6 sebab kenapa korang wajib tengok GENG the Movie…

Life February 9th, 2009

ok kepada yang masih belum tahu lagi.. filem animasi 3d Malaysia yang pertama iaitu Geng The Movie : Pengembaraan Bermula akan ditayangkan dipawagam pada 12 Februari 2009 tak lama lagi.. dan kepada yang belum mengetahuiya lagi.. aku dah menonton filem geng tersebut pada tarikh 13 Januari yang lalu.. hohoho aku dapat press screening invitation selaku seorang blogger.. dan atas dasar itulah aku nak keluarkan beberapa fakta kenapa korang wajib tengok Geng the movie di pawagam yang berdekatan 12 Februari ni.. hohoh nanti kalau terlepas jangan nak salahkan aku ye. hohoho

1) Filem Geng adalah filem animasi 3d pertama di Malaysia..

hoho ya.. ni kira anak sulung la dalam industri filem 3d tanah air.. hohoho kita selaku anak tempatan yang bangga menjadi anak Malaysia seharusnya berbangga dengan produk tempatan ini dan menyokongnya.. malulah beb kalau nanti filem geng ni masuk kat negara luar dan kutipan hasil jualan tiket dia berjuta-juta kali ganda mengatasi kutipan kat Malaysia.. hoho member-member Indonesia aku sume macam dah ketagih je dengan upin dan ipin ni..

2) Cerita ni sesuai untuk tayangan seisi keluarga..

ok ramai yang bertanya kepada aku.. tak macam budak-budak sangat ke cerita geng ni sebab upin dan ipin tu sangat kebudak-budakkan.. hohoh biar aku pecahkan satu rahsia semasa aku berada dalam panggung menonton filem geng dulu.. walaupun filem tu ada ala-ala bercorak fantasi sedikit tapi memang tak kebudak-budakkan langsung.. hohoh ok masa aku dalam panggung menonton press screening.. aku rasa aku la yang paling muda kot.. sebab aku masuk panggung dengan wakil media. hohoh kiranya semua stok berjambang ada anak 4 punya la.. tapi aku rasa aku la yang paling senyap sekali dalam panggung tu.. yang lain semua tak berhenti gelak sakan.. sampai ada masa tu aku rasa cam nak bom je pakcik yang duduk kat belakang aku.. kuat gile dia gelak.. hohoho

3) Filem ini sangat best tak macam filem Melayu tipikal yang lain..

aku bukan la seorang kaki wayang.. aku hanya akan menonton wayang afdlin shauki dan khabir bakhtia je.. sebab aku rasa cerita tu je yang layak dan berbaloi ditonton di pawagam..filem melayu lain boleh ditonton kat tv masa raya nanti dan filem English sangat mudah didownload mahupun ditorrent.. tapi filem ni sangat berbeza.. filem ni mampu mempermainkan perasaan aku sepenuhnya… hahahha masa aku tengah gelak sakan tetiba boleh masuk babak touching plak.. hahaha dah macam orang giler dah penonton kat dalam panggung tu.. hohoho ye la… sekejap ketawa pastu touching.. pastu menjerit macam oang gile.. hahahah

4) kualiti animasi 3d memang mengagumkan..

setiap benda dimodel dengan sangat detail sekali.. hohoho memang puas hati gila dengan grafik dia.. memang nmpak setiap krew produksi letakkan effort yang sangat tinggi pada filem ni.. dan kita seharusnya turut menghargai penat lelah mereka dengan menonton filem ini dipawagam dan bukannya tunggu ada orang upload movie ini.. filem ni menelan belanja dalam lingkungan RM 4 juta.. (aku tak sure samada 4 @ 3.5) satu angka yang agak besar untuk industri perfileman tanah air.. tapi sangat kecil kalau dibandingkan dengan animasi luar negara yang menelan belanja puluhan juta ringgit.. jadi jangan la sesekali nak beza bandingkan dengan animasi barat…selain itu.. filem ini adalah air tangan 40 animator tempatan yang pastinya bekerja macam orang gila untuk memastikan filem ini meletup.. hoho aku dapat merasainya sebab sekarang ni aku sedang bertungkus lumus nak siapkan model bilik tidur dalam bentuk 3d.. memang gile weh.. takde life langsung asyik mangadap pc je.. hohooh

5) GENG The Movie menyebabkan trafik blog ni meletup…

yang ni malas aku nak huraikan.. sila tengok screen shot ini.. stat topo hohoh kalau tak percaya pergi tengok sendiri GENG The Movie pastu buat review kat blog.. kalau tak jadi tengok movie tu lagi sekali dan buat review sampai dapat trafik yang meletup.. hohoo memang confirm berkesan..

6) topo dah tengok filem GENG.. sure korang jelous dan nak tengok jugak kan? kan? kan? hohooo

ok sebab terakhir yang mewajibkan korang tengok geng.. hohoho senang je beb… aku dah tengok filem ni.. dapat tag press lagi tu.. siap dapat bergambar dengan si fathiyah lagi.. siap letup-letupkan kat dalam blog pasal cerita geng ni.. hohoho mustahil la tak terlintas sedikit pon rasa jeleous korang terhadap aku lantas menyebabkan korang berapi-api nak tengok movie ni lat pawagam… hohoho sebab yang paling tak boleh blah tapi sesuai sebagai penutup….

jom tengok geng weh.. hohoho

jom tengok geng weh.. hohoho

34 Responses to “6 sebab kenapa korang wajib tengok GENG the Movie…”

  1. spatt says:

    mai tgk geng kat pawagam!
    kalo xdpt tgk kat wayang pn, beli dvd ori yer…hehe :ipin02:

    [Reply]



  2. KE says:

    :upin01: kalo ade orang nak bagi aku tiket free pun best gak ni. hahaha..

    tunggu aku kat panggung ye GENG.

    [Reply]



  3. ada sesiapa pergi robofest 2009??? says:

    “…filem animasi Malaysia yang pertama iaitu Geng The Movie : Pengembaraan Bermula…”

    silap tu..

    “…filem animasi 3d Malaysia yang pertama iaitu Geng The Movie : Pengembaraan Bermula…”

    no 2: sememangnya ko yg plg muda kerana ia adalah press screening. mereka tidak akan memberikan tiket press untuk kanak2 hingusan.. haha!
    ———-
    topo: siot.. hahah aku dah betulkan dah.. hohoho

    [Reply]



  4. c0mot says:

    uhh…x sbrnye sy nk tggu khamis neh…hoyee…hoyeee….:kakros:

    [Reply]



  5. faiz.lcp says:

    :upin02:

    Assalamualaikum !

    Hi ! ade tengok upin ipin episode baru? Setiap hari ade kat tv9 jam 7 mlm. Geng pun khamis ni nak keluar! Bawak la member2 ramai2 gi panggung

    [Reply]



  6. x-po says:

    mmg ko ni dh addict dgn upin ipin la topo..hoho kang nnt addict dgn adik fatihah tu plak…hoho konpem cun nnt ms remaja..haha..aku dh cop dh

    [Reply]



  7. encikizzat says:

    :ipin01: baru aku sedar..dkt telinga fathiah tu ade subang huruf ‘F’..huhuhu…

    **topo nak jadik mcm kennysia? buat entry adv..huhu

    [Reply]



  8. iovantgarde says:

    ade tiket percume tak?bagi aku satu..hehe:upin01:

    [Reply]



  9. Ida_LCP says:

    Terima kasih sangat la for the support. Terharu~ wah, makin dekat kan dgn 12.02.2009? berdebar ni… hehe marilah meriahkan panggung sama2. ^^

    [Reply]



  10. cikja says:

    heheh.. best nie kalu dapt pi tgk.. nak2 kalu bwk anak2 buah sekali.. pasti kecoh panggung di buatnyer… tak nak buat pertandingan tiket free ke? hahhahaha

    [Reply]



  11. KNizam says:

    target diaorang 10 juta kan :upin01:

    [Reply]



  12. chokilala says:

    encik f da ajak aku tengok geng sempena sesi perdatingan kiteorg nanti. mana leh jadik kan ko da tgk, aku takpat tgk. ces

    p/s : mak aku pun da pandai cakap “betul betul betul” kalau aku tanya sumthin. terpengaruh. tertekan aku. haha

    [Reply]



  13. bd fabregas says:

    tol tu, diorg kata target diorg nk dpt 10 juta.. agak2 bleh dpt ke??

    [Reply]



  14. Adila says:

    ko nye psl aku nak gila2 tgk muvi neh! cissss!!!

    [Reply]



  15. abdusfauzi says:

    nak tiket free boleh ABG TOPO? 😀

    [Reply]



  16. JRY says:

    hoho, berabis ko promote movie ni. cambest lak. klu ada masa aku g tgk la.haha

    [Reply]



  17. zool says:

    Jom tengok..
    ko tengok kat mana?? Prof Bakar tak ajak sekali ke??

    [Reply]



  18. bd fabregas says:

    aku pn tolong promote geng ni kt blog aku..

    [Reply]



  19. nikillas says:

    wahahahaa… peduli tak.. aku nk g tgk gak citer ni gak panggung hari ni..!! waaaaaaahahahaha..!!

    [Reply]



  20. ili balqis says:

    salam ziarah…
    tengok jangan xtengok…
    jum kita ramai² serbu cinema hari nih….
    cter best gler…
    support animasi 3D pertama malaysia…
    100% buatan malaysia dengan tenaga graduan anak² muda tempatan dari ipta/ipts tempatan!
    bangga gler nih…(bersemangat tol haku ari ni…hehehe)

    majulah animasi 3D untuk negara…
    :)>-

    [Reply]



  21. pcuserz says:

    wah…
    ayam goreng…
    :so sweet:

    [Reply]



  22. sora says:

    tengok the making kat tv hari tu cam best je. kelakar gile produksi die. dah the making pun best, citernye pasti best jugak. insyaAllah akn p jengok. :upin02: betul! betul! betul!

    [Reply]



  23. Gadis Lonely? says:

    aku dah siap2 nak gi nengok ni kat klcc.. hahaa.. 430 ptg karang.. x sabar2…

    [Reply]



  24. alone says:

    mesti tengok!!! :fizi01:

    [Reply]



  25. Shaffik says:

    Tgk trailer die cam best jer..saper dah tengok..share kat sini..

    [Reply]



  26. shepha says:

    aku dah tgk.
    out of 5 stars aku kasik 6.5.hehe.
    best lah.
    tak rugi tgk.
    beyond expectation.
    tgk wayang…br feel…
    rs nk tgk lg.nnt bile tiket dah murah.

    everything inside.ade kelaka,ade sedih,ade seram.
    cukup perasa sume.
    aku rekemen seluruh malaysia tgk
    support siket beb.
    skrg aku dh boleh berlagak sbb aku dah tgk GENG~

    [Reply]



  27. msafwan says:

    Utk org2 kl/s’gor, kalau tak dapat tiket geng di tpt2 biasa spt midvalley,ou,alamanda, kemungkinan besar boleh dpt tiket di TGV Cheras Selatan (kat Jusco baru tu).Just further skit from Mines Shopping Mall sebab mereka buka 2 hall utk tayangan geng which equals to 11 sessions. Tak perlu kecewa beratur pjg2 di tpt lain lagi! 🙂

    [Reply]



  28. Amirez says:

    memang puas hati layan Geng. kalau beli DVD ori pun tak kisah >:d<

    [Reply]



  29. lydiarayyan says:

    best tahap dewa:upin02::ipin02:

    boleh tgk 4 belas kali…

    [Reply]



  30. FIA ERIZA says:

    bila cd atau vcd :upin02: dan :ipin01: ada di pasaran… yang original lah…
    lama lah nak tunggu.. saya dah tgk kat pawagam.. so nak ada koleksi filem nie lak…

    [Reply]



  31. Unnamed but available says:

    Besok ambo nak tgk buat kali kedua di pawagam Mines Shopping fair. Jom ramai2 kita tonton.Kenala support Animasi Made in Malaysia.
    :ehsan02:

    [Reply]



  32. lalala says:

    uhuk2..
    camne aaa nak dpt emoticons upin ipin ni?
    lalalala~

    [Reply]



  33. yooyo says:

    salam… tumpang tanye ckit lh…. bila cerita dvd or vcd geng nk keluar?????

    [Reply]



  34. adol says:

    dah tgk memg layan la citer nie… huhuhu
    :ipin01:

    [Reply]



Leave a Reply