semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….

Life August 21st, 2008

sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…

Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)

Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!

seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….

8 Responses to “semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….”

  1. KNizam says:

    tu yg aku letak calendar hijrah kat side bar tuh since rejab lagi. hehe nak mengingatkan aku bila tiba ramadhan. hehe :)>-
    ———-
    topo: aku pon slalu tgok kalendar ko… tp mase rejab dlu la aku ingat.. hohooh semenjak 2 menjak ni terlupa… ke buat2 lupa??? hohohoho

    [Reply]



  2. zariel says:

    ko dh ganti yg thn lepas punye topo? :))
    ———-
    topo: rasanya da setel… hohoho

    [Reply]



  3. zool says:

    Sekejap je masa berlalu…
    Ramadhan menanti lagi…
    Agak2 berapa ramadhan kita mampu tempohi??
    ———-
    topo: semoga Ramadhan kali ni dapat ditempuhi dgan bauk… hohohohooh

    [Reply]



  4. fara says:

    hohoh. bile nak Ramadhan ni, aku prasan,sejak skolah menengah lagi smpai skrang, (mcm trend la plak) kaum hawa yg best sumer nak ganti posa. lol 😀
    ———-
    topo: aku paham….hohohoh

    [Reply]



  5. melayubuntu says:

    nasib baik dh abis ganti….fuhhh selamat..hahhaa
    ———-
    topo: tahniah2 hohohoh

    [Reply]



  6. zamz says:

    tak lama dah nak ramadhan kan..
    siap cuti tu first ramadhan tahun nih…leh la aku berbuka kat rumah dgn tenang takyah nak race dgn org lain nak balik berbuka haha
    ———-
    topo: 31 ogos ahad.. so cuti pindah hari isnin.. hari isnin tu 1st ramadhan… cuti pindah p hari selasa… hohoho lame la aku cuti…

    [Reply]



  7. aeropama dot com says:

    apa kes lupa ramadhan dh dekat bro?[-(

    huh… pose yg ko tuang thn lepas dh bayar? nnti kene bayar denda… huhuhu
    ———-
    topo: bukan lupa bro.. hampir lupa… hohohooho
    seingat aku.. aku xde tuang pon dulu.. hohoho yakin2!!!

    [Reply]



  8. nuaeman says:

    Yang Pasti Sambutan Kemerdekaan akan lebih diutamakan.. cuma sekarang ni orang-orang kat atas pun dah lupa dua-dua.. mereka ingat nak berkempen jee la nih.. adei
    ———-
    topo: mungkin…ermmmm

    [Reply]



Leave a Reply