mengenali sukan olimpik bersama topo…

Reviews August 11th, 2008
olimpik beijing

olimpik beijing

ok sekarang ni tengah musim sukan olimpik..aku memang memberi sokongan penuh kepada aku memang memberi sokongan yang padu kepada semua atlet kebangsaan yang menggalas harapan negara. semua orang sedang ternanti-nanti kilauan emas yg pertama untuk pasukan Malaysia… untuk post kali ini mari kita mengenali apa itu sukan olimpik bersama topo… tak kenal maka tak cinta betul tak??? hohoh macam nak belajar sejarah pulak..

Sukan Olimpik Purba

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. pada mulanya ia diadakan di Olympia bertujuan untuk menghormati tuhan Zeus. sukan ini juga adalah untuk mengawal peperangan dan mengekalkan keamanan kerana pada masa ini semua tidak dibenarkan untuk berperang kerana menghormati Zeus.

pada awal kewujudannya, olimpik purba hanya disertai oleh kaum lelaki sahaja. hadiah yang berupa mahkota atau kalungan yg diperbuat daripada daun zaitun. selain itu pemenang juga akan menjadi pujaan ramai dan menjadi sangat dihormati..mereka juga akan dijadikan puisi atau dibuat satu ukiran patung khas untuk mereka.. sebab itulah mereka bersemangat untuk menang… sukan yang dipertandingkan lebih kepada yang memantingkan kekuatan seperti gusti, melempar cakera dan merejam lembing.

kalungan daun zaitun atau dipanggil wreath

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19…..

Sukan Olimpik Moden

sukan olimpik dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.

seperti yang dinyatakan, sukan olimpik juga dikenali sebagai sukan olimpik musim panas. terdapat satu lagi sukan olimpik yang diberi nama olimpik musim sejuk.. di mana olimpik musim sejuk hanya menawarkan acara-acara di atas ais atau yang berkaitan dengannya…Olimpik musim panas dijalankan setiap 4 tahun sekali… manakala olimpik musim panas juga turut dijalankan 4 tahun sekali tapi 2 tahun selepas olimpik musim panas..

dan pada tahun ini sukan olimpik musim panas di hostkan di Beijing..sebanyak 28 jenis sukan dipertandingkan dan melibatkan 302 acara (165 acara lelaki, 127 acara wanita dan 10 acara campuran) dan menggunakan 5 haiwan purba china sebagai maskot.. untuk lebih info tentang maskot klik sini..

Beibei,Jingjing,Huanhuan,Yingying,nini

Beibei,Jingjing,Huanhuan,Yingying,nini

info bersumber dari makcik wiki versi melayu dan versi english dan laman web rasmi Olimpik Beijing 2008

9 Responses to “mengenali sukan olimpik bersama topo…”

  1. abdusfauzi says:

    huhu.. aku x penah amik kesah olimpik ni. sukan mmg bukan hidup aku. hehe. :d
    ———-
    topo: sukan juga bkan hidup aku.. tp ak agak mnat dgan olimpik ni… hohoho

    [Reply]



  2. ImamKhalid says:

    Pandai pulak topo bercerita tentang sejarah olimpik. Nice info anyway, thanks!

    [Reply]



  3. KNizam says:

    perghhhh entri ko ni ada style2 wiki la. boleh la update sekali wiki bahasa melayu tuh. hehe :d

    [Reply]



  4. humbleandmodest says:

    ko suka sejarah ke topo????

    ko tau sape tengku kudin?????

    :)>-

    aku x tau… :”>

    [Reply]



  5. titan says:

    bergu badminton, sorang dah kecundang. Skuad memanah pun kalah../:)

    [Reply]



  6. alip.. says:

    nih..utk pengetahuan …mascot2 tuh ader makner tersendiri…

    beibei, jingjing, huanhuan, yingying, nini…. adalah gabungan

    BIE JING HUAN YING NI = SELAMAT DATANG KE BEIJING…

    trima kasih
    ———-
    topo: thanx for the info…. hoho aku pon baru tau pasal benda ni…

    [Reply]



  7. afiq says:

    x sbr nk tgk olimpik balik cuti ni.

    [Reply]



  8. samdaddycool says:

    syok nak layan acara2 fav.. tapi bilakah PINGAT untuk M’sia? emas 916
    ———-
    topo: hohoh tunggu je la…

    [Reply]



  9. Mie Mie says:

    hi!!!!
    syoknye jd bdk2………
    haha!!!xoxoxo

    [Reply]



Leave a Reply