orang baca ke entry aku???

Blogging August 14th, 2008

walaupun dah entry yang ke 107 aku sendri tak pasti orang  betul-betul baca apa yang aku tulis?? atau  yang sekadar baca tajuk lepas tu bagi komen je?? hohoho aku selalu juga buat macam ni… tengok entry tu panjang sangat aku baca tajuk je lepas tu komen… hohoho pastu komen tu memang confirm la lari daripada apa yang cuba nak disampaikan…sebab aku tengok dekat blog aku ni pon macam ramai je yang baca tajuk pastu bagi komen terus.. sebab aku memang selalu buat tajuk yang lari dengan isi.. hohoho saje je nak menarik minat…

ok untuk post kali ni aku nak mengajukan persoalan ni… berapa ramai dikalangan korang yang hanya sekadar baca tajuk je.. dan apa faktor atau penyebab korang tak baca entry tu sampai habis… ye la boleh dijadikan tunjuk ajar ni… mana la tau selama ni aku hanya syok sendiri je menulis.. benda yang baik boleh dikongsi bersama..

secara jujurnya memang selalu jugak la aku hanya baca tajuk je.. lepas tu bagi komen… salah ke tindakan ni??? hoho ntah la.. tetiba sekarang ni baru aku rasa macam tak kena je perbuatan aku ni… ohohoh ada jugak yg aku baca 2-3 rangkap je lepas tu terus bagi komen sebab aku dah nampak persoalan yg aku nk tanya… hohoho ye la kalau kita dah jumpa apa yang kita nak buat pe cari lagi kan??? hohoho

selain tu terdapat entry yang terlalu berkias-kias sampai aku pon pening nak baca… hoho into je pon dah dekat 2-3 perenggan… dengan ayat ayng sangat berbunga-bunga… hohoho pada saat tu la aku kecundang… tak mampu nak baca sampai habis entry sipolan tu…

tapi ada jugak entry yang panjang berjela tapi aku sanggup baca sampai 2-3 kali sebab penulis tu mampu untuk mengolah jalan cerita dia dengan baik.. hohoho cukup segala penggunaan gaya bahasa… hohoho lengkap dengan permulaan,konflik,kemuncak dan penutup… hohohoh mungkin mereka ni dah lama dalam bidang penulisan ni dan dah tau macam mana nak menulis dengan baik…

so apa yang menyebabkan korang baca sesebuah entry tu sampai habis??? apa daya penarik dia?? dan kenapa jugak korang hanya baca tajuk je lepas tu bagi komen??? sila la kongsikan ye…

p/s: sampai sekarang aku tak tau mana satu yang betul… entry ke post…

19 Responses to “orang baca ke entry aku???”

  1. blogmenjerit says:

    senang je… ko tanya diri ko sbb apa ko buat blog ni. lau sbb ayam, citer je pasal ayam… bila ko da selesa n tau apa yg ko perlu tulis, aku yakin ko femes di alam maya ni. kalau ko xcaya, aku sanggup kuar ngan beruk (ayat dalam iklan celcom)…

    komen aku satu je, stiap pos ko letak gambar. tu lg mnguatkn minat orang utk mmbaca… erm, lain2 lantak ko la nk buat mcm mna pun nk tarik plawat. papepun, aku ttp lawat blog ko utk mngacau
    ———-
    topo: hohoh sekarang ni aku tengah bereksperimen nak tulis post panjang2 xnak letak gambar langsung.. tgok apa jadi kt blog aku nanti… hohohoo

    [Reply]



  2. zamz says:

    kadang2 kalau pjg sgt aku baca sekerat je..tapi jarang2 bagi comment laa..kalau aku nak bagi comment, aku baca la sampai abis
    ———-
    topo: kadang2 aku baca sekerat je… hoho da jumpa point aku terus bg komen…

    [Reply]



  3. Kujie says:

    saya baca sampai habis tanpa lompat galah…lompat kijang…kalau background putih, clear dah terang…kalau font cenonet nak baca pun kena pakai kanta , mmg tak abis.

    p/s .. sebab tu entri saya pendek dan padat
    ———-
    topo: ya mmg pendek dan padat entry kamu… hohoho beri lah sedikit tunjuk ajar…

    [Reply]



  4. KNizam says:

    aku selalu baca tau. hehe 😉

    [Reply]



  5. abdfatah says:

    no entry no post aaaaa…

    terkadang baca tajuk dn komen.

    terkadang baca post entry dan komen.

    terkadang baca dua dua dan komen.

    terkadang tak komen apa-apa. cuma baca aje…
    :d

    [Reply]



  6. annoying thing says:

    kenapa perlu ada entry?
    untuk apa entry itu?
    sekadar diari?
    sekadar pemerhatian dari apa yang kau lihat?
    atau sekadar memenuhi tuntutan seorang bergelar blogger untuk mengemaskini blog mereka?
    kadang-kadang kita sendiri tidak mengetahui sama ada entry yang kita buat dapat membuatkan para pembaca berasa puas dengan apa yang pembaca inginkan.
    kadang-kadang juga kita terdesak untuk mencari isi baru tanpa memikirkan kualiti sesuatu entry.
    kuantiti bukan kayu pengukur.
    para pembaca perlukan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada diri mereka.
    juga sesuatu yang boleh dibualkan.
    bayangkan topik yang kau post kan di blog kau menjadi bualan hangat setiap orang.
    hanya memberikan pandangan dan pendapat.
    tidak lebih dan tidak pula kurang.
    selamat menjadi blogger yang termasyhur.
    ———-
    topo: pergh sungguh panjang comment ko.. tp penuh makna… thanks

    [Reply]



  7. Tirana says:

    Salam..

    Tajuk entry memainkan peranan penting. Kadang-kadang bila tengok tajuk aje dah menarik minat kita nak baca.

    Entry tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek

    Bentuk tulisan yang mudah dibaca..tidak terlampau kecil dan tidak terlampau besar.

    Buat dalam bentuk perenggan supaya memudahkan pembaca untuk memahami. Alignment pun penting jugak supaya entry kita nampak kemas.

    Gambar merupakan satu credit tapi tidak semestinya diletakkan. Entry yang boleh menarik minat pembaca ialah entry yang mengguna bahasa biasa yang mudah difahami dan tidak perlu buka kamus.

    Inilah di antara point yang biasanya menarik minat saya membaca tulisan orang lain.

    [Reply]



  8. abdusfauzi says:

    aku bace semua! hehe. ntah la. camne ek nak bagi entry yang padat but pendek. aku nye selalu je nmpk pnjg. ke sebab theme aku? line luas sgt kot. hehe.

    [Reply]



  9. nisah ~~ says:

    aku bace post2 ko topo..
    sbb aku mmg suke membace… hahah :d:d
    ———-
    topo: aku tau ko suka membaca..

    [Reply]



  10. angriani says:

    kadang baca tajuk…kalau baca tajuk dan n3 sekali…:d

    [Reply]



  11. humbleandmodest says:

    aku cume baca nama pengarang jerr…
    :)>-
    ———-
    topo: ko memang best…

    [Reply]



  12. myadlan says:

    sama aje post dan entry.

    jgn risau la.. kalo risau gak org just baca tajuk, pe kata tulis dgn lebih ringkas dan padat.. tgk knizam.com sbg contoh..

    rsnye sume yg ada blog kt malaysia ni pegi skolah. maka harus tau bagaimana menulis beserta struktur nye.. cuma gaya setiap orang lain la..

    sedar xsedar blog dpt melahirkan ramai lagi penulis2 kreatif tanpa disedari..

    [Reply]



  13. zanurul says:

    hhm…bagi saya,
    saya suka baca smua.
    mane tahu ade bende2 yg saye tak tahu slame ni terselit kat tengah2 entry yg dipostkan

    cuma..kalo entry yg pnjg2 tu, bagi la spacing sket.bagi senang sket nak bace.xlah sampai juling mane ni bc karangan 4+++ perkataan tu 🙂

    n yg menarik perhatian if bile de gmbr n video~
    lagi wat saya nak tgk n nk bc entry tu…

    [Reply]



  14. kedinkyst says:

    iye ar topo.
    sakit ati la.
    drebar yang bawak bas tu la.
    ahaha muka paling ketat tu.
    rasa nak pijak2 je.

    gampangan gila.
    ko ade moto kapcai tu da kira beruntung ar nak pi kampus takya berebut2 cam kambing ni. ahahahahahah

    oopss..mintak maap bahase kasaq yer
    ———–
    topo: hohohoho da kira baik la ko dok kat pangsapuri tu… takde la lama sangat jadi kambing… kejap je.. hohoho

    [Reply]



  15. langlegar says:

    slalu baca dan fahami..komen bile berjaya intepret data..

    [Reply]



  16. aeropama dot com says:

    aku suka baca entri yang guna ejaan penuh. mmg aku baca sampai abis dan bagi komen yang baik. tapi aku benci entri guna singkatan je ejaannya. mmg aku baca sekerat tak pun scan sekali lalu je. pastu letak komen ntah ape2.

    [Reply]



  17. shandye says:

    utk kebanyakan ketika… tajuk yg memainkan peranan yg jauh lebih penting utk menentukan jika entri itu akan dibaca atau tidak…

    klu tulis panjang berjela + sangat informatif tapi tajuknya hanya ‘hurm…’ saje takkan memangkinkan orang utk baca tetapi klu tajuknya ‘5 cara utk bahagiakan anak kucing anda agar ia tidak akan berak merata-rata lagi’ tetapi entrinye takdelah bagus sangat kemungkinan besar orang akan terus baca at least sehingga perenggan kedua.

    aku akui… ada jugak blog2 yg jenis santai (blog ini terkecuali) yg aku cuma skim tajuknya, takpun just baca satu perenggan terus bagi komen… sbb entrinya terlalu mudah dan terlalu asas…

    lainla klu ko baca blog chedet.com or blog anwar ibrahim yg aku baca banyak kali pun ala2 blur sket (terpaksa baca klu nk borak2 dengan prof kat fakulti aku… huhu…)

    okla… toodles… o_O

    [Reply]



  18. abdfatah says:

    baca komen aje laa pulak lepas nih. takyah baca post… hahahaha…

    [Reply]



  19. earncent says:

    soalan: orang bac ke entry aku??
    jawapan: ada..

    Ps: Ko dah tau, lagi mahu tanya ker??

    [Reply]



Leave a Reply