topo dah takde benda lain ke nak tulis selain upin dan ipin????

September 17th, 2008 69 Comments   Posted in Masterpiece, Reviews

adeh… ni post ketiga berturut-turut aku buat pasal upin dan ipin… aku patut hentikan la… sure korang bosan punya kan?? ok2.. blog post yang seterusnya takde kaitan dengan upin dan ipin.. betul2 tak tipu.. hohohoho ok blog post ni sekadar update dan tambahan kepada smiley @ icon pack upin dan ipin yang lepas… hohoho les copaque dah tambah lagi 2 smiley.. dah jadi 10 semuanya… hohohoho

http://www.upindanipin.com.my/download/smiley/kakros02.gifhttp://www.upindanipin.com.my/download/smiley/ehsan02.gif

aku dah update script die… so sila la amek script baru ini ya… lagi satu aku nak mintak maaf sebab script lama tu kehabisan bandwidth gambarnya… hohoho nak tau apa itu bandwidth??? nantikan post berikutnya…

ok selain itu… kepada yang menonton upin dan ipin… korang suka tak cara ehsan lead ucapan selamat pada cikgu dia??? hohoho aku suka gila.. berminat untuk jadikan ucapan tu ringtone korang??? hohoh kini tak jadi masalah… terima kasih kepada upindanipin.com.my serta tak lupa les copaque


Title
Format

Upin & Ipin Theme Song
.mp3
Upin & Ipin Theme Song (Long Version)
.mp3
Upin – “Betul Betul Betul”
.mp3
Ipin – “Ayam Goreng…”
.mp3
Tadika – “Selamat Pagi Cikgu…”
.mp3
Upin & Ipin – “Assalamualaikum..”
.mp3
Mail – “2 Singgit…”
.mp3
Jarjit – “Apa kamu buat ni…”
.mp3

*new
Upin & Ipin -“kak rosssss!!!”                .mp3                               download

* lagi baru.. sempena GENG The Movie Pengembaran Bermula

1. Upin & Ipin Geng Promo Ring Tone DOWNLOAD
2. Upin & Ipin Geng Promo SMS – DOWNLOAD
3. Upin & Ipin Geng Promo Voicemail- DOWNLOAD

adeh.. aku dah kena sindrom upin dan ipin yang serius.. siapa ade penawarnya??? atau lagi bagus.. kepada doktor-doktor cinta yang cun di luar sana.. tolong la aku ini…

upin dan ipin….fenomena baru rakyat Malaysia…

September 16th, 2008 15 Comments   Posted in Reviews

hohoho ni bukan post pengenalan kepada upin dan ipin…. hohoho tak payah nak buat post-post pengenalan lagi dah… aku rasa sekarang ni dah ramai yang tahu pasal animasi 5 minit yang amat menarik ni… hohoho tak keterlaluan jika aku cakap upin dan ipin sekarang dah jadi satu fenomena bariu rakyat Malaysia… hohohoh aku bukan cakap kosong… ayat aku ni disertakan dengan fakta dan pendapat..hohohohoho :upin01: Read the rest of this entry »

smiley pack upin dan ipin…

September 15th, 2008 81 Comments   Posted in Reviews

hohoh dah lama dah aku request benda ni dari webmaster upin dan ipin.. tapi sebelum ni tak pernah diendahkan.. tapi hari ni permintaan aku dimakbulkan… hohoh mempersembahkan smiley pack versi upin dan ipin.. ade 8 kesemuanya.. hohoh guna la sampai lebam
:upin01::ipin02::kakros::mail01::fizi01:
untuk pengguna blogspot.. ni script… terima kasih diucapkan kepada blogmenjerit untuk script tu.. tak tau camne nak pasang?? tengok kat sini.. kepada pengguna wordpress nah download la smiley pack ni pastu gunakanlah wp-grins ye…

aku baru je belajar guna script ni.. kalau icon senyuman ni tak jadi sila la inform aku dengan kadar yang segera…

adeh.. tetiba plak ade member aku mintak code untuk jadikan smiley ni comment kat friendster.. untuk tidak menghampakan ni code dia…

:upin01:

:upin02:

:ipin01:

:ipin02:

:kakros:

:mail01:

:fizi01:

:ehsan01:

setinggi-tinggi penghargaan kepada http://upindanipin.com.my

entry yang korang tak mungkin jumpa di topotato.com…

September 13th, 2008 10 Comments   Posted in Blogging

hohoho makin banyak keyword yang pelik masuk ke blog ni… aku pon tak tau la mana datangnya keyword tu kat blog ni.. ok untuk entry kali ni ingin aku nyatakan jenis-jenis post atau entry yang korang tak mungkin jumpa dalam blog aku ni.. hohoho tapi kalau tetiba sesat tu.. mungkin masa tu aku tengah mamai kot.. tak pon masa tu blog ni telah di hijack oleh pengganas-pengganas blog..dan mungkin aku telah dirasuk oleh hantu….=)) Read the rest of this entry »

macam mana topo boleh dapat nama topo…

September 12th, 2008 19 Comments   Posted in Life

hoohooho dah lebih 7 tahun aku guna nama topo… bila ade sesi suai kenal je.. aku cakap nama aku topo sume cam pelik je… hohoh sampai ade yang percaya aku cakap nama aku ahmad topo=)) hohoho ramai yang cakap nama topo ni cute…:c tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi definisikan cute tu… ramai gak yang tanya mana dapat nama topo.. dan biasanya aku jawab cerita tu dah jadi kisah epik dah.. hoho tapi pada post kali ni aku akan bukak balik kisah epik tu… hohoho terlebih dahulu aku nak nyatakan… kisah epik ni tak menarik pon… cukup lah sekadar untuk pengetahuan mereka yang sibuk sangat nak tau…hohoho Read the rest of this entry »

topo… nak kad raya…

September 11th, 2008 20 Comments   Posted in Reviews

kad raya Pictures, Images and Photos

hohoho sekarang ni dah semakin sibuk orang bagi kad raya… walaupun sekarang dah wujud teknologi email, sms,mms, dan apa lagi ntah.. tapi kita akan rasa lebih seronok jika dapat kad raya yang real punya.. hohoho.. aku rasa dah lama aku tak bagi kad raya kat orang… ntah la.. rasa cam tak de orang yang nak di bagi.. tahun lepas aku hantar sms je.. hohoho nak mms henset aku tak mampu menanggung teknologi tu.. tapi tahun ni aku terasa cam nak bagi kad raya balik la.. dan pagi tadi aku dapat satu sms dari awek cun kenalan masa matrix dulu yang berbunyi begini:

untuk topo….
ni alamat ak, wlaupun ko x nk ak nk bg jgak.
— alamat terpaksa dirahsiakan—-
pastikan kad raya clour pink dan Besar…Hehehe

aku terkaku seketika… hohoho lama aku tersenyum baru aku balas sms tu… hohohoho gadis yang agak cun dan comel ni berjaya bukak pintu hati aku nak bagi kad raya kat dia… hohoh esok nanti aku carik la kad raya yang pink dan BESAR….

hohohoho ramai jugak blogger2 lain yang nak bagi kad raya pada peminat-peminat mereka… korang pon teringin nak bagi kad raya banyak-banyak kat org lain ??? tapi masalah modal menjadi kekangan??? hohoho tak usah gusar…. kini korang boleh bagi kad raya sebanyak mana yang korang suka pada rakan-rakan dan peminat.. yang yang paling best.. ianya percuma!!! hohohooh

dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh enveluv.com korang boleh menghantar kad raya yang nyata.. kepada sesiapa sahaja di seluruh Malaysia secara percuma… hohoho sempena lebaran ni… mereka menyediakan beberapa design kad raya untuk korang pilih…

sekali lagi aku ulangi… ianya percuma!!! apa yang korang perlu lakukan hanya la mendaftar sahaja… hohoho sesi penghantaran berikutnya adalah pada 16 Sept 2008.. dan dijangka sampai pada 21-25 Sept.. hohoho sempat lagi sebelum raya…

p/s: jika ada sesiapa nak aku hantar kad raya kepada mereka melalui enveluv.com ni.. sila la beri alamat anda di contact page ye… jangan bagi kat ruangan komen!!!