kad raya realiti dapat 2.. kad raya maya dapat banyak….

Life September 29th, 2008

hohoho mulanya aku nak buat satu post yang lebih serius dan meletup-letup.. tapi memandangkan ramai yang dah balik raya.. aku rasa aku nak terus buat post raya lagi la… ok untuk meneruskan lagi rantaian post yang bertemakan hari raya.. kali ni aku nak menayang kad-kad raya yang aku dapat dari rakan-rakan… seperti yang tertulis kat tajuk tu.. tahun ni aku dapat 2 kad raya realiti… hohoho satu peningkatan yang baik… tahun lepas tak dapat langsung… dan ntah berapa banyak ntah kad raya alam maya ni.. ni la antara kad-kad raya alam maya yang aku dapat…

2 kad raya realiti yang aku dapat adalah daripada diri sendiri :> dan satu lagi daripada saudara syam aeropama.. adeh aku tak sempat la nak amek gambar kad raya tu… dan aku pon tak sempat nak balas… hoho mungkin tahun depan ye syam..

kad raya alam maya plak banyak tak terkata.. aku rasa tak mampu aku nak listkan semua kat sini.. kalau ade yang tertinggal tu seribu kemaafan aku pinta.. hohoho dan ini tak termasuk yang aku dapat melaui friendster.. adeh ade 32 comment raya smua sekali.. menagis la korang nak tunggu dia loading kalau aku letak kat sini

ok kad raya maya pertama datangnya dari cik adila yang akan sambut raya kat perantauan.. hohoho baru je start persekolahan dia kat U ape ntah name dia beberapa hari lepas.. so boleh assume ni kad raya dari oversea la ni.. hohohoho tapi yang uniknye.. dia hantar kad raya ni guna email… ntah mane-mane ntah dia kutip email aku.. hoho tapi best gak cara ni.. boleh dipraktikkan di masa depan… nak tengok kad raya die sila la klik sini ye..

kad raya kedua alu dapat dari saudara knizam yang kini sedang berada di rumah ibu-bapanya kat sempang kerayong Melaka… hohoh orang kampung aku rupanya dia ni.. silap-silap mak aku kenal ngan en knizam ni.. hohoho biarlah.. nanti la aku buat kajian susur galur keluarga.. yang ni pon hantar guna email gak.. tapi aku rasa die tiru cara cik adila.. hohoh tapi cara tu memang best utk ditiru pon.. hohoho nak tengok kad raya die sila la klik sini ye..

kad raya seterusnya dalah datang dari suki dan akira.. hohoh aku tak tau la siapa sebenarnya yang kasi kat aku kad ni.. suki ke akira ke.. dekat kad tu ade gambar seorang jejaka kacak dan seorang awek cun.. tapi aku sendiri tak tau yang jejaka tu nama suki ke atau yg awek tu nama akira ke atau yang awek tu nama suki ke.. hohoh ntah la.. korang nak tau korang tengok la sendiri kad raya ni…

lagi satu kad datangnya dari cik ara.. hohoho dia ni ade seorang kembar nama cik ja.. tapi aku tak tau la siapa yang kakak. siapa yang adik.. tanya la sendiri kat diorang ni.. cik ara ni pertama kali memunculkan diri kat kotak jerit aku.. cik ja ni plak selalu lepak kat kotak jerit aku terutamanya masa tengah keje.. hohoh akau report kat dekan nanti… cik ara ni suka bertukar-tukar blog.. dulu guna blogspot… pastu guna wordpress.com.. pastu guna blogspot balik.. hohoh suka hati kamu la.. janji kamu bahagia.. ni kad raya dari cik ara.. dan ni plak kad raya dari cik ja.. tapi aku tak tau la cik ja ni bg ke tak kad raya ni kat aku… hohooh

akhir sekali.. kad raya yang paling tak boleh diterima akal sekali.. hoho kad ni datangnya dari blogger yang paling mengarut sekali tatkala bulan-bulan puasa ni… ..tapi aku tau.. sebenarnya dia ni kesunyian sebab tak dapat balik raya tahun ni.. hohooh..tape aku maafkan ko sempena hari baik bulan baik ni..tapi memang xbleh blah bila kau tengok kad raya tu.. korang tengok la sendiri... siap dijadikan header blog dia sekali… adeh..

p/s: aku dapat gak kad raya dari serverfreak… adeh. bagi kad raya buat pe… dah la email je.. len kali bagi la duit raya… dan kalau ade yg tertinggl seribu kemaafan dipinta ye..

12 Responses to “kad raya realiti dapat 2.. kad raya maya dapat banyak….”

  1. Marzuki says:

    haha, tunggu.

    lpas balik raya kasi la gempak ckit. slamat brblogging.

    p/s : bnyak gila kad raya ko, leh gntung dndng
    ———-
    topo: lepas raya haji kot.. hohoho bz la pas raya ni…

    [Reply]



  2. shaxx says:

    selebriti memang la cam tu… heheh
    ———-
    topo: :ehsan01: hohoho

    [Reply]



  3. aniely says:

    raya greetings kat page aku tuh ko tak terima ker?? alah kire ok la aku bagi greetings mcm tuh ..nape name aku takde????:ipin01:
    ini diskriminasi nih :ehsan01:
    ———-
    topo: nnt aku buat satu post khas utk kad raya ko je ye…:D

    [Reply]



  4. aniely says:

    penat saya edit selama setengah jam ….membuat greetings tuh tau …:mail01:
    ———-
    topo: alololo… nnt aku aku buat satu entry khas utk ko je ye..:x

    [Reply]



  5. chika says:

    kad raya maya tak best.
    tak cukop tradisional.
    gagaga
    ———-
    topo: memang tak tradisional langsung pon… hohohoho

    [Reply]



  6. aeropama dot com says:

    sampai juga kad raya aku kat ko. aku ingatkn si posmen ni meraban cari org nama topotato.

    kad raya dari ringgittune memang paling mengarut pernah aku terima. wahahahha
    ———-
    topo: hohoh aku tgok posmen tu macam blur2 je nak masukkan kad raya tu dalam peti surat aku..

    kad tu mmg xbleh blah…

    [Reply]



  7. catzer says:

    erm..aku lupe nak bg ko kad raya..thn depan jerklah erk … :upin02:
    ———-
    topo: xpe2 tahun depan ade lagi.. raya haji pon ade gak.. hohoho

    [Reply]



  8. aniely says:

    ekekeke nih amat bangge berkawan ngan incek topo.potato nih:fizi01:

    [Reply]



  9. KNizam says:

    hehe sempat aku masuk comments kat sini walaupun speed gprs yg sungguh mengalahkan sipooottt. hehe selamat raya!

    [Reply]



  10. is150 says:

    heheehe… ingat lagi adik aku print kad raya maya dan buat gantung….
    ———-
    topo: hhohoho best gak idea itu..

    [Reply]



  11. cikja says:

    hehehehe wah.. bagilah.. cuba tgk betul2 kat blog tu.. kan tuk sesiapa yang singgah.. ooo.. ngumpat ye.. nak report kat dekan.. hhaahhaha dekan tak caya nyer.. dekan sayang kat kite… perkerja yang berhemah… hhahahahah.. terpanjng lah plak komen nie.. telebih sudah..
    ———
    topo: mane ade ngumpat.. hohoho

    [Reply]



  12. myadlan says:

    aku dapat banyak jugak kad raya tahun ni. satu peningkatan yang baik. nantikan entri psl kad raya pd 30 september ini..

    saje nk tunggu posmen sok.. haha :upin02:

    [Reply]



Leave a Reply