5 perkara yang topo suka tentang hari raya aidilfitri…

September 30th, 2008 12 Comments   Posted in Life, tag

hohoo aku pun dah tak tau ni post yang keberapa sempena hari raya ni.. tapi aku masih lagi nak buat post hari raya jugak.. ok memandangkan esok hari raya.. topo nak buat tag yang disedekahkan oleh saudara marzuki jalil yang kononnya kacak tapi mempunyai masalah kekurangan berat badan…hohoho menarik gak tag ini…  boleh jugak nak explore tentang sambutan hari raya rakan-rakan blogger yang lain..  lagi pon dah tak tau nak buat ape lagi sempena raya esok ni.. hohoho rasanya semua dah siap sedia dah.. 😀 ok terimalah.. 5 perkara topo suka tentang hari raya aidilfitri…

hari raya banyak cerita best kat dalam TV..

hohoho secara jujurnya.. aku suka hari raya aidilfitri sebab banyak cerita-cerita best kat televisyen tempatan  hohoh tak payah ade kuali astro pon takpe… lagi satu masa-masa raya ni la banyak filem-filem Melayu yang baru je beberapa bulan keluar kat pawagam.. hohoho jimat duit aku.. tak payah membazir duit beli tiket wayang dan aku memang dah lama tak beli cd cetak rompak.. hohoho lagi pon banyak filem-filem Melayu masa kini hanya buat sekadar cukup syarat je.. bukan nya best pon.. kalo beli tiket wayang peratus kekecewaan aku akan sangat tinggi.. tapi satu benda yang pasti.. raya ni aku nak tengok KAMI THE MOVIE kat pawagam yang berhampiran.. hoho tayangan bermula pada tarikh 1 Syawal ye.. Read the rest of this entry »

yeah!! esok tak jadi raya..

September 30th, 2008 12 Comments   Posted in Life

setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, tarikh permulaan puasa bagi tahun ini, 1429H jatuh pada hari Rabu bersamaan 1 Oktober 2008.. yeah esok tak jadi raya… hohoho banyak lagi benda yang tak siap lagi.. hohoh rumah tak kemas lagi.. langsir tak tukar lagi.. hohoh memang takkan tukar pon.. pernah ke nampak anak bulan Syawal kat Malaysia ni.. aku rasa selama aku kenal dengan Ramadhan dan Syawal.. tak pernah pulak nampak anak bulan syawal kat Malaysia ni..hoho tak tau la kalau sebelum kelahiran aku anak bulan kelihatan..

ok dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca, pengomen,dan juga penjerit tegar blog ni contohnya jejaka tampan,gadis cun dan tak lupa awek cun,awek dahaga,awek comel, anak sedara topo, Mrs topotato, guest,ili_balqis.. dan sesiapa lagi yang rajin menyepam kotak jerit aku ini…

selain itu aku juga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan bloggers tak kira di mana kamu berada.. samada di Sudan,di New Zealand, balik kampung di Jasin,di Tawau,di UTeM.. dan di mana-mana sahaja la.. dan tak lupa juga yang tak dapat balik raya di kampung Paloh.. hohoh seribu kemaafan dipinta..

dan sebagai tanda penghargaan.. topo ade menyediakan kad raya.. hoho tapi bukan aku buat kad raya ni.. aku amek dari blogger cun mana ntah.. hohoh kalau aku letak gambar aku kat kad raya tu memang confirm la korang semua tak boleh beraya.. hohoohoh so aku gantikan dengan kad raya ni jela ye.. hohoho kepada tuan punya kad raya ni.. jangan mintak duit raya mahupun duit royalti dari aku ye.. hohooho Read the rest of this entry »

kad raya realiti dapat 2.. kad raya maya dapat banyak….

September 29th, 2008 12 Comments   Posted in Life

hohoho mulanya aku nak buat satu post yang lebih serius dan meletup-letup.. tapi memandangkan ramai yang dah balik raya.. aku rasa aku nak terus buat post raya lagi la… ok untuk meneruskan lagi rantaian post yang bertemakan hari raya.. kali ni aku nak menayang kad-kad raya yang aku dapat dari rakan-rakan… seperti yang tertulis kat tajuk tu.. tahun ni aku dapat 2 kad raya realiti… hohoho satu peningkatan yang baik… tahun lepas tak dapat langsung… dan ntah berapa banyak ntah kad raya alam maya ni.. ni la antara kad-kad raya alam maya yang aku dapat… Read the rest of this entry »

bundle atau tak ori.. mana yang korang pilih??

September 28th, 2008 23 Comments   Posted in Life, Reviews

hohoho lagi 2 atau 3 hari je lagi nak raya.. semua orang sure tenga sibuk buat persiapan raya.. shopping baju raya 5-6 pasang.. hoho aku dah berjaya dapatkan baju raya untuk tahun ni.. dan mak aku restu aku gunakan tsirt ubuntu dengan tshirt yubiyu tu jadi baju raya.. hoho tak payah la aku susah payah nak carik baju raya lagi… ok bercerita tentang baju raya.. aku nak mengajukan satu persoalan.. antara baju bundle dengan baju tak ori.. mana yang korang lebih gemar? sebelum tu biar aku definisikan maksud bundle dengan tak ori mengikut pandangan topo… Read the rest of this entry »

baju raya topo…

September 27th, 2008 19 Comments   Posted in Life

hohoho bukan senang aku shopping beli baju… aku rasa dah dekat 2-3 tahun dah aku tak keluar shopping beli baju.. raya tahun lepas aku kirim kat kakak aku je baju raya… 2 tahun lepas aku tak beli baju raya langsung.. hohoh tapi tahun ni aku berjaya beli baju raya.. dan yang bestnya.. aku tak keluar pon pergi shopping.. baju raya aku tahun ni ade 2 t shirt je.. hohoho 2-2 aku beli kat internet aje.. hohoh nak tengok ape rupa t shirt raya aku?? Read the rest of this entry »

kisah topo dan Ramadhan..

September 26th, 2008 14 Comments   Posted in Life

walaupun Ramadhan semakin meninggalkan kita.. tinggal beberapa hari je sebelum syawal tiba.. tapi aku rasa aku nak menulis tentang kisah aku dan Ramadhan.. saje je nak mengimbau kenangan aku bersama Ramadhan.. mungkin boleh jadi ikhtibar.. dan mungkin juga boleh dijadikan modal untuk aku tersenyum sendiri.. atau hanyalah contengan kosong yang tak membawa makna langsung…terimalah.. kisah topo dan Ramadhan… Read the rest of this entry »