5 perkara yang topo suka tentang hari raya aidilfitri…

Life, tag September 30th, 2008

hohoo aku pun dah tak tau ni post yang keberapa sempena hari raya ni.. tapi aku masih lagi nak buat post hari raya jugak.. ok memandangkan esok hari raya.. topo nak buat tag yang disedekahkan oleh saudara marzuki jalil yang kononnya kacak tapi mempunyai masalah kekurangan berat badan…hohoho menarik gak tag ini…  boleh jugak nak explore tentang sambutan hari raya rakan-rakan blogger yang lain..  lagi pon dah tak tau nak buat ape lagi sempena raya esok ni.. hohoho rasanya semua dah siap sedia dah.. 😀 ok terimalah.. 5 perkara topo suka tentang hari raya aidilfitri…

hari raya banyak cerita best kat dalam TV..

hohoho secara jujurnya.. aku suka hari raya aidilfitri sebab banyak cerita-cerita best kat televisyen tempatan  hohoh tak payah ade kuali astro pon takpe… lagi satu masa-masa raya ni la banyak filem-filem Melayu yang baru je beberapa bulan keluar kat pawagam.. hohoho jimat duit aku.. tak payah membazir duit beli tiket wayang dan aku memang dah lama tak beli cd cetak rompak.. hohoho lagi pon banyak filem-filem Melayu masa kini hanya buat sekadar cukup syarat je.. bukan nya best pon.. kalo beli tiket wayang peratus kekecewaan aku akan sangat tinggi.. tapi satu benda yang pasti.. raya ni aku nak tengok KAMI THE MOVIE kat pawagam yang berhampiran.. hoho tayangan bermula pada tarikh 1 Syawal ye..

hari raya banyak makanan yang best…

hohoho aku sangat suka hari raya sebab boleh makan macam makanan yang best dan sedap.. tapi yang paling best.. semua makanan tu percuma.. hohoho boleh la aku tambah kembali berat badan aku ni.. hohoh untuk pengetahuan.. sebelum bulan puasa hari tu. berat aku turun 5 kg.. masa bulan puasa ni aku tak tau la dah berapa banyak kilo dah turun.. so target aku pada raya tahun ni.. nak tambah balik berat badan.. sekurang-kurangnya 10kg supaya aku boleh mencapai berat badan yang ideal.. hohoho so kepada sesiapa yang nak buat rumah terbuka dengan makanan yang sedap-sedap tu.. sila lah jemput topo ye.. hhhohoho

hari raya banyak la kawan-kawan yang muncul..

hohoh seperti yang ceritakan kat post pasal kad raya maya hari tu.. aku dapat banyak kad raya maya dari rakan-rakan.. hoho dan kebanyakkan rakan-rakan tu semua dah lame dah aku tak dengar perkhabaran berita.. hohooh baru lah tau rupanya hidup lagi sipolan bin sipolan ni.. hohoohohoh

hari raya banyak dapat duit raya…

hahaha ni antara kesukaan aku yang paling suka.. hohoh walaupun umur aku dah lebih kurang 20an.. tapi aku masih lagi dapat duit raya.. hohoho jangan terkejut jika aku cakap tahun lepas aku dapat duit raya lebih banyak berbanding 10-15 tahun dulu masa aku beraya sakan satu kampung… hoho bila dah besar-besar ni. pakcik dan makcik aku bagi duit raya lagi banyak.. ye la budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak…hoho siap dah diasingkan utk aku dengan sepupu yang hampir sebaya sampul duit raya khas… dan dalam dia kekadang duit warna merah.. ada yang warna hijau.. dan ade jugak yang bagi beraneka warna.. hahahah

hari raya banyak masa untuk rehat…

hohooho masa hari raya ni memang banyak masa terluang.. hoho tak payah susah-susah nak fikirkan benda lain.. cuti raya beb.. tapi lepas habis cuti merana la nak siapkan assigment yang bergunung ganang.. hohoh lagi satu masa hari raya la masa untuk aku berehat setelah penat bekerja di bulan Ramadhan.. hohoh korang tau tak.. masa bulan Ramadhan la masa aku selalu kena kerahan tenaga buat kerja-kerja berat..

tahun ni aku dengan bapak aku dan yg lain-lain berjaya menyiapkan parking kereta kat rumah aku.. hohoh sebulan beb kerja.. bukan setakat pasang-pasang atap macam main pondok-pondok ye..seperti yang pernah aku cerita dulu.. bapak aku seorang mac gyver dan bertukang rumah juga termasuk dalam kepakaran beliau.. penat gila dowh.. lepas sembahyang subuh start keje.. pastu zuhur berhenti jap.. pas asar sambung balik.. berbuka stop kejap.. pas terawih sambung balik.. hohoo penat gila.. sampai tengok air bancuh simen tu pon terliur beb… aku boleh cabut masa aku ade kuliah je.. dan malangnya kuliah aku hanya ade hari isnin dengan selasa je..dan aku pon tak sampai hati tengok bapak aku keje sorang.. tapi kekadang tu aku lari gak.. hoohoh

hohooh tapi bila dah siap ni memang puas hati..hari ni first time aku nampak bapak aku tido masa petang bulan Ramadhan ni.. kalau tak sibuk bertukang je.. so hari raya ni aku nak ambil kesempatan utk berehat sepuas-puasnya..adeh panjang la plak poin ni..

aku rasa cukup la sampai disini sahaja tag ini.. dan kini tiba la masa untuk aku mengetag orang lain.. hohoho dah lama topo tak tag orang ye.. tapi yang agak celakanye manusia yang cipta tag ni.. tag ni hanya boleh dilanjutkan kepada blogger perempuan sahaja 😡 hahahha blogger lelaki tak boleh.. aku terkecuali sebab aku antara pelopor tag ni..

hohohoho ok aku nak pas tag ni pada aishahtur & Adila hohoh mereka berdua ni beraya kat perantauan… hohoh sekang ni dah raya dah pon kat sana.. nak tau gak camne raya kat sana.. hohoho selain tu nak tag jugak la kak riani.. hohoh tawau bloggers.. macam mana ek raya kat sabah.. ade beza ke dengan raya kat semenanjung?? adeh.. sape lagi blogger perempuan yang aku kenal.. hoho ya.. cik aniely. sila la jawab tag ini jugak ye.. best ye raya tahun ni..macam-macam benda org pos hohoho dapat selendang.. dapat duit raya rupiah.. cukup lah 4 orang je.. jika rajin sila la jawab ye.. hohooh

12 Responses to “5 perkara yang topo suka tentang hari raya aidilfitri…”

  1. Marzuki says:

    aku memang nak jawab tapi makruh lak nanti, ekeke

    amboi, awek je tag. haha, aku pun kat perantauan gak ni, kat sudan. ekekeke…

    selamat beraya.

    p/s : petang tadi aku termakan buah ceri, padahal arini aku puasa. nasib xbatal.
    ———-
    topo: ko yang soh tag awek je.. hohoho kopon nak raya kat sudan ye.. mane ko tau tak batal?? hahhah

    [Reply]



  2. cikgadis says:

    :ipin01:
    ai nama sayer ipin hehehe
    comey2..shuker sgtttttt!!

    [Reply]



  3. smaelz83 says:

    Hu~~ dah keje x dpt duit raya.. tp kena bagi plak pada sanak sedara..
    ———-
    topo: xnak keje la camni.. hoho

    [Reply]



  4. aniely says:

    aduih ……aku letih jawab tag la topo
    ———–
    topo: aku pon letih gak nak memberi tag.. hohoo

    [Reply]



  5. aman says:

    salam aidilfitri.
    ———-
    topo: same juga kepada anda…

    [Reply]



  6. myadlan says:

    amboi.. topo yang seksis.. bagi tag utk pompuan je..
    ———-
    topo: salahkan org yg cipta tag ni…

    [Reply]



  7. Adila says:

    ohohohho akan ku buat nnt…
    aku belum lagi pun makan ketupat rendang
    so klo jawab skrg sure negative je ahakz!
    ———-
    topo: hohoh mmg nak tgok yg -ve je…

    [Reply]



  8. zool says:

    Raya pada aku cutilah apa lagi…
    ———–
    topo: hohoho aku cuti sekejap je….

    [Reply]



  9. KNizam says:

    raya lagi la kurang masa berehat. hehe busy giler. hehe :upin02:
    ———-
    topo: hohohoh dah 2 hari dah aku dok melepak je tido kt rumah…

    [Reply]



  10. tivitune says:

    malam tadi aku tengok harry porter. Memang tak leh jalan raya la..:upin02:
    ———-
    topo: tu la psal.. walaupun aku dah torrent full 5 ep harry potter tu.. tp best gak tgok kt tv..

    [Reply]



  11. Adila says:

    nah tgk! http://adila.com.my/tagged-ape-best-pasal-raya/
    haha ku da jawab tag ni ye~ 😛
    ———-
    topo: ku sedang cuba baaca dengan khusyuknya…

    [Reply]



Trackbacks

  1. Against The Wind » Blog Archive » Tagged! Ape best pasal RAYA?

Leave a Reply