boleh ke buat duit kat internet ni topo?

Reviews March 6th, 2009

hohoho semenjak aku sibuk melobi cakap aku nak beli PC baru guna duit internet ramai yang tanya aku betul ke boleh buat duit diinternet.. hohoho kadang-kadang tu aku senyum aje. belum layak lagi rasanya nak memberi pendapat sebab mentaliti orang kita ni susah sangat nak mencuba benda baru… masing-masing semua suka sangat pakai black hat tu.. hoho sekali sekala apa kata pakai red hat atau yellow hat plak.. hohoh slumber je cuba… ok berbalik pada tajuk asal.. betul ke boleh cari duit kat internet ni? hohoho meh topo kongsikan sedikit bagaimana topo cari duit yang tak seberapa ni di internet….

awal-awal ingin aku cakap.. aku bukan la seorang usahawan internet yang mampu menjana jutaan ringgit di internet.. hohoh hanya la sekadar seorang blogger yang berjaya beberapa ratus ringgit setahun di internet ini.. hoho cukup la tu beb.. lepas la nak bayar sewa domain dengan hosting.. satu lagi.. aku bukan la seorang yang mempunyai minda keusahawanan.. ohohoh aku memang tak mampu nak menjual apa-produk pon.. hohoh aku rasa kalau bagi aku suruh jual goreng pisang.. habis goreng pisang tu semua aku bagi kat kekawan yang lalu lalang.. hohoh dan sebab itulah aku tak pernah jadi affiliate jual-jual produk ni.. hohooh

tapi aku masih lagi boleh dapat sejumlah kecil wang dinternet walaupun tak jual produk.. hohhoh sekadar wang tambahan tatkala kekeringan tahap maksimum.. hoho apa yang aku buat untuk dapatkan duit diinternet? hohoh amaran.. post ini banyak mengambil contoh 6 thinking hats dalam post lepas… hoho kalau tak nak blur baca post tu dulu..

join segala macam contest kat internet ni..

hohoh aku rasa dalam tahun lepas banyak jugak la contest yang aku join.. dan jumlah kemenangan aku mencecah RM300 jugak la.. hohoho ok la tu beb.. just buat review + komen-komen sikit dah boleh dapat duit.. tak percaya? hoho korang cari la sendiri pasal aku menang contest chekdet.. dengan post blogjob… nak suruh korang memanfaatkan search function kat blog ni.. hohooh

menjadi hamba pemasang iklan nuffnang..

hohoh ramai yang selalu merungut kata susah nak dapat duit la.. slow la earning dia.. sikit sangat la duit yang diorang bagi…iklan tak keluarla.. hohoho bagi aku tu semua bull shit.. hahahah come on la.. kalau ada orang yang bisa dapat duit mencecah ribuan ringgit melalui nuffnang.. kita pon boleh jugak beb.. nak seribu daya beb.. tapi jangan la sampai merayu-rayu pada orang lain mintak klik iklan kat blog.. tu lagi bull shit.. hohoho mintak maaf la kalau point ni agak beremosi sikit.. walaupun aku baru berjaya cashout RM54 je selama 5 bulan aku gunakan nuffnang.. tapi sekurang-kurangnya ada jugak la pendapatan.. lain la kalau korang macam chedet.. hoho satu ads spot harga ribu-ribu.. hohoh

mencuba apa-apa je program yang boleh buat duit…

hooho yang ni aku semakin kerap lakukan semanjak 2 menjak ni.. terutamanya program duit free dari si jaws ni.. hooho apa salahnya mencuba beb.. hoho kita tak rugi apa-apa pon.. yang aku peliknya mentaliti ada sesetengah pihak tu… bila nampak orang buat duit ribu-ribu kat internet.. dia cemburu.. tapi bila ajak join benda-benda macam ni banyak plak songeh.. entah kenapa dalam post ni aku sangat suka pada mereka yang mempunyai ciri-ciri red hat seperti yang aku terangkan dalam post lepas.. hoho ye la.. selambe je cuba.. apa nak jadi jadi la.. hohoho tapi jangan la berani sangat ye. hoho yang mana kena bayar tu pertimbangkan la 9-10 kali dulu baru join.. hohoho

aku rasa cukup la sampai disini sahaja.. hoho kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak menjana pendapatan kat internet ni.. apa kata kalau korang downlaod ebook percuma dari Raja Kamil ni.. hohoh 3 ebook dalam satu yang mampu membuka mata korang untuk memberi pendedahan psal jana wang di internet… hoohoh iklan sikit..

23 Responses to “boleh ke buat duit kat internet ni topo?”

  1. menteil says:

    hehe.. macam2 cara boleh buat duit…
    tapi jangan terlalu mengejar, nnt ada yang tertinggal.. hehe.. pendapat jer..
    ———-
    topo: hohoh suka la pendapat ko.. best gak ni.. hohoho

    [Reply]



  2. Jaws says:

    hehe..aku harap aku org first komen nih..
    haha..post camni paling aku suke..
    pasal internet bines..
    sape2 yg tak pernah buat tenet bisnes baiklah mencuba..
    bukan ape, aku dah buat setahun lebih..
    time tidur, bangun tidur cek akaun pun duit masuk..
    time nak berak ade org sms bgtau masuk duit,
    time kelas gune fon layan email customer yg masukan duit..
    best wo..tak tipu..
    rasa hidup seperti heaven..
    haha..
    :fizi01:
    ———-
    topo: aku masih belum mampu lagi nak hidup seperti heaven tu.. ohohooh mungkin suatu hari nanti..

    [Reply]



  3. KNizam says:

    aku percaya. hehe 🙂

    [Reply]



  4. |1f34|-|1r3 says:

    hohoho..topo semakin bergerak maju ke arah bisnis internet nampak nyer..kena giat bergerak jugak nii…
    ———-
    topo: tapi aku sure belum mapu nak keja jo.. hoho ko lg dah jauh dah..

    [Reply]



  5. zariel.net says:

    aku dh start gak bisnes tp bkn online cuma guna kelebihan internet utk promosi je. lagipun blog zariel.net dah hancuss. tunggu feedback dari BigBossAm sama ada boleh recover atau tak… huhuhu… sedih wooo
    ———-
    topo: hohoho pixel trigger dah mula operasi ye..

    [Reply]



  6. humbleandmodest says:

    hohoh..
    aku dah mula ada perancangan jangka pendek untuk bisnes online…
    ———-
    topo: hohohoh kongsila ye nanti…

    [Reply]



  7. x-po says:

    hoho psl xcaya tu, yg tu plg aku fade up bro..trutama blogger2 pmpn..aku dh lth dh nk jwb sorg2…huhu

    [Reply]



  8. saya says:

    ngeh3..menarik gak pasal perniagaan internet ni..tapi sbb baru lg bab2 mende alah ni..so mcm blur2 sikit r..huhu

    [Reply]



  9. Kujie says:

    pada nak yg buat duit kat internet tu..rajinlah membaca dan mencuba….

    kalau tak pulas tombol, mmg pintu tak buka..lainlah kat pintu otometik..kan..itu pun perlu kuasa elektrik juga

    [Reply]



  10. rohaizad says:

    Boleh… saper cakap tak boleh?
    Buat duit di internet bukan mitos lagi dah… :ehsan01:

    [Reply]



  11. bd fabregas says:

    buat masa skg ni aku br menggunakan cara menjadi hamba nuffnang.. contest jaws tu pun lom ada masa lg nk join..

    [Reply]



  12. CypherHackz says:

    Ho3 (kenapa banyak sangat ho3 kau?).
    Sebenarnye memang boleh buat duit dengan blog. Aku pun ada la dapat sedikit sebanyak dari pendapatan dengan blog. Apa yang penting, kerjasama…

    [Reply]



  13. aman says:

    yup, cari duit di internet bukan mitos lagi…suma boleh buat dah…hehe

    [Reply]



  14. EiNS says:

    Aku sangat la percaya…org2 keliling aku suma dah start IM so why not aku join gak…hehe

    [Reply]



  15. encikbeliau says:

    banyak cara nak buat duit kat intenet neh , nak kene rajin cari peluang.. yg glamor mcm adsense ngan clickbank tuh rasenya aku x sampai tahap dewa lagi…

    [Reply]



  16. Raja Kamil - Perniagaan Internet says:

    Saya tak percaya kat tenet ni boleh buat duit. Boleh terangkan d3ngan lebih lanjut ?

    -newbiez
    ———-
    topo: saya tak percaya anda seorang newbies.. hohoho

    [Reply]



  17. abdusfauzi says:

    Jaws. ajar la aku. cam boring je makan duit kosong ni. haha.

    [Reply]



  18. razifmustapha says:

    aku percaya internet bleh buat duit, tapi aku tak percaya internet bleh buat kita jadik kaya. (tolak blog selebriti). tapi aku percaya internet adalah medium untuk mempromosikan perkhidmatan, produk dan lain2 yang bleh mendatangkan duit.
    ———-
    topo: yup tepat sekali. agak sukar untuk jadi kaya kat internet.. hohoh cukup la sekadar dapat buat duit tu dah cukup baik rasanya..

    [Reply]



  19. Shaffik says:

    Setelah aku menceburi arena blogging, banyak benda yang aku belajar. Mencari internet dengan betul. Alhamdullilah setelah 3 bulan berusaha, hasilnya aku dah nampak dah. Dan dan rasa pun. Itulah perkara yang paling menggembirakan aku..
    ———-
    topo: hoho kira hebat gak la ko ye.. baru 3 bulan dah nampak hasil.. hoho aku nak kene tunggu dekat setahun baru nampak hasil die. hohoho

    [Reply]



  20. abdfatah says:

    saya pun newbies jugak nih baru nak belajar buat duit dengan internet. Masih terkial kial lagi nak buat promosi macam encik topo buat. camner nak kaya dengan internet nih????

    newbies baru nak belajar biz daaa…
    ———–
    topo: hohoh apa kata en pergi menuntut dengan sorang blogger otai tu.. nama dia abdfatah kalau tak silap.. hohoho

    [Reply]



  21. M&H says:

    aku join da contest tapi tak penah menang 🙁
    aku buh da nuffnang namun rm3 aje dpt 🙁
    aku cari contest2 lain tapi bila sampai nak join aje da tutup contest tuh… 🙁
    ape malang da 🙁
    topo ko bila nak wat contest 🙁
    ———-
    topo: hohoh aku takde duit weh nak buat contest…

    [Reply]



  22. eyesolution says:

    boleh aje. janji tak putus asa..:upin02:

    [Reply]



  23. esempoi says:

    hoho…aku setuju…nufnang aku cume RM50 dalam 3 bulan…haha…lepas pakai innnity… >> ratus2 ooo sebulan

    dah la aku ni dasar pemalas skit, pastu aku wat ebook…sehari dapat 1200 dalam masa 2 hari je….hohooho

    Janji rajin berusaha =)

    [Reply]



Leave a Reply