kisah topo dan Ramadhan..

Life September 26th, 2008

walaupun Ramadhan semakin meninggalkan kita.. tinggal beberapa hari je sebelum syawal tiba.. tapi aku rasa aku nak menulis tentang kisah aku dan Ramadhan.. saje je nak mengimbau kenangan aku bersama Ramadhan.. mungkin boleh jadi ikhtibar.. dan mungkin juga boleh dijadikan modal untuk aku tersenyum sendiri.. atau hanyalah contengan kosong yang tak membawa makna langsung…terimalah.. kisah topo dan Ramadhan…

aku mula mengenal Ramadhan seawal usia 5 tahun.. masa tu aku masih belum betul-betul kenal lagi dengan Ramadhan.. bagi aku. Ramadhan hanya la sebagai sumber untuk aku mendapatkan duit bila Syawal tiba nanti.. jika aku bersama Ramadhan hingga ke akhirnya.. aku akan dapat duit lebih berbanding sepupu aku yang hanya mampu bersama Ramadhan 2 atau 3 hari sahaja.. itulah perspektif aku terhadap Ramadhan pada usia aku 5 dan 6 tahun…

bila aku mencecah usia 7 tahun.. aku dah semakin serasi dengan Ramadhan… ye la.. mungkin kerana sudah 2 tahun aku mengenali Ramadhan.. tapi pada masa ni.. pelbagai dugaan yang aku perlu tempuh untuk bersama Ramadhan.. ye la.. bersama Ramadhan beerti aku perlu menahan godaan makanan yang enak di kantin bila waktu rehat… itu tak termasuk aroma bekal rakan-rakan sama umur dengan aku tapi masih belum dapat menerima kehadiran Ramadhan lagi… tapi yang mnyeronokkan aku.. sewaktu aku berusia 8 dan 9 tahun.. aku bersekolah pada sesi petang.. habis sekolah je.. balik rumah dah dekat waktu berbuka…

bila aku sudah berusia 10 tahun.. bersama Ramdhan semakin mudah bagi aku… walaupun tiada lagi duit lebih semasa Syawal nanti.. tapi dugaan aku di sekolah semakin kurang kerana kebanyakkan rakan-rakan aku sudah mula boleh bergaul mesra dengan Ramadhan dan tak meninggalkan kewajiban sewaktu bersama dengan Ramadhan…

menjelang usia aku 13 tahun.. Ramdhan seperti sudah sangat sebati dengan aku.. tak perlu risau lagi godaan di sekolah.. walaupun aku bersekolah di sekolah berasrama.. tapi kehadiran Ramdhan sama sahaja kerana Ramadhan datang pada musim cuti sekolah.. beerti kau masih lagi dapat bersama keluarga bila Ramadhan datang mengunjung…

tapi ketika aku di tingkatan 4.. dugan bersama Ramadhan muncul kembali… buat pertama kalinya aku tak bersama dengan keluarga bila datangnya Ramadhan… sendirian aku bangun pada awal pagi dan bergegas ke dining hall supaya dapat makan mengalas perut sebelum menunaikan kewajiban bersama Ramadhan.. selalu jugak aku terbayang keluarga aku bila semasa aku bersama-sama menjamah nasi kawah dengan rakan-rakan aku di sekolah.. semasa menunggu waktu untuk makan.. masing-masing sibuk menceritakan perihal pengalaman mereka bersama Ramadhan.. pelbagai cerita yang pelik dan menarik muncul.. dan sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk tidak mengingat keluarga di kampung buat seketika…

tapi yang sangat membuatkan aku berasa agak bengang.. terdapat segelintir pelajar di sekolah aku yang maish lagi mengabaikan Ramadhan dan tidak menunaikan kewajiban mereka.. mereka lebih gemar berdampingan dengan rokok berbanding dengan Ramadhan walaupun mereka semua dah mencapai tahap kematangan yang sewajrnya untuk menunaikan kewajiban bersama Ramadhan.. mungkin berjauhan degan keluarga mnyebabkan mereka lupkan Ramadhan.. aku bersyukur aku tak tergolong dlam golongan mereka…

hohoho adeh.. berbelit-belit jari aku nak buat karangan kat atas ni.. macam nak buat karangan 6 perenggan untuk SPM je.. awalnya aku nak sambung kisah aku dan Ramadhan semasa aku bergelar pelajar matrikulasi plak.. tapi masuk matrix dah takde subjek Bahasa Melayu.. hohoh tak payah nak buat karangan 6 perenggan lagi.. kalau aku buat pon dah takde orang nak check pon kalau ade kesalahan tatabahasa…so ayat pon xde ayat-ayat serius nak dapat markah lebih lagi..lagi pon kalau tulis panjang-panjang pon penat korang nak baca je…

cukup lah sampai di sini sahaja kisah topo dan Ramadhan.. post ni sebenarnya bertujuan untuk masuk contest kat blog nuaeman.. tapi.. aku rasa macam tipis je peluang.. hohoho tapi tak salahkan mencuba dan memriahkan lagi persaingan hohoho…

14 Responses to “kisah topo dan Ramadhan..”

  1. zariel says:

    haha… aku pn hari tu beria-ia nk joiin contest tu…tp aku rasa malas lak lpas tu.. malas nak imbau kenangan lama..tp klau pasal bbuka posa masa kat asrama mmg best… wlaupn rindu kat kg.. bbuka ramai2 mmg pengalaman x dapat aku lupa.

    Topo. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ye
    ———-
    topo: hohoh aku pon last minit ni baru buat.. hahah sebab tu cam kelam kabut je post ni. hohooh

    [Reply]



  2. nuaeman says:

    Itulaa zariel.. aku tertungu-tunggu penyertaan dari ko.. :upin02:

    Selamat hari Raya Topo…:ipin02:
    ———-
    topo: selamat hari raya nuaeman…

    [Reply]



  3. iez says:

    Salam Aidilfitri…
    🙂
    ———-
    topo: selamat hari raya jugak…

    [Reply]



  4. menteil says:

    aku sebelum dia wat contest tu aku dah masuk..
    haha..
    :ehsan01:
    ———-
    topo: hhoho ko kan memang advance…

    [Reply]



  5. aniely says:

    hahahaha sure comel incik topo kecil berpuasa kan?:upin01:
    ———-
    topo: hoho sekarang pon comel jugak..=))

    [Reply]



  6. lochoe says:

    hehe, ikhlas nya, pandai jugak pusing ayat2 ni ye en. topo.. bagus.. awalnya kenal ramadhan.. aku rasa aku knal ramadhan umur 10 tahun.. sbb tuh sampai skrg, masih tidak begitu rapat lagi dengan ramadhan.. hhe
    ———-
    topo: hohoh sekarang pon dah rasa macam tak berapa sangat dengan Ramadhan ni…

    [Reply]



  7. Mohd Hafifi says:

    lor…aku tak tau pun nuaeman buat contest..haiya, esok dah nak blik kampung..sempat ke tidak aku nak join contest ni…
    ———-
    topo: hohoh xsempat la nak join..xpayah join…hohohooh >:) ;))

    [Reply]



  8. KNizam says:

    salam raya ya ! safe journey balik kampung
    weeeeehheeee yeay! raya…hehe 🙂
    ———-
    topo: selamat balik raya.. hohoho

    [Reply]



  9. abdfatah says:

    :fizi01: yeaaaa rayaaaaaaaaaa…. yeaaa rayaaaa…

    seeeeelamat hari rayaaaaa….:ehsan02:
    ———-
    topo: :ehsan01:seelamat hari raya.. hohooh

    [Reply]



  10. aeropama dot com says:

    teringat kembali zaman sekolah rendah bila baru belajar utk berpuasa. kerana kepanasan, aku & rakan-rakan akan pastikan badan sentiasa basah. sanggup minta izin keluar kelas semata-mata nak pergi ke tandas dan basahkan kepala. bukan setakat basah kepala je, basah baju beb. sejukkkkk
    ———-
    topo: tekak basah sekali x? hohohoho

    [Reply]



  11. titan says:

    hoho..dalam hati. Memang aku pun tergoda. Tapi apakan daya, benda2 rukun ni. Memang tak leh tinggal..:upin02:

    [Reply]



  12. samdaddycool says:

    … macam-macam kan kisah Ramadhan…. aku tahun ni ada sikit lobang pasal niaga tengahari….
    ———-
    topo: niaga tgah hari bleh lobang ek?? hohoho

    [Reply]



Trackbacks

  1. Bulan madu di awan biru…hanya kita berdua | Hidup Biar Sedap
  2. Blog nuaeman | Keputusan Ramadhan Contest!!

Leave a Reply