33 comments
Trackbacks/Pingbacks
- statistik topotato.com... | topotato.com - [...] ni ditulis sebab en myadlan cakap dia nak tengok stats aku.. kononnya nak carik inspirasi.. pada awalnya aku blur.. ...
hohoh 2 paper dah habis.. dan paper seterusnya ada gap seminggu.. so tiba la masanya untuk update blog.. ok sering kali orang tanya pada aku macam manan nak popularkan blog.. macam mana nak dapatkan ramai visitors dan sebagainya.. tapi selama ni aku tak berani nak cakap sebab sebab aku masih lagi newbie.. tapi sekarang ni aku rasa tak salah sekiranya aku kongsikan serba sedikit cara aku dapatkan trafik ke topotato.com ni.. so mulai dari post ni.. ada ada beberapa siri post cara-cara untuk mendapatkan trafik dengan menggunakan style topo.. hohoho mungkin cara ni agak biasa dan korang semua dah tau.. tapi mungkin ada jugak yang tak tau.. so tak salah untuk aku berkongsi rasanya…
ok untuk post pertama dalam siri ni.. pendedahan mendapatkan trafik menggunakan innit.nuffnang.com . ok mungkin ramai yang tau pasal innit.. innit adalah tempat untuk submit post terbaru korang bagi tatapan semua orang.. syaratnya.. korang perlu letakan iklan nuffnang dan jadi gliterrati member.. baruĀ la korang boleh menggunakan perkhidmatan innit.. tapi dalam post ni… aku tak nak dedahkan cara mendapat trafik dengan submit post korang pada innit.. tapi aku ada cara lain yang lagi berkesan dari tu.. memang innit dapat membantu dapatkan trafik jika kita submit post di innit.. tapi cara itu berkesan jika post korang berjaya dapat top 10 je.. nanti sure melompat-lompat trafik korang.. tapi masalahnya bukan senang beb nak dapat top 10.. aku pon pernah 4-5 kali je tempat pertama dalam innit dan masa tu memang meletup habis trafik aku.. hohoh
kenapa?? hoho sebabnya.. setiap minit ada banyak post yang disubmit di innit dan susah kadang-kala tu orang tak perasan pon post yang kita submit.. tambahan pulak jika post tu terlalu biasa dan takde daya penarik.. lagi la orang buat-buat tak perasaan je.. satu lagi.. majoriti mereka yang menggunakan innit ni adalah blog-blog yang berbahasa Inggeris sebab pembaca innit bukannya datang dari Malaysia.. malahan juga dari Singapore dan Philipina.. jadi lagi susah la post korang untuuk mendapat nang yang tinggi dan dapat top 10 sekiranya post korang berbahasa Melayu..
dan satu lagi sebab kenapa susah nak dapat top 10 di innit adalah kerana terdapat sekumpulan nuffnangers yang akan nang rakan-rakan mereka sendiri.. hoho so bila rakan dirang submit post je.. sekejap je dah ade 10++ nang dan menyebabkan orang lain turut tertarik untuk nang sekali.. wal hal post tu bodoh je.. hehehhe
hohoho panjang la plak aku marapu.. ye la.. dah sangap beb.. lama tak update.. ok jadi apa caranya untuk dapatkan trafik yang best dari innit?? ok aku mengamalkan 2 cara..ia berkesan pada aku.. cuba la.. mungkin berkesan pada korang jugak.. hoohoh
cara pertama.. aku nang semua post di innit.. terutamanya post-post terbaru dan menjadi orang pertama yang nang post tu.. hoho pasti penulis yang submit tu nak tau siapa orang pertama yang nang post mereka dan akan melawat blog korang.. tapi kalau bukan yang pertama poon takpe… sebab memang menjadi kebiasaan mereka melawat semua blog yang nang post mereka… hohoh kalau blogger tu lebih bersopan lagi.. dia akan ucapkan terima kasih sebab nang post mereka..
kelemahan cara ni.. ok cara ni sesuai untuk letupan sekali sekala je.. melainkan koran rajin nak buatnya setiap hari.. hohooh tapi tahap keberkesanannya tak dijamin la ye.. dan satu lagi.. visitor yang datang dengan cara ini berkonsep datang dan pergi.. hohoh mungkin akan ada 2-3 orang je melekat dan baca blog korang.. dan mungkin tiada langsung.. hohoho
glosari:
nuffnang: web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan di blog
innit : sejenis aggregator sama seperti negaraku.net di mana korang perlu submit secara manual post terbaru dari blog korang
nang: sama seperti fave it.. kalao orang suka pada post yang korang submit mereka akan tekan nang.. kalao diorang tak suka dirang akan tekan dang.. post popular adalah post yang paling banyak mendapat nang…
ok aku rasa cukup la sampai di sini je post pertama dala siri dapatkan trafik cara topo ni.. sekiranya korang rasa cara ni agak menarik dan dapat membantu para newbies.. sila la tekan butang fave it dan langgani rss feed blog ni untuk mendapatkan post yang berikutnya dalam siri ini.. hohoh korang jugak digalakkan untuk follow topo di twitter. hohoho tapi kalau korang rasa cara ni tak best dan tak patut di teruskan.. hohoh sila la beri komen di bwah ye.. supaya nanti aku tak syok sendiri dan melanjutkan siri ini.. ohohoho
erm .. langgani rss pon salah satu cara nak naikkan traffic
———-
topo: tu nanti masuk episod 3 atau 4 atau 5.. hohooh
aku suke klik kt dang…
haha….
:upin02:
———–
topo: cara tu pon berkesan gak weh.. hoohoho
Berkesan mmg berkesan… tapi memenatkan o:-) byk lagi cara lain…. salah satunya adalah….. |-)
———-
topo: memang banyak cara.. hoohoh sebab tu la aku cadang nak buat bersiri.. meman penat.. sebab tu la aku cakap boleh buat sekali sekala je…
nak naikkn tarfik kna guna keyword nakal, kahkah…
ps : bnyak benda kna buat, huhu aku pun rasa mcm2 da buat. mmg besh bila org minat blog kita.
———-
topo: blog ko mmg ramai peminat dah pon.. hooho
aku skang ni.. maseh dalam dilema, nak bagi website aku hot sbb aku buat, or sebab content aku.. most of the time, i prefer my content yang akan tarik diorang datang.. rasa keikhlasan tu sket. hehehe.
———-
topo: hohoh cara ni untuk buat sesi pengenalan dulu.. nnt baru la wujudkan reader yg ikhlas.. hooho
mmg ssh dgn innit ni…bygkan dlm sesaat tu, rmai bagai nk rak org post..so post kita asik terkebelakang je..org xsmpat pun nk tgk..org jarang nk tgk kt page 2, page 3 n seterusnya..
———-
topo: sebab tu la aku menggunakan kaedah melawat.. bukan menghantar.. hohoho
byk cara nak naikkan trafik ..rajin dgn tak je hehe
———-
topo: yup tepat sekali kata-kata mu itu en zamz
aku ta paham pape
aku baru nak berjinak2 dengan innit…
tapi cara paling senang dapat trafik adalah isu panas la geng… tapikan, kadang2 aku kesian nak tulis gosip2 kat blog aku, ntah betul ntah tidak… kita bukan tau hujung pangkal pon kan?
———-
topo: hohoh aku tak tau camne nak tulis gossip beb.. sure tak jadi punya la kalo aku bergosip ;;)
sokong abdusfauzi.. datang dengan keikhlasan.. hehe..
owh.. cara en marzuki itu sangat jahat.. haha.. (padahal aku pon (kadang2))
innit nie cam lembab loading ar..
gpon tak letak pon iklan dorang..
———-
topo: hohoh aku pon sokong jugak bab keikhlasan tu.. tapi cara ni aku guna bila nak letupan trafik express.. hoho
bodoh piang punya topo.. tak habis² dengan hohohoh…
———-
topo: hahahah :d best la nama ko… hohhoho
ooo… x tau pun kita boleh dapat tau sapa nang kita… camna nak check ha?
———-
topo: klik kat no jumlah nang tu.. tak pon klik pada komen.. nnt ada la tunjuk siapa yang nang.. dengan komen sekali kalu ada..
wat grup klik ads nuff ok gak ni..hohoho:ehsan01:
———-
topo: jangan la macam tu beb.. macam tak elok je buat grup click ni.. macam meniou je.. hohoh just my 2 cent..
hohoho gurau je bro..
yang tak best pasal innit, ko kene jadi gliterrati. Meng-anak-tiri-kan orang yg bukan gliterrati. Lagi satu, aku rase bodoh la innit tu. Post kt situ tak bole blah, satu contoh yg masuk top 10 “Gay Picture or Me and Josh”. Byk mende lain yg bole disensasikan.
———-
topo: yup tepat sekali.. memang banyak post yang tak boleh blah kat situ.. sebab wujudnya geng nang sesama sendiri.. hohoh tu la ntah post ape kejadah ntah pon boleh dapat top10 gak..
innit mmg berkesan utk trafic. tp tgk post cmne la. kite ramai yg tulis melayu. sedangkan kt innit ramai cina mesia, singapore, phillipine. kdg2 nk post pn kne title2 yg menarik perhatian golongan diorg la. sbb tu ak suke post tajuk yg kontroversi je
———-
topo: yup memang betul.. aku pun jarang submit kat innit.. hoho cam tak berbaloi je..
hehehe…newbie pun ko masih bawah sejuta gak Alexa ko. hehehe. thanks utk tips. tak pernah buat innit. ekekeke
———-
topo: ala rank alexa tu sekadar number je beb.. hohohoho
aku rasa aku pernah layan innit neh sekali dua adjer. haha :upin01:
aku tinggal jejak je topo. p blog orang pas tu komen.huhu.. sebab tu blog aku tak ramai org p. huhu:upin02:
tp maklumat ni bergune r..ko teruskan lah utk siri seterusnya..
Ooo.. ko layan innit ek.. Bagus2..
Aku baru je jadi glitterati..
Tapi betul cakap ko.. kalau topik tak best..
dia meletup kejap je
hehe. ada macam2 cara nak dapatkan traffik. Tapi innit hanya untuk geliteri nuffnang member aje yg leh pakai. member biasa tak bleh..:upin01:
ooo macam ni..skang jugak aku ker init.nuffnang.com..thanks topo..
———-
topo: jangan la amalkan selalu sangat ye.. hohooh
pernah submit kt innit 3-4 kali
tak best…tajuk yang seksi dan nakal je top
bila klik, baca hampeh!
tak de qualiti
———-
topo: yup betul tu… diorang dapat top sebab ada gang nang tu la. hoohoh
salah satu lagi cara. rapatkan hubungan ngn diorang. kt ningchat tu try la join2, sembg ngn diorg, bodek2 sket. klu da rapat, secara x langsung diorg akn tlg nang utk kite. xyah minta diorang nang pn. atas dasar friendship. ak pn xde la ramai sgt. dlm 6-7 org je geng2 innit.
———-
topo: aku susah nak masuk la beb dengan org2 kat tempat chat tu.. hoho rasa cam alien plak..
menarik. walaupun kadang2 terasa makan masa jugak wat benda2 nih.. topo nk tgk stats kamu boleh? nk cari inspirasi
———-
topo: stats ape yang ko nak tengok ek.. hohoh kalau visitors tu nanti2 la kot.. masih belum boleh dibanggakan lagi la.. hohoho
taktik lama akoo nie. pegi nang orang byk.
cara kedua adalah… topik kena lucah skit. br org teruja nk klik. sekian!
———-
topo: aku tak nak mengecewakan org dengan tajuk yg panas beb.. tapi isi suci murni.. hoohoh
wahaha. itu murni la. menanges dia org nnti. tp dah lama akoo xwat kije camtue. SEO pun akoo xletak ape dah skang. hahah! kendur da sket. akoo jenis yg teruja sgt cpt dan sejut pun lg cpt yg amat! :mail01:
———–
topo: hoho ye la ko kan dah insaf sekarang.. dah jadi sweet dah.. hoohoh baru la dokter-dokter cinta suka.. hohhoh
camna nak jadi glitterati member ek?
———-
topo: letak ads nuffnang.. pastu sila astikan takde ads lain yang datang dari asia tenggara terpampang di blog kamu.. ohohoh
oo topo..itu macam..patut la aku tak npk butang register…lam blog aku ada advertlets la plak…hehe…hampeh…
maknanya teknik ko ni bleh gak la nak aplikasi kat negaraku.net sbb ada tab who fave it.mesti ko dah buat ni :fizi01:
———-
topo: kat negaraku aku tak pernah buat beb.. sebab blog2 kat situ semua mostly memang aku dah biasa lawat.. lagi satu tak cukup ramai orang yang submit kat negaraku..hohoho
wahh..menarik ah..post kau kali ni..:upin02:
syabas dan tahniah..huhu
Assalamualaikum.. boleh saye tahu bagaimana caranya untuk meningkatkan pengunjung ke laman web saye di 123soeasy.info ? Saye membekalkan software untuk memuat-turun filem yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah. Hanya dengan RM99 sekali dalam seumur hidup anda dapat memuat-turun segala filem atau klip video yang anda inginkan selama ini. Projek ini adalah projek pertama saye jadi tolonglah berikan sokongan kepada saye. Terima kasih banyak saye ucapkan awal2 kepada semua..
thanx, ur info 2 baik. ada paham ckit la..