tolong namakan dslr baru topo…

Life January 20th, 2009

hohoh seperti yang sering aku hebahkan di twitter mahupun di blog ini sendiri aku telah berjaya memiliki si idaman hati yang telah lama aku buru.. canon eos 450D kini sudah sah menjadi milikku dengan harga yang berpatutan.. hahahah poyo giler ayat.. entah kenapa ayat aku semakin poyo semejak 2 menjak ni.. mungkin bahana sebab dah lama tak update blog kot.. hohoho idea banyak tapi tak satu pon berjaya diterjemahkan menjadi post di blog ini.. ok kembali ke topik asal.. aku teringin nak namakan dslr aku la tapi aku sangat buntu dan tak tau nak bagi nama ape.. hohoho dah lebih seminggu aku fikirkan nama yang sesuai tapi masih tak jumpa. Jadi aku memerlukan bantuan dari kalian untuk menamakan kamera canon eos 450d aku ini.. hohoho

apa relevannya aku memberi nama pada dslr aku?

hohohoho banyak sebab yang relevan beb.. salah satu daripadanya adalah untuk menunjukkan betapa aku sayang akan kamera aku itu.. hohoho akan ku jaga bagai menatang minyak yang penuh.. hahahaha sama la jugak seperti blog ini yang bernama topotato… dan laptop ku sayang yang aku berikan nama cik acer (sila ikuti kisah aku bersama cik acer di sini)

selain itu rasanya sekarang ini sudah menjadi trend memberi nama kepada semua barang yang dimiliki.. hoho contohnya si sarah milik abdusfauzi yang kini sedang sakit tenat dan memerlukan rawatan rapi… dan tak lupa juga kepada carlos daniel milik cik chokilala yang hampir pulih dari kecedaran yang serius kesan dari kemalangan tempoh hari.. hohoh tapi yang paling tak boleh blah bila aku bukak blog si tekong ni.. hohoho semua gadget dia bagi nama perempuan.. hooho memang cool.. jadi aku pun tak nak melepaskan peluang untuk memberi nama pada dslr aku.. ohoho

hoho aku rasa cukup relevan kedua-dua sebab yang telah dinyatakan di atas ini.. hohoh dan aku sangat memerlukan bantuan kalian untuk memberikan nama pada gadget baru aku ini.. kalau boleh sertakan sekali sebab kenapa nama itu dipilih hohoh setelah ia mempunyai nama yang sesuai barulah aku akan exposed secara besar-besaran kewujudannya di blog ini.. hohohoh bantuan kalian didahului dengan ucapan terima kasih… 😀

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

33 Responses to “tolong namakan dslr baru topo…”

  1. Razali says:

    Aku panggil dia Sarip lah.
    Apepun, selamat maju jaya dengan gajet baru tu.
    ———-
    topo: hohohoh klasik giler nama ni…

    [Reply]



  2. encikizzat says:

    cik canny ok lah kott..
    canon = canny
    tampak lebih feminin dan bergaya..
    huhuhuhhuhu:ipin02:
    ———-
    topo: hohoh agak menarik.. tapi cam pelik je…

    [Reply]



  3. zaki says:

    dgaban je ok.. haha rawk skit :mail01:
    ———-
    topo: hohoh memang rawk abis la nama tu..

    [Reply]



  4. KNizam says:

    perghhhhhh ada buat contest sekali ke eh ? hehe 🙂
    ———-
    topo: hohoh dah tak mampu nak buat contest.. duit dah dilaburkan kat sayang aku ni… hhohoho

    [Reply]



  5. TMUkmkd says:

    emm kalau nak namakan dslr….

    hawkeye emgagagaga..
    ———–
    topo: ohoho panjang giler nama dia.. sangat xleh blah..

    [Reply]



  6. zariel says:

    aku sayng gak dslr aku tp tak penah lak tepikir nak kasi nama :p perlukah aku?? 😀
    ———-
    topo: hohoh sama jugak dengan baby ko yang bakal lahir yang diberi nama Zarif Ikhwan.. hohoh ni kira cam baby @ bini gak la dslr ni. hohoho

    [Reply]



  7. x-po shop says:

    buntu nk pikir nama..dtgla pdku oh idea..huhu buntu2..klu wat contest, mesti jap je idea mai..hoho
    ———-
    topo: hohoh duit aku semua dah dilaburkan kat sayang aku tu la..

    [Reply]



  8. x-po shop says:

    ko pgl baby je..sbb nama tu simple, manja and romantik..hoho
    ———-
    topo: geli la plak nama baby ni.. hohohoo :@)

    [Reply]



  9. x-po shop says:

    nama fela..slalunya nama fela mesti cntik2 orgnya..hoho

    [Reply]



  10. |1f34|-|1r3 says:

    aku tak nak sumbangkan nama…aku nak bg nama kat DSLR aku sendiri nanti..haha…

    [Reply]



  11. tekong says:

    aku ada dua mende .. nama dia lelaki.. tp bukan gadget la.. tp kenderaan.. ahahaha

    anubis = kereta
    jehuty = honda ex5

    nak share tips. basically, bila aku namakan aku nye gadget, dia ada tempias ngan gadget tu sendiri.. contohnya

    Anne = Nokia N93 = nama Anne tu diambil dari ‘N’
    Freya = nama kembar Chii dlm Chobits. Chobits adalah anime pasal ‘persocon’ : personal computer. dan kembar chii nama asal dia Eruda, Freya kembar dia yang dipaparkan dlm sut hitam. Sbb PC aku yg awal pun casing hitam, aku namakan dia Freya
    Eruda = MacBookPro : Sbb purpose dia sama ngan PC aku sblm ni, so letak kan dia jd kembar, Eruda.
    Phoebe & Piper = PSP : Originally aku nak namakan aku nye PSP Fat aku = Persephone = PerSePhone, tapi panjang sangat sebutan. Tukar jadi Phoebe. Pastu Piper lak PSP Slim. Bila aku beli PS3 aku akan namakan dia Prue. dan aku tak layan langsung cerita Charmed.

    Dan selebihnya macam Muvey, Penelope, Wendy. kalau ko perasan, nama derang tempias nama device
    Muvey = Creative Muvo
    Wendy =Western Digital Passport Studio

    dan juga nama kena comel + catchy. kalau aku beli acer, aku namakan dia Alice. Jgn namakan tepat2 dari device tu.

    So meh aku tolong ko namakan Canon EOS 450D.

    First, jantina ( ko nak pompuan kan :p )
    Second, bahasa( aku akan letak dua nama, english & jepun )
    okeh.. mari bermula…

    English = Canny/Connie Fofifty(450)
    Japanese = Chika ( Chika chika = bunyi tangkap gambar ) atau Chiaki Fofifty = Hybrid name..

    hahahhha.. kalau suke ameklah. aku belum beli DSLR tp nnt taula aku nak kasik nama ape :p
    ———-
    topo: hohoh menarik gak name chiaki ni.. hohoho

    [Reply]



  12. mayahelmi says:

    kalau aku..aku letak leha.
    haha

    [Reply]



  13. manchy says:

    salam

    yup chomeyl chiaki :d

    dslr baru? upload picas best nt topo!
    eg; alam semulajadi,ciptaan Tuhan sungguh indah!

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” –
    (Hadis riwayat Muslim)

    p/s: Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi,
    dan penggantian malam dan siang t’dpt tanda-tanda
    (kebesaran Allah bagi orang yg b’akal)
    [al-imran 3:190]:d

    sharing is caring! 😉
    wslam~

    [Reply]



  14. razifmustapha says:

    ah bubuh je nama “en borhan”

    [Reply]



  15. KampungBoy says:

    wa….pasni ko dah ley ditabalkan sebagai paparazi Utem. Haha…

    [Reply]



  16. iovantgarde says:

    aku juge mengidamkan dslr dlm hidup ini..tapi aku name kan ko punye dslr dulu lah kan..

    hermmmm..klu letak sonia integrata ok tak??ala2 name bollywood tuu..haha
    tak pon, canny zubelda..gabungan name melayu tepu n omputih..hehe
    name paling cun aku rase,Abqustrada Enigma..hamek ko..pilih mane satu..wee~~

    [Reply]



  17. Sweet Thinker says:

    tomatomatok. nama tue seswai. :fizi01:

    [Reply]



  18. chokilala says:

    letak je nama saodah ke markonah ke. kalau nak nama best sket, letak nama wardina natasha. mesti cun. tu nama yang aku reka masa form 3. masa tu ada pertandingan mereka nama bakal anak paling canggih di antara kawan2 pompuan aku. tade keje lepas pmr. haha 8-}

    [Reply]



  19. mahamdan says:

    ha ha, en borhan. ajib dah jumpa geng kanong dia. ha ha.

    [Reply]



  20. liz says:

    waa…dah ade dslr..
    tp sorry..takde idea nak bg name ape..

    [Reply]



  21. hydir says:

    salam…

    ko bagi nama dia :

    topotato : pa
    dslr : ma

    hahaha … cam marzuki le pulak …=))

    [Reply]



  22. xmindfreakx says:

    dslr aku diberi nama ivy…jangan kau tiru…….whoaaa….lappy aku nama foxy the bitchy…dan himpunan lense aku pun nama sendiri

    [Reply]



  23. CypherHackz says:

    Best gak kalau dapat namakan DSLR kita. Aku pulak tengah terpikir2 nak namakan ape camera aku tu. Hu3.

    [Reply]



  24. titan says:

    ko pilih dari senarai ni..

    1. son goku
    2. conan
    3. hajime kindaichi
    4. naruto-kun
    5. tsunade..

    haa. pilih!

    [Reply]



  25. abdusfauzi says:

    kalu letak Upin / ipin? pendek and comel. 😀

    [Reply]



  26. twenty-six says:

    “latip borgiba”

    tah nape aku dok terpikir nama tu elok untuk diabadikan pada dslr kamu.itam dan kacak.
    ———-
    topo: hohoh xbleh blah nama tu.. seb baik la aku kenal dia tu.. hahah weh aku white side beb.. hohoho

    [Reply]



  27. ezy says:

    topo ko letak jer tompok….
    tak pun tomok…
    takpun tembok…
    takpun tombak…
    ok per…. ada chemistry…

    [Reply]



  28. twenty-six says:

    ya kaa?

    ok lah last call on the bar..

    “A. Rahman Hassan”

    amacam?

    “arini takboleh photo shooting laa..A. Rahman Hassan bateri kong”
    ———–
    topo: hohoh aku ade sorang member name A. Rahman Hassan.. hohoh si abdus pon kenal gak mamat ni.. otai gile..

    [Reply]



  29. Amirez says:

    hoho..nak comel lak ko bg nama kat brg milik sendiri eheh.
    jeles sey dgn dslr ko. aku teringin gak nak beli tp tak cukup fulus.

    aku cadangkan caneos (canon + eos). nama panjangnya caneos soros hahaha. mcm minyak eneos pulak

    [Reply]



  30. cikahmad says:

    Cuba ko kasi nama KARIM.
    Menarik jugak aku rasa sebab macam teras ada misai yang tebal je.
    haha

    [Reply]



  31. Uncle G says:

    ermm nak bubuh nama ekk.. ko boh je nama kesukaan ko.. tambah2 lagi nama aweks… hahaha

    [Reply]



  32. jejakaKACAQ says:

    emmm…ko nk name ekk??…tapi ko pnye DSLR tu jantan ke betina…??

    kalo betina bg la nama Cik Enon…:kakros02: チスニキチカラナ
    kalo jantan bg la nama Wak Pagek..:ehsan01: チスニキチカラナ

    kalo ****** bg la nama Cik Pagek :)) .. チスニキチカラナ

    *renung² kan…Dan selamat beramall……
    ———–
    topo: hooho pelik2 nama yang ko bagi ni..

    [Reply]



  33. aman says:

    hehe..
    hang nak nama laki ke pompuan?
    kalo laki – aMaN
    kalo pompuan – aMaNi
    hehe…:ehsan01:

    [Reply]



Leave a Reply