blog yang banyak memberi impak di awal pembabitan topo…

Blogging, Life December 9th, 2008

hohoho orang lain sibuk buat post pasal banjir, pasal hari raya korban,post psal tanah runtuh.. aku plak sibuk buat satu lagi post mengarut.. tapi takpe la kot.. sebagai kelainan sedikit.. bosan jugak bila bukak negaraku tu asik tajuk sama je.. seperti yang aku war-warkan dahulu kala.. 2 Disember yang lepas genap la setahun aku menjadi blogger di alam maya yang serba mencabar ini.. ok sempena genapnya setahun topo berpetualang sebagai seorang blogger telah banyak blog atau blogger yang memberi impak besar kepada topo.. ok untuk post kali ini merupakan tribute kepada blog-blog berkenaan..antara blog blog berkenaan adalah:

jackbook.com

ok ini adalah blog wordpress pertama yang banyak memberi ilmu pada aku.. disini la tempat aku belajar pelbagai benda tak kira dari aspek kecantikan blog.. SEO.. feed burner dan segala macam ilmu la tentang blogging dan hal berkaitan.. dan ianya ditulis dalam bahasa Inggeris oleh seorang blogger dari Indonesia.. hohoho tak seperti pada masa kini terdapat limpahan blog yang menurunkan ilmu blogging dan kebanyakkannya ditulis dalam Bahasa Melayu.. contohnya seperti blogmenjerit.com yang di usahakan oleh si marzuki ni.. pada setahun yang lepas blogmenjerit masih belum wujud untuk menabur bakti.. sebab si marzuki ni sibuk menjadi taiko dan bagi software dan movie cetak rompak pada orang lain:))..

adeh.. perenggan di atas dah jadi macam tribute to si marzuki cambell la plak.. ok berbalik kepada perihal jackbook.com… suatu ketika dulu memang aku kerap mengunjungi blog tu dan selalu bertegur sapa dengan si jack tu.. tapi malangnya.. aku mula meninggalkan jackbook bila theme dia menjadi semakin serabut dan sukar untuk dibaca.. dan apa yang aku nampak hanyalah iklan-iklan sahaja.. lantas aku terus meninggalkan jacbook.com

amanz.net

hohoho blog milik si aman firdaus ni.. aku rasa sekarang ni dah xde dah domain amanz.net ni.. dia dah forwardkan ke amanz.my.. hohoho macam mana amanz.net boleh memberi impak besar kepada topo? hohoho suatau ketika dahulu si amanz ni ada menyenarikan 7 blog tempatan yang cun melecun hasil kreativiti blogger tu sendiri mencipta theme masing-masing.. hohoho pada saat itulah aku mula tertarik dengan wordpress dan mula mengenali blogger-blogger otai seperti emptyspace,cypherhackz, dan lain-lain lagi.. dan melalui amanz.net jugak la aku mengenali blogtitude.com…

blogtitude.com

hoho satu lagi blog yang banyak mempengaruhi topo.. jap blogtitude ni boleh dianggap sebagai blog ke? hohoh kira boleh je la.. ok kepada blogger yang tak sempat merasai zaman kegemilangan blogtitude.com.. laman itu adalah aggregator yang memparkan post-post terbaru dari para blogger yang berdaftar.. kiranya macam negaraku.net yang popular tu la sekarang ni.. tapi bezanya negaraku.net kita kena submit setiap kali kita buat post baru.. tapi blogtitude pulak dia akan memaparka secara automatik post-post terbaru para blogger yang berdaftar.. hohoh apa yang dah jadi pada blogtitude sekarang? ntah la.. hohohoo dan melalui blogtitude la aku mengetahui tentang tawaran sub-domain fwenz.info… oleh saudara emptyspace..

iamherenow.fwenz.info

hohoh blog milik tokei fwenz.info yang menaungi blog lama aku mylifeastopo.fwenz.info selama 4 bulan kot.. iamherenow.fwenz.info adalah milik saudara arif samani atau emtyspace yang aku anggap sebagai sifu aku yang terutama sekali.. hahaah dia lah yang membawa dan memperkenalkan aku ke alam wordpress.. dia jugak la yang banyak membantu aku dalam mendalami perihal wordpress ni sampai kini aku boleh membantu rakan-rakan blogger yang lain.. dan sebab naungan fwenz.info itulah topotato.com wujud sekarang ni.. tanpa fwenz.info aku rasa sekarang ni aku mungkin masih lagi menulis di blogspot.. atau mungkin telah bersara.. 😀

nuruloveme.blogspot.com

ok secara jujurnya ni la blog pertama yan aku baca setiap inci yang terkandung dalam post tu.. hoho dulu biasanya aku baca tajuk.. pastu baca intro pastu terus skip ke komen.. hohoho tapi blog ni memnag mebuatkan aku nak baca ampai habis setiap post dia yang panjang lebar tu.. hohoho aku ingat lagi post pertama yang membuatkan aku terkesima cerita pasal dia lumba susu dengan adik dia.. hahahah memang best post tu.. dan mulai dar post tu la aku menjadi ketagih nak pergi ke nuruloveme.blogspot.com.. hohoh tiap-hari aku ergi ke blog tu untuk mengusya kalau-kalau dia ada bua post baru.. hohoh ye la dulu aku belom kenal lagi dengan google reader..

walaupun kadang-kadang tu entry dia sekadar memaperkan baju-baju atau aksesori yang baru dia beli. tapi aku masih minat jugak baca.. hahah aku pon pelik camne aku boleh minat nak baca.. dan sampai la satu ketika tu dia memprivatekan blog dia atas sebab apa ntah.. hohoho (buat-buat tak tau) dan semenjak dari situ la aku tak mengunjungi lagi blog tersebut  sehingga la beberapa bulan lepas aku mendapat perkhabaran bahawa pemilik blog tu muncul dengan blog berdomain sendiri.. nurulism.com

hohoh panjang gila post tribute aku kali ni.. hohoh tapi ni belum habis lagi.. hohoh mungkin ada episod kedua…

p/s:  2 disember tarikh lahir topo sebagai blogger..
5 Januari tarikh lahir topo sebagai pengguna wordpress
7 Januari tarikh lahir topo..
10 Mei tarikh lahir topotato.com
hohohoho dah macam kucing la plak.. banyak giler tarikh lahir.. hahaha sekarang ni sedang menantikan kelahiran dslr topo plak.. adeh.. macam lama lagi je dia nak dok dalam kandungan.. =))

21 Responses to “blog yang banyak memberi impak di awal pembabitan topo…”

  1. hydir says:

    keh3 .. byk btul tarikh lahir ko… mcm mati hidup semula pas tu mati balik pas tu idop balik… heheheh :upin02:
    ———-
    topo: hohoho xde la sampai macam tu sekali weh…

    [Reply]



  2. Mira says:

    aku plak dipengaruhi oleh blog hikaru… skrg dh x wujud lg dh blog tu… huhuhu
    ———-
    topo: aku macam pernah dengar la nama hikaru tu.. tapi seriously tak ingat..

    [Reply]



  3. loque says:

    alop bro…
    nice theme…
    ijau gituh
    sejuk mate memandang..hahax…
    jom exchange link nak??
    ———-
    topo: sila la…

    [Reply]



  4. Lup-duP says:

    sah sah name aku takde kan?? wahahaha
    ———-
    topo: hohoh hampir setiap entry kat sini ada nama ko weh.. hohoh yang ni berkecuali la plak..

    [Reply]



  5. abdusfauzi says:

    baca sudah. before kuar kat tweet. hehehe.
    ———-
    topo: hohoh aku bangun pagi baru post ni kat tweet…

    [Reply]



  6. 26 says:

    arif samani stop blogging already eh?…
    missed those days when jaki online,tokeikedai etc were always be in my bookmarks..
    ———-
    topo: dia blom stop blogging lagi.. cuma sekarang ni dia blog kat tempat lain dan nak jadi misteri.. hohoho

    [Reply]



  7. Azman @ Kreuger says:

    huhuhuhu… banyak giler seh tarikh
    kelahiran nko… mane satu nak
    hengat pon tak taw… kalau ade buat short
    note ok ar.. kalau main ingat… kompom
    tak terhengat… (kalau aku ar kan)
    save dalam notepad… ekekke~
    ———-
    topo: aku buat short note kat blog.. hohoho macam post ni.. lagi la tak lupa.. 😀

    [Reply]



  8. xmindfreakx says:

    jangan puji arep dowh…nanti dia cam ci bangga ngan aku…fwenz sudah hilang,tapi blog dia yang lain tak berjaya sangat aku temui..cuma beberapa sahaja
    ———-
    topo: aku tak jumpa langsung weh.. hohoho puas aku mencari mana pergi mamat ni.. hohoho

    [Reply]



  9. angriani says:

    waa…kena catat dlm diari semua tarikh2 penting tu :kakros:
    ———-
    topo: catat kat blog je.. hohoho

    [Reply]



  10. Teens Make Money Online | Zulhusni says:

    :ipin02:salam bro,
    tunggu kelahiran dslr yek?? haha..saye pon tgh mnggu chya mata yg sama gk. cmer x tau nk bg nme aper jer..nikon ker..canon ker..fuh susah jdik parents nih..huahua
    ————
    topo: :)) hohoho sony alpha pon kononnya bagus budak tu.. tak nakal sangat.. hahahaha

    [Reply]



  11. aman says:

    macam mane leh tahu nama penuh aku nie…huhu :ehsan01:
    ———-
    topo: ko kan popular.. kat mana2 pon ada nama ko..

    [Reply]



  12. catzer says:

    bagus2..aku bg gak impak kat ko..impak maksima..hahahah :ipin01:

    [Reply]



  13. Uncle G says:

    pakcik pon suke lepak kat amanz.net ngan iamherenow.fwenz.info.. skrang pakcik suka gaya tulisan en. topo.. 😀 :ehsan02:

    [Reply]



  14. zool says:

    Zaman awal pembabitan,
    sumber inspirasi adalah blog smartzul
    blog.smartusaha.com
    n ramz rajablog.info
    tapi dua2 aku jarang lawat sekarang..
    almaklumlah blog aku ber’niche’ lain dari diorang..
    skg ni banyak plak aku nak melawat blog orang..
    blog aku agaknya boleh ke jadi inspirasi blogger lain..
    Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

    [Reply]



  15. chika says:

    saya terharu.
    T_____T
    terima kasih sebab senariakan saya sekali.
    :fizi01:

    [Reply]



  16. mazudi says:

    psstt… aku pun suka ngan amanz.net.
    Ada info yg terkesan kat sana.
    Uitss.. ni dah kira promote dah ni.

    [Reply]



  17. farahaznil says:

    hahhaa..masa ni aku belum wujud lg..ekekekekeke

    [Reply]



  18. PakciQue says:

    Aku suka tengok cara kau reply komen. Aku rasa nak tiru lah cara ni. Selit bawah komen orang lain kan. Macam lebih dekat je.

    [Reply]



  19. skid says:

    sumber inspirasi yer…

    [Reply]



  20. titan says:

    berapa banyak tarikh lahir daa..

    [Reply]



Trackbacks

  1. 300 post pertama topo sebagai blogger... | topotato.com

Leave a Reply