ym oh ym..: ape yang patut aku respon???

August 24th, 2008 17 Comments   Posted in Life

hohoho dah lama aku tak buat post pasal ym… kepada sesiapa yang tak tahu… (ade ke yang tak tau??? ) ym tu singkatan kepada yahoo messenger.. satu perkhidmatan yang disediakan oleh yahoo untuk instant messenging (IM) (betol ke aku eja ni) ia same la seperti gtalk dan msn… utk ilm yang lebih.. sila lah bertanya encik google… hohohoh

ok dah lebih setahun rasanya aku gunakan perkhidmatan ym ni… hohoho.. mudah dan menjimatkan… bukannya kena bayar pon… chat la sampai lebam… nak call pon boleh… tapi semenjak dua menjak 3 menjak ni… aku makin blur nak gunakan ym.. hohoho ye la… bahasa anak2 muda masa kini terlalu puitis… hohoho sampai aku pon susah nak memahaminya… “du” bleh jadi “dont” hohoho blur aku… hohoh biarlah… rasanya aku dh agak tua utk mengikut trend bahasa anak muda masa kini… hahahahh (hahahah ayat yg poyo… umur aku masih lagi belasan tahun sebenarnya… walaupun ramai yg paggil aku pakcik… hohoho)

panjangnya intro… hoho ok.. sebenarnya post ni bertujuan untuk meminta pendapat korang.. apa yang patut aku respon @ jawab jika org yg aku chat tu menulis bnde2 yg sebegini.. hohoho blur aku…

kalao ade org bg simley yg xsyum ni 🙁 ape yg aku patut jawab??? biasanya aku balas dgan ni je.. :(|).. xpon ni.. 3:-o kekadang :@) kekadang aku combo 3-3 skali…betul ke ape yg aku respon tu??? ke korang ade cadangan lain??

satu lagi… bila org tu tulis “hm” ape yg aku nk kene balas??? biasanya ku balas “guru besar” hohoho betul ke?? ye la.. mane la tau dia maen teka-teki dgan aku.. dia tanya hm tu ape…hoho.. ke ade ayat lain yg lebih patut lg aku reply??

kalau org tu start buat karangan kat ym… sampai berjela2.. apa yg patut aku balas??? hohoh biasanya aku tulis ok je… xpon aku terus invisible ofline pada makhluk tu… hohoho betul ke tindakan aku ni?? ke korg ade cara yg lebih baik??

satu lagi.. ade org yg xdikenali tiba2 add korg aku pon tanya la siapa ni… nama sebenar dirahsiakan…

topo: sape ni?
si x: hamba allah
si x: hehehe
topo: nk pe?
si x: sapa kata sy nk awk
si x: prasan

ape yg patut aku buat dgan si x ni??? aku trus invisible je… atau patutkah aku melayan die dengan lebih lanjut lagi??? atau ade cara yg lebih baik @ lebih extream utk lyan org camni???

dan akhir skali… jka tiba2 ade makhluk ni add korg pastu mengeluarkan ayat2 yg menggoda sampai satu tahap tu korang terasa sampai nk muntah…yg ku sendri x sampai hati nak copy paste kat blog ni.. hhohoho ape respon korg??? kadang2 aku layankan aje.. tapi bila aku dah mula naik loya.. aku terus block je makhluk tu… hohoho kalau gadis2 cun xpe la jugak ni.. ni ntah mamat mane ntah?? kalau korg ape yg korg buat?? patutkah aku sama’ laptop aku??? hahahah biar suci balik laptop aku ni dari segala kekejian…hohoooh

hohoho banyak rupanya masalah komunikasi yg timbul bila guna IM ni.. tapi aku tetap sayang kat YM aku.. hohoho pernah skali tu aku format laptop ku sayang hanya semata-mata sebab YM aku bermasalah.. hohoho susah gak beb nak hidup xde ym ni… boleh jadi medan nak ayat awek gak sebenarnya.. ramai je yg aku tgok ayat awek gune ym.. hohoho sesuatu yg aku tak pernah cuba….

akhir kata… tolong la bg aku pedoman utk aku selesaikan masalah2 diatas tu.. dan kalau korg ade problem yg same atau yg lebih extreme.. sila lah kongsikan bersama ye.. hohoho mana la tau boleh jadi pengajaran mase depan…

p/s: theme ni agak cacat la bile letak smiley… sesape tau camne nak solve??? tq en blog menjerit…hohoho

mengenali apa itu domain bersama topo….

August 23rd, 2008 15 Comments   Posted in Reviews

hohoho semenjak dua menjak ni dah makin ramai bloggers yang beli domain sendiri… hohohoho masing-masing punya domain semua meletup2 dan gah belaka… hohohoho tapi topotato.com tetap yang paling best la… hohohoo untuk post kali ni aku nak kongsikan apa yang aku tau tentang erti atau maksud perkataan domain.. hohooho pasti ramai yang dah tau.. tapi ada jugak yang tak tau kan…ramai jugak yang bertanya padaku… hohohooh entry ini hanya la utk beginner yang tak tau langsung apa tu domain… kepada yang dah otai itu… silalah tambah fakta dan betulkan kalau ade silap ye.. hohohooho topo ni pon baru belajar jugak.

definisi domain atau domain name adalah nama web atau alamat yang korang letakkan pada browser korang untuk melayari sesebuah laman web..contohnya seperti http://topotato.com…..hohoho secara ringkasnya.. atau secara analoginya… domain boleh la diibaratkan seperti alamat rumah… utk masuk atau pergi ke mana-mana rumah… korang kena tau alamat nye dulu kan??? ya sama la seperti domain… kalao korang nak masuk ke dlam blog topo yang tiada kaitan dengan kentang ni… korang kena taip topotato.com dekat browser.. baru la boleh masuk blog yang hijau ini… hohohoh

nama domain juga dikenali sbagai URL atau Universal Resource Locator iaitu alamat yang digunakan utk access world wide web (www) hohoho sebab tu orang biasa sebut URL je.. biasanya org akan tnya pe url blog ko… xde plak diorang tanya ape domain name ko.. hohoohoh

sedikit fakta lagi yang aku curi dari bob…kalo bob tipu.. aku pon tipu la…

Sejarah : domain yang pertama adalah .nato yang diwujudkan pada sekitar akhir tahun 1980 oleh NIC untuk kegunaan NATO North Atlantic Treaty Organization/Organisation diikuti oleh .int dan .nato telah dilenyapkan dari muka bumi pada Julai 1996. Betul tak betul gua tak tahu. kalau tak betul lu’orang kena tipu….

ok domain name bersifat unik… hohooh maknanya.. takkan ada org lain boleh guna domain name yang korang pilih… hohoh ye la… korang pernah ke masuk blog lain bile korang taip topotato.com??? hohoho kalau ade sila la laporkan dengan segera… hohoooh

setelah tamat membaca post ini maknaya korang dah tau serba sedikit tentang apa itu domain.. kalau nak tau lebih detail sila gunakan encik google..atau usya post bob tentang domain.. hohoho entry ini hanya la untuk mengenali apa itu domain je.. hohoho ringan2 je… banyak lagi fakta tentang domain yang aku sendiri belum cukup arif nak terangkan…

p/s: antara rakan2 bloggers yang baru bertukar ke domain sendiri.. korang bile lagi???hohohoho

semua sibuk nak sambut merdeka sampai ada yang terlupa….

August 21st, 2008 8 Comments   Posted in Life

sekarang dekat dunia blog ni asik post pasal merdeka je… termasuk la aku sendiri… da 2-3 post da aku buat pasal kemerdekaan.. dalam kesibukan kita nak sambut merdeka ni mungkin ada yang terlupa perkara penting yang bakal berlaku selang 1 atau 2 hari dari tarikh 31 Ogos… sebenarnya aku pon da agak terlupa dengan perkara tu sampai la aku baca satu comment kat post jom nyayi lagu Merdeka… aku rasa komen tu sangat berguna dan aku nak kongsikan….komen tersebut adalah seperti berikut…

Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)

Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!

seriously aku hampir terlupa kita bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi… teruk betol!!! satu pesanan dari topotato.com… merdeka tu merdeka jugak… tapi jangan la sambut lebih2 ye… berpesta pora sampai ke pagi… akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN….

iklan merdeka petronas 2008…

August 20th, 2008 20 Comments   Posted in Reviews

petronas memang selalu buat iklan yang mengagumkan aku… semalam seharian aku aku cari iklan merdeka ke 51 ni kat youtube untuk mempertontonkan pada kalian… tapi malangnye aku tak ketemu.. hohoho hari ni knizam dengan zamz dah jumpa dulu… hohoho mulanya aku tak nak post kat sini.. tp iklan ni terlalu menarik la… sila la menonton dengan khusyuknye ye….

aku memang minat pada afdlin shauki… semenjak 2 menjak ni afdlin sangat laku kat kaca tv… maaflah aku hanya post iklan untuk tahun 2008 je ye… kalau korang mahukan lebih Petronas tvc (tv commercial kalau tak silap).. silalah melawat blog knizam dan zamz

pelaburan terbaik topo….

August 19th, 2008 4 Comments   Posted in tag

ok aku telah diajukan soalan ni oleh en sammdaddycool yang menyuruh aku menyenaraikan 6 perlaburan terbaik aku… hoho asalnya tag ni berbahasa inggeris tapi aku nak jawab dalam Bm la… saya rasa bodoh bila saya bercakap dalam inggeris.. hohohooh agak sukar untuk aku menjawab tag ni sebab aku memang tak mempunyai banyak harta… tapi setelah bertapa berjaya jugak aku menyenaraikan perlaburan-perlaburan ku..

1) laptopku sayang..

ni la harta pertama aku yang dibeli menggunakan duit PTPTN… hohoho sebagai pelajar IT seperti aku, laptop ni sangat penting.. hohoho kalau takde laptop ni ibarat macam patah tangan gak la.. xleh nak buat keje… hohoho dengan laptop ni jugak la aku belajar pasal dunia blogging… terima kasih laptopku sayang.. tapi aku rasa hidup ko tak lama wahai laptop ku… jika aku ada duit aku akan membeli PC.. hohoho laptop ni tak mampu menampung software2 yang aku perlukan… hohoho bye laptopku sayang..

2) henset sony ericsson z610i ku sayang…

hohoho selama hampir 4 tahun aku guna alat komunikasi tangan ni.. ni la kali pertama aku menggunakan henset yang agak maju… ada camera, bluetooth,3G dan macam2 lagi… hohoh oselama ni aku pkai henset hitam putih je… aku pakai henset ni baru sebulan tapi nampak gayanya henset ni tak lama berada di pangkuanku sebab kaka aku dah jatuh hati dengan henset ni.. hoho bye henset ku sayang…

3) topotato.com ku sayang…

hohohoho banyak yang aku laburkan pada blog ni.. banyak projek masa depan yang aku akan buat kat blog ni.. hohoho belum dilancarkan je lagi… ni la tempat aku belajar macam-macam.. ni la tikus makmal aku.. banyak ujikaji yang aku jalankan kat sini.. hohohoo walaupun pernah mengalami bencana tapi kini masih lagi berdiri di sini… hohohooh

4) keluarga ku sayang…

hohoho tak seperti samdaddycool… yang ada anak… aku masih belum punya anak mahupun teman istimewa..hoho so keluarga la yang paling utama sekarang ni… hohooho aku malas nak menulis panjang lebar pasal keluargaku… sila la baca di sini ye…

5) UTeM ku sayang… hohoho

ok aku rasa setiap tahun kat sini la paling banyak sekali yang aku laburkan… tak kira dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya.. hohoho kepada yang masih tak tau.. UTeM tu Universiti Teknikal Malaysia Melaka… tempat aku melanjutkan pelajaranku… ye la .. tiap2 tahun beribu ringgit duit yang aku kena bayar… dan tiap-tiap hari aku kena mengahabiskan masa menghadiri kelas dan tutorial.. demi untuk mendapat segulung ijazah… hohoho ayat nak best

aku rasa cukuplah sampai 5… aku tak mampu nak memikirkan yang satu lagi… hohohoho maaflah tiada gambar disertakan.. aku tak boleh nak upload gambar entah kenapa…

jangan undi topo jadi pemimpin negara….

August 18th, 2008 14 Comments   Posted in Reviews

post ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya kecil permatang pauh yang melibatkan pertembungan 3 penjuru.. antara calon umno Datuk Arif Shah Omar, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon AKIM Hanafi Mamat.. seesungguhnya aku memang kurang berminat dengan perkembangan politik di Malaysia ni.. hohoho ini hanya la post angan-angan jika aku menjadi pemimpin negara Malaysia yamg tercinta ni… semoga post ni tak menggelikan tekak sesiapa dan tidak menyebabkan korang semua mengutuk angan-angan aku yang murni ini.. hohohooh

jangan undi topo...

jangan undi topo...

Read the rest of this entry »