kisah perjalanan hidup topo di alam maya..

Life April 28th, 2009

dah lama rasanya aku tak mengarang entry.. hoho ye la dah banyak post sebelum ni semua berdasarkan fakta je.. hohoh tapi seronok jugak buat post yang berkenaan dengan fakta ni.. hohoho sesuai la dengan misi aku nak menjadikan blog ini lebih berilmiah lagi.. hohoho ok aku dah lama rasanya nak kongsikan sejarah perjalanan hidup topo di alam maya ni.. hoho mana la tau kot ada yang berminat nak jadikan buku ke.. hahaha ok aku mula mengenal apa itu internet pada tahu 1998.. hohoho tapi mas atu just tau je la ada 2 provider internet kat Malaysia ni.. TM dengan jaring.. hohoh tapi aku masih tak tau apa itu website & email.. dan sudah tentulah aku turut tak tau apa itu twitter apatah lagi facebook.. hahaha sah-sah la belum wujud lagi masa tu..

pertama kali aku melayari internet adalah pada tahun 2001 hoho masa tu aku dah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama di Seremban.. hohoho seriously masa tu aku nak on PC pon tak tau masa dalam lab tu.. hoho apatah lagi nak membuka pelayar Internet Explorer 5.. ohoho aku sangat yakin belum ada lagi firefox pada masa itu dan aku tak pasti samada wujud tak netscape kat lab IT tu.. hohoh

alamat email pertama aku adalah dihostkan di hotmail.. hohoh kalau tak silap mohdnazrien0105@hotmail.com rasanya.. hohoho dan sudah pastilah aku tak gunakan lagi email tu sekarang ni.. kemudian aku mula mengenal yahoo dan rajin pulak nak buat email pada yahoo ni.. email kedua aku beralamat weird_bezita@yahoo.com.. hohoh masa tu tengah semangat dragon ball weh..  selepas tu aku sangat rajin mencari provider-provider email di alam maya ni.. hohhoho semua aku sign up tanpa mengetahu apa tujuan sebenar aku.. hohoho lycos,angelfire dan ntah apa lagi email provider ntah semua aku bantai je… hohoh

website pertama yang pernah aku daftar ialah neopets.com.. hohoho siapa yang pernah melaui zaman aku pasti ada neopets ni.. hahah dia macam ala-ala membela binatang secara maya la hoho baru maju beb.. hohoh apa barang tamagochi.. hahaha kenapa aku daftar? hohoho biasa lah megikut trend semasa beb.. hampir semua member aku dekat sekolah dulu ada neopets, aku pon nak jugak.. hohoh setelah lebih 7 tahun aku tinggalkan neopets aku try balik bukak website tu.. oho ternyata wujud lagi.. dan pet aku yang dah 2191 hari tak makan masih hidup lagi.. hahaha giler kuat daya tahan die.. ni la rupa pet aku zax197neo giler gempak nama. hohoh sejenis harimau berwarna hijau!!! yeah

kacak tak harimau hijau aku..

kacak tak harimau hijau aku..

web site kedua yang aku daftarkan diri adalah circles99.com.. circles99 ni macam social networking jugak la.. hohoho mula ditubuhkan pada 06/02/2002 hohoh aku join pon dalam area-area bulan 2-3 tahun 2002 hohoh masa tu kira siapa yang ada akaun tu memang up to date denga perkembangan internet tanah air.. hahah ni la jugak tempat pertama aku belajar berkenaan dengan html.. hohoho memang aku kaji sehabis baik la web ni sampai ke hujung nyawa yag banyak orang lain tak tau.. hohoho siap ada cicak-cicak lagi kat circle aku masa tu.. hohooh

circles99.com yang tinggal kenangan

circles99.com yang tinggal kenangan

tapi masa berubah dengan begitu pantas.. hoho sekejap sahaja aku dah mulai bosan dengan circles99.. sama seperti aku dah bosan dengan friendster sekarang ni.. hohoho semuanya sebab dah tak ramai rakan-rakan yang buka lagi website tu.. hohoho dan lantaran itu aku ters meninggalkan circles99.. tapi aku sangat berterima kasih pada circles99 sebab banyak memberi aku ilmu dan menjadi tikus makmal pertama aku di alam maya ni.. hohoho dan semalam masa aku bukak balik circles99.com ni.. aku dapati dah kena bayar plak untuk dapat full features.. hohoho

aku rasa sampai di sini sahaja la aku nak kongsikan perjalanan hidup aku di alam maya ini pada post ni.. hohoh untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya sila tunggu post yang akan datang.. hohoh kalau tak sabar nak tunggu apa kata kalau korang subscribe pada suapan RSS blog ni.. hohooh

p/s: hohoh dah terlalu lama aku membuat iklan duit free kat corner blog ni.. hoho sekarang dah ada iklan baru pulak.. hohoh kacak tak banner kbsoccernet.com kat corner blog aku ni.. hohoh aku membuatnya denga sepenuh hati.. hahahaha

18 Responses to “kisah perjalanan hidup topo di alam maya..”

  1. smaelz says:

    Aku lg lama x post entry.. hoho.. aku plak kenal internet masa aku form 5, pastu mula melayari internet untuk melihat bende bukan2… hohohohooho… itu je la yg aku tau masa aku kenal internet.. xdernye nak carik bhn ilmiah.. :upin02:
    ———-
    topo: suatu ketika dulu pon aku gemar melayari bnda yg bkan2 tp skrg da bosan dah…

    [Reply]



  2. HuRuL_AiNi says:

    salam…
    haha…aku pun teringat zaman aku mula2 kenal komputer ni…ingat lagi tahun 1999 ke 2000, aku kena buat homework pakai komputer…pergi CC, blur je tak tau macam mana nak buka microsoft word…tunggu kakak CC tu buka utk aku…aku reti taip2 je…
    tapi skarang benda2 tenet & komputer ni dh jadi mcm kacang je…siap torrent, html…sume di explore…hehe
    agaknya lagi 5 ke 10 tahun apa pulak perkembangan dunia internet ni kan…
    p/s:aku pun pernah join neopets dulu…tapi lawat 2,3 kali je…skarang dh lupa dh password apa sume….rasa macam nak join balik…hohohoho
    ———-
    topo: hooho cambest la plak klo maen neopets tu balik…

    [Reply]



  3. bd fabregas says:

    aku kenal tenet lbh krg thn 99 kot.. ntah bape byk e-mail aku dh wat pn x igt.. x silap aku first e-mail aku kt xmail.com..
    ———-
    topo: hohoho dulu terasa cam cool je ade byk2 email ni…

    [Reply]



  4. zariel says:

    wah. masa ko kenal internet aku baru masuk darjah 1.
    erk. apa aku merepek ni? tp serius bro.
    aku kenal internet x la seawal ko.
    mungkin sbb aku ni budak kg jadi lambat la sikit nk dapat pendedahan.
    lagipun masa study dulu aku maleh nak berebut PC…
    baek aku tido… hehehe
    ———-
    topo: hohoho dlu pon aku bukannya kisah sgt pon dgn pc ni…

    [Reply]



  5. taukey says:

    aku kenal internet tahun 1997. lepas tu aku just cari benda-benda asing jer. masuk universiti aku guna internet utk buat research saja. Guna bila perlu sahaja. tu pun setahun ada la dalam 2 ke 3 kali buka internet. Lepas tu mula tahun 2005 aku guna internet balik sebab kerja aku byk guna internet. Nak tak nak aku guna jer. Aku mula tegar dengan internet tahun 2008 sehingga sekarang.
    ———-
    topo: aku pon mula menjadi pelayar tegar pd 2005…

    [Reply]



  6. chokilala says:

    wahh.. sama la dengan aku. dulu circles99 tu famous sebab IRC. kalau ada channel, bukak la satu circles99 untuk channel tu. tapi sebelum circles99 tu ada satu lagi wsite la. aku tak ingat apa, tapi dia kena bayar sebab tu org pindah ke circles99

    email pertama aku pada tahun 2000. pergi cc tu buat email. standard la dulu sume orang pakai hotmail. pemes. mana de gmail apa sume ni. hoho :upin02:
    ———-
    topo: aku xpnah kenal apa itu irc…

    [Reply]



  7. izzat says:

    sama dalam kes ko la kot..mula sentuh komputer darjah 2..pakai windows 3.1 je time tu..MSDOS OS tu..game paling best ialah game ski..pegh masyuk giler game tu..masa pakai windows ME masih mencari2 game tu.tapi xder dah..hahaha

    pahtu kenal tenet time darjah 6 kot, masuk tmnet1515, pergh..macam best la time tu walaupun x tahu pun nk nilai speed tenet time tu..yang xley bla ak ingat ak download satu game dari Microsoft nyer web, 60MB..kat satu hari pun x siap2 download hahahahha..

    email pertama ak daftar lovemail.com ntah apa2 blur xtahu nak wat apa ngan tenet..main bantai je..jangan salah paham ye…hohohohoho
    ———-
    topo: hohoho ak xpnah tau pon mcm mne nk dload dlu…

    [Reply]



  8. wexeeda says:

    hoho.. wex ngn adek wex pn ada gak neopet tue… kacheek kut.. tak ingat dah… semangat tul maen game nak kumpul duit… smpai kne marah2…
    ———-
    topo: hohoho mmg semngat maen dlu2.. best pe…

    [Reply]



  9. ubey says:

    hehe. nostalgic weyh. aku x igt da paswed neopet aku
    ———-
    topo: hoohoho buat la baru beb..bkan ssah pon..

    [Reply]



  10. -WaN- says:

    1st time aku knal intenet dlm tahun 1999. tahun tu jugak aku daftar hotmail.smpai sekarang aku stil pakai akaun tu.10 tahun beb. patotnya hotmail bagi anugerah pengguna setia kat aku ni.. hohoho :ipin01:
    ———-
    topo: hahaha tahniah kepada anda

    [Reply]



  11. Kujie says:

    kak jie buka internet pertama kali tahun 1998, masa tu dial up 1515 dgn bunyi yang nyaring.

    Laman web pertama yg kak jie buka SIC – Sepang International Circuit

    bulan 10, 2003 msn tutup forum .
    ———-
    topo: hahaha masih terngiang-ngiang bunyi nyaring dial up itu…

    [Reply]



  12. CypherHackz says:

    Sekarang ni semua dah beralih ke Facebook dah dol. Tak layan dah Friendster. Huhuhu… Add aku. Email, guna email comment aku ni.
    ———-
    topo: dah lama dah kot aku add ko kt facebook..

    [Reply]



  13. twenty-six says:

    ini topo jenis ikut trend.syabas.

    [Reply]



  14. Kill-Vearn says:

    circle99 aku ada join gak.. waktu tuh guna untuk join group chatters… hhehe…

    [Reply]



  15. Uncle G says:

    pakcik dulu pon ade neopets.. tapi masa awal2 pakcik tau guna internet nie.. pakcik hanya ber IRC 24jam.. hehehehhe

    [Reply]



  16. Mezain says:

    Hohoho…teringat pulak kat iklan Horlick bila baca entry ko ni. Panjang perjalanan ni, mesti luas pengalaman.. sesekali mengimbau kenangan silam seronok juga ye..

    [Reply]



  17. chokilala says:

    hoho. aku pun ada email lovemail. email aku secretlover[at]lovemail[com]. macam jenaka. sape yang aku love pun tatau la time tu. haha

    aku pun masa dulu pakai 1515, gile kuat bunyi modem. kalau aku nak online malam2, mak aku dgr. aku gi luar, amek bantal selimut sume tutup modem tu. gile keji. dah lama2 baru aku tau, sound modem tu leh off. haha. makin rancak aku layan irc pastu. hoho =))
    ———-
    topo: sesungguhnya IRC tu satu cabang internet yang aku tak pernah tahu.. hohoho

    [Reply]



  18. Melayu Boleh says:

    Emm, ko ni mmg suke sangat ek ” hohoho ” di last ayat tu.. 🙂

    [Reply]



Leave a Reply