mengenali apa itu hosting bersama topo…

Life February 13th, 2009

hohoho sebelum memulakan post ini aku nak tanya kepada yang dah menonton GENG.. hohoh macam mana? best ke tak ak tak sabar nak baca pendapat korang plak pasal GENG… ok berbalik pada tajuk asal.. mari mengenal apa itu domain.. khas untuk beginer ye.. jika dulu aku pernah menulis tentang apa itu domain rasa lebih molek la kiranya aku lengkapkan lagi dengan menulis tentang hosting plak.. jadi.. mari mengenal apa itu hosting bersama topo..

ok menurut topo, hosting atau webhosting boleh didefinisikan sebagai ruang di internet yang kita sewa dari penyedia untuk tujuan menyimpan file, maklumat atau data bagi sesebuah laman web. dalam sesebuah server terdapat banyak ruang yang boleh disewa oleh sesiapa sahaja yang ingin menyimpan file bagi laman web mereka contohnya seperti file-file html, php, database dan tak lupa juga gambar dan lain-lain lagi..

ok jika sebelum ini aku mengibaratkan domain sebagai alamat rumah untuk memudahkan pengguna internet mencari rumah kalian.. hoting pula boleh la dianggap sebagai rumah itu sendiri dimana ia menjadi tempat menyimpan segala isi rumah yang ada.. hohoho jadi besar mana anda perlukan rumah anda atau hosting itu adalah terpulang sendiri kepada anda dan tujuan penggunaan.. kalau macam blog topotato.com ini sekarang hanya gunakan 100mb++ sahaja… dan aku agak yakin bahawa blog lain pun tak banyak bezanya.. hohoho jadi fikirkanlah sewajarnya sebelum anda membeli hosting yang menyediakan ruang yang banyak dan mahal..

aku rasa cukup la apa yang aku tulis ini untuk pengenalan.. jika ada lagi yang ingin ditambah sila la komen ye… aku sangat menghargai penambah-baikkan dari kalian.. hoho dan jika ada yang memerlukan lebih info boleh juga diajukan dibahagian komen.. mungkin terdapat satu dua perkara yang aku terlepas pandang..

satu lagi sebagai tambahan.. jika ada diantara kalian yang teringin nak memiliki hosting dan domain sendiri.. mungkin hosting dari zaki ini dapat menarik perhatian korang.. hohoho dengan hanya berbekalkan RM65 kalian dah boleh memiliki hosting sebesar 1 Gb dan bandwidth sebesar 60 GB hohoho dan tak lupa juga domain percuma!!! murah tak?? untuk keterangan lanjut sila lawati tuan tanah sendiri ye.. jika ada yang tertanya-tanya apa itu bandwidth… topo akan menulis tentang bandwith dan hotlinking pulak tak lama lagi sila subscribe rss feed bagi memudahkan kalian mendapat update penerangan tentang bandwidth dan hotlinking topo style.. hohoho..

p/s: post ini bukanlah post berbayar ye… tapi kalau ada orang nak bayar aku terima je.. ohohoho

12 Responses to “mengenali apa itu hosting bersama topo…”

  1. KNizam says:

    aisey taks empat lagi la nan nengok geng :ipin01:
    ———-
    topo: xpe.. weekend ni gi la tengok.. hohoh

    [Reply]



  2. pcuserz says:

    hmm..?
    which webhost yg baik? price, servis, bandwith, storage, etc.
    tgh consider nk ambik satu nih?
    ade suggestion?
    ———-
    topo: baca balik post tu.. aku rasa aku ada bagi suggestion…

    [Reply]



  3. zariel says:

    wahhh… maklumat yg berguna. tima kasih abg topo.. senang nk terangkn kat mamat2 yg asyik tanya aku apedia hosting tu… kiranya ko punya penjelasan ni lebih terpelajar la… hehe
    ———-
    topo: hohoho xde la terpelajar sangat explanation ak ni

    [Reply]



  4. kepada topo: says:

    kalau ko buat post ni awal2 memang kompem aku xtanya ko ari tu..
    ———–
    topo: kalo ko xtanya pon mmg aku bg tau ko gak.. aku ingat aku dah tulis post ni… rupanya belum.. hohooh

    [Reply]



  5. nikillas says:

    Geng best giler..!! kelakar seh..!! babak upin ngan ipin mmg syok.. pastu babak hantu durian… ular besar.. lintah besar.. mmg menjadi la.. menakotkan.. terkejut aku bila nonton citer tu.. sound effect plak mantap..!! graphic smooth je.. the best la..!!
    ———–
    topo: ya-ha tepat sekali… memang superb GENG..

    [Reply]



  6. Uncle G says:

    Rm65 untuk 1gb hardisk dan 60gb bandwith memang berbaloi.. tapi kalau domain pon percuma… lagi lagi la berbaloi
    ———-
    topo: tu la psal.. aku pon cam terkejut gak tgok..

    [Reply]



  7. x-po says:

    hoho mau cuba satu ari nnt
    ———–
    topo: cuba la bila2 masa yang sesuai…

    [Reply]



  8. Callister says:

    ish best sgt ke citer geng 2??
    wajib tgk ke??
    ———-
    topo: WAJIB… hohoh xcaya p la try tengok..

    [Reply]



  9. blowie says:

    bercadang utk memiliki domain senderi,thx topo :upin02:

    [Reply]



  10. izzat says:

    boleh try rawanaz hosting, RM50, 4GB, 100GB Bandwidth..xsure ada ke x lagi promosi tu.. 😀

    [Reply]



  11. wexeeda says:

    salam, kwn wex dah cam de plan je nak tgk GENG tue, tak tau jadi ke tak.. tapi yg pasti weekend nie masing2 dok umah…

    kira hosting nie nak cam webhosting jugak laa kan… kne pkai uploader…

    nnt klu wex tul2 serius nak berblogging, dan akan menyerahkan jiwa dan raga tuk blogging nie…. wex semestinye nak pkai hosting pnye… hihi wex dah siap cop dah template wordpress, klu beli yg hosting berbayar nie…:ipin01:
    ———-
    topo: hohoh semangat giler…

    [Reply]



  12. Cubiex.com - Malaysia Affordable Domain & Web Hosting says:

    […] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium kepada individu serta syarikat […]

    [Reply]



Leave a Reply