2008,topo,topotato dan azam serta google bg aku pr3 sempena tahun baru..

Life December 31st, 2008

sebelum aku menulis panjang aku nak mengucapkan salam maal hijrah kepada semua.. hohoh masih belum terlambat lagi kan…hohoho 2008 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa jam je lagi.. rasa macam sekejap je dah nak abis dah 2008 ni.. rasa macam dah banyak benda yang berlaku 2008 ni.. tapi seriously aku tak ingat.. selama ni memang aku tak pernah ade azam tahun baru atau wish list untuk tahun baru.. jadi memang tak terasa pape la bila dah menjelang tahun baru ni.. tapi aku rasa tahun 2009 ni aku nak menanam azam la.. hoho biar ade target sikit tahun ni.. jadi terima lah azam tahun baru 2009 topo…

nak dapat dean list…

cita-cita ni aku dah semai dari sem satu lagi aku di UTeM.. tapi macam terpaksa terkubur je.. hohoho sem 1 je aku berjaya dapat 3.46 memang  sipi je nak dapat dekan.. tapi malangnya sem 2 dengan sem 3 jatuh merudum teruk.. jadi azam utama aku pada tahun ni nak dapatkan dean list dan nak tarik balik cgpa aku.. hohohoo

nak beli dslr.. dan nak mahirkan diri dalam photografi..

dah lama aku jadi photographer amatur kat majlis hoho terasa gak nak nak jadi photographer semi pro plak lepas ni.. dan aku rasa aku bakal sambar sebuah dslr dalam bulan januari jugak.. dan lebih bagus kiranya dapat dibeli sebelum birthday aku 7 januari.. hoho kiranya boleh dijadikan hadiah hari jadi kepada diriku sendiri.. hohoho jadi kepada rakan-rakan yang sudah memiliki dslr bantu la topo mengenal dunia fotografi ini ye…

nak jana lebih banyak pendapatan di internet..

hohoho tahun 2008  merupakan tahun yang aku banyak menghasilkan duit dari internet tak kira melalui blog mahupun kerja sambilan.. hohoho jadi pada tahun 2009 ni aku bercita-cita nak jana lebih banyak lagi duit dari internet.. hooho mungkin boleh buat simpanan masa depan atau boleh buat bayar duit ptptn nanti.. 😀

nak memantapkan lagi topotato.com

hohoho tahun 2008 merupakan tahun kelahiran topotato.com.. dan aku harap blog ni dapat bertahan sampai bila-bila.. walaupun telah banyak kali aku terniat nak berhenti menulis blog.. tapi aku gagahkan juga… hoho jadi aku azam aku pada tahun ini adalah untuk memantapkan topotato.com… sasaran utama aku adalah nak menawan ranking  alexa rank dalam 300k ke.. hoho dan nak mencapai google pr3... Free Page Rank Tool hehehe topotato.com dah dapat pr3 target pr4 plak la.. semoga aku berjaya.. hohoho dan aku juga nak menjadikan topotato.com ini lebih bermakna dan digemari ramai.. hahahha

aku rasa cukup la sekadar di sini sahaja update terakhir aku di tahun baru ini.. di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ni… semoga tahun baru ni membawa lebih banyak perubahan yang baik kepada kita semua.. amin…

P/S: kepada budak UTeM.. ptptn masuk dalam 6 januari 2009 +- heheh sesiapa yang nak belikan aku hadiah tu memang dialu-alukan la..

16 Responses to “2008,topo,topotato dan azam serta google bg aku pr3 sempena tahun baru..”

  1. mazudi says:

    Huhu.. menjadi jugak entri akhir tahun eek.

    Nampaknya satu daripada azam kau tu dah tercapai dah. PR dah 3 dah tu. Jaga baik baik, jangan jadi cam aku, hari ni dah turun jadi 2 balik dah selepas dua tahun pr3.

    Selamat tahun baru 2009 Masehi.

    [Reply]



  2. KNizam says:

    hehe goodluck !
    chedet dah raking 300 je. hehe :upin02:

    [Reply]



  3. ubey says:

    tahniah dapat pr3. hehe. aku xtau pn tentang pr ni. cek2, da pr3. rezeki kot.apapun selamat tahun baru dan semoga berjaya dalam pelajaran anda

    [Reply]



  4. ika says:

    7 januari eh?
    sama birthday dgn best friend sy hehe
    lagi seminggu tu..
    mana la tau ada awek@mak datin nak bagi dslr seketul eheheh
    :ehsan02:
    ———-
    topo: mane nak carik awek camtu weh… hohoho

    [Reply]



  5. |1f34|-|1r3 says:

    sama la kita beb…aku pon baru dpt PR3…hehe
    ———-
    topo: cam tak caya je ko baru dapat pr3.. hohoh

    [Reply]



  6. Adila says:

    slamat taun baru~ 😀
    ———-
    topo: baru taun slamat..:D

    [Reply]



  7. izzat says:

    ak x tahu mana silap..dulu dapat PR3 pastu sekali hari tu, lepas google update pr, kena pr0 smp sekarang…adeyh..ntah la..lantak la..hahahaha
    ———–
    topo: xpe bleh jadi pr0blogger hohohoh

    [Reply]



  8. adsense alternative says:

    hoho..apapun. tahniah. bukan senang nak dapat pr3 tu..:fizi01:
    ———-
    topo: hohoh memang bukan senang.. dah lama aku menunggu saat bahagia ini.. ;D

    [Reply]



  9. loque says:

    happy new year bro!
    ———-
    topo: new year bro happy.. ohohoho

    [Reply]



  10. zariel says:

    tahniah bro. aku pn pr3 dah. br 2 bulan. tp takut gak kot2 nnt jatuh balik. aku pn nk bestkan lagi beloq aku tu. insyaAllah 🙂
    ———-
    topo: ala kalo jatuh naikkan la balik.. hohohho

    [Reply]



  11. Adil says:

    topo, nnt kite blaja sesama pkai dslr. aku br angkat d40 kit + sb-600. 🙂
    ———-
    topo: cisdale.. hohohoo ko dah berjaya angkat dah…

    [Reply]



  12. Uncle G says:

    antara azam tahun baru pakcik tahun lepas beli kamera.. blan 4 dah beli.. blan 11 terbeli plak dslr… pakcik doakan harapan hang berjaya

    paper hal pon salam tahun baru
    ———-
    topo: amin… salam tahun baru juga…

    [Reply]



  13. abdusfauzi says:

    huhu.. selamat tahun baru topo. [^^]
    ———-
    topo: hohoho ko salah eja nama aku.. terpaksa la aku delete.. 😀

    [Reply]



  14. chuckiesd says:

    bro, nak beli kamera aper tu? Nikon ker canon?:upin01:

    [Reply]



  15. GhOsT_MaR says:

    adiah x der …
    penumbok ad …

    nk???

    hahahha:ehsan01:

    [Reply]



  16. Fahmishah says:

    Tahniah untuk 2009 dan selamat maju jaya untuk tahun 2010. Nak angkat SLR? Yes boleh geng dengan aku.

    [Reply]



Leave a Reply