jom nyanyi lagu merdeka…

Reviews August 16th, 2008

ok tahun ni dah masuk tahun ke 51 Malaysia merdeka.. hohohoho sekejap je kan… untuk post kali ni aku nak kongsikan beberapa fakta tentang sambutan kemerdekaan yang ke 51 ni… ok pada tahun ni tema sambutan kemerdekaan adalah Perpaduan Teras Kejayaan… logo sambutan kemerdekaan yang digunakan pada tahun ni direka oleh saudara Anuar Dan…

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51

logo sambutan kemerdekaan yg ke 51


Rasionalnya logo ni:
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

hohohoh ok mari kita nyayi pulak lagu kemerdekaan hasil ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha yang bertajuk perpaduan teras kejayaan…download lagu kemerdekaan 51 disini dan jom nyanyi ramai2 ikut lirik ni… (link diambil terus dari web kerajaan… jamin xde virus… hohoho )

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

kalau ini semua tak cukup… apa kata korang bukak laman web rasmi kemerdekaan ke 51… Malaysiamerdeka.gov

antara blogger lain yang mempunyai semangat kemerdekaan… jom usya kita, syamsulariff, IzzatRuslan, azhad, emme

19 Responses to “jom nyanyi lagu merdeka…”

  1. emme says:

    thanks backlink dari ko. :)

    terima kasih gak kat syamsulariff, sebab dia baru aku teringat tentang benda ni…

    Aku pelik gak, aku tak pernah dengar lagi lagu ni kat rasio or tv…

    ko pernah ke?
    ———-
    topo: aku pon xpnah dengar gak… hohoho dia nak saving lgu ni kot… hohooh

    [Reply]



  2. abdusfauzi says:

    huaa.. semangat-semangat! hehehe. :d

    [Reply]



  3. kita says:

    merdeka…tq link

    [Reply]



  4. Adry says:

    Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!! :d

    [Reply]



  5. humbleandmodest says:

    ader orang yg berwarganegarakan malaysia hanya bsemangat bile waktu 31 ogos….

    setiap tahun..

    boley dikire patriotik…….

    tapi bile ditanya rukun negara masing2 xtau..
    ader yang cakap rukun negara ke 5 hormat menghormati……
    tapi kalau ditanya siapa artis yang ditangkap khalwat masing2 berebut nak jawab….

    dalam diri dorang patriotik kononnya..
    patriotik bermusim….

    terus terang aku bagitau rakyat malaysia tak suke amek tau bende yg dianggap remeh temeh…..
    nanti klau ader masa aku nak lepak jb nak record jawapan dorg pasal rukun negara..
    ———-
    topo: aku hafal rukun negara.. yeah!!!
    kepercayaan kepada tuhan
    kesetiaan kepada raja dan negara
    keluhuran perlembagaan
    kedaulatan undang-undang
    kesopanan dan kesusilaan…

    hohoho aku btol2 hafal tau.. bkan copy and paste,,,

    [Reply]



  6. shinxz says:

    aku lebih suke Keranamu~ XD
    ———-
    topo: apa salahnya berubah cita rasa… hohooho menarik gak lagu ini…

    [Reply]



  7. aeropama dot com says:

    wow! patriotik sungguh ko ni topo. cun!

    [Reply]



  8. fara says:

    ahah. bermerdekalah kita x lme lagi. kat cmpus pun da ade ciri2 nak celeb merdeka x)

    [Reply]



  9. izzat says:

    semangat merdeka tu x ley lenyap… kena tunjukkan yg kita ni mmg merdeka.. :)
    p/s: thanks for the backlink ye…en. topo hehe :D

    [Reply]



  10. mrkay says:

    topo, bleh share tak js ko utk logo kat bawah kanan ni.. aku nak buat gak.. tp malas nak ngadap coding.. otak suda letey.. huhu

    [Reply]



  11. anonymous says:

    salam topo,

    maaf lama tidak menziarah, kesibukkan melanda diri ini membantu junior yg akan terbang tidak lama lagi :d

    tema kemerdekaan : perpaduan teras kejayaan…
    fakta yg sgt bagus untuk post ini dan ada lagu baru, thnx!

    Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos dan 1 Ramadhan pada tahun ini. Kita bertuah kerana dapat menyambut dua perayaan yang berkembar,31 Ogos, tidak ada nas di dalam Al-Quran untuk menyambutnya, tidak ada nas yang menyatakan “Wahai orang-orang Malaysia, berseronoklah kamu pada penghujung Ogos, sambutlah dengan perayaan, sambutlah dengan perbuatan social, sambutlah dengan bunga api. Sesungguhnya, jika kamu menyambutnya, kamu adalah orang yang berjaya”. Tapi bahawasanya Allah menyuruh kita memperbesarkan sambutan tibanya Ramadhan.

    (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.(2:185)

    Nak sambut malam merdeka salah kah?? Tak salah la….semangat cintakan bangsa dan negara tak salah kan? Cuma berpada-padalah!

    jazakAllah Khair…

    p/s: sekadar mahu berkongsi apa yang perlu, sharing is caring!:)
    ———-
    topo: secara jujurnya… aku hampir terlupa 1 Ramadhan dekat dengan tarikh kemerdekaan kita…

    terima kasih banyak-banyak dengan apa yang anda kongsikan….aku sangat menghargainya…

    [Reply]



  12. earncent says:

    secara jujur, aku tak hapal lagu tu. waa!!

    [Reply]



  13. abdfatah says:

    gua cari iklan merdeka petronas nih nak download… kalo ada masukkan dalam senarai sini… berkepul2 dah duk cari iklan merdeka… popular apa iklan merdeka nih…?????????
    ———-
    topo: gua da 2 hari carik.. xjumpa2.. jom mulakan misi mencari

    [Reply]



  14. idOt says:

    wooohh..ku merdeka di perkampungan orang asli cameron..ade trip..nsb la aku mengenang budi..x sompat la nk blk sahur ngan mak..adoihai
    ———-
    topo: waaaa cam best je.. hoho nnt update la byak2 ye letak gambar byak2..hohho

    [Reply]



  15. CrayZEE75 says:

    :d nak download lagu tak dapat arr…ada jual kat mana2 ke?

    [Reply]



  16. izzah says:

    :d best gak

    [Reply]



  17. lv says:

    we sedap tak lagu tu=d

    [Reply]



  18. abdfatah says:

    yeay merdekaaaa…. yeayaaa merdeka daaaa…

    [Reply]



  19. LEO BOY says:

    :upin02: tngok web nie skarang http://pendang-city.myminicity.com

    [Reply]



Leave a Reply