learning 6 thinking hats with topo…

Reviews March 3rd, 2009

hohohoho this is something that I learnt in class last week and I’m really sure that this is quite interesting to share hohoh.. for this post I would like to share about the 6 thinking hats that consist of white,red,yellow,green,blue and black hat.. this not related at all to black hat seo.. hohoho adeh berbelit-belit lidah aku nak mengarang.. pada awalnya aku nak tulis dalam English tapi memandangkan aku agak sibuk ditambah pula dengan internet yang mengada-ngada.. aku sambung BM je la ek.. so mari belajar tentang 6 thinking hats bersama topo.. hohoho

6 thinking hats adalah 6 cara setiap orang berfikir.. hoho dibahagikan mengikut warna yang berbeza iaitu white (putih), Red (merah), Black (hitam), Yellow (kuning),Green (hijau) dan Blue (biru) ok sebelum aku memberi penerangan lanjut lebih molek kirannya aku memberi penerangan bergambar terlebih dahulu.. hohoh sila la lihat gambar dibawah ini: penerangan 6 thinking hats daam bentuk mind mapping… kredit kepada web ini

6 thinking hats

6 thinking hats

White Hat (Information)

orang yang bersifat white hat ini akan bertanyakan soalan untuk mengumpulkan segala fakta dan informasi apabila wujud apa-aa situasi.. dan sebab itu la ia juga dikenali sebagai information hat… contohnya wujud satu situasi dimana anda dalam dilema untuk membeli DSLR baru tapi anda tak memiliki wang yang banyak.. dan anda meminta pendapat dari rakan-rakan.. hohoho rakan-rakan yang memilki sifat white hat atau memakai topi yang berwarna putih ini akan lebih cenderung bertanya kembali kepada anda untuk mendapatkan lebih info respon-respon sebegini akan dapat didengari dari mereka yang white hat:

  • bertanya kepada anda berapa harga DSLR
  • kat mane nak beli
  • apa gunanya DSLR kepada anda dan sebagainya…

Red Hat (Feeling)

hoho lebih berfikir mengikut emosi dan mengikut intuisi.. secara bahasa pasarnya.. secara slumbernya tanpa perlu menjustifykan apa respon yang mereka berikan itu.. hohoh contohnya.. sama seperti situasi di atas, tentang pembelian DSLR.. rakan-rakan yang red hat akan memberi respon seperti ini…

  • beli je.. apa ada hal.. duit takde boleh carik..
  • nak beli kamera? jom… hohohoho

Black Hat ( Critical Judgement)

hohoh sesuai dengan sikapnya yang hitam, mereka yang bersifat seperti ini akan memberikan respon yang negatif kepada anda.. dan lebih kepada menghalang niat anda agar tidak berlaku sesuatu yang buruk di masa hadapan.. ohohoho black hat ni merupakan cara pemikiran yang paling berguna tetapi sangat mudah untuk melampaui batas.. contoh situasi yang sama seperti sebelum ini, mereka yang bertopikan black hat akan memberi respon sebegini rupa:

  • ko nak makan pon takde duit tak payah la beli kamera tu..
  • ala kamera tu kejap je ko minat.. nanti berhabuk je tak guna..
  • kamera tu cepat outdated.. nanti ko nak kena kumpul duit lagi beli yang latest..

Yellow Hat (Positive Judgement)

hoho secara analoginya yellow hat ini boleh diibaratkan seperti matahari yang memberi sinar harapan kepada sesiapa sahaja.. hohoh sama la jugak dengan mereka yang memakai yellow hat ini.. hohoh mereka akan memberikan respon yang positif terhadap masalah yang timbul.. hohoh walaupun nampak mudah.. tapi yellow hat ini adalah lebih sukar berbanding black hat dan lebih usaha diperlukan untuk merealisasikan apa yang dicadangkan itu. hohoh dan contoh respon yang akan diberikan oleh mereka yang yellow hat ini adalah:

  • ok jugak kalau ko beli kamera.. nanti boleh buat duit dengan kamera tu
  • hohoho bagus la ko nak beli kamera.. nanti boleh amek gambar awek-awek cun..

Green Hat (Alternatives and Creativity)

hohoh mereka yang memakai green hat ini akan lebih cenderung untuk berfikir secara kreatif dan memberikan alternatif lain yang mampu untuk menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.. mereka juga adalah golongan yang mencipta segala kemungkinan yang bakal menentukan kerberkesanan atau penyekesaian sesuatu konflik.. contoh respon bagi mereka yang memakai green hat adalah..

  • DSLR mahal beb.. apa kata ko beli pro consumer camera dulu.. buat belajar dulu..
  • ape kata kalau ko kumpul duit dulu beb baru beli DSLR.. hoho lagi puas hati beb
  • ko join je ada satu contest tu.. boleh menang kamera beb.. hoohoh

Blue Hat (Control)

dan akhir sekali boleh dianggap sebagai topi yang paling kuat dan mengawal setiap respon yang wujud dari permasalahan yang timbul.. hohoh golongan ini memikirkan secara menyeluruh tentang permasalahan yang timbul dan memastikan semuanya dapat berjalan dengan lancar… dan orang-orang sebegini akan memberi respon seperti:

  • ko nak beli dslr? hohoh jom aku bawak ko pergi tempat murah..
  • DSLR? hohoh kedai pak mat kat belakang tu ada buat offer beb jual DSLR murah sempena maulidur rasul Isnin ni
  • ko takde duit nak beli DSLR? hoho klik sini.. diorang ada bagi duit free tiap-tiap minggu beb.. betul tak tipu..

hohoh begitulah tadi 6 thinking hats yang memang wujud dalam setiap insan.. hohoh korang rasa korang topi warna ape? hehehhe

23 Responses to “learning 6 thinking hats with topo…”

  1. Jaws says:

    nih subjek thinking skill kan?
    tak silap aku, aku ade gak belajar dulu..
    edward de bono..
    ———-
    topo: yup… edward de bono tu tepat sekali.. hohoho

    [Reply]



  2. abdusfauzi says:

    waah, menarik menarik 😀
    ———-
    topo: sebab menarik la aku share.. hohoh

    [Reply]



  3. Merah&hitaM says:

    nampaknya aku pakai topi merah&hitam aje la..hohohoho…
    emosi + mengikut intuisi + negatif = merah&hitam
    hohoho… takyah beli la DSLR tuh.. hohoho…
    ———-
    topo: seb baik la aku putih, pastu tukar jadi kuning pastu tuka jadi biru pastu terus beli.. hoohohoh

    [Reply]



  4. langlegar says:

    aku nak pakai topi konvo je..
    ade x?
    ———-
    topo: hohoh mentang2 dah nak konvo…

    [Reply]



  5. azizwan[dot]com says:

    aku suka warna biru.. jd adakah aku termasuk dlm blue hat? hehehe.. tp betul ke semua tu? huhu..
    ———-
    topo: betul atau tak?? hhohoh penting ke?? benda ni sekadar teori nak tunjukkan cara manusia berfikir.. hoho

    [Reply]



  6. Khai says:

    Hurm.. interesting. agak rumit sikit.. sampai 3 kali gak la aku pusing2 baca nak pahamkan.. hehe

    nampaknya, saye bertopi yellow hat kot… tapi mungkin juga blue hat.. maknanya.. kuning + biru = green hat upanya saye pakai.. hehe

    :kakros02:
    ———-
    topo: hahahaha

    [Reply]



  7. saya says:

    :ehsan01: menarik entry nih..bagus3..(tepuk tgn utk diri anda..)huhu
    ———-
    topo: hohoho =d>

    [Reply]



  8. x-po says:

    hoho sem bpe pun aku dh aku lpe aku blaja bnda ni

    [Reply]



  9. alone says:

    hm.. thinking studies.. menarik :ipin01:

    [Reply]



  10. oDiN says:

    x pakai topi camner tuh ?

    [Reply]



  11. hydir says:

    ko buat peta minda tu guna apa2 software tak?
    yg terbaik utk buat peta minda adlah dgn menggunakan SmartDraw …

    errr… yg ke-7 xde ker… biasanya ganjil..ni genap lak..hahaha:ipin01:
    ———-
    topo: hohoho kena take note ni.. hoho selama ni aku buat gune tangan je.. hehehe

    [Reply]



  12. AmirulFaisyal says:

    Ada satu lagi term ‘hat’, tapi ini dalam industri SEM je la :
    ‘craphat’, dicipta oleh Danny Sullivan, boleh baca kat sini:

    http://sphinn.com/story/103986

    😀
    ———-
    topo: hohoho yang ini memang diluar kepakaran aku.. hohoo tq for sharing..

    [Reply]



  13. Marzuki says:

    aku ingat entri prniagaan tadi, haha. tp mmg best entri ni, aku suka baca bab dialog tu. macam mndalam n cepat faham je lau ko jd cikgu.

    lpas ni buat white colar, black colar, blue colar lak. kahkah.
    ———-
    topo: hohoh menarik gak idea ni.. boleh try pasni.. hoohoh

    [Reply]



  14. amoi says:

    menarik info ni…tak pernah aku tau…topi aku warna-warni rasanya…ehehehhe…

    [Reply]



  15. attahrel says:

    hohoho…aku juga pernah belajar topi2 ni dalam teknik berfikir 2 tahun lpas…sori cakap aku x suka klas teknik pk!!!..hahaha…btw dulu artikel ni penah masuk mastika gak..:ehsan01:

    [Reply]



  16. ubey says:

    hoho. nostalgic beb subjek ni. edward bono. how to teach your children thinking. ntah betul ke x buku tu

    [Reply]



  17. keiroro says:

    topotato.com saluran blog berinformasi…

    cam tv1 la plak….

    six thinking hat ni telah ku jadikan assignment english ku….

    hua.hua.hua.

    pasni post lg artikel penuh berinformasi….

    mne tau leh jd bahan rujukan assgnmnt aku… :mail01:

    [Reply]



  18. Liam says:

    More mind map information about Six Hats here: http://www.biggerplate.com/view/?id=435

    [Reply]



  19. eiyra says:

    topo..sy paham tetapi saya kena buat sesi beerdialog dengan gunakan enam topi ni cam mana erk???

    [Reply]



  20. siti says:

    :upin02:
    wahaha..
    * mudah dfahami.terima kasih.
    *cantik owh mind map.kirim salam.

    [Reply]

    topo Reply:

    sama-sama.. semoga mendapat manfaat.. Selamat hari raya.. 😀

    [Reply]



  21. T-BoY says:

    Stylo ar….. Snang Skit keje ak….
    Tq to Sharer nie…..
    huhuhu….

    [Reply]



Trackbacks

  1. boleh ke buat duit kat internet ni topo? | topotato.com

Leave a Reply