top commentators contest di blog chekdet?? biar betul!!!

Reviews October 19th, 2008

hohoho meletup tak tajuk ni?? seperti yang korang tau. aku kan memang gemar menyertai contest atau pertandingan yang dianjurkan di alam maya ni.. hohoh dan sekarang ni aku sedang bertungkus-lumus menjadi jurukomen tip-top di blog CekDet.. hohoho biar betul chekdet buat contest?? =)) ya memang betul beliau ada menganjurkan contest jurukomen tip top di blog beliau.. tapi CekDet yang aku maksudkan ni bukanlah bekas perdana menteri kita Tun Dr Mahathir.. hoho kalau la beliau yang anjurkan.. dan confirm-confirm beratus ribu komen kat blog dia.. habis tu CekDet mana plak yang buat contest ni?? hohoh mari kita terjah…

hohoh blogger yang aku maksudkan ialah Syed Hafidz Al-Nashreaq B. Syed Mahadzir.. tapi kononnya dia juga lebih mesra dengan panggilan ChekDet.. hohoh nak tau sebabnya?? kononnya dia merupakan pemimpin pelajar sejak dari zaman sekolah dulu,.. dan memandangkan dia sering bercakap ala-ala Tun Dr Mahathir.. maka rakan-rakan pon memanggil dia ni ChekDet.. hoho tapi aku masih tertanya-tanya.. macam mana gaya percakapan Tun ye?? #-o

ok cukup la pasal pengenalan pada blogger berkenaan.. apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tentang contest jurukomen tip-top topo yang dianjurkan oleh saudara syed ni.. hohoho contest ni agak mencabar berbanding contest yang pernah aku sertai sebelum ni.. kanapa?? hohoho peserta dimestikan menulis komen tidak kurang dari 20 patah perkataan.. jika tidak komen tu tak akan dikira.. hohoh sangat mencabar sungguh.. selain tu peserta juga mesti mempunyai sekurang-kurangnya 70 komen baru la layak untuk bergelar pemenang.. hehhe

walaupun pertandingan ni agak mencabar.. tapi aku tetap memberi saingan yang baik.. hohho aku kan memang suka akan cabaran ni..:D. hadiah dia lumayan beb.. tempat pertama dapat RM100 tu dan juga hadiah misteri…. hohoho tak ke lumayan tu.. tempat kedua-kespuluh pon dapat hadiah jugak.. kalau korang nak tau apa hadiah yang ditawarkan sila la melawat sendiri tuan empunya blog..

ooo ya aku terlupa.. contest ni akan berakhir pada 31 Okt ni.. hohoho masih sempat lagi kepada sesiapa yang berminat.. mintak maaf la kalau agak terlambat aku inform tentang contest ni.. ye la korang pasti tahu bukan tentang kesibukan yang melanda diriku ini.. sekali lagi seribu kemaafan dipinta.. tapi masih sempat lagi kepada mereka yang benar-benar berinat.. so sila lah terjah blog chekdet ini ya..

21 Responses to “top commentators contest di blog chekdet?? biar betul!!!”

  1. KNizam says:

    aku dah agak dah. baru nak comment pasal chedet bukannya chekdet. hehe :upin01:

    [Reply]



  2. shaxx says:

    x larat aku…heheh
    ———-
    topo: xpe.. serah je pada topo.. hohoho

    [Reply]



  3. |1f34|-|1r3 says:

    celakes…ko nyer comment la plg banyak…ko la plg berpeluang nak menang camni…hehe :upin02:
    ———-
    topo: lalalalala :ehsan01: tapi yang lg 2 org tu asik maen kejar2 je ngan aku.. hohoho

    [Reply]



  4. kita says:

    fuhhh..aku ingat betul dah tadi ….hampehhhh
    ———-
    topo: 😀 hoho mula2 aku pon ingat betul gak.. hehehe

    [Reply]



  5. zariel says:

    oooo… dah nak menang baru nak inform ye… :p
    ———-
    topo: mana ade :D.. kalao ko tengok kat blog tu.. berpuluh-puluh komen aku bertarikh hari ni.. hohoho aku pon baru start.. 😀

    [Reply]



  6. Adry Sabry says:

    hahaha… dulu Ustaz Akhil slalu ajuk cara cakap Tun Mahathir.. hehehe

    [Reply]



  7. Marzuki says:

    aku pun nak buat contest, tapi contest wtf la
    ———-
    topo: xsanggup aku nak sertai contest wtf ko tu la.. hohoho

    [Reply]



  8. ielamorry says:

    :upin02: aii..nak join gak ley? hehe ;))
    ———-
    topo: sila la… hohoho

    [Reply]



  9. nikillas says:

    hahaha.. teruskan usaha.. mana tau boleh menang.. cayok2..!!
    ———-
    topo: ni tengah teruskan dengan sedaya upaya la ni…

    [Reply]



  10. Kak Ros says:

    cis. kak ros kena teapooo! :kakros:
    ———-
    topo: bukan niatku utk menipu kak ros.. hohoho

    [Reply]



  11. Adila says:

    aku sokong topo je la
    nanti hadiah bahagi la ngan kitorang ye NGIAHAHAHAH
    ———-
    topo: lalalala hohoho lalalalalal lagi sekali…

    [Reply]



  12. x-po shop says:

    akan ku mengalahkanmu wahai en topo:fizi01:

    [Reply]



  13. chokilala says:

    tau da tgh bulan. mana leh nak kejar ko

    P/S : aku baru pasan blog ko ni da xpakai songkok n xmain bunga api lg. hahaa

    [Reply]



  14. zamz says:

    kelakarnya kalau chedet buat pertandingan komen tuh..mesti tun salleh abas yg menang dgn komen dia haha

    [Reply]



  15. emme says:

    adus ko ni memang la…

    wah2… sekarang musim buat contest la.

    [Reply]



  16. aflife says:

    ehm. baru tengok. tak larat nak kejar top 4 tu..

    [Reply]



  17. x-po shop says:

    smpt lg bro..jgn mudah putus asa..hehe set n go:ipin02:

    [Reply]



  18. abdfatah says:

    wahahahaaa… semakin menarik persaingan yang sengitnya… moga maju jaya…
    ———-
    topo: yup memang dah sengit gile sekarang ni…

    [Reply]



  19. myadlan says:

    wa.. topo bikin aku percaya je bulat2.. tidak…

    takpe2.. aku pun memang sedang mencari idea utk wat contest sok ni..
    ———-
    topo: ko pon nak buat contest??? hoho bagus2. nnt inform sekali kat aku ye..

    [Reply]



  20. bd fabregas says:

    kalo chedet wat contest camne la nak memilih pemenangnye ee..
    bape ribu komen tu..

    [Reply]



Trackbacks

  1. Blog Syed Hafidz | Nota Maya Usahawan Internet Muda | Tips & Trik Perniagaan Internet | Kisah Mahasiswa Pendapatan 4 Angka Sebulan » Pemenang “JuruKomen TipTop” Annual Contest

Leave a Reply