kalau aku dah tiada nanti macam mana ek….

March 30th, 2009 24 Comments   Posted in Life

sekadar post ringkas ye… beberapa hari yang lepas, khamis malam jumaat untuk lebih tepat lagi.. aku membaca tweet dari abdus berkenaan dengan seorang rakan kami di sekolah dulu terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia.. masa tu pukul 3.00 rasanya.. tu pon aku dapat tahu melalui twitter.. menyesal rasanya aku tak on twitter awal-awal.. puas aku try cari semua contact member-member sekolah aku tapi semuanya gagal mungkin semuanya dah tidur masa pukul 3.00 tu.. cari punya cari nasib baik jumpa sorang member yg on facebook.. baru la aku dapat tahu hal sebenar.. serious aku agak down pasal berita ni.. walaupun aku tak berapa rapat sangat dengan dia masa sekolah dulu.. rapat masa f5 je sebab sama kelas.. tapi dia memang orang yang aku amat kagumi semasa di sekolah dulu.. dan aku sangat nak lihat apa yang jadi pada dia bila dia dewasa nanti.. tapi apakan daya.. Allah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah buat sahabatku

Mohamad Sulaiman bin Rahman
(2 Januari 1988 – 26 Mac 2009)

Keratan akhbar:

kejadian ni sangat menginsafkan aku.. macam mana la bila aku pulak yang pergi nanti ye….

demonstrasi mini topo membantah Dragon Ball the movie..

March 25th, 2009 33 Comments   Posted in Masterpiece

hohoh sekarang ni dah jadi macam trend la pulak.. kalau ada apa-apa yang tak puas hati je buat demonstrasi.. hohoh demonstrasi itu la ini la.. atas sebab itulah aku rasa aku pon nak anjurkan sedikit demonstrasi untuk menunjukkan rasa ketidak sokongan topo terhadap filem Dragon Ball yang memang menghampakan.. malangnya tidak ada seorang wartawan pon ditempat kejadian.. hanya terdapat seorang jurufoto amatur yang menggunakan EOS 450d jadi demonstrasi ni hanya dapat direkodkan dalam bentuk gambar dan sedikit penerangan sahaja.. ok mula-mula jom tengok tempat bersejarah berlakunya demonstrasi membantah Dragon Ball the movie ni..

tempat kejadian

tempat kejadian

Read the rest of this entry »

ramai jugak nak sponsor topotato.com hohoho

March 22nd, 2009 26 Comments   Posted in Blogging

hohoho sekadar post ringkas sahaja ye… hohoho jika kalian rajin baca blog ni pasti korang tau yang aku sekarang ni sedang  bertungkus lumus berusaha untuk dapatkan dana yang secukupnya untuk tukar server lain.. hohoho dan sekarang sinar usaha tu cam malap je sebab banyak contest yang wujud semuanya akan berakhir melampaui tarikh 1 April.. hohoo tapi apa yang menariknya ramai la plak yang nak support kempen RM65 tu dan jadi sponsor topotato.com ni.. ohohoho memang macam murah rezeki aku.. antara mereka yang ada bagi tau nak sponsor:

  • hydir – komen kat post cakap nak sporsor lagi RM60 hoho dan perlu letakkan iklan kbsoccernet di blog ni selama 60 hari.. hohoho
  • zariel – pon cakap nak sponsor RM65 dan perlu letakkan iklan sama macam hydir… hohooh ni banyak duit sebab rezeki baby baru la ni.. ohoho
  • syam – hohoho dia pon cakap nak bagi 1 Gig hosting free kat aku..
  • catzer – pon cakap nak sponsor hosting utk topotato.com hohoh maybe sebab dia dah kaya ramai yang masuk bengkel wordpress dia la tu.. hohooh
  • serverfreak – hohoho turut mengusulkan nak jadi sponsor untuk topotato.com jika aku meneruskan hosting bersama serverfreak.. hohoh dan seperti biasa meletakkan iklan dia di topotato.. dan turut mengusulkan nak pindahkan balik server aku ke server Malaysia…

hohoh terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi nak sponsor… aku masih lagi berfikir-fikir nak amek offer mana satu.. ohoho tapi kalau boleh aku nak guna hasil titik peluh sendiri dulu.. ohoho kala dah terdesak baru aku belasah je.. ada apa-apa respon? kata-kata semangat? hoho sila tinggalkan diruangan komen.. hohoh kalau nak tambah offer sponsorship pon ok jugak.. hehehhe

gambar pertama topo dengan DSLR..

March 19th, 2009 25 Comments   Posted in Masterpiece

hoho sekarang ni dah hampir 2 bulan aku memiliki dslr canon eos 450D yang aku belum namakan lagi.. tapi aku masih belum paparkan gambar-gambar aku kat alam maya ni.. hohoh so hari ni aku nak tunjukkan gambar-gambar bangunan bersejarah.. hohoh gambar-gambar pertama aku bereksperimentasi dengan dslr.. hohoh nak komen.. silakan.. tapi dingatkan bahawa ni gambar yang dambil sewaktu awal pembabitan dulu.. hohoh sekarang pon lebih kurang jugak.. hehehe 5 keping je cukup ek.. nanti-nanti la aku letak lagi.. kalo letak banyak-banyak pon buat slow loading je..

hohoho saudara hydir ade bg aku komen yg agak membina.. yang kononnya nak sponsor usaha mencari RM65 aku sebagai balasan meletakkan iklan KBsoccernet kat sidebar…  hohoho jika benar apa yang dikhabarkan.. sila contact aku.. hohoh kalau ada yang lain nak offer pon aku on je.. sekarang ni hits ke topotato.com dah mencecah 600-700 unique hits based on nuffnang stats + 500-600 unique hits based on google analytics… hohoho

usaha mencari RM65 dalam masa 19 hari..hohoho

March 16th, 2009 28 Comments   Posted in Life

hohoho asyik buat entry penuh berinformasi je.. kali ni adalah entry yang relax plak.. hohoh seperti yang dicanang-canang di twitter mahupun di blog ini sendiri.. hoho topotato.com akan expired pada 5 April 2009 dan sekarang ni aku sedang berusaha bersungguh-sungguh menggali duit di internet untuk menampung kos pemindahan server ni.. hoho so untuk menunjukkan aku bersemangat.. aku nak melancarkan kempen usaha mencari RM65 dalam 19 hari.. hohoh sama macam konsep kempen 24jam tanpa firefox.. hoho aku akan memberikan update terkini pasal perkembangan kempen ni kat twitter.. hooho jadi kepada sesiapa yang belum follow topo lagi.. jemput la follow ye.. hohoho nak tau macam mana cara topo nak cekau RM65 hehehe…

hohoh usaha mencari RM65 dalam masa 19 hari..

hohoh usaha mencari RM65 dalam masa 19 hari..

Read the rest of this entry »

mengenali Ultraman bersama topo.. hohoho

March 13th, 2009 25 Comments   Posted in Reviews

macam agak kebudak-budakkan tajuk entry ni hohoho aku sengaja buat macam tu untuk menunjukkan ni entry yang relax je.. hohoh tak payah nak bingit-bingitkan telinga macam post yang lepas.. kali ni aku nak kongsikan sedikit info berkenaan dengan satu lagi hero remaja kanak-kanak yang popular sejak dahulu kala lagi.. hohoh auto romen Ultraman.. hooho memang menjadi impian hampir semua kanak-kanak yang sezaman dengan aku untuk menjadi otromen ni.. hohoh ye la.. ramai sangat yang tanya.. bila dah besar nanti nak jadi apa.. hoho so aku jawab la nak jadi Ultraman.. hohohoh pada masa tu  aku rasa menatang tu la yang paling besar sekali dan sangat sesuai nak jadi bila dah BESAR.. hohoho Read the rest of this entry »