contengan lepas habis kursus.. tapi pasni ade kursus lagi..

Life December 19th, 2008

selamat sejahtera dan salam perpaduan.. hohoho dah seminggu aku tak update topotato.com ini rupanya.. aku kini sangat sibuk beb.. aku baru pulang dari 2 kursus atau camping berturut-turut dan esok aku akan kembali bercamping semula.. sehingga ahad ini.. hohoh susah jugak jadi topo ni. sibuk memanjang.. hohoh tapi yang bestnya aku dapat round satu Malaysia.. oh alangkah indahnya jika aku dapat rakamkan semuanya dengan menggunakan dslr.. hohoho sepanjang seminggu pemergianku.. banyak rupanya yang telah berlaku…

hohoho lebih kurang seminggu terputus hubungan dengan dunia luar.. 3 hari di Ulu Yam. dan lagi 5 hari di kem BTN Ulu Kenas.. (2-2 ulu.. hohoho) kem kat ulu yam tu semua budak UTeM je.. semua tu persediaan untuk membawa 400++ angkatan dari UTeM untuk memberi sokongan dan semnagat kepada kakak aku yang berlari2 dengan berpakaian putih membuat formasi sempena opening ceremony AUG ( Asian University Games..) yang kem btn tu melibatkan beberapa lagi universiti lain.. dan aku sering menayangkan dan mempromosikan baju yubiyu aku tapi malangnya tiada sorang pon yang tegur.. hohoho nampaknya populariti topo masih blom cukup hebat lagi.. :))

ok pada jam 0:00 tadi maka telah tamatlah sudah contest yang julung-juling kali dianjurkan oleh topo.. hohoh seramai 6 orang telah mengambil bahagian.. dan semuanya memang menarik-menarik belaka.. hohoho sila la baca sendiri dan berilah sedikit komen.. komen kalian mungkin mampu mengubah keputusan pemenang.. hohoh mereka yang mengambil bahagian adalah: cik ara, chokilala, farahaznil, humbleandmodest, mohd nasri dan juga marzuki..

adeh tetiba rasa kekok plak nak menulis.. blur aku tak tau nak tulis ape… aku check google reader tadi.. hohoh ada 131 artikel baru dari blog-blog kegemaran aku.. hahah mati kering la aku nak baca satu-satu ni.. pasti ramai yang tulis pasal Bush kena baling.. harga minyak turun lagi.. suruh upgrade wordpress 2.7 la.. hohoho seriously aku meghadapi masalah untuk mendownload wp 2.7 itu.. ade sesiapa boleh tolong upkan kat tempat lain tak? dan satu lagi.. ada sesiapa punya info berkenaan dengan pindaan auku yang baru tak?

dan satu lagi contengan mini berkenaan dengan dslr.. hohoho bila ku selak-selak terperasan ada 2 bloggers memberi tips untuk membeli dslr.. hohh terima kasih kepada saudara blogikus.. dan juga zariel ye.. akan ku manfaatkan tips itu semua.. dana yang terkumpul untuk DSLR aku kini mencecah RM 1450 tapi RM 750 tu aset beku yang belum pasti samada boleh dicairkan atau tidak.. hohoh aku harap aku dapat menghadiahkan diri sendiri sebuah dslr menjelang hari jadi topo tak lama lagi..kepada sesiapa yang nak sponsor pon boleh aje.. :p hohoho

ok aku rasa cukup lah setakat ini je entry carca marba pengubat rindu dan gian..hoho petang ni aku nak kena pergi kursus ke kem ntah aku pon tak tau.. hohoh baru dapat seruan disuruh pergi masa dalam bas pulang ke Melaka tadi.. hohoho

p/s: apsal macam lain je gaya penulisan aku ni.. hoho ni semua bahana BTN ke?? hahaha

12 Responses to “contengan lepas habis kursus.. tapi pasni ade kursus lagi..”

  1. |1f34|-|1r3 says:

    aper problem ko nak install WP 2.7 tuh? meh aku tolong..tak pon ko baca jer post aku camana nak install guna WPAU..mudah !
    ———-
    topo: aku ade masalah nak download.. hohoho

    [Reply]



  2. zariel says:

    fuyoo… round tour mcm ko tu… kalu aku tak bwk@terlupa bwk dslr… nyesal tak sudah..haha.. moral cerita? beli la cepat2. ekekekk
    ———-
    topo: belum berkemampuan la..

    [Reply]



  3. KNizam says:

    perghhhh lama tak singgah dan mandi-manda di ulu kenas. hehe 🙂
    ———-
    topo: hohoh aku dah puas dah berendam kat situ…

    [Reply]



  4. chokilala says:

    busy betul :ehsan01:

    [Reply]



  5. shaxx says:

    sibuk bebenor la yer….

    [Reply]



  6. Lup-duP says:

    alah …aku tak sempat masok cntest ko la topo …..aku nak masokkk~o)

    [Reply]



  7. cik ara says:

    bila nak tahu keputusan nyer??? kekekke

    [Reply]



  8. CoklatChips says:

    Best la jalan2.

    [Reply]



  9. HafizWasa says:

    owh, UTem ni la ek…

    [Reply]



  10. KampungBoy says:

    Hoho….golongan bgsawan rupanya. Biasalatu…ujg taun cmni ada sj program kat U. Klau cakap psai ULU yam , teringat aq cmping dulu…tapi kat situ jungle tracking mmg cun. kena plak time ujan. :ehsan02:

    [Reply]



  11. zulhusni says:

    :ipin02:
    salam bro..
    >aku ader member utem yg gi kem tuuh..fitri azrul nme nyer..
    >huhu..agak xbestla klo msuk alam smula jadik tnpa dirakamkn dgn dslr..haha
    >ader prob ngn WP2.7 kerr..bgtau jerla mslahnyer..

    [Reply]



  12. GhOsT_MaR says:

    Dewan lulus pindaan AUKU
    Laporan Anwar Hussin, Norliza Wasilan, Che Wan Badrul Alias
    bhnews@bharian.com.my

    Rang undang-undang dapat undi majoriti daripada Ahli Parlimen

    KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang membabitkan 61 pindaan diluluskan Dewan Rakyat semalam bagi dijadikan sebahagian daripada akta itu.

    Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee mengumumkan kelulusan akta itu selepas pindaan rang undang-undang itu mendapat undi majoriti daripada Ahli Parlimen selepas bacaan kali ketiga.

    Kelmarin, rang undang-undang itu dibacakan buat kali kedua oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Pindaan itu bertujuan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

    Selepas diwartakan, pindaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penuntut dan kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara

    Mohamed Khaled berkata, kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dahulunya dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat.

    “Pindaan ini selaras fungsi Senat sebagai badan utama akademik di IPT,” katanya.

    Selain itu, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti juga dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar universiti yang keanggotaannya ditentukan LPU dan langkah itu dapat mempercepatkan proses penyelesaian kes rayuan.

    Beliau berkata, pindaan itu akan mendorong pemantapan tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan, hak asasi pekerja universiti, kebajikan dan hak asasi pelajar.

    Katanya, pindaan itu dilakukan berikutan perkembangan semasa bidang pendidikan tinggi termasuk di peringkat antarabangsa dan kematangan pelajar menangani erti kebebasan serta kepelbagaian selain komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

    Ketika ini ada 500 IPTS dan 20 institusi IPTA yang tertakluk di bawah AUKU 1971.

    Terdahulu, ketika pembahasan, beliau berkata, pindaan AUKU adalah berlandaskan pendidikan dan bukan bermotif politik.

    —————————————————–
    Idealisme pelajar tidak disekat

    KERAJAAN diminta tidak menyekat idealisme pelajar, sebaliknya digunakan sebaik mungkin oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana ilmu dan maklumat itu akan membawa kepada ledakan fikiran dan idea baru yang boleh membangunkan masyarakat serta negara.

    Ahmad Maslan (BN-Pontian), berkata tempoh pengajian di universiti antara empat hingga enam tahun adalah era singkat yang me-nentukan arah tuju jalan hidup siswa siswi yang boleh dimanfaatkan bagi kepentingan bersama.

    “Jangan padamkan api idealisme itu. Biar terus menyala demi kepentingan perjuangan murni untuk rakyat. Jika idealisme untuk melihat kawasan luar bandar termasuk pedalaman di hulu Sabah dan Sarawak dibangunkan oleh kerajaan, benarkan kumpulan berkaitan mengadakan khidmat atau bakti siswa di rumah panjang yang belum ada kemudahan air, elektrik, telefon atau jalan yang sempurna.

    “Saya kira tiada salahnya jika selepas aktiviti itu mereka menulis laporan akademik yang dihantar salinannya kepada Ahli Parlimen atau menteri berkaitan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU).

    Beliau juga berharap pindaan AUKU membolehkan universiti negara ini mencapai taraf seumpama Harvard, Yale, Cambridge dan Oxford, iaitu antara 10 universiti terbaik di dunia.
    _____________________________________________________________
    Autonomi universiti diperluas
    Laporan Anwar Hussin, Norliza Wasilan, Che Wan Badrul Alias dan S Anand Kumar
    bhnews@bharian.com.my

    KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 yang dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat semalam akan menambahbaik dan memperluaskan autonomi universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Katanya, perkara berkenaan akan dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain merangkumi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

    “Melalui rang undang-undang ini, kuasa menubuhkan fakulti dan jabatan diberikan kepada Senat.

    Pindaan ini selaras fungsi Senat sebagai badan utama akademik di universiti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

    Beliau berkata, ia juga amat menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman serta luaran pentadbiran sesebuah universiti.

    “Justeru, suatu jawatankuasa pengurusan universiti yang bertujuan menasihati Naib Canselor dalam perkara pentadbiran dan pengurusan universiti akan ditubuhkan,” katanya.

    Mohamed Khaled berkata, undang-undang itu juga membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

    “Bagaimanapun, pelajar dilarang terbabit dengan parti politik sama ada dalam negara atau luar negara, pertubuhan menyalahi undang-undang serta yang tidak sesuai.

    “Meskipun ada larangan pelajar berpolitik, ia masih memberikan sedikit pengecualian. Kuasa untuk memberi pengecualian akan dilaksanakan oleh Naib Canselor,” katanya.

    Selain itu, canselor diberikan kuasa untuk melucutkan ijazah mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan skandal tetapi diberi hak untuk didengar.

    Mohamed Khaled turut menegaskan AUKU tidak terpakai untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

    Katanya, UIAM dikecualikan kerana ia ditubuhkan di bawah triti antara kerajaan dengan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai perlembagaannya sendiri berdasarkan Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

    UiTM pula ditubuhkan mengikut aktanya sendiri iaitu Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173), tetapi dalam hal berkaitan disiplin dan tatatertib pelajar, UiTM tertakluk kepada Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

    Beliau berkata, IPTS pula tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) yang mengandungi peruntukan mengenai penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan serta kawalan kualiti pendidikan yang disediakan oleh IPTS negara ini.

    Katanya, pelajar dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.
    ___________________________________________________________
    Minda Pengarang: Pindaan AUKU pupuk kecemerlangan institusi pendidikan

    PELBAGAI pandangan dilontar berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah berusia 30 tahun itu dan akhirnya rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Rakyat kelmarin selepas melalui 61 pindaan serta dibahas sepanjang hari oleh penyokong kerajaan dan pembangkang. Antara perubahan ketara yang berkaitan dengan politik kampus ialah mahasiswa kini dibenar menyertai persatuan di luar kampus kecuali al-Qaeda. Sebelum ini, mereka dilarang berbuat demikian. Mungkin ada berpendapat, seperti juga suara pembangkang di Dewan Rakyat kelmarin, pindaan akta itu sepatutnya membenarkan pelajar terbabit dalam kegiatan politik. Benar larangan itu kekal, tetapi melalui pindaan berkenaan, mahasiswa dibenar menganjurkan aktiviti bersama ahli politik dan parti politik mengenai isu berkaitan pendidikan. Apabila difikirkan secara rasional, inilah yang sebaik-baiknya kerana mereka berada di universiti untuk menimba ilmu. Sebarang kebenaran untuk mereka terbabit secara aktif dalam politik, dikhuatiri akan mewujudkan suasana polarisasi kaum, ideologi dan agama. Ini sekali gus akan mewujudkan suasana persekitaran tidak kondusif kepada generasi akan datang untuk meneruskan pengajian dan pembelajaran di universiti. Malah, kita juga tidak mahu pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik di negara ini. Biarlah mereka memerhati perkembangan politik semasa dari dalam kampus dan apabila tamat pengajian serta memasuki dunia pekerjaan, mereka bebas berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

    Sebenarnya, pindaan terhadap akta yang diwujudkan sejak 1970-an itu bertujuan menambahbaik dan memperluas autonomi universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor. Selepas diwartakan, pindaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penuntut dan kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara. Kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dulunya dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada Senat, selaras fungsi sebagai badan utama akademik di IPT. Selain itu, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti juga dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar universiti yang keanggotaan ditentukan LPU dan langkah itu dapat mempercepatkan proses penyelesaian kes rayuan. Pindaan itu akan mendorong pemantapan tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan, hak asasi pekerja universiti, kebajikan dan hak asasi pelajar. Pindaan itu dilakukan berikutan perkembangan semasa bidang pendidikan tinggi, termasuk pada peringkat antarabangsa dan kematangan pelajar menangani erti kebebasan serta kepelbagaian selain komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Kita berharap semua pihak menyambut baik pindaan AUKU itu ke arah memantapkan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara.

    p/s : kebetulan ak m’isi ms ak cuti2 nih dgn cr artikel2 ttg AUKU

    [Reply]



Leave a Reply