mengenali apa itu UTeM Bloggers United bersama topo..
mengenali apa itu UTeM Bloggers United bersama topo..
Oct 26yubiyu adalah singkatan kepada UTeM Bloggers United (UBU) yang diwujudkan pada Mac 2008 (12 Mac 2008) untuk tarikh lebih tepat.. ditubuhkan oleh blogger UTeM topo dan razifmustapha dengan kerjasama yang baik oleh bloggers UTeM lain yang cool.. komuniti ini tidak didaftarkan pada mana-mana badan berkanun dan juga badan-badan kerajaan di Malaysia… logo dicipta oleh saudara razifmustapha dan dihijaukan oleh topo.. hohoho warna asal adalah biru.. dan topo benci biru..
untuk melihat senarai blogger yubiyu yang berjaya dikenal pasti.. sila klik sini.. atau pon di blog razifmustapha dan juga di blog chokilala
Misi dan Visi penubuhan..
bertujuan untuk menghimpunkan komuniti bloggers yang belajar di UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) tak kira samada yang sedang ataupun telah tamat belajar.. tidak sesekali terlintas niat kami mewujudkan yubiyu untuk kepentingan masing-masing dan tak juga berniat untuk menimbulkan huru-hara dan pertelingkahan yang mampu menggugat keamanan negara…
yubiyu tidak mempunyai laman web rasmi atau blog rasmi kerana masing-masing mahu menumpukan sepenuh kasih sayang pada blog masing-masing.. =)) adeh.. penat taip formal ni… aku ada membina satu web aggregator yang memaparkan post-post terbaru dari blogger UTeM yang berminat untuk disenaraikan…. web tu dibina menggunakan lilina dan boleh dicapai dengan menggunakan alamat http://yubiyu.co.cc .. tapi web tu sangat tak stabil kerana menggunakan domain percuma co.cc dan juga menggunakan hosting lama aku yang selalu down tu..tapi kalau ada yang nak sponsor satu domain dengan hosting yang best.. aku akan menerima dengan hati yang terbuka.. hohoho dan pada cuti semester ni kalau tiada aral melintang aku nak naikkan aggregator yubiyu ni dengan bantuan seorang blogger yg juga pelajar UTeM. dan mungkin akan membeli domain name sendiri..
hohoho sedikit pon tak terlintas di benak aku untuk mengaut trafik mahupun keuntungan menggunakan keyword UTeM bloggers, blogger UteM, blog UTeM mahupun seangkatan dengannya..sebab itulah tiada iklan nuffnang mahupun adsense di yubiyu.co.cc.. hohoh hanya sekadar mahu mengumpulkan blogger UTeM dan juga saling mengenali mereka..lepas tu boleh lepak kat cafe sama-sama membincangkan perihal dunia blog yang mencabar ini..
)
cita-cita aku untuk yubiyu ni banyak sebenarnya.. teringin gak aku jadikan yubiyu ni salah satu persatuan rasmi kat UTeM.. tapi takut nanti kami para bloggers akan dipantau.. dan masing-masing menjadi semakin tak selesa untuk menulis.. dan terikat dengan peraturan di UTeM.. hohoh jadi biarlah ia tidak bernaung di bawah mana-mana pihak.. hahaha kenapa la macam poyo serius sangat penulisan kali ini.. hohoh ini lah agaknya bahana kesan dari lama tak mengupdate topotato.com ini.. hohoho
akhir sekali.. satu nasihat aku kepada ahli-ahli yubiyu sekalian.. dan mungkin juga blogger-blogger lain yang masih lagi menuntut di mana-mana pusat pengajian tinggi mahupun sekolah.. memang la blog sebagai tempat meluahkan perasaan.. tapi janganlah sampai memburukkan nama Universiti kita atau memburukkan orang lain..dan jangan la memandai-mandai keluarkan apa-apa statement yang panas =)) dan menyebabkan U kita dipandang serong oleh pihak yang tak tahu apa-apa pon tentang U kita.. hoho kalau aku sebut UTeM entah berapa kerat je tau nama universiti aku ni..biarlah kita semua jadi duta kecil U kita yang mempromosikan tempat kita menunutut ilmu..:x
walaupun tempat belajar kita tak best ke.. menyakitkan hati dan sebagainya.. banyak lagi saluran lain yang korang boleh gunakan untuk meluahkan perasaan atau rasa tak puas hati.. tulis kat blog pon bukan ramai pon orang yang baca.. apa yang aku tulis panjang-panjang ni pon rasanya ada yang baca separuh jalan je.. hohooh dan macam agak mustahil la dekan hal ehwal pelajar nak baca blog kita .. apatah lagi chanselor.. dan menyebabkan luahan perasaan atau masalah korang tak ke mana pon.. lama-kelamaan ditindan oleh entry baru yang meletup.. hohoh
adeh.. apa yang aku merepek panjang-panjang ni.. hoho rasanya berapa ramai yang baca post ni dari awal sampai habis ye.. sila angkat tangan..:)] hoho cukup la sekadar ini sahaja.. di kesempatan ini topo dari topotato.com ingin mengucapkan selamat hari deepavali kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya esok hari bersamaan tarikh 27 oktober 2008.. nanti jangan lupa bagi aku maruku ye.. hohohoho
Post yang berkaitan:
- mengenali apa itu domain bersama topo….
- topo jadi fasi UTeM…
- minggu haluan siswa UTeM #1..
- mengenali sukan olimpik bersama topo…
- mengenali kota A Famosa bersama topo…




Huhu ..
sape blogger yg nak tolong ko tuh ?
———-
topo: ko nak tolong tak??
saya baca habis. yea!
p.s: aku ade baju yubiyu. sermat!
———-
topo: aku pon ade jugak.. hohoho
wah… memang satu langkah yang baik untuk membentuk komuniti bloggers di pusat pengajian kau. syabas!
———-
topo: sekarang tengah nak optimumkan dia…
Aaa..saya tau ada member matrik saya geng UTEMBlogger jugak. Tapi sampai sekarang saya tak tau mana satu blog dia. Huhu. :ipin01:
———-
topo: apa nama kawan ko?? mana tau kot2 aku kenal ke..
utem ni kat melaka kat mana eh ?
kat area mitc tu ke eh ?
———-
topo: ada 3.. satu kat area2 mitc.. satu kat durian tunggal.. satu lagi btol2 kat tgh bandar..
ari tu aku masuk utem yg kt selandar tu.. masih under constuction..
anyway, best gak kalo dpt bentuk komuniti blogger ni.. cadang nk wat satu la utk UMP..
———-
topo: entah sejak bila la ada UTeM kat selandar ni.. adeh.. dah salah tu..
wah topo yg rajin….
ak bc smpai abes tau…
———-
topo: tahniah.. hoho ko lagi la rajin nak baca..
topo memang terbaek, salih tak tumpah macam sudirman. hah? ape kena mengena sudirman dgn ko topo? haha eh? mana ko dapat baju yubiyu encik abdusfauzi?
———-
topo: apa kaitan la dengan sudirman…
si abdusfauzi tu seludup kot.. tak pon ade awek kasik kat dia.. hahaha
X ‘kawan’ aku dulu belajo kat UTEM…
Aku selalu lalu2 depan UTem kalau nak pegi ke Krubong,,
N dulu ada apply keje kat UTem n tak penah dipanggil..
Bengong je rasa
———-
topo: “kawan” hohohoho
aku baca separuh je topo, hha
:mail01:
aku baca sampai abes. tahniah untuk aku! :ehsan01:
dlm misi dan visi penubuhan, line num 2. universiti teknikal melaka? ko da lama hidup ke? sila edit. student sendiri silap letak nama. ceit
sape nak support domain dgn hosting? meh aku support domain. hohoho(gelak topo)
)
aku nak wat satu komuniti blogger utk diri aku sendiri…boleh ? haha :mail01:
aku baca jugak smp abes.. tak pernah tau psl news aggregator tu smp la bukak website yubiyu tu..
sama jugak la dgn iiumbloggers.com.. tapi kitorg dengan sesuka hati nk complain jugak psl uni.. jahat tak?
hehe nape upsi xda ek?? :kakros02:
———-
topo: sebab ko tak buat.. hohooh
wow… nice… aku sangat suka kalau komuniti blogger diwujudkan… makin banyak makin meriah.. hehehe
ape kate upin pki pligg. leh wat site cam digg!
———-
topo: pligg tu kena submit manual la.. aku nak yang auto detect..
saya baca sampai habes!
hehe
niat suci mu itu sgt dihargai.ku tak mahu dipantau kerana berBLOG.hehe
———-
topo: aku pon tak nak jugak.. hohooh
wah..ramai gak blogger UTEM ek smpai leh wat community..
panjang giler..xlarat aku bc..
———-
topo: ramai lagi yang tak dapat dikesan.. hoho saje buat entry lepas geram panjang-panjang…
smlm….jiran aku wat kenduri ….dan, aku nampak kereta bersTikerkan uTeM ..lantas aku teringat ko:upin02:
———-
topo: hohoh bagus tu.. ingat UTeM ingat la topo.. hohohoh
aku baca smpai abes jugak *applause*:kakros:
)
———-
topo: tahniah.. anda antara kanak-kanak terpilih..
:ipin01:
Satu lagi pertubuhan yang tidak berdafter bakal diharamkan oleh Syed Amit Albab…
———-
topo: tak dapat punya nak haramkan.. hoho sebab takde HQ.. hohoho
hashim habeed
nak haram kan pertubuhan haram mane lak niey?
UTeM…ermm…inilah Universiti aku blaja dulu…aku 1st batch kat sini…aku tak tau mungkin ko ni junior aku atau satu batch ngan aku…hehehehe…dahulu dikenali Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)…bukan main susah nak menyebutnyer….tempatnyer dulu di Ayer Keroh Melaka…satu langkah yang baik menghimpunkan blogger Utem..aku sokong…
Boleyh tanye?
sy di twarkan kursus dip mechanical eng kat Utem
tarikh daftar 28hb jun neyh
Okay tak U neyh?
i mean, saya tak brapa minat mechanical
dpt offer matrix jugak kat malacca
tatau nape dua2 rezeki kat malacca
skarang nga wat kputusan
pening
;(