) dari saudari hurul aini: aku x faham, nuggnang ni dia x update brapa kita earn ke?dh sebulan aku pakai ari tu..zero sen..last2 aku buang sbb lambat loading

topo: ok untuk pengetahuan.. aku tunggu 2 bulan baru dapat RM0.25 yang pertama.. hahahaha tapi sekarang dah best dah earning masuk.. ok berkenaan dengan update earning ni.. nuffnang akan update earning yag korang dapat pada minggu lepas kebiasaannya pada hari selasa minggu yang berikutnya.. hohoh tapi standard la kan kadang kala ada terlambat sikit hari rabu baru update.. kadang-kadang ada tercepat Isnin dah update.. hohoh kalau earning ko tak berubah tu maknanya tiada earning la pada minggu lepas.. hohohoh teruskan lagi mencuba

4) dari saudari rara lagi: teringin nak dpt check RM50 tu. mst lmbt nk tggu kan ?

topo: hohoho aku mendapat RM50 pertama aku setelah aku menggunakan nuffnang selama 10 bulan.. tapi bila dah dapat first payment earning aku meningkat dengan cantiknya.. hohoo  aku baru cashout semalam RM64 selepas 4 bulan dapat first earning.. dan aku rasa next bulan depan aku dah boleh cashout earning ke tiga plak.. ohohoh

5) soalan dari saudari rara lagi: kenapa blog aku takda iklan celcom eyh

topo: yang ni aku kurang pasti.. tapi aku rasa sebab iklan celcom ni adalah iklan kempen CPM.. maknanya advertiser dah pilih blog ni untuk letakkan iklan ni..

6) soalan dari cik chokilala: camne nak tau dpt kempen.. by email or tetibe je, nuff tak cakap..

topo: ok soalan ni aku pernah ajukan sendiri pada nuffang.. sila ikuti penjelasan nuffnang:

respon dari nuffnang

respon dari nuffnang

maknanya sekarang ni dah takkan ada email dari nuffanang untuk memberi tahu kita berkenaan kempen di blog kita.. kecuali ada satu faktor yang aku akan jelaskan pada soalan yang berikutnya.. jadi macam mana nak tau ada kempen ke tidak di blog kita? hoho mudah sahaja.. pada tepat jam 12.00 pagi.. kalau ko lihat ada satu ads tu sentaiasa ada di blog korang pada setiap page maknanya korang ada kempen di blog korang.. contohnya iklan celcom di sebelah ni.. mulai jam 12.00 pagi dia akan terpapar di setiap pelusuk blog ni.. tak percaya sila la gali beberapa page mahupun post di blog ni..

satu lagi cara untuk memastikan korang ada kempen ke tidak.. hoho setelah kaji setiap pelusuk blog korang.. korang tuggu sampai jam 4.25 am… tengok di bahagian earning ada tak tulis buffered earning dan tengok ada tak pendapatan dia.. buffered earning ni hanya akan masuk ke dalam earning korang setelah kempen tu tamat…

7) dari saudari trex: nuff slow kot skang even traffic tngi… nape ea?

topo: ok kalau slow tu bermaksud earning slow.. satu je aku boleh cakap.. maknanya di blog ko hanya ada ads CPC (cost per click) dan bukannya CPM (cost per impression) tapi tak perlu risau.. teruskan trafik yang tinggi itu.. nescaya tak lama lagi akan ada advertiser yang berminat nak buat campaign di blog ko dan ko akan dapat ads CPM..

8) dari saudara gambarhehe: aku nak tau apa kelebihan nuffnang dibandingkan dgn advertlets.. tu je..

topo: dengan rasa rendah dirinya aku cakap aku tak boleh nak jawab soalan ni.. sebab aku hanya menggunakan advertlets selama 2 minggu tapi malang tu adsvertlets buat palat plak terus aku tinggalkan advertlets dan kekal setia dengan glitterati status nuffnang.. so aku tak boleh nak buat perbezaan 2-2 tu la nanti jadi berat sebelah pulak..mintak maaf ye..

9) soalan terakhir dari saudara jaws: selalunya satu campaign baper lama?campaign yg dulu aku dapat 15 hari.yg kempen baru nih dier tak email bgtau plak..

topo: ok untuk menjawab soalan ini ada beberapa perkara aku perlu jelaskan terlebih dahulu.. pertama berkenaan dengan campaign.. advertiser membeli ads spot di blog ko berdasarkan unique.. maknanya bila cukup je unique hits yg dia dah beli tu maka tamat lah tempoh campaign tu.. aku pernah dapat campaign selama 2 hari dan juga kempen yang hampir 2 bulan…

topo:ok untuk yang kedua itu seperti yang aku terangkan pada chokilala kat atas tu.. sekarang ni nuffnang dah tak bagi lagi email untuk bagi tau berkenaan dengan kempen.. kecuali satu faktor.. faktor tu adalah sekiranya ada advertiser yang nak memaparkan iklan yang sensitif di blog ko.. contohnya iklan arak.. baru la dia akan hantar email untuk tanya samada ko setuju atau tak iklan itu dipaparkan.. kalau ko setuju baru iklan tu ada.. kalau tak kira kempen tu terbatal.. untuk mengelakkan ko dapat iklan yang sensitif seperti arak atau pun dadah atau rokok korang perlu update profile di nuffnang dan untick pasal sensitive ads…

ok aku rasa cukup la sampai di sini sahaja sesi menjawab persoalan dari rakan-rakan berkenaan dengan nuffnang.. sekiranya mendapat sambutan aku akan buat episod 2 pulak.. dan soalan hanya aku akan terima dari twitter sahaja. hoho sebarang sms tidak akan dilayan.. jadi sila la follow twitter aku ye..

44 Responses to “mengenali nuffnang bersama topo…”

  1. Jaws says:

    000000
    camni ker…
    hahahaha..
    faham:fizi01::fizi01::fizi01::ipin02::ipin01::upin02::upin01:
    ———-
    topo: hahahaha laju giler ko baca..

    [Reply]



  2. Kreuger says:

    fuh…. pitam aku membaca pasal nuffnang ni.
    erk.. ade soalan lagi boleh?

    pasai ape… die tak hapdate macam adverlet?
    aku pon pening system die ni. aku pernah cube,
    tapi masalah kantoi kat situ sebab aku ade dua
    iklan dalam satu mase. adverlet dengan nuffnang.

    mungkin pasal tuh kot. nuffnang merajuk dengan aku~
    ———-
    topo: bila ko letak 2 iklan ko xdpt status glitterati je.. lain xde pape…

    [Reply]



  3. ubey says:

    mse ko tukar domain tu, bpe lame ko amk mase dari zero kepada trafik naik kaw2?
    ———-
    topo: aku punya promosi kaw2 masa aku nak pindah.. siap berlaku perkara yang tak diingini lagi tu.. hohoho boleh tahan gak la masa nak dpt balik.. tp berbaloi beb..

    [Reply]



  4. chokilala says:

    thanks wahai topo yang kacak. banyak yang dapat dipelajari. cuti ni aku kena tingkatkan trafik dan tengok camne. kumpul lagi soalan n buat episod 2 plak. hoho. thanks
    ———-
    topo: aku ada projek nk naikkan trafik untuk dicuba.. hohoho nnt aku inform ko..

    [Reply]



  5. Rara; CandyFloss says:

    topo yang handsome 😛
    hikhik . banyak kan soalan dari aku ?
    susah kan kau tak ? sorry eyh T_______T
    ok ok aku dah faham . eh tapi lamanya first cashout
    kau eyh . 10 bulan . eh tapi aku baru pakai 4 bulan ni
    dah RM36.36 😛 hekhek . doakan aku boleh cashout cepat tau
    ———-
    topo: setiap org punya rezeki lain-lain beb.. hoho ada yg cepat ada yang lambat…

    [Reply]

    azfar Reply:

    4 bulan leh cash out?selalu statistik trafik unik ko brapa ek?-http://zaimzero.blogspot.com

    [Reply]



  6. KE says:

    Aah.. betul tu sekarang dah takde email notification untuk CPM campaign. aku pun terkejut aritu bila tgk earning aku tetiba melonjak naek.

    ingat kan sapa tah yang baek ati klik iklan CPC aku.tapi mcm tak logik sebab banyak. haha bila di siasat CPM telah berjalan kat blog aku tanpa aku sedar. bila check email takde plak notice nak wat CPM. mungkin dorang taknak kita naekkan trafik semasa campaign kot. nnt dorang kena bayar lebih. hahaha…

    so, alert la kat blog masing². kalo tgk iklan yang sama asyik muncul kat blog korang pastu iklan tu takde kat blog orang laen rajin² la naekkan trafik. berbaloi. haha
    ———-
    topo: berbaloi gak la.. hohohoho

    [Reply]



  7. Rjuna says:

    :ipin01: oh camtu rupanya, akhirnya aku faham CPC dan CPM Nuffnang ni

    lepas ni tak la aku bising kenapa earning ciput 0.25 jer, kena rajin la gandakan trafik, and rajin update, untuk dapat CPM ads

    cpc ads hanyalah iklan klik biasa, kalau org klik ada la duit, kalau takde klik jangan klik sendiri wahaha

    Thanx Topo
    ———-
    topo: aku agak anti org yg klik iklan sendiri dan suruh org lain klikkan iklan.. hohoho

    [Reply]



  8. GambarHehe says:

    Mari tanya soalan lagi.. hehe :fizi01:

    [Reply]



  9. Khai says:

    dah banyak kali aku baca entri2 yang semacam ni kat nuffnang.. hehe..

    tapi dengar cerita nuffnang nye duit x naik2? hehehe
    ———-
    topo: ok la tu bayak entry macam ni dekat blog nuffnang.. yg peliknya x banyak pon entry yg macam ni kat blog advertlets.. hohoh yg kutuk ramai la..
    hehehe tapi kenapa duit aku naik rm1-2 tiap hari ek.. hohohooh

    [Reply]



  10. sickchild72 says:

    weh nak tanye uh.
    asl da berminggu3 earning aku tak naik?
    ———-
    topo: ntah la beb.. hohoh aku pon xtau…

    [Reply]



  11. inertz says:

    Haha… kiranya trafik kena datang dari kiri,kanan,atas bawah, depan belakang. Mana aku nak sapu trafik neh. Good tips.

    [Reply]



  12. Ryehana says:

    informative!!

    nice one, topotato! :upin02:

    [Reply]



  13. mie says:

    macam mana pula kalo kita de 2 blog….
    adakah ke-dua-dua nya…
    akan diambil kira??
    heheeee

    [Reply]



  14. abdfatah says:

    aku pun tengah buat pelajaran dan kajian jugak ngan nuffnang nih… thanks laa atas informasi menarik ini…

    terima kasih cikgu topo yang berniaga kentang… :ipin02::fizi01:

    [Reply]



  15. abdfatah says:

    kalo blog tersebut terlebih bandwith limit apa akan jadi dengan iklan2 nuffnang tersebut? :upin02::ipin01:
    ———-
    topo: kalau 2-3 hari crawler nuffnang xdpt msuk blog tu.. yg confirm glitterati memang akan hilang.. tp bila boleh on balik nnt dpt la glitterati tu balik dan earning pon ala2 glitterati gak…

    tp kalau psal kempen tu memang tak pasti apa jadi dengan kempen tu…

    [Reply]



  16. izzat says:

    Mekaseh kongsi info…hehe, mesti earning ko hebat neh..hoho..boleh kongsi tip la nanti hehe 😀

    [Reply]



  17. Kill-Vearn says:

    earning aku pon mcm ciput aje nak naik… susah beno… dah status glitteri pon still hampeh.. anyway nice info bro… takmo derma sket2 ke duit hadiah rm100 tuh…
    ———-
    topo: xbleh la beb.. hoho aku sedang mengalami krisis kewangan yg serius ni.. hohoho

    [Reply]



  18. twenty-six says:

    nuffnang layan geolocated ads banyak sangat, sebab tu derang tak pandang sangat gua punya
    ———-
    topo: sebab geolocated la aku suka nuffnang ni.. hohooh

    [Reply]



  19. mazuki selangor2u says:

    aku sendiri masih mencari2 sebenarnya camne nak maximum income dari nuffnang nie….aku dah add ko punye twitter jgn lupa folo me back k… mazuki mustaffa
    ———–
    topo: kalau ade nnt share la sama2

    [Reply]



  20. Pepejal says:

    Mekasih le atas info dalam laman ni.. memang amat berguna.. sebab nak berjumpa memang susah skrg ni..

    Teruskan berkongsi.. dah follow twitter ko..

    [Reply]



  21. tra says:

    orait…. ermmm… 2bulan guna topo dpt 25sen.. eermmm.. maybe dia stat ng sikit dlu br maju.. i got around rm15 in 1st 2month tapi skang.. trus jatuh… plik juga tu… xpe la… biar je la.. bkn isu besar kot.. hehehhehe… btw… thanx a lot 4 ur info…:upin02:
    ———-
    topo: hohoho setiap org rezeki lain2 beb..

    [Reply]



  22. hazman aka species1980 says:

    banyak menjawab persoalan yang bermain di minda aku nie…pasal nuffang….

    [Reply]



  23. KampungBoy says:

    Masa blog aku ada masalah
    tittle glitterati ilang sekajap
    skang nie dah ada balik
    tapi tula……nuffnang nie kdg2 bikin lmbat blog aku nak loading
    Huhuhh

    [Reply]



  24. taukey says:

    byk soalan aku dijawab kat artikel ni. artikel terbaik pasal nuffnang setakat ni.
    ———-
    topo: ok trimas…

    [Reply]



  25. HuRuL_AiNi says:

    salam…
    aku baru baca…ehehe..
    okie, thanks for explaination…aku decide go on ngan adverlets je…2 minggu dh dpt 3 ringgit…baik aku go on ngan benda yg contant earning dr benda yg x menentu tu…lgpun mmg lambat loading la kalau guna nuff, advertlet x lambat sangat…hoho

    sambungan soalan ubey: cemner ko buat promosi kaw2 time pindah domain…hahaha

    [Reply]



  26. kak jie says:

    ada satu lagi iklan dr nuffnang….dipanggil advertorial.
    yg ni specfial sikitlah…pengkilan akan pilih blog yg dia nak…nuffnang akan email kita bagitau detail advertorial proposal yang perlu kita buat

    contoh : kita diperlukan buat preview sesuatu produk.

    yang ni payout mahal oooooooooooooo…. ratus2. Kita diberi dateline utk siapkan job.

    kak jie dpt 2, dateline 6/5.

    [Reply]



  27. zamz says:

    gud info lah

    [Reply]



  28. sufian says:

    kalu visitor dari luar asia click, kita dapat income tak?

    anyway, gud info..walaupun tak berat sebelah advertlets, tapi macam berat sebelah gak..hehe

    [Reply]



  29. cocoabutter says:

    good info….anyway macamane ada tips tak mcmane advertiser nak pilih kita for CPM campaign…??..berapa banyak traffic kena ada yeh..?

    [Reply]



  30. naim says:

    :mail01:

    ooo…bole4….:upin02:

    [Reply]



  31. sumijelly says:

    terima kasih atas info ini..
    leh copy paste x pastu sumi credit balik kat topotato..
    huhuhu…ada sesetengah member x berapa paham la..
    nak minta kebenaran..
    kalu x dpt.. x perla..sumi paham..
    huhuhu…:upin01:

    [Reply]



  32. inani says:

    salam

    thx for the info ye tuan rumah.. sgt la membantu..

    inani
    ~cenderahati kahwin moden~

    [Reply]



  33. wanmus says:

    perghh detailnya..hehe..bagus-bagus sharing idea n info

    [Reply]



  34. nOj says:

    tiba tiba je sampai cni…
    eh yu… ade gak nuff nk letak iklan dadah ek… huhuh apada…

    [Reply]



  35. cik zatil says:

    time kaseh tuan blog info completed! :kakros02:

    [Reply]



  36. Mus says:

    mmg semua persoalan tu bermain di minda! akhirnya dah terjawab. TQ

    [Reply]



  37. hairul says:

    Thanks di atas very2 useful info.maklumlah saya ni baru 3 bulan jagung dalam arena pemblogan ni..kalau boleh mintak topo komen skit blog saya yang sangat basic or masih diperingkat tadika.www.ammarazhar09.blogspot.com.

    [Reply]

    SYAMIL Reply:

    SAMA-SAMA

    [Reply]



  38. aini says:

    ok, ilmu didada makin bartambah lepas baca entri ni.. =)

    [Reply]

    SYAMIL Reply:

    BETUL TU

    [Reply]



  39. Azizi Zulkefli says:

    TQ2..Baru paham sket psl nuffnang ni..

    [Reply]



  40. edy says:

    banyak penerangan kat situ tentang nuffnang.. baru aku paham kenapa income aku sikit

    [Reply]



  41. Izzuddin Fauzi says:

    Kenapa Nuffnang myCn x pernah dapat (dah nak masuk dua bulan) earning walaupun unique visitor 900> seimnggu?
    http://c-nurse.blogspot.com/2010/11/nuffnang-dimana-sepatutnya-iklan.html

    [Reply]



Leave a Reply