idea aku untuk hadiah hari jadi adik aku…

November 14th, 2008 42 Comments   Posted in Life

ok korang ingat tak post aku berkenaan dengan mengenali kota a famosa dulu? hoho post itu dicipta sebab ramai yang datang ke blog ni menggunakan hasil carian di google.. tapi hampa sebab tak jumpa apa-apa.. hohoo untuk mengelakkan kehampaan mereka aku buat post pasal kota a famosa tu.. dan sekarang ni aku ada satu lagi keyword yang hampir setiap hari muncul kat blog ni.. idea hadiah hari jadi atau idea hadiah hari jadi lelaki.. adeh apsal banyak sangat keyword tu yang muncul.. sesiapa boleh bagi idea aku agak blur untuk hadiah hari jadi ni la.. hoho ye la.. pernah aku nyatakan dulu aku memang tak pernah bagi hadiah pada orang beb.. hoho

bulan november ni ramai la plak member baik yang sambut birthday.. adik lelaki aku yang sorang tu pon sambut birthday bulan november jugak..dan aku rasa elok juga kiranya aku wujudkan entry  ni.. untuk elakkan kekecewaan pengoogle dan kalau dapat idea hadiah hari jadi yang best dan duit mencukupi aku rembat je satu hadiah hari jadi untuk adik aku..  ni antara idea aku untuk hadiah hari jadi dia… Read the rest of this entry »

semua orang sibuk cerita obama menang.. korang tau tak sistem pengundian macam mana?

November 13th, 2008 17 Comments   Posted in video

hohoho semua orang sibuk cerita pasal kemenangan obama jadi presiden baru US.. tunjuk peratus la bagai.. secara jujurnya aku tak kisah pon.. pedulik apa aku siapa yang menang.. hoho tapi di sini aku nak kongsikan macam mana sistem pengundian yang berlaku di US.. bagus jugak kalau tau ni terutamanya pada pelajar.. boleh mengisi ilmu di dada. hoho mana la tau kot keluar exam ke nanti… jadi inilah sistem pilihanraya pemilihan presiden di US dengan bahasa yang mudah difahami.. hooho kira outdated ke post ni?? hoho takpe boleh guna lagi 4 tahun akan datang..

rasanya sistem pilihan raya kat Malaysia macam ni ke?? rasanya tak kan?? hoho sesiapa yang tau tolong explain sikit.. hoho kan ke bagus diorang buat video ilmiah macam ni dari buat video terlampau..

tag cinta dengan si dia yang mengarut

November 12th, 2008 20 Comments   Posted in tag

hoho seperti yang aku nyatakan dahulu.. aku ada banyak tag tertangguh.. tapi ada orang masih nak tag aku lagi. hohoho jadi untuk mengelakkan tag ni menjadi tertangguh.. akan ku jawab tag ni dengan segera.. tag lain akan menyusul kemudian ye. hohoho ok tag ini datangnya dari pengasas kelab smoker jamban yang bernama sepat spatt tapi rasanya aku nak ubah sedikit tag ni menjdi lebih serasi dengan diriku ini.. hohoh nak tau macam mana aku ubah?? Read the rest of this entry »

statistik topotato.com…

November 11th, 2008 22 Comments   Posted in Blogging

post ni ditulis sebab en myadlan cakap dia nak tengok stats aku.. kononnya nak carik inspirasi.. pada awalnya aku blur.. stats apa yang dia nak tengok ni.. adeh.. kalau stats tu bersamaan dengan status.. status aku single.. hahaha kalau stats tu bersamaan dengan statistik.. hohoh sem ni aku tak amek lagi subjek tu.. semester depan baru nak belajar.. jadi aku andaikan dia nak tengok statistik blog ni la kot.. hohoh pada awalnya aku agak keberatan nak tunjuk.. tapi sebab aku memang suka menunaikan permintaan pembaca.. aku tunjuk jugak la.. tanpa korang siapa la aku.. hohoh… jadi pasni kalau ade sesiapa lagi nak suruh aku tunjuk apa-apa.. sila lah. hahaha kalau mampu nanti aku tunjuk.. kalau tak.. korang berangan je la ye.. =))

aku tak tau la macam mana statistik ni boleh memberi inspirasi kepada kamu wahai en myadlan.. sebelum tu biar la aku nyatakan dahulu.. aku ni masih lagi newbie.. jangan la kecewa jika tak memenuhi kehendak korang ye.. hoho jadi inilah statistik blog topo.. Read the rest of this entry »

adeh tag 21 tentang buat duit, blog dan topo…

November 9th, 2008 15 Comments   Posted in tag

hohoh seperti yang pernah aku war-warkan dahulu.. aku ada banyak tag yang tertangguh.. ohohoh kalau tak silap ada lebih kurang tag yang perlu aku jawab.. hohoho sementara ada kesempatan ni aku akan menjawab satu tag yang dihadiahkan oleh en TITAN kali pertama aku buat tag yang ada berbaur IM ni.. hoho aku pon macam tak percaya je kena tag ni.. hohoho

dipersembahkan.. 21 tag tentang buat duit blog dan topo.. hohoho sila la baca dengan khusyuk dan tawaduk ye.. Read the rest of this entry »

dapatkan trafik cara topo: #1 innit

November 8th, 2008 34 Comments   Posted in Blogging

hohoh 2 paper dah habis.. dan paper seterusnya ada gap seminggu.. so tiba la masanya untuk update blog.. ok sering kali orang tanya pada aku macam manan nak popularkan blog.. macam mana nak dapatkan ramai visitors dan sebagainya.. tapi selama ni aku tak berani nak cakap sebab sebab aku masih lagi newbie.. tapi sekarang ni aku rasa tak salah sekiranya aku kongsikan serba sedikit cara aku dapatkan trafik ke topotato.com ni.. so mulai dari post ni.. ada ada beberapa siri post cara-cara untuk mendapatkan trafik dengan menggunakan style topo.. hohoho mungkin cara ni agak biasa dan korang semua dah tau.. tapi mungkin ada jugak yang tak tau.. so tak salah untuk aku berkongsi rasanya…

ok untuk post pertama dalam siri ni.. pendedahan mendapatkan trafik menggunakan innit.nuffnang.com . ok mungkin ramai yang tau pasal innit.. innit adalah tempat untuk submit post terbaru korang bagi tatapan semua orang.. syaratnya.. korang perlu letakan iklan nuffnang dan jadi gliterrati member.. baru  la korang boleh menggunakan perkhidmatan innit.. tapi dalam post ni… aku tak nak dedahkan cara mendapat trafik dengan submit post korang pada innit.. tapi aku ada cara lain yang lagi berkesan dari tu.. Read the rest of this entry »